Pisang goreng.
Walaupun baru tadi makan dengan abah dan mak pisang tanduk goreng sambal kicap sos....fuh. Tapi dua jam kemudian saya rindu semula nak makan.
Ni kes apa tah.
Seronok tau makan makan dengan mak abah.... dok dengar dorang berleter itu satu rahmat. Dengar mereka membebel itu satu kecomelan yang tak terkira. Well of course time korang tengah dengar tu birat bebenor rasa tapi percayalah.... setiap saat dengan ibu bapa tidak ternilai tau harganya.
Abaha saya jenis diam. Kat umah garang....selalu gak marah itu ini. Time saya kecik abah lah selalu sangat simbah dengan air dalam akuarium yang penuh taik ikan ya ampun sila bayangkan wehhhh... seriusly sangat la teringat bau air ikan tu jatuh melurut disetiap helai rambut. Alasan? sebab saya jawab soalan matematik salah. Haha...time tu saya baru berumur 9 tahun mungkin. Tak ingat dah. Abah bab bab belajor ni memang garang wei tak tipu. Tapi teringat lagi time kokurikulum sabtu , abah selalu anta saya kesekolah naik motor terkedek kedek.
Rindunya kenangan. Sambil makan goreng pisang tadi pun abah bebel itu ini...tapi makin dewasa ni rasa abah comel sangat abah kunyah kunyah... alahai. Semoga Allah bagi pinjam abah lebih lama...nak balas jasa abah. Nak bawa abah jenjalan ke Saigon lagi shopping.
Mak pun tak kurang...lagi lah cutenya.. tak kalah lawan bebel ngan abah. Teringat lagi mak punya nangis first time saya bawak travel ke Saigon dengan abah sebab susah nak makan nasi. Allah...Allah...Allah. Semoga saya dapat beri mak peluang travel repeat Saigon dan juga Bandung dan memana lagi oversea. Nak chop lagi passport mak. Nak bawak mak abah travel... umrah....jalan jalan.
Dah banyak sacrifice mereka sejak kecil. Hidup susah. Makan bercatu. Tak mampu kemana mana hanya ke mall itupun cuci mata. Syukur, Allah masih kurnia rezeki keluarga iaitu each other presence.
Eh... ni entry pasal pisang goreng kan.?
Assalamualaikum.
Mir Mira yang membebel tentang apa saja benda ✌ Sebarang request review/ advertorial boleh pm saya di norhamimahasmiera@gmail.com
Wednesday, 6 September 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pahlawan islam masa kini
Disclaimer : Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. PEJUANG...
-
PERHATIAN : UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA ...
-
Salam semua. Rasanya bidang safety and health ni atau dalam bahasa melayunya pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja macam masih ramai ta...
-
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dapat peluang dan rezeki menulis lagi. Artikel terdahulu tentang kerjaya sebagai seorang ramp agent...
No comments:
Post a Comment