Saturday, 7 July 2018

[ REVIEW ] Nasi Kambing meletop Nilai

Alhamdulillah untuk kesempatan bernafas di pagi Ahad yang permai. Giteww.

Hai semua.

Buat apa tu??

Saje nak review sikit pasal satu tempat makan kat Nilai, Negeri Sembilan. biasa nasi kambing fames.semua orang tau kat Tangkak tu eh yang nama nasi kambing 40 hari??

Haaa kalini saya review yang area Nilai dulu la sebab ni je dekat ngan rumah saya. Beedekatan ngan Mcdonald bansar baru nikai yang kalau awak ikut tol Nilai keluar je leh la nampak.

Bagi saya, jujurnya memang sedap cuma bukan kategori yang saya akan repeat ( sebab saya kaki makanan bersup....sorry ) .

Tapi lokasi dan parking kedai ni padu, senang dan mudah. Keadaan kedai best...
Portion nasi meriahhhh dan kedainya bersih.

Banyak je lagi menu lauk lain tapi sebab kami dua try ni je kan. Skali skala anda anda semua nak try Bolehlah maju kesini.






Verdict : Tak menepati selera sangat dan kebetulan saya banyak dapat tulanv tak berapa isi ( huu takde rezeki )

Tak berani nak bagi rate tapi korang kene try tau. Harga sepinggan Rm15.


Bubyeee~

Saturday, 30 June 2018

Open house

Assalamualaikum salam sabtu rakan rakan sekalian~

Buat apa tu sabtu nan permai ni?
Ada yang kerja normal hours maka mesti sedang beriadah dan berehat kan kan?
Ada pula yang kerja shift seperti suami saya maka sedang terbongkang kepenatan sebab baru balik kerja malam. Kesian dia.

Apapun kerja anda, semua pun hebat. Ada susah senang dan yang penting demi mencari rezeki kerana Allah.

Oh ya... dah masuk syawal ke-16 kan? Oh no.... sedihnya masih tak berpeluang merasa rumah terbuka sedih sedih saya paling suka open house nak makan sedap huaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ade je kawan yang buat tapi malangnya bukan takat luar daerah malah luar negeri. Nasiblah bukan luar negara.

Rasa tahun ni la raya paling sikit merasa makanan raya wuuuuu. Sedeh~

merenung ajelah



Semoga ada lagi bertemu syawal akan datang dan paling penting puasa... mana tahu tahun depan insyaAllah rezeki baby boleh dapat jemputan open house buahahahaa.... obses makanan cenggini la haaa

Thursday, 28 June 2018

[ RESEPI ] Mee hailam simple

Assalamualaikum semua...

Sempena jumaat nan mulia ni saya bercadang untuk kongsi resepi ringkas buat mee hailam.

Banyak cara nak buat mee hailam tapi kalau ikut saya semua asal boleh campak campak godek apa ada dalam dapur. Hehe.




RESEPI MEE HAILAM


Bahan :

Mee kuning sepaket
4 sudu Cili kisar ( nak lebih takpe )
4 ulas Bawang putih ( kisar )
1 biji bawang besar ( kisar )
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Air
Minyak
Bancuhan tepung jagung
Sayur ( boleh letak karot, Bunga kobis dan sawi )
Fishcake fishball
Isi ayam


Cara Cara :

1. Panaskan minyak dalam beberapa sudu daam kuali ( jangan banyak sangat tau ) dan tumis bawang putih besar yang dikisar. Lepas dah naik bau masukkan cili kering dan tumis sampai pecah minyak

2. Masukkan lah isi ayam dan fishcake tu sampai masa skit baru letak air. Dia jadi macam sup tapi jangan lupa anggarkan dengan jumlah mee kuning awak

3. Tuang lah dalam sesudu kicap pekat, beberapa sudu kicapmanis, sos cilidua sudu, sos tomato sesudu dan garam gula perasa sikit. Boleh rasa samada cukup tak ikut lidah masing masing.

4. Dah gelegak masukkan sayur dan mee. Masak seketika baru tuang bancuan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau dan jangan tinggal takot over pekat karang.


5. Dah agak pekat sikit boleh tutup api dan hidang.



Ps : Saya ni bab measurement failed...maafkan saya. Sebab saya jenis agak agak.

Selamat mencuba ♥

Friday, 22 June 2018

Kenangan raya anak navy

Salam alayk...

Hai semua... watpe tu. Slama jumaat Amacam raya memasing best tak?
Saya tahun ni raya dalam keadaan rush sebab kejap sangat di Kuantan pastu pecut disegamat pun tak lama sangat kire terus balek Nilai. Di Nilai lepak Kuala Langat lak dok umah kakak ipar sehari.

Serba sehari lah.

Teringat zaman kecik waktu dok kat kuarters tentera laut kat Labuan dulu bestnya golongan cam kami yang tak dapat balek semenanjung nak beraya. Yela kan bukam semua dapat balik every year.

Rutin pepagi time tu adalah beraya di markas kem mawilla dengab panglima dan semua anggota navy yang tak balik raya juga. Best tau...best sangat sangat.

Puas hati lah dapat makan lemang, ketupat, rendang kuah kacang dan ayam merah.. Semua airtangan rewang anggota navy.

Besttttttttt.

Bila da nak balek, beratur la kami budak kecik depan panglima nak amek duit raya. Ahahaha.

Biasanya pas solat raya dalam jam 0830 camtu semua berderak la pergi kem mawilla. Yela Labuan kan subuh awal so solat raya awal. Kadang kami solat raya kat kem je. Sonang.

Pas raya di kem balek taman semula dan beraya umah jiran lak...Satu taman pusing ok. Syok sebab setiap rumah pelbagai juadah bukan sekadar ketupat lemang je.

Ada yang buat nasi tomato... ada nasi ayam... ada wat laksa...ada wat bihun sup. Pendek kata ikut latar belakang memasing lah... pelbagai budaya kenegerian dan variasi juadah. Tu yang syok.

Sebab tu start balik Smeenanjung sebelum abah pencek, rasa ralat bila kat semenanjung mostly memang ketuoat kuah kacang lemang rendang. Eheh. 

Tu untuk warga navy la warga airforce dan army tak sure. Depa wat kat kem depa la kot.


Sapa kat sini pernah jadi anak angkatan tentera dan stay di Sabah sarawak... meh lah share cite korang.


Selamat Hari Raya !!

Raya plus world cup lah pulak. 

Tuesday, 19 June 2018

Cerai secara hakam

Salam alayk...

Saya ingin berkongsi hasil tulisan Da'i Wan. Seratus peratus dari beliau saya hanya berkongsi kerana saya fikir, kita kaum wanita khususnya masih ramai kurang arif tentang hak kita.

Walaupun suami punya kuasa veto, kita punya keadilan agama menerusi hakam.

Jangan jadikan anak punca untum stay dalam perkahwinan yang hilang keikhlasan dan seksaan dunia. Awak punya hak untuk bahagia.

Petikannya seperti ini.

Cerai 'Hakam'?

Pernah kalian dengar tentang cerai secara 'Hakam'?

Ini bukan fasakh, bukan taklik, bukan lagi khulu' (Tebus talak). Walaupun semua ini adalah 'Hak' isteri untuk digunakan dalam mahkamah terhadap suami bila nak tuntut cerai. Tetapi cerai secara 'Hakam' nampaknya lebih berkuasa dari kesemua itu.

Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) menjadi pelaksana yang pertama penceraian secara 'Hakam' dari enakmen undang2 keluarga Islam Selangor.

Kerana proses Fasakh, taklik, khulu' sangat memerlukan masa dan prosedur yang lama, dan kes penceraian pula berlaku satu setiap 13 minit dalam Malaysia kini secara puratanya.

Sehingga menjadi lambakan kes penceraian, buat saya risau tentang makna sebenar sebuah 'Perkahwinan' yang beransur pudar hari ini dalam hati yang berpasangan, khususnya pasangan muda yang baru berkahwin. Yang masih muda dengan ujian diawal tahun perkahwinan.

Kaedah 'Hakam' ini, isteri boleh minta cerai melalui kuasa mahkamah bila suami tak nak ceraikannya, suami tak datang mahkamah, tak nak ikut prosedur mahkamah, meskipun suami tiada cacat cela, boleh lengkapkan nafkah zahir juga batin, tetapi jika si isteri tetap tak redha lagi, tak menyukai lagi, dah tawar hati dengan si suami. Antaranya kerana dia telah berpoligami tanpa persetujuan isteri pertama, tiada persefahaman, tiada lagi perhubungan yang baik, tak rasa bahagia lansung, tak rasa kasih sayang lagi dari si suami, tiada lagi komunikasi yang baik, banyak berahsia, dan tidak adil dalam berpoligami. 

Maka dengan alasan semua ini, mahkamah akan benarkan 'Penceraian' diteruskan juga.

Inilah namanya cerai 'Hakam',

Maksu saya sebagai wanita, dia nyatakan pada saya. Ada 2 perkara yang dia risaukan dengan cerai 'Hakam' ini.

1. Sungguh, ia amat membantu sebenarnya untuk selesaikan hubungan rumah tangga yang berantakan. Bantu kurangkan lambakan penceraian yang setiap 13 minit itu.

2. Tetapi sangat bahaya jika wanita salah guna cerai 'Hakam' ini kerana wanita selalu dan terlalu awal bertindak membuta tuli demi 'Emosi'.

Boleh jadi mimpi ngeri buat suami diluar sana, jika isterinya gunakan cerai 'Hakam'.

Walaupun suami ada alasan untuk 'Counter', Jais akan tempatkan pasangan dalam Jawatan kuasa pendamai terlebih dahulu, wakil pula akan dihantar untuk cari jalan penyelesaian, jika masih terus Syiqaq (Perkelahian), mahkamah akan nasihat suami, lafazkan talak 1.

Jika suami tak mahu, maka 'Hakam' yang akan bertindak.

Peringkat 1:

Hakam cuma bagi kata putus tentang keadaan rumah tangga pasangan suami isteri itu

Peringkat 2:

Hakam dilantik mahkamah syariah untuk menceraikan juga dan ia sah disisi undang-undang.

Disini tamatlah 'Kuasa mutlak untuk menceraikan' dari seorang suami akhirnya. Tiada lagi kuasa veto dari seorang suami. Jika suami tidak berlaku adil, tidak tunaikan tanggung jawab, tidak jujur, tidak jaga hubungan.

Si isteri telah berkuasa dengan naungan mahkamah syariah untuk laksanakan yang namanya cerai secara "Hakam".

Simpan nota saya ini. Ia nota pengetahuan yang sangat penting bagi lelaki yang tidak beratkan 'Tanggung jawab' dalam hidupnya. Kepada perempuan, ini pula hak istimewa kamu. Jaga, disimpan dan diguna bila perlu, iaitulah bila hati telah terlalu 'Terluka' sehingga tidak nampak lagi jalan bagaimana nak sembuhkannya.

Yang benar, Da'i Wan.

Wednesday, 6 June 2018

Pecutan terakhir Ramadhan

Alhamdulillah pejam Celik kita dah masuk fasa terakhir Ramadhan dan sedihnya lahai.

Cam baru je menjengah bulan mulia dah bulan mulia hampir tinggalkan kita. Banyak suka duka berlaku sepanjang bulan tercinta ni.

Moga Allah berkati kita semua ya sayang sayang sekalian.


Sunday, 27 May 2018

Yummylicious choc chip cookies in da house

Salam Ramadhan semua.


Siapa je tak suka cookies Famous Amos kan kan? Kalau saya la, yang hitam legam tu la ultimate faveret saya. Cuma tulah, harga dia hu hu... Tapi sekali sekala apa salahmya ye dak.

Pastu pulak biskut ni ngunyah time kije boleh, tengok tv boleh, drive boleh, bebila pun boleh. Sedap tahap ketagih..
Adeeeii jejeh airliur.

Sementara Ramadhan ni saya nak berbicara, membebel, mempromote dan mengetengahkan saty produk choccolate chips cookies made by kawan saya Prof Zila.
Dia punya sedap tu leh menangis lah. .

Ketelitian pembuatan biskut ni memang tiptop sebab saya kenal tukang masaknye tu. Jenis cerewet tak hengat dan tak berkire badam lah ape lah. Chocolate dia pun yang lazat punye.

Don't worry banyak kaedah cuba jaya dia buat untuk hasilkan crunchyness dan lemak berkrim sedap punya R&D cookies sehingga dia confident dengan hasil.
Saya dah cuba dan saya sendiri menjejeh airliur time menukis ni. Hoii puasa 💪

Jom layan gambar dulu.










Menggiurkan sangat kan. Size nya dah la gemok debab so memang puas hati.
Saya jamin, anda akan puas hati.

Paling syok kalau belum sampai raye dah abis. Ahaha.


RM25/ 50 pcs

RM25/ 50pcs

RM25/ 50pcs


Delivery area Nilai, Sepang, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong dan USJ

Friday, 11 May 2018

Nyamuk oh nyamuk

Assalamualaikum ♥

Saya tak tahu lah ape kejadian sejak dua menjak ni serangan nyamuk dah macam kerajaan Thanos nak serang wakanda. Hm

Takkanlah nak kene berumah ditepian pantai...eh ditengah kolam


Sangat sangat sangat banyak wehhhh. Dia berterbangan sambil berpelukan oun ada. saya dah pasang dah ubat Nyamum jenama Family tu tapi hmmmmmmm....

Nak spray shieldtox extreme pun jenuh la wehhh. Hmmmmm. Dah tu?

Pastu kan saya google punye google jumpa petua cam boleh digunapakai. Cuma sayangnya takde limau nipis. Saya ada bunga cengkih je kat umah.

Takpelah esok carik limau nipis nak cucuk cucuk bunga cengkih. Katanya ni petua tradisi nak halau nyamuk.

Tak daya dah nak spray. Berbotol leh abes. Pastu husband lak resdung takleh bau sgt ubat nyamuk...huaaaaa menambah sangat stress.

Saya pernah kene demam denggi dulu so cam seriau la kan nyamuk ni. Betapa sakitnya badan, cirit, letih apa semua bila kena. Dah la denggi berdarah. Mujur Allah panjangkan nyawa hm.


Ok tu je...pasni saya share result tips tu jadi ke tidak. Ai nak tengok cite oh my family sat.



Tuesday, 8 May 2018

Burger Nasi Lemak Mcd

Assalamualaikum ♥

Sekarang ni zaman pepelik segala benda tak masuk akal kadang on je... tapi kadangkala kepelikan tu best.

Antara benda rare yang kire mencipta hype baru baru ni of course lah burger nasi lemak Mcd. Dengan tagline dia 'sapeje tak suke nasi lemak'..lol.ok tu tagline versi bahasa saya.



Burger ni kire fenomena ya g Mcdonald Malaysia put all effort untuk hype sampai baju tshirt staff pun gambo nasi lemak daun pisang bungkus.

Dan alhamdulillah Allah beri saya rezeki untuk cuba melalui orang lain. Yelah... buat masa ni  situasi duit buat saya kene pilih nak makan nasi lemak singhit acik berkire bawah rumah ke nasi lemak burger rm16.90 gulp....


Ok pendekkan cerita.
Punyelaaaaa excited pegang kotak burger tu sampai ai lupa nak snap gamba so semua gamba dalam blogpost ni adalah ihsan google ya.




Verdict saya?
Rasanya memang sebijik nasi lemak. Strangely. Susunan pulak dalam burger tu ada timun , ayamberempah fillet,telur goreng dan sambal. Sambal tu tak pedas pun manis skit tapi nice lah sedap. 


Fillet ayam tu je potong sikit. Saya ingatkan rasa cam spicy chicken punya ayam tapi cam lainnye. Rasa berempah sesangat dan entahlah. Sedap memang sedap tapi halfway tu rasa terberenti cam lambatnye hang nak abes cik burger oi. 


Cepat muak la tapi anehnya sebab muak walau sedap, sedap walau muak. Kire tagline tak?



Tapi benda ni, kire ikot tekak dan selera memasing tau. Ada ramai je member saya suke dan jatuh cinta katanya dengan burger ni. Eheee.

So anda semua dah rasa?

Monday, 7 May 2018

Telemovie 6

Assalamualaikum ♥

Sempena Selasa nak indah ni, saya pun rajinkan diri buat entry.

Last week kan, saya tengok la telemovie tajuk 6. Lakonan Fikry dan Jannanick. Genre telemovie ni seram...

Kisahnya pasal Fikri dan wifenya Janna serta anak mereka bercuti dan menginap disebuah hotel. Yang amehnya hotel tu xda pekerja time malam. Semua staff balek bile malam kecuali sorg jaga tu.

Kejadian aneh mula berlaku bila tiba tiba Fikry patah balek kebilik sebab nak.ambil phone sedangkan Janna dan Danish kene tunggu dikereta. Tetibe dua orang tu muncul depan pintu dan bermulalah episod seram bila dorang tak jumpa jalan keluar dari tingkat enam tu. Lift hilang. Naik tangga masih tingkat enam. Turun pun sama.

Sehinggalah kelibat hantu muncul. Nak taknak Fikry kene survive!



Bagi saya seramnye lahai berkali kali saya tutup mata apa semua. Elemen seram dia memang tiptop. Sound efek kejajung kejajung konon seram tu memang buat jantung luruh.

Pastu depa guna lagu suriram sebagai elemen lagu misteri sebab hantu tu memang suke humming lagu tu. Nak terkincit dibuatnya hadoiiiiii.

 Kirenya  terbaik sangat lakonan Fikry dan Jannanick sebab cam expressi muka dorang takot,marah, emosi dan apa semua tu memang mengundang sangat aihhhhhhhhhhhh.


Antara part paling seram bagi saya time Fikry terperangkap dalam satu bilik pastu hantu suriram tu muncul. HANTU SUNGGUH.... TAKOT AI!!!


Pastu hotel tu pula memang kosong sekosongnya terbaiklah produksi. Bagi saya, kalau movie ni buat untuk pawagam pun best. Seram wo. Kalau tambah drngan sound sistem kat pawagam dengan lampu gelap nye tak ke lagi berkoyan keseraman tu?


Apepun, tahniah kepada semua pelakon dan produksi. Teruskan berkarya ♥

[ REVIEW ] Nasi Kambing meletop Nilai

Alhamdulillah untuk kesempatan bernafas di pagi Ahad yang permai. Giteww. Hai semua. Buat apa tu?? Saje nak review sikit pasal satu te...