Friday, 22 September 2017

6 tahun beku!

Assalamualaikum...

6 tahun apa tu?
Gempak kan tajuk. Ahahaha cam nak tulis 6 tahun akaun bank nilai juta lemon je lagaknya. Ahahhahaa...taklah, entri ini adalah tentang penulisan.
Sebagai noob untuk blog, saya amatlah bersyukur setiap hari ada perkara baru saya belajar. Menarik dan mencabar. Makin diexplore, rupanya makin banyak cabang blogging yang bukan sekadar menulis.

Doakan saya kawan kawan. Saya ingin bertatih semula dalam penulisan. Dulu saya banyak berforum untuk bertatih dalam penulisan. Sekarang saya gunakan cabang tambahan untuk berblogging. Semakin lancar penulisan saya, semakin pantas saya akan menyiapkan manuskrip.

6 tahun.

Yes enam tahun gais...
Enam tahun saya stop immediately semua cabang penulisan sampaikan status fb pun kdg sekadar gambar. Tuntutan kerja saya terdahulu yang sangat tough dan very the buruh kasar membantutkan niat menulis saya. Maka karya terakhir saya di dunia penulisan adalah tahun 2011 dimana karya fanfiction saya 'Man In Red' berjaya memenangi readers choice man character untuk soompi year award.

Ye award tapi tak dapat je sebijik kereta ke segunung duit ke. ahahah.. sekadar pengiktirafan dan penghargaan dan sesuatu yang saya takkan lupa sebab calon calon boleh tahan power weiii...

Seronok tau rasa nak ulang zaman fanfic di forum...zaman merapu di thread thread. Alahai zaman muda.

Bila dah kerja, akan masuk satu fasa apa yang kita buat adalah bangun pagi, kerja dan balik, tido. Benda tulah berulang ulang dan terus ulang. Saya semakin meninggalkan dunia penulisan yang sangat sebati dalam jiwa raga bakul troli tesco ni. Ahahah.

Saya baru bermula di blogspot. Semoga saya istiqamah dan terus beroleh ilmu dan perkara baru disamping kawan kawan.

Sebarkan ilmu dan penceritaan santai mungkin boleh melegakan tension orang selain tension si penulis sendiri. Berkongsian tips dan cara mungkin dapat menambah ilmu di dada.

Tiada apa yang rugi bila niat kita betul.
Apa saja hobi kita, buat je. Tak rugi pun...malah lagi bagus dari membuang masa kan.


Sekian, wassalam.


No comments:

Post a Comment

Nyamuk oh nyamuk

Assalamualaikum ♥ Saya tak tahu lah ape kejadian sejak dua menjak ni serangan nyamuk dah macam kerajaan Thanos nak serang wakanda. Hm ...