Sunday 19 August 2018

[ Pregnancy journey ] Magical first trimester

Assalamualaikum semua..

Meh sambung topik pregancy journey ni and percayalah hingga kini tak caya lagi saya dah menulis camni based on pengalaman sendiri untuk dikongsi.

Saya ni jenis nak terima adjustment life susah. Nak terima hakikat dah kahwin pun take time lama.



Alhamdulillah even berada dalam state of denial tu lama tapi last week saya scan doktor hospital seremban dan dapat dengar degup jantung. Betuilah ada babies dua ketoi dalam badan.

Permulaan pregnancy saya adalah ketika Ramadhan. Waktu tu baru sedae dah sebulan mengandung. Kita nya punya telan zero coke lah ape lah sebab tak tahu kan.

Waktu saya cek tu adalah jam 3pagi san mamai mamai. Cek nampak dua line tapi cam rilek je kejut husband. Dia dua kali ganda mamai hahahahahahhaha.

Anjak ke masa sahur saya ulang semula baru dia surprise dan terkejut...pastu terus ajak gi klinik pagi satgi. Mujur dia tengah offday.

Bermulalah journey menapak dan menunggu di klinik gov. First fasa adalah confirmation pregnancy oleh doktor dibahagian pesakit luar. Dah confirm, dia suruh naik ke unit ibu dan anak pastu appointment dengan nurse bidan. Nurse tulah akan bersama kita sampai bersalin.

Dia bagi appointment lepas raya untuk buka buku pink dan seminggu lepas tu scan doktor klinik.




Fast forward~~


Waktu scan kat doktor lah satu miracle terjadi...Time menunggu, selalu dok sebut baby dalam ni ada dua ni kembar ni..saje je berseloroh dan nyakat nyakat husband,. Sebab memang habit suke tengok kembar.

Waktu scan tu doktor suddenly cakap camni.

Doktor : Eh kembar

Saya : Takkan lah

Doktor : Iye awak...tengok ni ( dia suruh husband tengok skali sambil kire kantung )

Saya : Uish...susahnye nak caya

Doktor : Hmm.. tak caya lak.Jap saya panggil kawan saya. ( Dia panggil next doktor )

Doktor kedua : Oh kembar...harini da dua ibu scan kembar. Tahniah

Saya akhirnya percaya la gak even mash tak caya. Kang kene libas dek doktor gune stetoskop lak. Hahahhaa. Suami cam biasa, blank lagi terok.

Time balik tu, memasing masih terkejut tapi share lah goodnews kat family. Double joy, double fun, double rezeki. Alhamdulillah.

Maka saya pun laluilah first three month dengan pelbagai karenah. Takde alahan terok tapi skali skala muntah la gak, pastu pening memanjang dan ada satu time tu ada sengal skit badan. Ada timing cirit Birit , makan tak lalu. Lapa tapi tak lalu makan. Minum pun rasa nak muntah. Huhuuu.


Tabah jelah..sekurangnya mampu bergerak lagi sebab alahan kurang so boleh la buat kuih untuk juai cari duit tambahan...thank u melons ( panggilan untuk dua baby saye heee ).

Alhamdulillah syukur ya Allah.

Thursday 9 August 2018

Kalau lah Allah bagi 5 bulan saja lagi

Assalamualaikum ...

Entri kalini adalah berkenaan sesuatu yang rawak.

Kalaulah...
Kalaulah Allah bagi hidup lima bulan saja lagi bermula sekarang. Apa yang saya ingin buat?

Sedih.

Sedih bukan sebab terlampau sayangkan dunia ni tapi perpisahan tu satu benda yang sedih. Bayangkan perpisahan dengan mak abah dan adik adik buat selama lamanya. Lepas ni kita dah kealam sana...tiada lagi ucapan selamat di whatsapp, tiada lagi video call dan panggilan suara. Tiada. Terputus semuanya.
Semoga Allah temukan kita dengan ahli keluarga kita dihari kiamat nanti.

Waktu tu, nak peluk cium abah mak pun dah tak boleh. Terfikir juga bagaimana lah keadaannya ketika roh kita baru ditarik keluar dari jasad. Kuasa dan rahsia Allah kan.

Fikir juga...

Mungkinkah ada yang akan menangis atas perpisahan nyawa buat selamanya ni. Ada tak yang akan kirimkan doa dan melawat dikubur. Atau lansung tiada? Huhu sedih.





Lepastu...
Andainya kita ni telah berkeluarga dan berumahtangga, agaknya tempat kita begitu cepat digantikan tak?

Banyak sangat persoalan yang hanya Allah je tahu jawapannya.

Saya kalau lah diletak dalam situasi ni, segala yang saya buat saya akan fikir, tak lama dah Allah nak beri saya masa maka nak buat apa buat.

Benda pertama mestilah bekalan. Taubat semahunya, istighfar semahunya. Kenangkan diri banyak dosa. Betapa gentarnya memikirkan azab neraka. Ada lagi kah benda dosa yang kita terlepas pandang kita ada buat. Mungkin saya akan berada dalam keadaan depresi.



Lepastu guna sakibaki duit yang ada...belanja mak abah adik adik...belanjakan sehabisnya takpa. Bukan nak bawa masuk kubur pon. Dah banyak jasa abah mak curah nak besarkan kita. Bila lagi nak balas? Walaupun takkan terbalas sekurang kita cuba beri 0.000001% usaha.

Dan jika ada pasangan...kalau boleh nak carikan pengganti siap siap. Yela bukan senang nak Biarkan anak kita dapat mak tiri sebarangan karang..kesian dia. Cukuplah segala kisah menyedihkan, mereka wajar dapat kebahagiaan. Kalau dalam kepala saya ada je calonnya.. tapi tatau la kalau dia ada calon lain nanti. Aha... Untunglah.


Delete segala benda tak patut disosial media.. kalau boleh delete sosial media teruslah senang cita. . Takot ada terkongsi aib or benda lagha yang boleh disoal.. bahaya.



Makan apa saja nak makan... Takpelah Allah beri rezeki untuk makan nape nak sekat.. belanjakan aje.

Cuba buat baik dengan sesiapa saja... Sebaiknya. Sebab hamba Allah yang baik adalah yang menjaga silaturrahim. Dan yess, sebut pasal silaturrahim ,minta maaflah kepada semua. Kadang kita tak sedar kot ada terbuat salah terkasar bahasa semua.


Tapi papepun last last saya akan pilih untuk bersendiri menunggu mati. Huhu... Taknaklah ada orang tengok. Dah terbiasa sorang, mati pon sorang lah...kubur pun sorang jugak.

Huhu...

Kalau benar benar saya ada masa lima bulan saja hidup, saya harap saya dapat bagi kebahagiaan dekat mak abah adik adik.

Saya harap saya dapat beri suami saya kebahagiaan yang dia cari.



Kan orang putih cakap,  bila kita sayangkan seseorang, kebahagiaan dia adalah penting untuk kita, walaupun bahagia mereka itu bukannya kita.


Maafkan salah silap saya.
Saya sayang semua.
Saya sayang awak babyboo .... ♥

Monday 6 August 2018

Salam dari Allah

Assalamualaikum ♥

Salam Selasa semua. Apa khabar kalian  wiwiitt wiwiiit..

Kita baru dikejutkan berita tentang gempa bumi di Lombok dan juga amaran tsunami di Bali serta laporan ramalan angin kencang di Sabah.

Allahu....

Kalian, Allah sedang beri salam tu. Kita jawab macam mana? Dengan kelekaan? Keinsafan? Atau buat tak endah?

Janganlah macam ni...
Sungai di arab mengering, orang islam berpecah belah. Anak perhambakan ibu, zina berleluasa....satu persatu tanda tanda kiamat menghampiri.

Tak risaukah kita?

Masih leka sangat dengab dunia?


Dunia pun indah camni tak boleh bayang syurga nanti indahnya camna. Allahuakbar .

[ Pregnancy Journey ] The beginning

Salam alayk~

Saya rasa nak catit skit sebanyak pregnancy journey dalam blog ni. Sebab niat nak kongsi dan juga sebab bila saya dapat tahu saya pregnant benda pertama saya gigih taip di google adalah blog pengalaman ibu mengandung.

Sindrom mak mak sangat kannnnnn.

So dengan adanya blog versi saya kisah saya dan cara saya, ne tau in future orang lain pulak google dan terjumpa dan baca dan excited sesama. Eheheh
Perlu diingatkan saya masih dalam ongoing journey sehingga ke tarikh 6th August 2018 ni dan baru menginjak ke 15 weeks.

Perjalanan masih jauh dan saya tak tahu apa Allah sediakan untuk saya... Semoga baik hendaknya dan semoga dipermudahkan.

Memandang ni first part...so tak start mana lagi lah citenye tau...saja panas enjin dulu. Ehhehehe.


Doakan saya gaisss 🌼


Pelan pelan kayuh
Pelan pelan taip
Pelan pelan baca naa.. 👼



Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...