Saturday 16 September 2017

Syurga buatmu pejuang agama

Assalamualaikum...

Baru baru ini kita digemparkan dengan kejadian malang yang meragut nyawa pelajar tahfiz. Allahuakbar 😢😢😢

Setelah siasatan demi siasatan, diketahui bahawa ini adalah unsur khianat. Allahu, besar sungguh dendam khianat kamu untuk aniaya insan lain.

Saya bukanlah sesiapa untuk berkata atau komen apa apa...saya cuma ingin engajak kita semua sedekahkan al fatihah kepada mangsa.

Ingat, tanpa izin Allah tidak mungkin semua ini berlaku. Saya sepertimana seluruh rakyat Malaysia, amat berduka cita. Sesuci perjuangan  mereka untuk menegakkan syiar islam.

Semoga Allah tempatkan mereka didalam syurga, menanti keluarga mereka disana. Berbahagialah kamu disana wahai umat terpilih untuk diuji.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sedih....memang sedih. Tatkala kita menangisi nasib mereka, insyaAllah penghuni langit tersenyum menyambut mereka. Setiap yang jadi diatas takdir Allah takkan sia sia.

Al fatihah sekali lagi.

No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...