Kelebihan Minum Air Masak & Waktu Terbaik Untuk Minum
Kali ni nak mengupas khasiat air masak. Jika waktu panas yang terik dan diberi pilihan antara ais kosong dan air masak, mana yang jadi pilihan anda? Nyamannya minuman berais kan?Minuman berais memang sedap diminum tapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan. Tapi ramai je orang minum. Biasalah, yang terlarang itu godaan.
75% badan kita terdiri daripada air. Dalam melakukan aktiviti harian sama ada bekerja atau duduk rehat saja, badan kita akan kehilangan air. Paling banyak daripada sistem perkumuhan. Bayangkan kalau kita lepak kat rumah dalam aircond asyik nak kencing walaupun kita kurang minum air. Walaupun tidak melakukan aktiviti lasak, kita memang digalaklan minum air yang banyak..
π Kuruskan badan
Air masak tidak mempunyai kalori tapi mampu membuatkan rasa kenyang. Jadi jika anda sedang berdiet memang sesuai banyakkan minum air masak, terutama diantara waktu makan berat. Air masak juga sangat berguna untuk menyah toksin dalam badan, jadi lemak-lemak degil turut dibuang dari badan kita.
Tambahan pula proses metabolisme memerlukan air, jadi kalau kurang air kurang berkesan la proses itu.
π Meningkatkan kesuburan
Mesti ramai yang tak tahu kan?Air menjadi asas pembentukan hormon kesuburan lelaki dan wanita. Iaitu hormon testosteron dan estrogen.
πMelancarkan sistem pencernaan
Makin banyak air yang diminum, najis pon akan menjadi lebih lembut kerana semasa proses pembentukan najis, badan akan menyerap air. Jika air dalam badan sudah mencukupi, maka lebih banyak air dibuang bersama najis.
π Melambatkan proses pertumbuhan sel yang menyebabkan kanser
Air masak bukan sahaja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
π Kecantikan
Air yang mencukupi menjadikan kulit lebih anjal dan lembap. Kalau tak cukup air, kulit akan jadi kering dan berkedut. Kan tak cantik tu?
Disebabkan kebolehan menyingkirkan toksin, jadi toksin pengakibat jerawat akan berkurang. Kesannya muka pun bebas jerawat.
π Mencegah sakit jantung & Strok
Air masak ni juga diyakini dapat mencegah penyakit jantung dan strok. Tapi kalau orang yang sudah ada sakit jantung mungkin perlu kurangkan air kalau tak jadi paru-paru berair pula
Namun ada waktu tertentu yang memberi kesan tertentu apabila kita minum air. Iaitu :
1. Minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR- untuk mengaktifkan organ dalaman.
2. Minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN – membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang kepada makanan.
3. Minum segelas air masak SEBELUM MANDI – untuk pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
4. Minum segelas air masak SEBELUM TIDUR – untuk mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.
Credits to : @infokesihatan
Mir Mira yang membebel tentang apa saja benda ✌ Sebarang request review/ advertorial boleh pm saya di norhamimahasmiera@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pahlawan islam masa kini
Disclaimer : Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. PEJUANG...
-
PERHATIAN : UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA ...
-
Salam semua. Rasanya bidang safety and health ni atau dalam bahasa melayunya pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja macam masih ramai ta...
-
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dapat peluang dan rezeki menulis lagi. Artikel terdahulu tentang kerjaya sebagai seorang ramp agent...
No comments:
Post a Comment