Tengahari jumaat yang permai. Saya baru beberapa jam berjaya menambah lemak lemak dan kalori dengan lunch ala omputeh mix melayu.
Spagetti rambut dewa dengan sup. Oklah nama ringkas, SPAGETTI SUP.
What..... rambut dewa dewi dipotong
untuk dibuat spagetti?
Ala ala mihun sup, bihunsup, keuyteow sup. Cumanya awak gantikan mi bagai tu dengan spagetti. Alkisahnya sebenarnya saya baru tau ada spagetti jenih haluih ada jenih tebal. Lohhhh...lambat. Tapi siyes sedap lahhhh. Angel hair tu sebab nipis halus so taklah rasa muak sangat apa semua. Sedap. Makan dengan sup dan taruk cili kicap. Sedap ohhh.
Gambar mana gambar?
Alaaaa...sorry la...sekali lagi abah ada sekali kat meja makan. Jerlus kang muka saya dalam pinggan. Dah la ada sambal kicap cili api. Dasyat woi.
Pastu kan,sambal kicap tu pun maha pedas. Resipi sambal kicap lazat adalah hasil perguruan di atas gunung Bukhansan Korea bersama professor Zila. Haaa jangan memain kawan rapat saya nama dia prof zila yang bukannya seorang prof tau.
So pendek kata...makanan ni adalah anugerah tuhan. Awak nak makan cemana gaya pun silakan. Jangan membazir udah. Kreatifkan je penyediaan makanan. Saya yakin dengan penuh pasti bahawa saya je yang lambat tau spagetti wat ala ala mihun sup also sesedap menjilat ibu jari kaki. Nyamm.
So.. korang camna?
Makan apa tuuuu..
No comments:
Post a Comment