Friday 15 September 2017

Perkhidmatan kurier Ninja

Hey hey..

assalamualaikum semua.
Saje nak share. Minggu lepas saya ada order satu barang di lazada.
Saya beli crown wedding untuk wedding preparation. (Doa doakan sahabat sekalian ).

Order tu kalau ikot emel akan sampai awal Oktober tapi secara tetibe laju bebenor shipping dari oversea. Alhamdulillah kan. Tapi sayangnya mungkin bukan rezeki saya.

Time kurier boy tu telefon untuk bagitau barang saya sedang memandu di KL. Dia hantara mesej yang dia letak barang depan area rumah which is biasa dah Ninja buat camni and tak kisah pun.

Tapi malamnya saya sampai di rumah, takde lansung kelibat barangan tu. Saya panik dah...dan mesej staff tu sebab dia inform pasal barang tu guna nombor dia. Mujur.

Pada mulanya saya sangka dia akan watdek je tapi tak sangka dia bebenar follow up dan janji akan cari semula esoknya. Saya sangka dia salah letak dirumah orang ke apa ke. Esoknya dia sampai.

Memang barang tu officially hilang dan staff ninja ni risau lah kan reputasi dia if saya report ke lazada ke apa ke padahal saya takda niat pun nak buat camtu. Tutup rezeki orang ni tak baik sangat tau jangan buat ye kawan kawan.

Saya berat hati bila dia cakap dia nak bayar ganti rugi benda tu...tapi sebab dia nak bertanggungjawab saya ambil juga duit tu. Alah Rm20 je tapi sikap dia mendapat respek saya. Dia sangat bertanggungjawab. Tahniah Ninja kurier.

Duit dia bagi tu saya akan simpan je dulu. Mungkin tetibe esok lusa muncul barang tu even cam mustahil je kan. Tak sampai hati time terima duit dia serius cakap. 😢😢😢😢

Semoga Allah permudahkan urusan dia, murahkan rezeki dia.


Tahniah sekali lagi kurier ninja.


No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...