Wednesday 6 May 2020

Ramadhan yang berbeza

Salam Ramadhan
Salam PKP
Salam MCO
Salam stay at home.

Gitewww


Pejam celik da masuk fasa keempat dah kita ye rakyat jelata sekalian. Alhamdulillah,still strong. Masih berpijak dibumi nyata. Eh apa kaitan.

Ramadhan kalini sangat berbeza sebab tiada solat terawih dimasjid dan surau. Tiada bazar ramadhan dan pergerakan dikawal. Rakyat diseru agar tidak keluar rumah sekiranya tiada keperluan.

Berbanding sebelum ni punya tahun...fuh pantang ada chance, keluar sokmo. Heheh.

Tapi fasa keempat juga masuk perintah kawalan pergerakan bersyarat. Maknanya kedai kedai sudah mula dibuka secara berkala, ofis pun beroperasi secara berkala...kita semua sedang menuju kearah bebas covid19. InsyaAllah moga kita menang.

Rindunya kampung.
Rindunya kuantan.

Sungguh,rindu sangat. Beruntunglah sesiapa yang memang sedang berada disana disisi ibubapa dan adik beradik.

Jangan putus harapan.

Friday 1 May 2020

Kerja di bidang airlines

Salam alayk

Terdapat banyak cabang kerja didunia ni dan untuk setiap kerja itu ada pula cabang kecil lain.

Sebut pasal airlines, selalunya yang orang akan ingat adalah 'tukang jual tiket', pramugari pramugara dan juruterbang. Tapi orang selalu terlepas pandang untuk sebuah syarikat penerbangan itu bangun kukuh, terdapat pelbagai yenaga kerja yang memenuhi setiap aspek mengikut kepakaran masing masing.

Tukang jual tiket tu saya ringkaskan untuk panggilan yang acapkali kita dengar. Sebenarnya mereka adalah 'guest service' dan mereka bukan jual tiket macam diterminal bas bersepadu ya. Benar, ada beberapa team yang handle belian direct di kiosk seja beberapa tahun kebelakagan ini namun kebanyakkan kita selalunya veli tiket online sahaja bukan? Atau upah orang belikan.



Dalam organisasi setiap airlines pun kadangkala nama jawatan tu lain lain tapi skop kerja sama. Contohnya customer service di airlines lain, di airlines lagi satu dipanggil customer care. Job skop sama je. ..

Ada bahagian jurutera yang juga banyak level dan kategori, cargo, ramp agent,.guest service, safety ( yang ni pun banyak sangat cabang ), cabin crew, finance, people department a.k.a HR , IT dan sebagainya. Menggelupo jari nak senarai semua.




Jika anda berminat nak masuk bidang ni, saya sarankan check di website rasmi mereka atau linkedin dan jobstreet. Paling koman pergi jobfair dan hurung booth depa. Hehehh...cuba cuba cuba. Jangan give up!!!

Tapi awas... Jangan mudah terperdaya kalau ada yang suruh bayar untuk dipanggil interview. Kebanyakkan airlines ada team recruit sendiri.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...