Thursday, 21 September 2017

Fasa kehidupan

Esok cuti.
Esok sekolah cuti yay.
Tapi....eh, saya da lama tak bersekolah. Dah bertahun tahun kot tinggalkan alam persekolahan.

cenggini senyum bila esok cuti

Dulu dulu bila sekolah, abis counting segala jadual cuti...dan kadang doa cikgu masuk sekolah lambat. ahaha teruk perangai. Adik adik, jangan tiru ya. Kita seharusnya rajin menimba ilmu.

Dah masuk IPTA, pun ulang perangai sama. Kekadang kalau hari yang tak cuto, tunggu mesej group mengatakan lecturer cancel kelas. Yela zaman takde whatsapp lagi. Harapkan mesej dan pesanan mulut ke mulut je. Eh...mulut ke telinga. 🙈...selalunya kalau dapat perkhabaran gembira ni jenuh la sorak sakna dan terjun atas katil ala ala Bryan Nickson Lomas dan buat kuak lentang berenang macam Welson Sim. Again, adik adik student ipta jangan ye tiru yang tak semenggah ni.

Bila dah kerja...pun ada lagi perangai teruk ni... sok kire kire public holiday. Tapi dah kerja,chances cuti tak sepower zaman belajar. Tapi memang setiap minggu isnin je monday blues (...konon)

Now... dah kerja sendiri, work from home...freelance...writer... phew. Kekadang rindu bila perasaan kene heret kaki tu. Paksa diri komited bagai. Sekarang baru belajar gigih organize semua benda sendiri. Malas? makan pasir lah. Rajin? pasti ada hasil. Rajin tapi tak ada hasil lagi? maka teruskan sabar. Allahu, manusia ni mudah goyah. Susah nak bersyukur ya.

Tapi kan...apa saja level saya lalui, mungki. tak terlambat saya nak ucap syukur dan hargai semua perjalanan yang Allah susun. Mana mana stage kehidupan sekalipun, semua dah ditulis rapi Allah.  Berserah je. Tabahkan hati menongkah arus kehidupan.

Kalau boleh diulang masa...
Kalaulah kan...
hmmm.



No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...