Saturday 28 April 2018

Allah maha melihat

Assalamualaikum♥

Pernah kan rasa bila buat sesuatu bukan orang tahu, bukan orang nampak. Bukan orang tahu. Janji kat depan mata manusia kelihatan okay sahaja.



Bila orang lain buat benda salah, kita tak join. Konon kita tak buat padahal belakang penglihatan semua, kita buat juga malah lebih lagi.

Kita punya level extreme tu sembunyi kejahatan, perbuatan zina mata, maksiat hati dan jahat akhlak tu memang tiptop sampai orang tak boleh kesan.

Lupa barangkali, Allah yang bantu tutup aib tu. Tapi kita rasa kuat je....sebab untung badan aib tersimpan.

Malu?
Alah.... dengan Allah pun tak malu apatah lagi dengan makhluk lain. Kan?

Lupa.
Kita lupa barangkali Allah takkan tinggalkan walau sebutir zarah perbuatan kita walau baik walau buruk. Akan dihitung akan dikumpul.

Mulalah rezeki sempit. Ohh....bila susah, salahlan sekeliling.
Mulalah amarah mengisi hati. Ohhh... salahkan insan sekeliling tanpa kira hati mereka. Yang betulkita, yang salahmereka.
Mulalah hati buta dan semakin seronok buat benda tu. Ohhh...dah orang offer, kita tengok je.


Kasihan.
Kasihan hati yang dah layu. Iman yang Mula rapuh. Amal yang kian menipis. Rahmat Allah? semakin menjauh. Manakan tidak, seronok buat dosa.

Kita sering dengar perkataan fasik. Munafik. Bila bicara pasal agama, naaaaaahhhh padu bak peluru komunis. Tapi kufur hati tu, Allah je tahu.

Roh diri semakin tenat.Setenat dunia yang semakin tua.

Allah bayar cash...
Dunia dan akhirat.
Terkene didunia pun sakit azabnya.Apatah lagi bila dihitung  di alam sana.

Tapi kita masih lalai.
Sentiasa rasa tiada sesiapa tahu.
Walhal,

Takkan ada satu perkara terlepas dari Allah.
Allah maha tahu.

Takutlah !!!!

Dunia sudah tenat

Assalamualaikum ♥

Saya terpanggil untuk menulis tentang dunia sekarang. Wanita dan perempuan khususnya.

Allah dah letak martabat perempuan tertinggi dan sangat tinggi tapi kenapa lah kita tidak menghargainya.

Upload gambar kemain rancak.
Sampai terlupa mata ajnabi tu bahaya. Sangat bahaya. Terlampau bahaya.



Antara contohnya itulah gambar yang dikongsi. Tak takut kah?

Sebagai gadis gadis yang gambarnya sengaja dikongsi dalam ni, kalau awak baca komen tu semua awak akan ketakutan
 Sungguh!  Betapa geli setiap bait kata kata dari lelaki.

Jagalah auratmu... nak upload boleh tapi jagan keterlaluan. Ada adab untuk bergambar. Dunia dah tenat. Pemikiran lelaki ramai yang dah tenat..Pemikiran wanita juga tenat.

Bagaimana kita nak jadi khalifah dekat bumi Allah. Tanda kiamat dah tersergam dan terbukti satu persatu. Baca lah quran, tengok sendiri.


Saya berharap Allah buka pintu hati pemilik akaun ig, tmblr, twitter, telegram, bigo yang gemar benda lucah ni. Berhentilah. Saya yakin jantina lelaki yang buat akaun ni semua.

Allah bayar cash. Harini awak buat, esok lusa anak isteri saudara mara.sendiri jadi mangsa. Nak nyesal?


Bawak bertaubat.

Hari menghampiri kiamat.

Monday 23 April 2018

Hidayah itu milik Allah

Assalamualaikum semua♥


Hidayah tu sangatlah berharga. Hidayah tu kurniaan Allah. Beruntunglah sesiapa yang dikurniakan hidayah dari Allah.



Saya terpanggil untuk kongsi sebuah cerita. Tentang hamba Allah yang hatinya sering membuat perkara yang fasik terang terangan berdosa tapi dia buat.

Apa yang dia buat?

Allahu....sedih. Dia gemar edit gambar perempuan untuk dijadikan lucah dan dikongsi dengan lelaki lelaki lain untuk fantasi yang sangat menyedihkan.

Maruah wanita yang diedit itu dijaja jaja dan ditayang walau itu bukan fully gambar sebenar tubuh mereka.

Betapa lamanya dia melakukan aktiviti ini sehingga bertambah lah follower dan liker dia di social media. Menandakan betapa tenat dan sakitnya pemikiran dan otak lelaki islam sekarang walau bukan semua tapi saya yakin jumlahnya cukup ramai. Allah.

Entah bagaimana.... satu hari sesuatu keajaiban berlaku. Hatinya disentuh Allah dengan cara yang hanya dia tahu kerana dia tidak berkongsi.

Dia padan semua gambar edit dan mohon maaf kepada semua follower. Antara bait ayat yang saya kira agak menyentuh adalah, DUNIA SEDANG TENAT.

ALLAH.... ALLAH....ALLAH.

Dunia benar sedang tenat.Betapa beruntung dia Allah sentuh hatinya untuk sedar akan dunia yang sakit justeru berhentilah sakitkan lagi pemikiran manusia.

Betapa apa saja yang kita buat walau sebesar zarah akan disoal disana. Takutlah wahai manusia.

Wanita sekalian, tutuplah aurat. Peliharalah dirimu. Islam dah letak wanita di martabat yang tinggi maka kenapa perlu kita rendahkan lagi?

Lelaki sekalian, saya kira satu perjuangan yang cukup besar untuk jaga pandangan mata dan nafsu namun janganlah kalian mencari cari gambar untuk ditonton, video untuk dinikmati. Walau sejahil mana wanita dan lelaki dalam video itu untuk buat begitu,bukan alasan kalian untuk menontonnya.

Hentikanlah pornografi.
Carilah hidayah Allah.

Saya benar benar berharap lebih ramai lagi saudara islam diberi rahmat dan hidayah.

Dunia memang sedang tenat dan sedang menunggu ke garisan penamat.


Friday 20 April 2018

Adsense please lulus huu

Salam♥

Percubaan apply adsense.

Baru baru ni saya tinjau blog honeyhoo saya...Ririey Zaries. OMG best tengok.dia ada google ads.

Saya ni nuffnang kelaut, sushivid.kelaut, mobicow kegaung...apa lahhhh hai mira oit.

So saya cuba gak la gamble buta kayu apply adsense
 Doakan berjaya tau kawan kawan
 eheheheh..


Semestinya nak earn income through blogging..♥

Wednesday 18 April 2018

[ RESEPI ] Onde Onde Nestum

Assalamualaikum semua ♥

Salam Khamis.
Ya Allah punya la cepat masa berjalan tung tang tung tang dah pun masuk Khamis sok Jumaat yay Jumaat pasar malam lalalala.

Ok terpesong sekejap. Niat nak share post pasal resepi.

So arini saya nak share resipi onde onde nestum.



Bahan :

2 cawan tepung pulut
Air ( agak agak )
Pewarna makanan ( ijo ke merah ke )
Red bean paste ( beli kat kedai bahan kek )
Nestum semangkuk



Cara :

1. Uli tepung pulut dengan air dan pewarna setitik dua.

2. Uli sampai jadi segenggam yang tak cair tak pekat.

3. Gumpalkan bulat bulat.

4. Letak inti tu tengah dan cover balik tepung, bulatkan.

5. Terus letak dalam periuk yang air sedanf dididihkan.

5. Bila dah timbul sendiri tepung , angkat guna tapis dan golekkan dalam nestum.


Siap ♥

Saturday 14 April 2018

Isteri juga punya ibu bapa

Salam alayk..

Saya tertariklah melihat posting ini. Saya lihat kadangkala bila pasangan berkahwin, sang suami menghalang isteri berkasih sayang dengan keluarganya..

Apa ni?

Mana keadilan? Mana isihati? Sedang kamu sebelum berkahwin telah memohon keizinan dan restu untuk dapatkan anak dara mereka kan???

Dah berkahwin? Apa pula nak kene putuskan ikatan mereka?

Tolonglah bertoleransi tolonglah mohon sangat sangat.

Saya kongsi coretan Encik Firdaus Syakirin dari facebook kerana pesanan nasihatnya dari kacamata suami untuk suami yang lain sangatlah menyentuh hati.


******


Ketaatan kpd suami atau berbakti kpd ibubapa...

Sebagai suami, kita nak isteri taat kita, itu juga seperti yg telah ditetapkan dlm agama...maka tidak slh utk kita menyuruh isteri taat kpd kita...

Tapi, bila dtg situasi dimana isteri berbelah bagi samada ibubapa atau suami, maka kita fikirlah baik2... Jgn diberi isteri pilihan, jgn diberi isteri kata dua...

"Pilih saya atau Ibu bapa awk..."

Kadg2 ibubapa isteri sakit dan menyuruhnya balik utk menziarahi mereka...Kadg2 ibubapa isteri perlukan duit dan meminta bantuan anaknya iaitu isteri kita...

Maka disini gunanya budi bicara kita sebagai suami...sejauh mana kefahaman kita ttg apa yg diajarkan dlm agama kita...ada suami yg melarang isteri balik ke kampung utk menjaga ibubapanya yg sakit...ada suami yg melarang isteri memberikan duit pd ibubapanya...dan ada suami yg mengugut isteri, jika dia buat atau truskan, maka jatuh talak...

Mudah kita men"talak"kan isteri tanpa mengetahui dan memahami isi hatinya...dia sgt2 berbelah bagi...disini suaminya, disana ibubapanya...

Usah menggunakan agama utk menundukkan isteri...jika baik kefahaman agama kita, maka kita akan berlapang dada utk isteri berbakti pd ibubapanya...percayalah, isteri akan bertambah hormat dan taat pada kita sekiranya kita memuliakan org tuanya dan melayani mereka sama seperti org tua kita...

Susah isteri nak mentaati suami yg menyuruh dia utk mengabaikan ibubapanya....dia lagi sanggup diceraikan sekiranya dia dihalang utk berbakti kpd ibubapanya...maka, jadilah kita seorang suami yg faham agama, bertolak ansur akan hal dunia dan bertegas akan hal akhirat...Insyaallah isteri akan taat pd kita...


Kredit penuh untuk Firdaus syakirin.

Friday 13 April 2018

Oh isteri

Salam alayk...
Salam Jumaat.

Saya ingin berkongsi tentang pembacaan saya di facebook dan telah dikongsi di page karangkraf artikel.

Saya kira mana mana wanita yang telah berkahwin tentunya berharap kebahagiaan menghiasi hidup kan?

Namun siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah. Saya kongsi ya tentang tanggungjawab dan panduan yang perlu isteri hadam ( termasuklah saya sendiri )



***********


I had a santai talk with an ustaz yang merupakan seorang perunding dan kaunselor rumahtangga Jabatan Agama Islam (in fact he is actually my brother, need to clarify, nanti ada orang bersangka buruk dan menganggap aku ada masalah rumah tangga ).  Sekiranya anda diuji dengan suami yang curang di luar sana, apa yang anda perlu lakukan adalah:

1. Penuhi dan sempurnakan semua tanggungjawab anda sebagai isteri.
Wanita zaman sekarang lebih suka buat kerja orang lain berbanding kerja dia. Isteri tidak perlu siasat dan ambil tahu ke mana suami pergi, apa yang suami buat, siapa kawan suami dan semua perbuatan suami di luar pagar rumah adalah bukan bidang kuasa isteri.

Apa bidang kuasa isteri? Melayan suami dengan sempurna, menjaga makan minum suami, bercakap dengan penuh lemah lembut, menyenangkan hati suami dan berhias untuk suami. Ini semua tugas isteri. Tapi kita terbalik. Suami keluar sibuk call tanya pergi mana. Tanya dengan siapa.Tengah buat apa. Itu kerja suami. Bukan kerja kita.

Bila suami balik, isteri tak mandi lagi. Muka kusam takde bedak atau lipstik. Dapur tak berasap bertabur pulak plastik maggi. Cakap dengan suami suara asyik nak tinggi. Berhenti seketika, renungkan kembali, apakah kita sudah sebenarnya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri?

2. Jangan tegur, nasihat, bertanya apa-apa tentang kegiatan suami di luar rumah sekiranya perkara itu boleh membawa kepada pergaduhan.
Kebanyakan punca penceraian adalah apabila isteri sengaja membakar nafsu amarah suami. Bukan kuasa isteri untuk soal siasat suami. Isteri tidak boleh menyoal suami seperti dia menyoal anaknya.

Jika suami itu tidak kisah isterinya bertanya, go ahead, tanyalah. Tapi, jika soalan isteri itu boleh menyebabkan suami marah, diamkan sahaja. Menjaga hubungan suami isteri itu lebih utama.
Weh, apa kejam sangat nih? Tak...Sabar dulu.

3. Tutup rapat-rapat aib suami. Itu adalah jihad seorang isteri.
Anda tahu suami ada kaki maksiat. Anda tahu suami anda buruk di luar sana. Tutup aibnya rapat-rapat. Diamkan sahaja. Jangan ceritakan pada ibu anda, ibunya, jiran, atau sesiapa sahaja melainkan untuk dapatkan khidmat nasihat (luruskan niat sebelum mula bercerita tentang aibnya).

4. Yakin bahawa jodoh pertemuan, perpisahan, kebahagiaan dan penderitaan adalah hak Allah.
Kita berusaha keras menghalang hubungan suami dan betina (gituuu) lain itu, tapi adakah kita yakin Allah tidak menakdirkan jodoh mereka berdua?

Kita ingin suami kita kekal milik kita seorang sahaja, apa kita yakin confirm kita akan bahagia? Bukankah kuasa Allah untuk beri bahagia atau derita pada sesiapa sahaja yang dia mahu? Dan Dia beri bahagia tu dalam pelbagai keadaan dan rupa bentuk yang dia mahu.

Oh, kalau begitu, kita isteri ni kena redha ajelah suami buat hal di luar sana? Tak payah buat apa2 lah? Abis meleleh ajelah liur nengok suami berkepit dengan betina lain di luar sana? Jawapannya tidak. Kita kena usaha.

Caranya;
1. Sempurnakan semua tanggungjawab isteri.
2. Taati suami.
3. Tutup aib suami.
4. Elakkan sebarang pergaduhan suami isteri.
5. Berserah pada Allah.

Allah yang pegang hati suami. Allah boleh palingkan hati dia kepada betina (if u want to call her that way) atau perempuan itu sekelip mata. Allah juga boleh palingkan hati dia kepada kita semula pun sekelip mata juga. Jangan buat kerja suami. Jangan buat kerja Allah. Buat kerja kita.

So, sia-sialah kalau kita ni layan suami sempurna tapi suami masih ada perempuan lain di luar sana?

Terpulang, kalau niat kita buat baik kepada suami untuk suami, sia-sialah.Tapi kalau kita jalankan kewajipan kita itu kerana Allah, sudah tentu tidak sia-sia. Besar nilainya di sisi Allah.

Jadi, kalau dia buat maksiat, kita biar ajelah? Kalau dia mati masuk neraka macam mana? Kita kan nak masuk syurga sama-sama.

Jika dia boleh ditegur dan teguran itu tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga, tegurlah. Jika dia akan marah, tak perlu tegur. Kerana bukan tanggungjawab isteri menegur dosa suami (Allah tak tanya isteri di atas dosa suami). Tapi tanggungjawab isteri menjaga hati suami.

Masuk syurga atau tidak, itu urusan Allah. Jika Allah nak dia masuk syurga bersama kita ( moga-moga kita masuk syurga), Allah akan beri dia hidayah. Jika tidak, terpulanglah kepada Allah. Dunia ini sementara. Perasaan kita juga sementara.

Tiada siapa yang akan berduka di syurga. Kalau ditakdirkan dia tidak masuk syurga (nauzubillah), kita takkan bersedih kerana tiada ahli syurga yang akan bersedih di akhirat sana (moga-moga kita tergolong dalam ahli syurga). Yang perlu kita sedihkan jika kita sendiri pun tak layak masuk syurga.

Abis, seronoklah suami tu?

Siapa kata? Sehebat-hebat soal siasat kita, hebat lagi soal siasat Allah. Ha, menjawablah kau. Isteri boleh masuk syurga tanpa suami. Suami? Sendiri mau ingat la.

‪#‎indahnyaislam‬. Dia pelihara wanita daripada berduka lara, menangis air mata darah, serang menyerang, meroyan separa gila. Selagi kita faham agama, yakin dengan Allah, kita takkan berduka dan gundah gulana.

Sumber Facebook Izyan Izdihar Shaarani


***************




Allahu....

Kerdilnya kita sebagai manusia. Kerdil dan kecil. Hina dan dina. Tapi Allah tak pernah tak sayang. 
Mari kita semua letakkan kasih sayang Allah melebihi segalanya. 


Thank u baca♥

Wednesday 11 April 2018

TIME TRAVELER PARTY HOSTEL HONGDAE

Salam alayk...

Siapa nak pergi Korea!? Angkat tangan angkat tangan.



 Ahaa... kepada sesiapa yang teringin nak pergi Korea ( Seoul ) dan dah beli tiket flight tapi masih belum booked hostel, atau dah beli tiket dan hostel tapi masih on je untuk tukar fikiran mana nak stay...atau juga yang teringin dan merancang tapi tak buat pape lagi.

Entri ini untuk anda...

ye....anda..


Antara perkara yang selalu termasuk dalam checklist terawal bila nak travel opkos lah tempat nak stay. Especially yang baru first time nak gi sana. Haaa.

Hostel Time Traveler antara pilihan terbaik yang ada diluar sana. Kenapa?

1. Lokasi di Hongdae. Airport subway ada situ senang takyah transfer sangat hari last dan hari sampai.

2. Hongdae antara kawasan yang meriah dan strategik sebab kawasan universiti sebab ada kawasan yang bila malam kemain la tidur juga bangunan situ. Seperti namdaemun.

3. Kafe lafe famous dan sedap banyak ada di Hongdae.

4. Ada subway pertukaran kat situ. Subway line 2 kaler hijau so senang nak menapak ke edae dan sinchon.

5. Naik arex pun Boleh sampai Seoul Station maka senang nak tukar train.

6. Pilihan bas airport juga ummMphhhh.

7. Hostel owner, Mr. DJ memang sangat lah baik dan peramah.

8. Hostel yang bersih selesa dan ada segala kemudahan basic. Trust me, saya pernah dapat hostel yang tak bagus dan kotor dan tak selesa so ini boleh jadi faktor efek trip korang.

9. Harga tak semahal tempat lain.

10. Solo traveler boleh. Group boleh.


Fuhh banyak kan?
Anda anda kene experience dulu baru dapat buktikan kata kata saya dan percayalah mesti banyk lagi ppint nak ditambah.

Sebelum tu meh saya share skit gambar cantik hostel ni. Untuk.pengetahuan, sgala deco lukisan tu semua kerja DJ yu.. dia suke bebenor melukis.


Haaa.... baru intro kat pintu dah nampak seninya. 

*thumbs up*

auuu chakkk

Todia buku

Fefeeling drama jepun kannnn

Bilik yang tiptop

♥♥♥


Rata rata yang pernah stay sini memang takde hal nak repeat stay. Macam saya cakap, faktor pemilihan hostel ni penting tau. Boleh jadi mood awak spoil sepanjang trip sebab hostel tak selesa lah kotorlah.

Dan bila tempat yang ok, staff baik...senang. Malahan kalau nak trip DMz ke Nami ke dorang boleh setting kan.

Dan mereka boleh berbahasa inggeris dengan baik dan owner ni dah biasa dengan orang islam.

Maka pilihlah dengan bijak.

Untuk ushar website untuk cek lagi.

TIME TRAVELER PARTY HOSTEL


Check it out ;)

Tuesday 10 April 2018

Bawang nan rabu

Salam alayk...

Pepagi yang dinihari ni hati tercuit sebab turun kereta tadi mak tinggalkan bungkusan basic food untuk anak dia yang kire newlywed (eh new lagi ke) .

Bihun Faiza, Tepung faiza, Beras faiza, susu... susu tin tu je bukam faiza. 😂👌...Thank you mak abah. Moga dimudahkan rezeki, moga dimurahkan rezeki.

Dan rakan rakan sekalian yang sedang baca ni, moga murah rezeki anda.



Oh ya... saya mohon korang semua doakan journey sahabat saya yang sedang dalam era ttc sekarang. Dia sedang ikhtiar hamil dan saya berharap dia akan terus kuat.

Biasalah bila pasangan dah berkahwin, siapa taknak anak kan? Tapi tula masyarakat kita sangat la membawang. Bila orang tu da bertahun kahwin belum ada rezeki lagi, mula lah orang soksek. Kadangkala orang dalam kalangan keluarga sendiri ok.

Hm... bertabahlah wahai pasangan yang sedang berusaha.


Post blog kalini ibarat random je....sesaja je.
Til next time orait. bubyeee.

Konvo si Nina

Salam alayk...

Buat apa tu Selasa selasa petang yang damai. Panas lit lit la skang kan. Musim panas letew. Allahu...berpeluh sakan. Kan bagus setiap kali peluh, ilang 1gm. Berat badan la opkos. eheheheh.

Semalam adalah hari bersejarah untuk adik saya si Nina sebab dia berkonvo untuk diploma di UITM Shah Alam... kalau saya rasa Nilai panas, Shah Alam double panaih. Dengan jammed lagi.

Percubaan nak masuk parking UITM guna pintu 7 tak berjaya. Penuh! da hampir give up. Oh ya Nina session petang so sempat lagi time tu baru 11 lebih. Masuk sana sini akhirnya berjaya masuk gune pintu 2. Punya kumat kamit mulot.

Mak abah Nina mamat semua dah sampai. Mak abah dah masuk dewan dah pun. Saya ? terkulat cari parking. Yela kita mai dari Nilai, depa mai dari Kuantan.

Pastu parking atas bukit sinun ya Allah..... ampuni daku.  Tapi nak disingkatkan cerita, alhamdulilah semua lancar saja. Selamat adik saya bergraduasi dan saya gembira dapat menjadi sebahagian saksinya.

gambar ihsan whatsapp group family by Nina..hewhew.


Gambar?

ni kalu belon merah pastu sengih badut kan ke leh jadi IT 2.0


Comel je muke menyeri gai sengih dekat skrin besor... sprry bunge kakno bagi tecik je. wuuu... apepun bangga tengok konvo camtu.

Gambar lagi?

Tula masalahnya... bawak kamera tapi tak sempat snap beria hummm hummm hummm ..


Apapun , semoga kalian semua dipermudahkan untuk next degree mission dan apa saja dalam hidup yang telah dirancang. InsyaAllah, yang baik baik saja telah disusun Allah.


Apapun, gorgeous meletop semua student semalam. Korang ni makan apa ha kemain cantik masing masing. Lawa gila dengan baju meghelip mekap cam akad nikah...akak jugak yang comot mengalahkan gelandangan. wuuuuu.

All da best! Again.

Sunday 8 April 2018

Janji Allah terhadap manusia berkenaan rezeki

Rezeki.

Konteks rezeki ni luas bukan hanya harta benda duit wang ringgit kaching kaching tapi juga kesihatan yang baik, hati yang tenang,.urusan yang dipermudahkan, dada yang lapang dan segala perkara kebaikan lain yang hanya datang dengan izinNya.


Hatta segala deria kita juga satu nikmat rezeki. Mata untuk melihat, mulut untuk berbicara, lidah untuk merasa dan telinga untuk mendengar.

Allahu...betapa banyak.nikmat yang Allah beri namun kita ni hamba yang alpa selalu leka dan jarang ucapkan syukur.

Haa siapa yang baca sampai takat ni meh sama sama ucap alhamdulillah syukir ya allah atas nikmat mu dan ampunkan dosa kami yang Allah kerana kami hamba yang penuh dengan kelemahan.

Rezeki ni sesuatu yang semakin diberi semakin kita dapat.
Contohnya...semakin kuat kita mendoakan kesejahteraan orang lain, semakin hebat malaikat mendoakan kita dari langit.

Semakin banyak sen kita sedekah atas niat kerana Allah, semakin banyak ringgit yang Allah salurkan secara tak sangka atau tak sedar.

Semakin kita bersyukur, semakin kita dapat lagi dan lagi dan lagi.

Bukankah janji Allah, dengan bersyukur, kita akan senantiasa dilimpahkan rezeki.

Maka kawan kawan... marilah bersyukur!
Rezeki Allah itu wajar disyukuri. Jauhi kufur nikmat.


Thank u sebab baca♥

Saturday 7 April 2018

[ MOVIE ] Peter Rabbit

Salam alayk..

Salam Ahad semua. Ape khabor.
Alhamdulillah empat hari dah berlalu sejak hari jadi saya. Yay makin muka yay makin muda oho oho oyeah.

So memandang bulan besday, alhamdulillah diberi rezeki tengok wayang free oleh MBO dan GSC. Tapi saya baru redeem GSC je, MBO belum lagi uhuhu... takpe belum half way April pun lagi.

Saya dan suami memilih untuk tengok cerita PETER RABBIT.



Saje pilih sebab kawan saya si Micky cakap cite ni best dan menghiburkan. Lagipun untuk redeem tiket free birthday, kene pilih yang ditanda asterisk je. Asterisk tu cenggini ha * ...

So limited lah sikit sebab asterisk takkan diver dekat new movie. Selalunya dekat movie yang dah halfway airing. Pastu pulak kami dah tengok most of asterisk label movie cam kl special force ( nasib ler dapat husband suke fattah amin) pastu husband juga suke badminton so Lee Chongwei pun kitorg tengok dah.

Ape lagi, pilihlah Peter Rabbit sebab santai dan macam comel je kan. Rabbit kot.

Dan...verdict?

BEST GILAAAA... gelak guling golek pun takpa memang syok. Baru saya perasan movie ni rupanya british patut lah prpnosi dia tak macam hollywood sangat.



Best nya comel sangat alahai... citer ni berkisarkan peter yang merupakan arnab kat ladang tu ada tiga adik pempuan dan cousin rabbit yang gemuk. ahhaha comel.

Dia ni nakal suke cilok makanan kat ladang sampai berangin la petani apa semua kan....petani tu pulak baran tak hengat dan pernah tangkap bapak peter pastu buat pai arnab makan omnomnom... memang menambah dendam la kan.

So Peter la pulak suke curi masuk ajak member haiwan jelata untuk cilok makanan ( segala hasil tanaman ). Sampai satu tahap petani tua tu mati sebab sakit jantung...dorang berpesta ria ingatkan takdak dah manusia perosak ( padahal depa perosak )...sehingga cucu petani tua tu warisi rumah tu dan datang sebab nak jual rumah tu. Cucu tu datang dari London.

Ditambah pulak Bea ( watak awek jiran sebelah suke rabbit ) ni cam suke kat mamat tu... konflik dan konflik lah kan.

Haaa tengok sendiri lah. Lawak sangat sebav pArt ayam berkokok mengamuk tu suami saya cam tercekik dek gelak overdose.

Memang kelaka, menghiburkan dan santai.

comel je benjamin telinga lendut dan gemok...


Seronok tengok gelagak binatang ni semua...♥

Alah, silalah tonton untuk hiburan penuh kecomelan. Saya yakin anda akan suke.

kitorang tunggu ni...mai mai



Thank you sebab baca ♥

Sunday 1 April 2018

VEIL BY KARA QAI VENTURES

Salam alayk ♥

Ape benda yang selalunya bakal bakal pengantin perempuan letak antara kewajipan dalam aksesori busana raja sehari? sebagai pelengkap. Kalau takde cam tak pengantin sangat nanti rupa dia. Eheheh.




Jeng Jeng... opkos la veil. Kalau ditanya diri saya ini, berdasarkan pengalaman saya , saya cam tak kisah baju janji veil kene cantik. ehehe.

Ntahlah...sebab zaman skang baju meletop kadang pengapit pun kategori letop gak tapi Bila sebut veil, hanya pengantin je akan pakai. Betul tak? Pastu veil pulak enhance rupa cam princess gitewww.


Dan ada yang jenis suka buat sendiri tapi ada yang suka beli or sewa. Terpulang. Kepada anda yang suka veil dan ingin buat veil ni kenangan , mesti lah nak kene beli kan. Dimana nak beli?

Banyak je option veil seller tapi ada satu seller ni, veil dia memang cantik. Saya guna veil dia untuk akad nikah dan photoshoot lepas sanding tau. Lawa dan detail dia mantop.

KARA QAI VENTURES



Kelebihan Kara Qai ni, anda boleh request custom nak acamne. Labuh ke pendek ke liplap ke terpusing ke, tak kisah. Boleh dirunding.

Lepas tu harga dia memang power.Tak mahal dan mampu milik lah kan untuk design sedetail dan teliti itu.



Cantik tau design Kara Qai ni. Jenama mereka makin berkembang dan pertambahan pelanggan membuktikan yang hasil kerja optimum la kan. Customer kan selalu inginkan yang terbaik.

Tak kisah mana lokasi awak awak semua, Kara Qai Boleh pos orait.




Cantik sangat aishhh...bile ditenung rasa nak kahwin balik pakai veil Kara Qai ni. ish ish ish.

Saya tau, bile nak kahwin ni bajet la selalu jadi isu utama kan? dont worry sepanjang saya follow instagram mereka, Kara Qai selalu sangat buat promosi yang bukan sikit tapi kebabom lah potongan harga. InsyaAllah puas hati. Berbaloi.

Anda boleh follow melalui :

INSTAGRAM

FACEBOOK

Ataupun hubungi mereka di 01111196255

Silalah ke instagram dan facebook mereka untuk melihat lebih banyak pilihan design corak.

To all bride to be,

Jangan khuatir. Settle satu persatu. Biasalah nak kahwin ni urusan cam pecah dunia dibuatnya. Bajet tinggi atau rendah, berjimatlah dan berbelanjalah dengan hemah.


InsyaAllah keredhaan Allah yang kita nak.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...