Thursday 7 December 2023

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. 





PEJUANG PEJUANG ISLAM DI P A L E S T I N E


KEMASKINI

SEBAB RAMAI KELIRU BERAPA BANYAK UNIT PASUKAN PEJUANG PALESTIN DAAA. KITA BAGI INFO SIKIT SIAPA MEREKA NI

PROFIL PASUKAN PEJUANG PALESTIN

1) BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM

- Mereka ini merupakan Sayap Ketenteraan di bawah Parti Hamas(Kalau tak faham bayangkan PKR atau UMNO atau PAS ada tentera sendiri. Ha begitulah)

Mereka mempunyai jumlah anggota terbesar di dalam seluruh formasi Pasukan Pejuang Palestin iaitu sekitar 35,000-40,000 orang

Mereka juga mempunyai unit yang lengkap antaranya Pasukan Khas(Komando), Pasukan Pertahanan Udara, Pasukan Pertahanan Siber, Pasukan Infantri, Tentera Payung Terjun dan Pasukan Perisikan

Mereka kini dipimpin oleh Mohammed Al Deif dan dibantu oleh Marwan Issa selaku Timbalan.

Abu Ubaida selaku Jurucakap Briged

Dia ditubuhkan pada 1984 sebelum penubuhan Parti Hamas lagi. Nama lama ialah Al Mujahidin Al Falistin sebelum ditukar kepada Briged Izzuddin Al Qassam pada 1991

Nama Briged ini diambil dari Sheikh Izzudin Al Qassam iaitu pendakwah Islam dari Syria yang syahid dalam menentang pencerobohan Tentera British di Jenin, Tebing Barat pada 1935

Mereka aktif di Semenanjung Gaza dan mempertahankan Kem Aqaba Jabr bersama Briged Seraya Al Quds, Jenin, Nablus Tebing Barat dan juga di Selatan Lubnan

Kat bawah ni nanti saya kepilkan Full Thread saya kat Twitter yang saya buat untuk kenal dengan penuh siapa Briged Al Qassam ni.


2) BRIGED SERAYA AL QUDS

Mereka merupakan sayap ketenteraan Kumpulan Jihad Islam dan ditubuhkan pada 1981 di bawah Nama Sword Of Islam. Mereka antara yang kekal berhubung rapat dengan semua Pasukan Pejuang Palestin

Mereka dipimpin oleh Ziyad Al Nakhaleh dan Abu Hamza sebagai Jurucakap

Mereka aktif di Gaza, Jenin, Nablus, Tubas, Ramallah, Baitul Maqdis, Al Khalil , Syria dan Lubnan

Mereka ini ialah unit kedua terbesar dalam Pasukan Pejuang Palestin dengan anggaran 15,000-20,000 orang

Mereka ini adalah unit utama yang mempertahankan Tebing Barat dari serangan IDF selain Pasukan Briged Syahidin Fil Quds dari Parti Fatah

Mereka ini boleh kata duri dalam daging dalam mengganggu penguasaan IDF di Tebing Barat kerana mempunyai rangkaian Perisikan yang ampuh

Mereka pakai Baju Hitam dengan sedikit Stripe Kuning


3) BRIGED SYAHIDIN FIL QUDS

Mereka ini ialah Sayap Ketenteraan Parti Fatah yang ditubuhkan semasa Intifada Pertama(8 Disember 1987 hingga 13 September 1993). Mereka ini meskipun di bawah Fatah tetapi beroperasi bebas tanpa campur tangan Parti Fatah dalam operasi ketenteraannya

Mereka dipimpin oleh Marwan Barghouti dan dibantu Timbalannya iaitu Zakaria Zubeidi

Mereka aktif di sekitar Tebing Barat dan Gaza terutama di Nablus, Balata, Jenin, Tulkarm, Beit Ummar dan bergabung bersama Briged Seraya Al Quds di Tebing Barat

Diorang ni kengkadang pakai Baju Hitam Putih. Kengkadang pakai Baju Hitam Stripe Emas



4) MARKAS ANGKATAN BERSAMA PEJUANG PALESTIN

Mereka ini ialah Bilik Operasi Bersama yang menggabungkan semua Pasukan Pejuang Palestin yang berbeza latar belakang di bawah satu panji

Boleh kata macam Pemerintah Angkatan Tentera Palestin

Bilik ini diketuai oleh Briged Al Qassam dan Briged Seraya Al Quds dan ditubuhkan pada 2006 bagi memudahkan operasi bersama mempertahankan Gaza dan Tebing Barat. Hizbullah dan Kor Pengawal Revolusi Iran ialah penasihat untuk markas ini

Mereka inilah akan mengatur pergerakan semua Pasukan Pejuang Palestin untuk mempertahankan Kawasan kawasan di Gaza dan Tebing Barat selain melancarkan serangan bersama. Mengkoordinasi segala tindakan dan pergerakan Pasukan Pejuang Palestin di seluruh Tebing Barat dan Gaza

Bilik operasi ini mula terkenal selepas Perang Saif Al Quds 2021


5) BRIGED ABU ALI MUSTAFA

Mereka ini merupakan sayap Parti Marxist Popular Front Liberation Of Palestin atau PFLP. Nama asal ialah Kumpulan Helang Merah atau Red Eagles sebelum ditukarkan kepada nama Setiausaha Agung PFLP yang dibunuh IDF

Mereka dipimpin oleh Ahmed Sa'adat dan Abu Jamal sebagai Jurucakap Pasukan

Mereka aktif beroperasi di Bethelem terutama Kem Pelarian Dheisheh dan Al Bireh serta Gaza

Briged ini kerap melakukan penyusupan ke kawasan haram Israel dan melakukan huru hara

Operasi popular pasukan ini ialah Membunuh Menteri Pelancongan Israel, Rehavim Ze'evi pada 17 Oktober 2001 semasa Intifada Kedua

Mereka pakai baju Merah Putih



6) BRIGED OMAR AL QASIM

Merupakan sayap ketenteraan Parti Marxist Democratic Front Liberation of Palestine. Dia dikenali sebelum ini sebagai Briged Penentang Kebangsaan pada 2000. Ditubuhkan semasa Intifada Kedua

Mereka dipimpin oleh Ayman Al Bahdari dan Timbalannya Raed Nazzal. Abu Khaled ialah Jurucakapnya

Mereka aktif di Gaza dan Tebing Barat

Baju Merah Putih



7) BRIGED MUJAHIDIN

Mereka merupakan Sayap Ketenteraan Pergerakan Mujahidin di Palestin. Mereka sangat berahsia mengenai pergerakan dengan tidak banyak diketahui. Tetapi mereka dianggarkan mempunyai 10,000 Tentera

Mereka dipimpin oleh Dr As'ad Abu Shari'a selaku Setiausaha Agung Pergerakan Mujahidin dan jugak dibantu Jurucakap Abu Bilal

Mereka aktif di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dan kerap melakukan Operasi Risikan Balas ke atas IDF

Anggotanya pernah berjaya memasuki IDF dan membantu memberikan bantuan senjata IDF kepada Pasukan Pejuang Palestin yang lain.




8) UNIT RUSUHAN MALAM


Mereka ini terdiri daripada pemuda pemuda Palestin yang bertindak sendiri menentang IDF. Mereka biasanya menggunakan Molotov Koktel dan bahan letupan buatan sendiri

Mereka ditubuhkan sekitar 2018 dan membantu mengelirukan Iron Dome semasa Perang Saif Al Quds 2021

Mereka juga terlibat mempertahankan Beita pada Perang Saif Al Quds 2021 dan aktif di Nablus, Ramallah, Tebing Barat dan kadangkala di Gaza



9) KUMPULAN SARANG SINGA(LIONS DEN)

Mereka ini merupakan kumpulan termuda dalam Pasukan Pejuang Palestin. Ditubuhkan pada lewat 2022 terdiri daripada mana mana rakyat Palestin yang mahu mengangkat senjata di bawah satu panji tetapi tidak menyertai anggota Pasukan Pejuang Palestin yang lain

Mereka dipimpin oleh Abdelrahman Soboh

Mereka aktif di Bandar Lama Nablus, Kejiranan Al Yasmina dan Kem Pelarian Balata

Mereka kerap mengganggu operasi penguatkuasaan Tentera dan Polis Israel di Tebing Barat menyebabkan ramai anggota mereka diletakkan dalam senarai paling dikehendaki IDF (Wanted List)



10) BRIGED AL AYYASH

Diambil sempena nama Jurutera Hamas, Yahya Ayyash. Tidak banyak yang diketahui mengenai mereka. Mereka aktif di Jenin, Tebing Barat dan melancarkan operasi mengganggu sebarang tangkapan yang dijalankan IDF


Mereka ini di bawah Sayap Parti PFLP-CG Palestin atau serpihan dari Parti PFLP dan ditubuhkan pada 1969

Mereka terlibat dalam Perang Saudara Syria bersama pihak Tentera Bashar Al Assad menentang ISIS dan Free Syrian Army dan bergaul rapat dengan Hizbullah

Mereka kini bergabung dengan Briged Seraya Al Quds untuk mempertahankan Gaza dan Tebing Barat



12) BRIGED NASSER SALAH AD DIN

SALAH SATU PASUKAN DALAM PASUKAN PEJUANG PALESTIN

Ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Jamal Abu Samhadana sebagai respon untuk menghadapi Intifada Kedua(28 September 2000-8 Februari 2005). Briged ini antara Briged yang mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan Hizbullah

Mereka aktif di Semenanjung Gaza tetapi turut mempunyai pasukan di Tebing Barat

Merekalah yang terlibat dalam penculikan popular anggota Tentera Israel, Gilad Shalit yang membawa kepada pertukaran tawanan antara Gilad seorang dengan pembebasan 1000 tawanan Palestin

Baju diorang Hitam Putih



Semoga Allah memberi kemenangan kepada pasukan pejuang islam.

No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...