Thursday 12 December 2019

[ EDISI KOREA ] Road to Kampungku

Assalamualaikum...

Tak lama lagi nak masuk 2020 dah...tudia. Kereta terbang takdak lagi tapi kapal terbang murah makin manyak ...low cost dan peluang nak ke Korea bertambah cerah la kekdahnya. Dan seiring itu..... Kaki travel pun bergulung seronok. Walau apapun tujuan kamu bercuti,berjalan dan bertravel sana sini,niatkanlah untuk mempelajari sesuatu dan duga untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan bersyukur.

Biasanya kalah kita travel ni mulalah tekak mencari cari nasi lemak walaupun itu baru hari kedua kita kat negara orang dan kali terakhir makan nasi lemak ialah dalam flight perjalanan nak sampai ke Korea.ahahaha ada tau yang jenis camtu. Jenis tekak susah nak masuk makanan pepelik. Syukurlah sekarang bercambah restoren halal dan salah satunya adalah KAMPUNGKU. Anak Malaysia punya ok!



Lokasi dia cun uiiiitt. Myeondong!!!Tempat bersaka berhantu berulang kali pergi takdak hal. Dekat pulak dengan Daiso 8 tingkat tu...tu lubuk segala hantu. Hahaha.

Bagusnya Kampungku ni lokasi dia dah lah Myeondong,dekat pulak dengan subway station exit 3 dan 4 alahaii...dedekat je ngan hotel pacific tu.

Menu kat situ pulak idoklah semata malaysian food...ada je korean food tapi paling win bagi saya adalah ayam dia....ayam gurin korea uit. Sedap dia level menjilat ibu jari kaki ( over uols ). Memang wallahi sedap. Saya pernah rasa dua jenis. Yang standard dan ayam yangnyeom yang yas pedas tu tak pedas mana pun ...sedap aih.




Dulu selalu sangat terliur tengok ayam gurin dalam kddama sebab cam lazatnyaaa. Haih...akhirnya Allah bagi gak rasa. Walaupun restoren tu bosnya melayu kita kapi tukang masak ayam ni acik korea so memang authentic la rasa tu tayah risau...tak sama dengan ayam ayam gurin kat Malaysia ni.  Oh ya ayam yangnyeom saya takdak gamba sebab kebuluran dan pegang anak ni cabaran sket la nak bergambar bebanyak. Ehehe

Menu faveret saya kalau kat sini opkos ayam yangnyeom tapi husband saya suka nasi goreng black pepper dia...paduuu. Kami tak rasa lagi makanan lain tapi majoriti traveler lain cakap tomyam dia osem. Korang rasa la sendiri.


So kepada owner dan staff Kampungku, thank you sebab bagi kami makan makanan sedap. Dulu pernah skeptikal cam fikir ahhh dah travel sebok cari cakanan malaysia. Daku silap... Sangat silap.Rugi tak try kampungku dari trip tahun lepas... Sumpah sedap.

Pendek kata, KAMPUNGKU KAMPUNGMU JUA 😆



Friday 6 December 2019

[ EDISI KOREA ] Private transport ke public transport?

Assalamualaikum...

Selalu kalau pergi travel ni kita akan fikir acamne lah transport kat sana. Nak nak negara yang agak asing untuk kita kita macam Korea. 



Kalau korang first time pergi sana, mesti chuak chuak kan memikir takkan nak naik taxi. Uiiii jangan ye jangan. Pengangkutan kat sana tiptop sebab tula rakyat depa tak menggelupor nak beli kereta cam kita...tempat kita takleh tak menggelupor sebab pengangkutan kita sangat so-so...vice versa lah kan. 

Ni kiranya saya kupas mostly about Seoul ye. Kalau anda kesana, berkeluarga dan ada anak kecil dan dan warga emas or pregnant ladies or semua skali tu, saya lebih suggestkan ambil samada bas atay private transport. Sekurangnya yang dari airport ke tempat tinggal sebab time tu beg kompom berkoyan koyan...time pergi dan balik...and selalunya time balik toooodiaaaaa beranak pinak terus beg.

Saya fokuskan pasal transport airport lah ye. Sebaik saja landing lepas kita lalu immigration kastam amek besg dan refresh skit, kita akan cari cara untuk ke Seoul. Sila ingat ye Incheon ni macam Sepang, Seoul macam KL...jauh tu. And bukan kawasan sama... So jarak kalau naik train allstop dalam 40min ...alaala KLIA ke KL lah tu.

Ada pelbagai cara nak ke Seoul.

1. Teksi

Ada dua teksi...yang mahal standard dan mahal giler. Mahal standard ni kira tak lah mahal mana tapi aje name teksi truslah chop mahal.haha.

Mahal standard

Mahal giler



Rate dia? Alamak...maaf tau saya tak pernah naik tapi dulu dengar beratuih gak. Hm.



2. Bas airport limosin

Ni favorite mostly orang kita...even yang bujang yang datang sebab niat nak nyopping. Heheheh. Bas ni rate dia kalau bayar cash jadi 15kwon...kalau Tmoney 13kwon tapi tu rate sekarang...dulu enam taon lepas 10kwon je. Huuu ingat Malaysia je naik naik rega.



Kalau naik bas ni, segala beg besar gedabak, stroller ke kotak ke campak aje dibawah ruang tu..naik atas dok dan seatbelt pastu enjoy the journey ya.



3. Airport railroad

Juga favorite rakyat jelata Malaya termasuk saya. Tapi ada dua tau Arex yang fast train direct ke Seoulstation or allstop train. Kalau yang fast tu dalam 9000won...kalau allstop 4700won camtu kot. Saya cheapskate skit and tak rush sangat so tadek hal lahhh. Janji depa ontime train...timing padu!
..


Kalau korang bawa beg yang maha dasyat tu saya tal suggest tapi kalau bujang tu alaa redah jelah...bila lagi nak rasa. Saya beg besaar ke kecik ke pregnant ke angkot baby ke saya amek allstop train je.



4. Private transport

Ni biasanya yg ade bajet lebih or memang nak keselesaan...ameklah. seleso,dijemput...kadang price lagi ok dari teksi itam mahal giler tu. Tong tonglahh. Ada banyak je orang yang open service cemni. Saya kenal sorang...nak gune service dia sila emel saya ye..

Mr. Kang



Saya sendiri pun kalau ada bajet lebeh nak gak merasa naik naik airport private transfer ...insyaAllah someday.


So kira ni untuk pergi balik airport lah ye. 
Kalau sepanjang trip sana tu saya wat entry lain lah. 

Korang awesome!


Wednesday 9 October 2019

Aturan Allah

Selalu saya berfikir camne la kalau saya pikih hala tuju ini,belajar course itu, tolak tawaran kerja ini untui amik itu... Mesti perjalanan hidup berubah.

Kan?

Tapi sabar.
Apa saja yang jadi dalam hidup kita kita ni sebab Allah dah letakkan pada tempatnya,takdirkan segalanya....kita hambaNya cuma perlu berdoa, redha dan ttawakkal.

Jangan terlalu persoal kenapa kenapa kenapa... Kalau terlintas , cepatlah istighfar. Allah takkan uji kalau tahu kita tak mampu... Kadangkala kita rasa tak mampu bila dilanda badai ujian tapi cuba tengok,sehingga saat kita terfikir itu pun sebenarnya kita telah pun dan sedang bertahan. Mohon padaNya kekuatan sebab ujian itu tandanya sayang.

Rugilah manusia yang hidupnya dalam istidraj walau dia dapat segala keduniaan tapi tanpa sedar akhirat sedang menjauhinya.

Minta simpang lah....

Moga kita kita semua beroleh rahmat Allah.

Sunday 22 September 2019

Fulltime blogger dan pilot to be

Lately banyak bertanya diri sendiri.

Kau nak apa sebenarnya?
Kau nak jadi apa?
Kau nak kerja makan gaji ke?
Kau nak kerja sendiri ke?
Takkan kau nak dok saja...


Jauh menungnya



Tanya punya tanya....akhirnya saya juga jawab dekat diri sendiri.

Apa Allah bagi, aku terima.
Apa Allah lorongkan, aku redha.
Apa Allah kurnia, aku syukur.
Apa Allah izinkan, itulah yang sebaiknya.

Cita cita?
Masih lagi juruterbang dan penulis itu yang keduanya. Cita cita tu takkan pernah padam walau apa pun...selagi nyawa dikandung badan. Allah ada. Allah dengar. Allah pernah lorongkan dijalan untuk jadi pilot tapi Allah sekat semula cuma semangat tu tetap ada. Ada lah tu yang Allah nak halang dari timpa saya.

With pilot Iqhwan dan Che An


Bersangka baik. Bersangka baik. Bersangka baik.

Justeru sebab tu lah tak boleh givup. Taknak.

Penulisan juga minat saya dan mungkin kelebihan saya bak kata besfren saya si Jojoe....so why not use it. I need to earn money.



Moga Allah permudah. Sedangkan Kapten Karlene ( pilot USA ) tu adalah seorang nenek, juga seorang pilot dan pengajar dan penulis untuk banyak buku....so apa kurangnya saya untuk berjaya macam dia?



Kerana itu juga saya tak pernah jemu sebut diri saya pilot to be, sebab itu adalah doa saya untuk saya.


Ganbatte.

Saturday 14 September 2019

REVIEW MOVIE : The Secret Scripture

Salam alayk.

So baru ni saja melepak depan tv dengan sikembar pastu terbukak channel Foxlife kat 711 astro tu ha... Tertancaplah mata ini dekat tajuk movie yang depa tayang.

THE SECRET SCRIPTURE.



Huihhhh skali imbas kalau mata dok pandang tv mesti cam helehhhh mesti jiwe jiwe boring sebab memang perjalanan citer ni lek lek je. Tapi tah nape mata saya pandang gak and slowly enjoy la menonton sambil kepit sikembar kiri dan kanan peha. Kus semangat.

Ok sebelum saya bebel lanjut..meh tengok trailer dia.



Haa amacam?

Cam beshe je kan... Bagi korang yang suka movie yang jenis mellow and romantik tapi tak modern, suka la kot hat ni. Best ok.

Sinopsis dia lebih kurang cemni.

Doktor psikiatri muda datang kat sebuah pusat ni buat kaji selidik sorang pesakit yang namanya Rose. Sebab orang dok kata dia gila la pastu bunuh anak la. Dia Dia slow slow blajaq pasal Rose melalui kamus yang Rose conteng dari zaman muda ala ala diari so dia macambuat puzzle plus storytelling la. Makin lama makin exciting la...so doktor ni dapat tau pasal Micheal iaitu husband si Rose...dan semakin dia absorb dalam story tragis ni, dia mula rasa Rose cakap benar. Rose tak gila tapi depa yang aniaya dia yang buat dia gila. Yela renjat letrik, tipu kata baby rose mati sebab rose hentak dengan batu padahal depa curik pastu paling takleh blah bunuh Micheal so Rose cam dungu dok tunggu Micheal ari ari kat spital mental tu....and bila dia ckp dia da kawen,takda sapa percaya...even dia peknen orang kata tu anak paderi.

Kau kejam manusia kau kejammmm.



Sedih ok sedihh..
Saya menangis bergelen gelen ayaq mata tak tipu punya. Makin nak abis makin menderu airmata bila dapat tau rupanya Micheal mati sebab tu tak datang spital. Yang si rose dok mimpi je manjang suami dia datang...waktu kene renjat pun sedih.  Menggeletar si Rose.

Mule mule start nak sedih ...tahan tahan



Melampau sangat mereka semua. Mana la tak gila si Rose...pastu sedih sebab sampai tua ganyut la orang kata dia gila.

Rasanya saya suka connection between watak Micheal ngan Rose...leh rasa cinta depa so saya jadi sedih bila satu demi satu kena cabaran. Walau dorang miskin tapi dorang bahagia...

Ayat terakhir Micheal sebelum kene tembak is...pesan kat Rose gitau dia sayang Rose and selalu ingat kat Rose....which opkos pesanan tak disampaikan. Mencik.



So endingnya saya pegang sikembar sambil merambu airmata terus teringat kat husband sendiri aduihai tisunya hati kamu wahai mira.

Gua tak tipu gua nangis cam budak kecik hilang bekal bawak gi skolah pastu takut balek umah kene kelepiaq ngan mak sebab tu jenama tupperware harga macam cagar nyawa Hahaha. Tapi nangis ahh sampai seharian kalau teringat je nangis...sebak. pebenda jampi tah.





So korang kalau jenis nak cari cari pasal nangis hati tisu bak tisu low cost mudah koyak, meh la tengok.

K sambung nangis. Sobs


Friday 30 August 2019

Selamat Hari Merdeka 62

Assalamualaikum semua...Arini tanggal 31hb Ogos. Merdeka Merdeka Merdeka.


Pejam celik dah bertahun kita sambut kemeedekaan. Marilah berdoa suoaya negara kita kekal harmoni. Sayanglah kalau segala perjuangan nenek koyang atok wan tokwan kita dulu kala habis camtu ja semata mata kita asyik gaduh sana sini passtu rasis sana sini pastu gaduh nak selit isu agama sana sini.

Hey hey apa ni.

Negara yang kuat bersatu adalah negara yang kukuh dan takkan ada kuasa lain mampu goyahkan..
Marilah bersatu. Kita semua rakyaat Malaysia.

Friday 16 August 2019

Travel sendiri ke nak amek agent eh?

Assalamualaikum.

Sapa suka travel angkat tangan 🙆🙆🙆
Saye suke....dan saya tahu anda suka jugak.
Rasanya kebanyakan kite suka travel walaupun pelbagai reason lah nk travel tu. Ada orang sebab suka foodhunt, ada yang sebab nak aim shopping item tertentu ( biasanya yang ni suka gi Bandung dan Saigon sebab muroh ), ada yang sesaja leisure, ada yang sebab melawat saudara mara or kawan dan pelbagai lagi lah.... Ada yang travel sebab suke suke.





Apa saja reason korang, kalau dah nama travel tu mesti kepala ligat pikir nak nak kalau nak gi ke negara orang yang mana segala benda sungguh asing lah dimata. Kalau takat nak pi travel Penang ke Jb ke toksahbla kalut sangat memikior sampai jem urat saraf. Kalau sesat pon pusing je sure jumpa. Kalau blank sangat rajinkan je mulut tanya orang sekeliling. Bahasa yang sama kan?



Melainkan anda pergi oversea, over the sea or luar negara lah senang cerita. Paling dekat kalau gi Thailand la....kot sesat sana mau terkujat kujat sejenak pastu adrenalin meningkat dan berpeluh sakan sebab panik. Cenggitu efeknye. Sebab disana penggunaan bahasa lain, tulisan pun lain hangpa tonggeng terbalek pun takkan paham punya huruf berbelit Thai. Itu contoh....



Selalu bila saya pergi Korea ( sebab saya ni sakan korea sket, harap maklum ), orang selalu tanya few soalan basic.

"Ada kenal orang sana ke?"
"Tak susah ke sana?"
"Amek guide ehhhh "
"Berapa pakej?"

Haaa pasal guide ngan pakej tu memang jenuh la nak menjawab. Tapi sejujurnya saya selalunya prefer pergi sendiri tanpa guide TETAPI saya tetap beranggapan tak semua tempat pun best sendiri unless kite ni jiwa kental separuh ati nyawa kamikaze huk yahuk yahuk baru la extreme ....



Korea memang saya tak gune guide sebab saya dah pergi few times and boleh la basic berbahasa hangul dan baca tulisan depa plus minat and ada preference sendiri kalau gi tapi saya pernah gak cuti dengan guide di destinasi lain cam Saigon. Haaa yang Saigon ni saya pernah rasa sekali tanpda guide sekali with guide. So boleh la buat bandingan. Pro and kon itu banyak tapi untuk Saigon sejujurnya saya rasa lagi better amek guide. Heheh.



Sebab kalau nak gi sendiri tu cam payah la nak susun itinerary pi redah sungai mekong ke ape ke. Ada certain benda memang lagi osem and baguih kalau ada guide. Plus depa lebih tahu hidden gems ( bodek ah skit suh bawak non-touristy place ) and bab kenen harga pun leh pujuk depa and paling penting bab makan sebab bagi saya Saigon ni jenuh bab makanan. Ada tu ada tapi priceyyyy sebab memang Malaysian akan tuju situ kan.



Untuk sesetengah percutian....saya sendiri prefer guide supaya kita sonang. Ringan kepala dan sediakan wang je. Pastu banyak je travel agency yang Boleh dipilih so tinggal korang buat timbang tara je mana yang helokkkkk ikut preference korang. Contohnya time pergi ke Saigon dua tahun lepas sebab bawak mak abah dan kawan saya Nora juga bawak arwah ma dia. Kami ambil guide nama Soleh ( ke ape tah lebeh kurang lah nama dia ) dan dia amek kami kat airport, bawak ke hotel, bawak ke lubuk telekung dan jubah pastu malam skit kitorg jalan sendiri... yela dok area Benh Tahn gak.

Esoknya Soleh bawak ke sungai mekong and makan kari ikan merah kat sebuah kedai ni ...untuk anta balek airport jugak. Tak lah terlalu fully guide tapi dalam 70% gak dan ianya membantu. Tak hassle lah kan terus ada tempat dituju. Plus, kalau nak gi Mekong tu memang bercinta la kalau self guide. Memang idok la pergi.

saigon

mekong

Soleh yang paling kacak tu ha 😂

s
Our crews in saigon



Saya pernah pergi Saigon sendiri sendiri tapi in smaller group takde makpak time tu. So segala benda depends keadaan.


If pergi tempat macam Aussie ke Korea ke, saya prefer sendirian berhad aje. Antaranya reason yang buat saya suka sendiri je :

1. Masa tak la terikat sangat. Sukati je.

2. Jimat heheh

3. Extra pengalaman sebab struggle

4. Best!!!

5. Kompem leh repeat dengan penuh keyakinan sebab dah belajo.




Tu je. Ahahaha strong tak strong tak reasoning tu?

Pendek kata, tepuk poket tepuk dada tepuk keyakinan dan jalannnnnnn aja.

Thanks sudi baca.


Thursday 13 June 2019

[ Pasca bersalin ] Rambut guguq. Huk ohlohh

Assalamualaikum ♥

Pasca bersalin tajuk blog kalini. Gitew gune bahasa level tinggi dok pasca pasca bagai. Ahaaa.

Dah almost 4 bulan sejak saya melahirkan sikembar melons so saje nak share ape jadi pe semua padia padia. Sebelum tu diingatkan ya, lain orang laincara. Lain orang lain badan.


Saya selalu tengok kawan kawan ramai pas bersalin kemain lawo. Cam hot momma la gitu pastu sy berlari ke bilik untik cermin diri sendiri. Nasib tak pengsan sebab nampak kembor hantu kaklimah. Ahahahahaha...dah kenapa haku ni jauh dari level hot. Suam pun tidak..suhu bilik pun tidak.

Dan bila diriku tengok cermin..



Hairloss.

Dulu orang selalu cakap kalau pas beranak ni selain kemenggeleberan perut, benda lain yang akan meruntun jiwa adalah keguguran rambut. Bila baca kaum ibu sembang pasal hairloss ni leh rasa diorang punya stress dalam perkongsian tu. Gila ah.
Sehinggalah diri ini merasainya....

wuuuuuu boleh buat cam babak cite antu the ring kalau kutip dalam bilik ayaq. Gila banyak ahhhh... So kepada ibu yang sedang struggle bab rambut, bertabahlah
 Sobsss.



Asas niat majlis persandingan untuk apa?

Assalamualaikum...

Sepanjang tahun nak nak musim cuti sekolah akan bersusunlah jemputan orang kahwin. Selalunya saya akan hepi lah mengenangkan lauk kenduri. Ai bab makan memang win. Memang over. Lalalala.

Kadang terbaca kat fb kat twitter luahan pasangan yang nak kahwin ni tentang bajet. Yelah, nak kene berpuluh ribu katanya baru onz majlis tu.

Terfikir saya, betapa islam ni mudah dan memudahkan tapi adat budaya yang susah dan nyesakkan. Alasan :

1. Nanti kalau senang dapat anak orang bayar murah, senang la kene tinggal.

2. Pepenat makpak besarkan takkan nak bagi free.

3. Nanti orang kata apa ( hat ni paling pemes ).


Tak sangka la jugak anak dah jadi item. Juai beli padia padia. Benda kalau boleh simple takyah susahkan. Kalau mampu takpa, silakan. Lagi bagus.

Tapi bercakap yang tak mampu ni kadang sampai bergolok bergadai meminjam bagai. Paling sakit hati kalau semata nak jaga 'pandangan mata dan mulut orang takot depa kata'... Buatla jodoh tak panjang rumahtangga dilanda badai, depa tetap akan berkata. Manusia weh.

Dan nama juga manusia...lauk kiok skit depa soksek, pelamin kelam sikiy depa soksek... Semua benda hatta lalat terbang depa akan soksek. Enough jaga mata dan mulut orang. Jaga perut depa ja bagi makan lauk sedap bersih.

Benda luar kawalan kita...biaq pi!



Gamba hiasan

Gamba hiasa 

Gamba hiasan



Bab baju pelamin pun sama...over nawwwww. Kepada kaum hawa, ye saya tahu kawen sekali seumur hidup. Takda sapa nak kawen lima juta kali. Tapi sayangku, hukum islam jangan ditplak ketepi.

Mekap berlebihan itu tabarruj.
Baju melekap badan itu dosa.
Cukur kening bulu mata palsu itu haram.
Membazir itu amalan syaitan.

Boleh hadam kan?

Again... Nanti orang kata. Adehhh...saya penah kenal sorang hamba Allah yang buat part time mekap. Dia selalu komplen kalau pengantin refuse cukur kening katanya hodoh kening tebal nak mekap susah.

Lempang nak?


If kalian junpa mekap artis camtu...bagi saya anda boleh luaskan skop kuasa memilih. Kalau benda dosa ni haram ni kalau malaikat cantik hangpa boleh suruh malaikat bantai dia tak dalam kubur instead of hangpa?


Pikir pikirkan lah...
Enough with berlebih lebihan dari semua segi serba serbi. Please :)



Wednesday 15 May 2019

Ramadhan kareem dan ibu yang menyusu

Assalamualaikum semua.

Salam ramadhan buat pembaca sekalian. Korang ok tak? Puasa on tak on?

on tak on tak?


Cambese la untuk saya kalau tahun lepas mencabarnya sebab sedang mengandung. Tahun ni cabaran lagi sebab menyusukan pula. Kembar pulak tu. Tapi walaupun ada rukhsah yang memudahkan dan melonggarkan sikit perintah Allah ni untuj ibu mengandung dan menyusu, toksah la amek kesempatan lak. Cuba dulu... especially ibu yang menyusu tu. Cuba dulu. Kalau takleh gak, buke lah.

Tapi kalau ibu mengandung saya tak berani nak cakap sebab memang risky lebeh skit. Ikutlah saranan doktor dan kaji ketahanan diri sendiri tau.


Saya first day aritu pon cam fikir memacam gak and memang terok la level gurun sahara kat tekak ni tapi alhamdulillah susunya ada je. Mungkin menjelang petang jam 0630pm camtu cam susut sikit tapi masih ada. Betapa Allah bantu. Terima kasih Allah.

Tapi macam saya cakap. Lain orang lain ragam. Tak semestinya saya mampu , orang lain mampu. Ada ibu tu tak sahur pon onz je. Ada yang sahur beria makan selambak pon kecundang sebab memang tak larat..

Its okay. Allah lebih tahu niat kita. Percetankan kata kata manusiawi lain hokeyyy.

Lepastu tang nak sahur tu halahaiiiii.... rasanya dari zaman kecik dulu tang sahur tu la mencabar gak. Dulu bangun gosok mata mak da prepare dah.

kau jangan nak derhaka sangat!



Pastu menginjak zaman bujang idop sendiri kadang bangun kadang tak....kadabg cukuplah air je. Now masuk zaman kahwin kau rase boleh gunapakai lagi frasa 'cukuplah air saje'?... memang mintak kaki hahahhaa.

Tapi nak taknak kene la makan gak supaya penghasilan susu tu maintain la gak. Shian kat baby baby saya nanti. sobs.


So gais... da start buat kuih raye??



Thursday 11 April 2019

Pengalaman bersalin kembar

Assalamualaikum rakyat jelata.

Arini dah masuk 15th feb...dah tengah bulan februari dah. Kemain lah masa berjalan laju cam kene hambat. Alhamdulillah baby kembar melons saya dah masuk 50 days camtu...cucuk sbulan pun dah settle setelah umur 45hari ( terdelay sikit atas banyak faktor takleh elak ).


Say hi to melons ( time ni kat SCN sebab kuning )



Entri kalini saya terpanggil nak saje kongsi kisah bersalin kembar. Lain orang lain pengalaman. Saya sendiri suka baca dan nak tau kisah ibu lain bersalin nak nak kembar.

Jemput minum dulu acik acik sebelum baca.


Czer atau normal?
Normal. Alhamdulillah... Bila sebut kembar je kepala kita mesti automatik fikir czer kan? Sebab memang mostly kembar baby ni akan dilahirkan melalui czer. Saya sendiri pon ingatkan saya kene operate tapi dalam kepala memang dah doa dari awal, papehal nak normal sebab saya duduk rumah flat..kalau baby kembar, jenuh naik turun tangga apa semua. Kuasa Allah...diizinkan saya normal.

cenggini muka bawak perot naik tangga


Saya balik Kuantan sebenarnya awal dua ke tiga minggu dari estimate. Sebenarnya tak sempat nak decide tarikh sebenar pun sebab balek sinun pun terhegeh nak settlekan pertukaran rekod klinik kan. Patotnya Jumaat tu last gi klinik tapi rupanya sehari sebelum dah kene warded.

Camna leh kene warded?
Haa ni la yang memanjangkan entry ni.  Saya cite slow slow ya.



Nak dijadikan cerita saya perasan perut saya macam makin jatuh ke bawah je. Rasa keberatan tu beralih dari bawah dada ke area pusat. Cam nak roboh da. Hahah.

Pastu every morning macam ada sign yang keluar discharge apa semua. Pelik la sebab sepanjang pregnant tak pernah lak kene keputihan tapi now ada lak siap tak berapa nak putih and ada tanda darah skit. Pastu menggelabah sesorang dalam toilet. Tapi tiga ari camtu la wat dono je lagi.  Pastu masuk third day tu, siabgnya merayao ngan adik pi makan donat la cari itu ini lah konon siap wat maternity acah acah shoot kat Pantai Balok.

Malam tu kua keputihan with blood again...tapi pelik la selalu belah pagi ni malam pun lek jer kua. Dah takleh dah ni. Mak pun tegur perut jatuh. Hoho. So cakap ke mak sok nak cek lah kt htaa tapi memang da prepare siap la barangan hospital. Chuak tu Allah je la tahu.

Patut la ada satu malam tu rasa mengejang mengeras perut. Maybe tu kot early contraction ( kot ).

Esoknya pergi la ke spital siap sempat lak singgah pasaraya 24jam Lyc cari milo 3in1. Padahal dua ari sebelum tu berderet kua tak beli pun pape. Hahaha. Saje je ngade kan.

Tolonglaa...wajib sangat ke seluk sakit ni...


So bermulalah cek kat hospital. Opkos benda pertama selukan. Ye people jelata sekalian. SELUK MENYELUK . Akhirnya ku faham apa yang dikecohkan dan selalu disebut sebut seluk oleh geng ibu ibu mengandung dan bersalin. Now da rasa and TRAUMA. hahahahaha....dun worry saya memang mudah trauma dan sememangnya penakut.



Rupanya doktor yang akan cek tu pulak doktor lelaki. Hadoihhhhhh.. first time.. malu gila. Nurse pasang ctg nak tengok contraction dan jantung apa semua tu. Kita dok la tuggu sebab kembar maka kene double timing. Dari 20min kene la darah dua jadi 40min. Bab doktor lelaki tu.... bila da sakit, yang penting semua proses lancar dan settle.

Doktor bidan tu seluk memang dah bukak 2cm. Saya menggelupur and kene tegur la kan. Doktor cakap dah tu camna nak beranak. Ahaa...mana la saya tau. Tu reflek semulajadi la gelabah mak enon kan. Dah la first time. Doktor tak kasi saya balek sebab twins ni highrisk. Kalau mak mak lain dia suruh balek je tapi bila twins ni sekecik isu depa pandang besar. Saya ok je cuma terkilan banyak makanan peberet takdan nak telan. Last telan dofi donat yang pemes kat Kuantan tu .



 Maka saya berkampung lah di hospital HTAA tu... memang saya kalau boleh tak nak balek dah selagi tak bersalin sebab memikir susohnye nak datang balik kot tetibe kan. Spanjang kat sinun bermacam ragam dan orang lah saya kenal. Biasa yang masuk situ sat je dah beranak. Jiran katil bertukar , jiran belakang depan bertukar...katil pun bertukar. Ahaaa proses yang bosan is proses cek jantung baby and cek perut. Mungkin untuk saya sebab sakitnya badan badan ni weh.  Saya kan tak mampu nak baring terlentang. Sakit.

kemon umi yukenduit. 


Nak dijadikan cerita, hari keenam saya di htaa, tengah borak dengan jiran sebelah tetibe vroooooooooooo.... haa cam bunyi motor soundtracknye. ahahahah. Saya rasa sensasi uncontrollable air keluar dari bawah. Tak mampu tahan. Kencing pun tak camni weh. Saya terus tanya orang sebelah , ehh camna eh kalau air ketuban pecah. Dia cakap cam air. Saya tanya lagi cam air terjun ehh... dia gelak je pastu mata dia bulat. Nape kak? saya menggelabah dah. Saya cakap la saya rasa air saya pecah. Berjalan lelaju la g toilet gtau nurse . Terngiang lagu WE ARE THE CHAMPION.

yuols dengar la ummi sembang tu.


Menapak tu rasa lagi air keluar cam kene perah perah. Nurse suruh pakai pad tetebal dan start cucuk antibiotik. Tapi sayangnya depa lupa bagi ubat tahan sakit tu. Menahan laaaa sakitnye.

Sakit hoi




Start pecah ketuban jam 0730am... start sakit terok 0730pm lepas mak balik. Mak siap sempat bawak sambal tempoyak goreng uols tapi dah mula tak berapa selera tapi ratah je sambal tu ahahaha terok perangaiku. Yela taktau pon nak beranak sesangat.

Memang takda tenaga sgt sebab tak lalu nak makan. Kemas tempat katil sesiap and dok baring pastu start dah sakit mencanak canak. Time tu doktor student tengah borak borak dengan saya tapi dorang dah naik pelik tengok saya tak mampu fokus. Pastu start tanya nak panggil nurse doktor bertugas ke. Saya terus suruh dan berlarilah mereka. Takdan dan dah gi cek bukaan kat bilik rawatan, atas katil tu jygak cek pas tutup tirai. Menggelabah memasing.
.
Rupanya depa da call doktor bidan yang seluk saya first time tu. Berlari doktor tu sambil tanya 'hoh nak bersalin sangat ke'... ish .

Dah la tengah sakit.


Saya ditolak kelabour room dan tula saya bebetul baring setelah sekian lama sebab saya kan tak mampu baring properly. Tapi nurse tinggikan sikit katil. Letak ctf kat perut dan satu lagi direct kat kepala baby sebav ada dua jantung doktor takmo keliru. Redha jela. Diseluk pun redha jela. Start depa letak oxytocin tu saya da mula sakit yang takleh bawal bincang. Fuh rasa badan putus dua...rasa nak membuang tapi tak buang .Saya mula muntah muntah sebab perut kosong dan sakit. 4 beg kuning ok. Habis dehidrasi teruk sampai kene drip la ape la. start 0800pm sampai 1230am menanti. Sakit cam nak meletop la rase.

Cek cek akhirnya 9cm. Terus la ready. Time tu orang lain da abes. Depa bagi saya antara yang last senang fokus kot. Ramai laaa manusiawi dalam tu. ahahha glamer uols. ..
.


Tapi sayangnya saya dah sangat weak. Nak tido nak pengsan semua la tapi nurse paksa bertahan. Saya teran menjerit sebab tak reti bagai memang tine tu laa contraction dah takde cam what the heck nyeeeeee lah. Kalau ada contraction kite cam ada suoer power tenaga nak teran .Kalau tak, kita kene gather tenaga sendiri. Bagi first mom selalu kantoi sikit sebab tak reti. Bergelut bagai nak rak tak keluar gakkk walaupun kepala kat bawah dah. Stress betoi.




Akhirnya doktor decide nak forsep. Sebab saya bebetul tak larat. Alhamdulillah doktor tak give up walaupun mengamok kat saya. ahahhaha. Time doktor bebel apa itu forsep, saya tak fokus dah. Angguk je.. dah separa hilang akal kateko. Tengok benda tu pun taknak.Dengarla bunyi plastik depa bukak .  pastu tetau je doktor suruh push kuat and zruppppppp....baby ditarik keluar. Sensasi betoi rasa lega dia tu. Potong tali pusat, baby menangis comel dan bawak cuci sat. Pastu letak baby atas dada, doktor lain suruh try kasi hisap susu. Opkos la saya tak pandai. hahaha tapi mata dok tengok je baby. Alahai anakkk .

Pastu konon nak lega, nurse garang tu tempik again.

"Ibu jangan tido sangat ....ada sorang lagi dalam perut"...

Eh lupe lak.
.
ummi hampir lupe kite. huh



Maka push teran bagai...jerit cam ape je. Eh sebelum tu doktor pecahkan ketuban sebab hat sorang ni helok lg dok dalam ketuban. Yang leaking tu first je. Time dia pecahkan..popppp bunyi sekali semburan dasyat. Beria doktor mengelak hahaha...pastu ada skit kaler kuning so menggelabah la nak kuarkan si cenonet number two.

Alhamdulillah hat ni ok skit la...walau seksa nak teran tapi kua gak akhirnya. Cuma dia tak menangis so doktor cuci pastu depa cakap baby baru nangis. Kire lambat la makanya kene dok NICU la sorang ..sorang lagi SCN.


Selepas proses jahit yang azab sebab bius gas takda stok, jahitan melampau banyak sampai doktor hanpir givup punye stress saya dok angkat punggung. Serius tak sedar sebab automatik la sakit kan. Akhirnya settle tapi darah memang banyak la almost 1 liter abes kua.

Proses jahit tu hazab sangat....saya baru teringat time bersalin tu saya siap poop bagai lagi. Maafkan sayeee doktor dan nurse.

sorry pipol


Saya hampir pitam time baru bangun so doktor suh baring je kat labour room dulu. Tetido sat pas minom air coklat sedap and bukak mata je husband baru sampai.


Haiye...😂



So next entri baru next story ya.


Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...