Friday 30 March 2018

Kenduri Kendara

Salam alayk...

Dah nak masuk bulan April dah. Oyeahhh. Pejam celik pejam celik. Tak lama lagi dah masuk Mei..Jun...tup tup December. Umo bertambah seiring berat. Eh?



Biasalah cuti cuti weekend ni ada je kadang jemputan kahwin dan nasi kenduri bakal memerjah kelubang perot. Pergh tak semenggah lansung deskripsi nye.

Tapi tula sejak saya dah ada nasi kenduri sendiri lsst year, dah makin kurang pulak nak merasa nasi kenduri orang. Hukkk. sedih.

Selalu kan bila kenduri yang paling syok bila kita tengok variasi juadah ikot negeri lah, adat lah, family lah dan katering.

Nak menjalankan majlis dengan jayanya memang bukan sesuatu yang mudah. No no no. Bila dah kahwin baru nampak betapa sesuatu majlis ni amatlah perit jerih penat nak jadikan ya awesome.

Mungkin ada majlis yang ditimpa ujian contohnya katering out lah, pelamin roboh lah, hujan ribut lah, banjir lah, ujian kematian lah ( yang ni sedih tapi ada beberapa rakan saya diuji camni. Allahu ) dan bermacam lagi.

Justeru, jika awak awak pergi majlis pastu rasa sesuatu yabg kurang, slack atau tak memuaskan hati, saya sarankan janganlah ekspressi depan tuan rumah at least. Kesian mereka. Siapa minta nasi mentah? Siapa minta makanan tak sedap? Siapa minta pengantin lambat sampai? Siapa minta panas denting punya cuaca sampai nak jadi hulk.  Kalau kita panas, tuan rumah lagi lah.


deyyyy !!! 


Kalau ada komen sekalipun, simpan simpan lah dalam hati dan komen la bila berada di 10000km jauh dari radius rumah kenduri. ahahah kemain uols.

Kita kan ada hati perasaan, begitu juga mereka.

Eh emosi pulak Mir Mira.

Ok kita jumpe di entri lain. Saya nak belek kot ada invitation majlis kahwin rakan taulan. ececehh.

Assalamualaikum♥

OH MALI MALI TRAVELOKA



“Laksa ikan sekoq”
 “Syurga periuk dan pinggan mangkuk”
“Destinasi romantik”


Wow tagline dialog ini… Di mana ya?


yeke tatau


Dalam setahun kita ada pelbagai tarikh cuti sekolah dan pastinya sebagai ibu bapa khususnya, anak anak akan ajak pergi kesana kemari. Tak lupa juga para student zaman sekarang. Pendek kata zaman sudah berubah. Kemain ye memasing.


Selalunya untuk short trip kadangkala tak perlu lah sampai keluar negara. Negara kita sendiri mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati. Pilih saja nak yang macam mana. Hutan? Air terjun? Theme Park? Perkampungan? Bandar bersejarah? Pulau pulau dan pepantai? Ah sebut saje.


Berbalik kepada tagline dialog diatas tu. Mesti dah boleh agak kan dimana tempatnya? Sudah tentulah Langkawi. Pandai semua. Memang ni destinasi pilihan ramai terutama family. Mak saya sendiri suka sangat lah nak pergi sini. Dan sebagai tempat pilihan ramai untuk bercuti sudah tentu pelbagai pilihan penginapan yang tersedia.


Sebut apa saja niche personal kita, Langkawi pasti boleh memenuhinya. Sebut pasal shopping sakan? Anda boleh pergi ke Idaman Suri untuk membeli belah atau cuci mata tengok pinggan mangkuk terlajak murah. Kat sini, para mak mak kene urut dada banyak kali.

buat buat tak nampak


Kalau niche kita makanan? Kak Yan nasi campur tu sangat fames. Rasa utara punya kepelbagaian lauk. Ada berpuluh pilihan lauk tau. Lepas tu laksa ikan seekor. Dia punya special tu sampai banyak je tempat lain luar Langkawi ada cuba buat ala ala laksa ikan seekor tapi tak boleh lawan kick and ummph original Langkawi. Biasalah mana boleh lawak senior.


Belum lagi sebut pepantai nan indah. Untuk relaks dan berehat, pelbagai lokasi pantai ada tapi paling popular dah tentu Cenang. Sebut Cenang teringat Langkawi dan sebaliknya. Jom tempeh tiket flight dan penginapan untuk explore pulau cantik ini.


Saya tertarik untuk memperkatakan tentang sebuah resort yang boleh tahan gempak disamping harga berpatutan dan yang pasti, harga berpatutan. Bagi pelancong kategori saya ni, pilihan untuk hotel/resort kene la memenuhi kriteria dan bajet di poket. Malibest Resort Langkawi lah jawapannya.


Malibest Resort menawarkan kemudahan percutian optimimum dengan fasiliti yang lengkap dan juga mengutamanakan keselesaan setiap pelanggannya. Lokasi yantg sangat strategic, Malibest juga mempunyai 88 bilik serta 5 top chalets yang semestinya cantik, lengkap dengan segala amenity dan fasiliti dan pastinya dapat memenuhi keselesaan pengunjung. Dengan harga yang tidak melebihi RM200 untuk paling rendah, apa lagi yang kita nak. Nak lebih jimat? Mari saya bisik.


Pssst…. Ada cara tau nak dapat pilihan osem dan promosi. Apa?


TRAVELOKA !!!!!


 Dengan membuat tempahan di Traveloka ( apps atau website ) anda boleh dapat harga promosi tapi rajin rajinlah check tau. Kadangkala jimat sehingga rm40 dan siapa nak bagi? Janji ada usaha. Boleh klik di link ni untuk tinjau tinjau. 
 >>> 
 Holiday at Malibest Resort Langkawi. <<<




Betapa strategic lokasinya kerana ada akses untuk ke Pantai Cenang ( mercu popular Langkawi ). Setiap bilik ada TV beserta siaran Astro ( kot ada yang penat dah beraktiviti dan nak berehat ), penghawa dingin sepenuhnya, tour and recreation desk yang di handle oleh De Baron Holiday, safety box dan sebagainya. Cukup lengkap. Itu belum kepelbagaian jenis bilik lagi. Tugas anda? Pilih saja mana yang berkenan. Terutamanya penggemar pemandangan pantai, Malibest Resort memang jawapan terbaik. Anda boleh ushar di link saya sediakan diatas.











Keistimewaan lokasi Malibest Resort adalah :
>> 0.09 km dari Pantai Cenang
>> 0.53 km dari Rice Garden of Langkawi
>> 0.85 km dari Underwater World Langkawi
>> 2.42 km dari Pantai Tengah

Jommm


Justeru apa tunggu lagi? Jadilah pelancong yang bijak. Tinjau segala peluang dan tawaran yang ada, sememangnya traveloka antara medium terbaik untuk tujuan itu. Selamat bercuti dan semua orang dah boleh packing beg masing masing sekarang. Jangan buang masa! Traveloka kan ada.

Monday 26 March 2018

Kuantan clan bila bulan puasa

Salam alayk...

Salam isnin. Salam maghrib. Time.saya menulis ni baru 0735pm. eheh...

Pejam celik dah nak masuk April. Tak lama lagi puasa wehhh. Hm. Cepat sungguh masa berlalu. Lepas puasa, raya pula

Dah terasa bahangnya kan?
Kalau lalu kedai secara rambang akan dengar ada yang mula pasang lagu raya. Kus semangat.

Kat facebook pun dah mula di share. Amboi kome tak menyempat ye.

Last year adalah pengalaman puasa paling indah. Saya dapat habiskan 1bulan penuh puasa di Kuantan bersama mak abah.

Allah beri peluang tu sebelum beri saya peluang tahun ni berpuasa dengan suami, jauh dari family pulak. Cantik sangat aturan Allah.

Kalau dah nama Kuantan clan, bilamana puasa confirm port paling hangat dipasaran ialah DATARAN KUANTAN DEPAN MASJID.

Strategik dengan masjid dekat, bazar ramadhan tepi tu je. Parking keliling kawasan boleh. Rasanya mostly kuantan people memang pernah la merasa. Cam keluarga saya at least sekali la setahun. heeee.

Rindu.

Berlatar belakangkan masjid ♥


Sungguh hati ni rindu. Betapa bersyukur Allah beri saya peluang camtu. Pemandangan dinihari, bersama mak abah adik adik....mana nak dapat 😭😭😭😭

Semoga saya merasa lagi semua tu. 

Kalian selalu apa kewajipan bulan puasa yang kalau tak buat tak sah :)





Friday 23 March 2018

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN

Salam alayk

Buttermilk chicken memang sedap dimakan dengan nasi putih panas dan cili potong. Cuma kalau overload akan muak tapi kalau makan kedai, buttermilk paling sedap saya makan di Ahcheng kat Giant seksyen 13.

Situ ayam dia grill...tp jauh nak gi selalu plus mahal gak so skali skala buatla sendiri.




RESEPI BUTTERMILK CHICKEN

Bahan ayam :

** Ayam tanpa tulang ( breast atau thigh buang tulang )

** Tepung jagung

** blackpepper sikit

** Paprika

** 2 bawang putih tumbuk hancur

** Garam dan gula skit

** 1 sudu kecil serbuk kari


Bahan kuah :

** 1/2 bawang holland cincang

** 2 ulas bawang putih cincang

** 3 sudu buttercup

** 3/4 susu cair ( carnation brand kalo boleh )

** daun kari

** garam




Cara ;:

1. Untuk ayam, perapkan semua kecuali tepung jagung...

2. Panaskan minyak, gaul ayam diperap yang lembap tu kat tepung maka tepung akan salut

3. Goreng dan ketepikan.

4. Untuk bahan kuah pula, panaskan buttercup sampai cair. Masukkan bawang putih dan hollans yang dicincang.

5. Dah naik bau, sila masukkan daun kari dan susu cair.

6. Perasakan dengan garam dan tuang sikit air ikut nak pekat ke cair. Takyah pun takpe.

7. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau sebati api tutup.

Siap !!!!

Thursday 22 March 2018

Homestay terbaik di Muar

Salam alayk semua...

Salam Rabu :D
Cuti cuti season dah hampir dan saya pasti kalian semua ada plan kesana kemari bersama keluarga/ kawan kan.

Post entri kalini adalah untuk share tentang betapa bestnya homestay Muar yang saya cuba aritu.
Homestay ni terletak tak jauh dari roubabout menghala bandar Muar kirenya dah area situ dah tu. Mula mula macam biasa husband buat random suggestion dan saya juga setuju sebab aritu gi sana dia melepas makan tauhu bakar stesen bas Bentayan tu.

Yela musim tahun baru of course lah risiko untuk peniaga tutup tinggi. Masing masing ada plan sendiri kan. So saya bersetuju untuk gi Muar sekali lagi bulan depannya. Gi Muar dah macam balik kampung sendiri lak lagaknya.

Search search lah hostel/hotel yang murah ( sebab tight budget huhu ) maka terjumpa la pulak satu homestay ni tau. Dia cam guesthouse la cam hotel versi rumah... bilik by bilik dan seriously memula cam risau gak cemana gaya lah tempat ni.

Sebaik saja sampai sana saya terus WOW!

Bathroom luas


ni pandangan depan






Bilik tiptop



Point yang saya boleh tegaskan dan buat saha nak rekemen tempat ni adalah.

1.. Bilik sangat selesa.
2.. Kebersihan bagus
3.. Sangat privasi
4..Owner helpful
5..Lokasi dekat je dengan bandar

Ada sikit downside dia.

1..staff jarang nampak diluar
2..parking tu kadang bertindih tapi takpe owner sangat helpful. Give a call je.

Alaa downside tu sangat lah small matter. Percayalah Muar homestay ni best. Tak beza sangat dari hotel tapi masih very the homie style.

Check it out.



Saya Book melalui Booking.com
Boleh belek sini MUAR HOMESTAY



Wednesday 21 March 2018

RESEPI MAGGI GORENG SIMPLE

Salam alayk...
Perkongsian resepi kalini adalah.....MAGGI GORENG SIMPLE ♥



Bahan :

*Sepaket mi segera ( saya suka cintan.atau mamee cup untuk kekenyalan )

*Isi ayam atau seafood

*Tauhu dan taugeh

*sos cili sesudu

*sos tiram sesudu

*sos tomato sesudu

*kicap lemak manis

*cili blend ( dalam dua atau tiga sudu )

*2 ulas bawang putih tumbuk halus

*2 ulas bawang merah tumbuk halus

*sayur ( taknak sayur pun takpe.)

*garam dan gula




Cara :

Mula mula panaskan minyak sikit dan goreng bawang putih merah dan cili blend.

Agak pecah minyak, Boleh masuk isi ayam atau seafood.

Kemudian, letak sos cili, tomato, kicap dan sos tiram. Kacau sebati dan terus letak tauhu taugeh dan maggi yang dicelur.

Kacau dan tuang kicap ikut hitam level yang awak suka. Jangan banyak takut sos tiram dah masin.

Garam gula.

Siap ♥


Tuesday 20 March 2018

Mari pergi Korea bersama saya

Oh Korea

Seronok ke pergi Korea?
Ape je ada kat situ?
Mahal tak?
Best ke?
Makanan halal?
Kpop je suka gi sana...







Hey hey..
Biar saya jawab ye. Seronok la of course. Merasa kepelbagaian musim.

Mahal tu subjektif tapi percayalah saya pernah pergi seminggu untuk belanja. makan dan transport serta mini shoppig boleh la dalam Rm800++.

Best?
Ahaaa sama cam kat atas tu lah... best sangat sebab tu tak jemu. Pergi fulu baru tahu.

Makanan halal itu banyak. Makanan yang boleh dimakan itu banyak .InsyaAllah seafood apa semua tu ada. Mereka bukan makan bercampur sangat. Kalau dah nampak kHinzir bawak la kaki jejauh melangkah.

Kpop?
Hey kpop tu berapa percent je.  Adui... janganla prejudis sangat. Rakyat depa pun bukan semua kpoper. Cam kita la, bukan semua minat dangdut ( eh... )


Siapa siapa nak join trip korea, malas nak amek guide, nak santai je. Meh pm saya.
I can be ur freelance guide. Bukan vvip nye trip ok.

RESEPI MEE GORENG MAMAK SIMPLE

Salam alayk



Bahan :

Sepaket mee kuning
5 sudu blend cili kering
3 ulas bawang putih tumbuk
3 ulas bawang merah blend
Kicap manis
Sos tiram
Isi ayam
Tauhu
Sayur ( ikut suka )
Telur sebijik atau dua. Ikut suka
Sos cili
Sos tomato


Cara :

Panaskan cili blend dengan bawang putih dan merah

Masukkan ayam dan kacau sehingga masak skit

Tuang sos tiram , sos cili, sos tomato, kicap

Sayur dan mi masukkan serentak

Garam gula sedikit ikut sesuai

Dan last sekali telur.. kacau sebati hingga masak..

Thursday 15 March 2018

Seminggu di Korea ( Trip ketujuh )

Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat laling laling sekalian. Pekabo. Buat apa tu.

Seminggu yang lepas saya baru je pulang dari Korea. Sepanjang 7 hari kat sana ada dua hari terawal yang sejuk tahap tembus tulang sebab angin walhal suhu -1 je.

Yelah time last year winter January suhu sampai belas negatif tapi angin kurang so boleh tahan lagi cuma cambese, kulit mengering dan gatal gatal.



Kecewa sikit sebab harapkan salji tapi paham lah kan kos tak banyak so tak bawak diri ke Yongpyong.Banyak yang skip gak sebab trip ni leisure leisure lepas rindu.

Kos saya secara kasar kat sana untuk makan, transport, shopping adalah dalam Rm1500 untuk 2 orang... tolak hostel dan flight lah tau. Kalau sum hostel dalam Rn2300 camtu lah.. dua orang tuuuuu ~~~

tmoney omey omey

streetfood heaven ( ni credit to chaa )

essaited

vr experience di KTO 

guard ceremony Doksugung



Pendek kata untuk saya dah beberapa kali gi sana, saya cukup happy dapat jejakkan kaki. Boleh nampak yang banyak barang naik harga, train, bus dan tiket nami island da naik ...and Nami Island bakal naik lagi tau.

Tiada lagi 8000krw...sekarang 10000krw..
Next few month dah confirm naik sampai 13000krw.

Takmo ler gi sana..bosan 😂

Alahhh jalan around Seoul pun besttt dah. Banyak aktiviti leh dibuat. 




Haritu tak berkesempatan dan beroleh rezeki untuk cuba aktiviti Dosirak cafe lunchbox kat Tongin Market. Kami pergi rupanya cuti aritu cam whuttt lah.

set penuh asam pedas korea dan ikan gorebg tepung...sedap tahap arwah.

ni udang tenpura ehsan chaa

Asam pedas Koreaaa a.k.a kalchi jorim

oyster pancake ni ehsan gambo Nurul dan Azri


Cambese bila gi Korea... makan makan makan yang best. Tapi saya tahu mostly kaum pempuan suke shopping skincare, mekap dan barangan girlish. Ahahhaa.

Saya cambiasa laaa... makanannnnnnn.
Rasanya kene wat entry khas pasal kalchi jorim korea lah... tapi kene tunggu boleh bukak laptop.

So ni je entry for now...see u next entri dan terima kasih sudi baca. ♥

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...