Tuesday 27 September 2022

Garis masa Khairul Aming

 Salam.


Baru ni sempena birthday yang ke 30 tahun, Khairul Aming ada buat compilation video tentang perjalanan dia dari umur 20an til berjaya sampai sekarang.


Okay siapa je tak kenal Khairul Aming ni? Mostly kita kenal nak nak lepas pandemik bila semua orang makin gigih tengok video memasak ringkas berilmiah. Sebut je Khairul Aming, Che Nom, Sugu Pavithra, LimauNipis...semua lah orang kenal.  




Dia ni anak muda yang sangat memberi inspirasi nak nak sambal padu Nyet dia tu meletop letop memanjang sold out. Semua orang nampak dia berjaya dan kaya tapi tak ramai nampak susah dia jatuh bangun dia dan berapa banyak keringat dan airmata dia sementara nak mendaki tangga kejayaan ni. 

Saya tak boleh share pulak video dari IG dia. Takpe korang boleh pergi kat instagram dia dan tengok. Berair mata juga lah sebab ya Allah ianya memang sangat mencabar dan banyak kegagalan dia hadap rupanya. Cuba bayangkan kalau dia give up dan berhenti lepas gagal. Kita takkan dapat tengok sambal nyet sold out dekat shopee. Harga sebuah usaha tanpa jemu.

Credit to owner


Dia pun belajar tinggi juga, kerjaya pun bagus tapi dia cari ruang dan peluang untuk keluar dari comfort zone. 

Saya tahu bukan saya je yang terharu tengok. Dan saya yakin bukan hanya Khairul je yang succeed camni. Ramai lagi kat luar sana kan. 

Semoga kita semua berjaya dalam apa saja kita buat dan semoga juga Allah lindungi dan berkati setiap langkah kita agar ia jadi bekalan di akhirat sana. 

Kita ada Allah 

Selamat hari lahir Khairul Aming. Teruskan usaha !!




 


Wednesday 21 September 2022

Housewife vs working mom

Salam.

Dilemanya sekarang ni hati nak kerja or stay at home je jaga anak. Ya Allah buntu betul. Nak kerja sebab nak kumpul duit. Nak stay at home sebab nak spend masa dengan anak. 

Rasanya ni lah dilema setiap working mom.... And ada yang succeed cekalkan hati untuk berhenti. Ada yang terpaksa teruskan demi komitmen dan kelansungan hidup. 

Kan bagus kalau kita boleh grab dua dalam satu sekaligus. Bila nak kerja ni, kerisauan kedua akan muncul iaitu kerisauan anak nak letak kat mana, siapa nak jaga nanti? Dan elok ke orang jaga.

Baik taska baik pengasuh dua dua ada pro dan kontra. Ya Allah ....bantulah hambaMu buat decision ni.

Kepada para outsider yang suka judge. Sudah laaa dengan persepsi wife dok rumah ni susahkan suami. Tak agak agak patut katanya. Duduk rumah akan besarkan badan. Gemukkan badan. 

Kejamnya lah kan jadi perempuan ni. 
Kesian juga lah perempuan ni.


Semua orang ada journey masing masing.

Monday 19 September 2022

Temuduga terbuka Ramp Agent GTR

 Salam semua.


Haa ada intake baru bakal berlansung untuk kerja ramp agent ( ground operation ). Apa itu ramp agent? Boleh baca sini.


Kerjaya Ramp Agent.  


Itu antara intipatinya. Kerjaya ramp agent ni meluas tapi ni antara skop dia lah kalau kalian tertanya apo bondo tu kojonya.


Perkara dalam interview GTR


Mungkin ada penambahbaikan dan pembaharuan prosedur tapi mostly pebih kurang macam ni lagi dengarnya. 











Thursday 15 September 2022

[ KDRAMA ] Revolutionary sisters

 Salam.


Sebenarnya ni bukan review post patutnya sebab baru tengok dan citer ni ada 50 episode. Husband dan saya cam terkejut cimpanzi lah tengok jumlah episode tapi kitorang layan je slow slow. Best!!! 




Haa ....memula rasa cam aura citer ni best and resemble satu drama lain. Liver or Die. Ohhh hat tu da abis tengok cam belum buat review kan.

Best Revolutionary Sisters ni pasal anak beranak, adik beradik ipar duai biras semua lah. Memang pasal family sangat. Genre family dan slice of life. Sebijik citer Liver Or Die. Yelah penulis sama kan...pelakon pun lebih kurang. 

Citer ni pasal bapak yang dituduh bunuh mak depa on the way nak gi cerai so adik bradik semua pempuan ni merentan dan menuduh. Eh tapi rilek gais , ni bukan thriller. Memang ada kes mati tapi tu punca plot citer ni berkembang. Sabo sabo. 




Huru hara adik beradik dengan masing2 punya life challenge. Yang husband curang, yang adik kaki loser, yang jenis malang tapi responsible. Semua lah ...kisah makcik pertama, makcik kedua. Best awakkkk.

Saya suka genre gini. If awak serupa saya, awak akan layan. Confirm sure!!!!!











Uzairku sayang

 Salam.


Harini tengah hari macam biasa la produktiviti saya apa je. Dok teman dorang tengok tv pasal experiment lah ape lah. Hana si bongsu tengah tidur. Toksah kacau. Lega dapat lurus pinggang jap. 




Sian anak. Rumah ummi level miskin sofa pun tadak. Hahaha ..takpe anak, one fine day kita kaya dah insyaAllah mana tahu kan, kita akan pindah dirumah yang lebih baik. 


Alkisahnya yang berkait tajuk ialah Uzair, first time dalam hidup nih. Uwais selalu tonyoh kepala dia kat muka ummi dia ni. Kadang sampai bersin la bila kepala tu kena hidung berdezup kuat ....hadoi. Uzair ada sandar kat belah kiri bahu tetibe Uwais databg dan tonyoh ( da macam kucing kan perangai hahaha comel ). Pastu ummi nye ni sabo sabo taknak marah kang terjaga lak sikecik bongsu tu. 


Uzair tiba tiba cakap kuat.


"Abang.... Ummi sakit...." 



Terus Uwais berlalu. Saya terpinga pinga tercengang cam wow sangat rasa tu spontaneous respond dari anak teruna number dua saya. Automatik rasa terharu.


Alahai Uzair..... Besar dah kamu🫰🫰🫰🫰🫰🫰🫰


Kembar number dua. 


Tuesday 6 September 2022

Random lepak di Aeon

 Salam.


Harini lepas je maghrib solat siao husband ajak pergi jenjalan kat Aeon Nilai. Boleh lah isinmasa kasi penat anak. Selalunya kami bawa anak pergi taman permainan bagi keluar tenaga tapi sebab harini cam malas nak keluar siang ditambah cuaca gak menentu, ok la kita lari dari kebiasaan.


Apa salahku tibeh menempel di post ini.


Kitorang selalunya kalau gi Aeon ni akan singgah sikit kat Eco shop. Sebelum tu kene azan dulu supaya saka shopping tak keluar. Tapi kenangkan taraf duit diri ni saka.pun stress nak hasut sebab sia sia. Hehehehe. Sian.

Selain tu kami akan singgah Molly Fantasy bagi anak main singgit dua ringgit tiga empat ringgit je limit permainan swipe kad situ. Oh nak main kene swipe bukan la depa main swipe hamboii beshe dia.  Usually game hockey ice tepuk atas meja haku pun tak tahu apa nama.dia sebenarnya dan kereta safati or bus yang bosan dimata orang tua tapi nice dimata anak. Tu jelaa...game tembak tembak or lumba kereta depa tak mahir. Tak reti pun. Bapak depa reti la. 

Ha ni dia hockey ice tepuk meja


Kereta bosan tapi tak bosan


Acah acah level master


And air kami suka beli kat Aeon Delicatessen tapi harini nak merajuk sebab baru jam 8 lebih dia closed dah....sedehhh tau nak air vanilla latte nak nak nak. Since sedih maka balik singgah beli teh tarik bawah rumah je sobs.

Selalunya itu jela aktiviti yang tak jemu dibuat asalkan ada aktiviti bonding with kids. Kami berdua tak kaya berharta so jenjalan free camni je boleh. Dulu waktu kerja sekejap merasa la makan kat Windmills tapi sekarang ditambah harga dah berganda ganda, takpelah. InsyaAllah next time.

Disamping tu lalu kedai.gajet intai laptip lh tablet lah...berangan nak beli ganti yang rosak supaya boleh buat kerja penulisan situ tapi takpe, berangan dulu...doa bebanyak nanti Allah pasti bukak jalan.  Aminnn.

So apa aktiviti random korang sekeluarga? 



Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...