Friday, 15 September 2017

Perkara basic yang korang dapat dan rasa bila di Korea

Assalamualaikum semua...

Selalunya kan sebelum saya pergi travel ( Korea lah especially ) saya suka blogwalking, tinjau tinjau,,googling, lurking or ape ape saja bahasa dan ayat yang korang sebut. Ini untuk menambah ilmu dan bagi idea untuk merangka perjalanan.


Dan disebabkan ini jugalah saya berhasrat nak spread and share knowledge dari side dan pengalaman saya pulak. Saya yakin ada yang macam saya ketika mula mula dulu. Nak sangat pergi tapi chuak, nervous dan risau.

Korea ni insyaAllah negara yang selamat so kalau gigirls la especially nak gi sesorang ke berdua ke insyaAllah selamat. Takyah risau ye. Disiplin mereka ni ok je... kita tolak tepi cerita negatif pasal tragedi memalam hari depa mabuk ke apa ke kan... kita ambil yang positif je.

Lagipun nanti kat sana korang akan spend masa seharian kesana kemari cam nak pengsan urat kaki pun kembang kuncup berlipat dalam badan tu serius cakap. Penat... Maka ada masa lagi ke korang nak meronggeng rokiah ditengah malam kan. Masa tersebut biasanya masa untuk berjulur kaki, main wifi dan upload, lepak lepak dan makan street food yang korang berjaya grab dalam perjalanan balik hostel. Kene restore energy sebelum jalan semula esok. Percayalah sebab inilah rutin semua yang datang Korea. InsyaAllah.

Apa yang saya dapat dan rasa disana mungkin berbeza dengan yang lain tapi saya share je berdasarkan diri saya.

1. Langkah melebihi 10k itu perkara picisan. Ahaha...cuba pasang apps yang kira steps korang. Kat Malaysia time saya poyo poyo rajin kesana kemari pun kekadang cuba capai 5k je itu pun jenuh tapi kat Korea belum sampai gelap langit dan 14k step kau rase 💁 ...tak ke best tu. Sihat. Saya selalu kat Korea jadi sangat aktif kawan kata kene sampuk hantu Korea. Kat Malaysia lembap kat sini laju... well, darah korea gamaknye. lalala 🙈

Berselirat kau... 😂



2. Jimat. Selalunya kita ni gelabah mak enon rasa Korea ni gila mahal apa semua tapi bagi saya lah kan... melainkan korang kaki shopping extreme ( kalo gini kat Uganda pun boleh abis duit ) Korea ni affordable ye. Akan tetapi lately macam negara kita, negara depa juga menghadapi masalah kenaikan harga barang. Bawak bersabor.

Beg mata terbolah ni half price je original sana uols... saya lupa nama brand apa. Saya panggil mata terbolah. 😂


3. Souvenir. Selalu kita akan gi Namdaemun market or Doota or Insadong nak beli souvenir... memang boleh dan betul tu tapi apa kata half dari budget tu gi tinjau Daiso sana... saya gemor Daiso...dimana ada Daiso disitu muka saya. Kalau takat nak beli set sudu panjang cam drama depa apa semua beli Daiso cam lebih murah saya kire. Berbanding keychain yang boleh putus, sudu lagi convenient kan? Contoh aja...

Souvenir stokin sangat bagus sebab
stokin depa sangat berkualiti dan comel♥


4. Street food. Haaaaaa... ni parah ni selalu jadi punca duit kering sedikit demi sedikit.. kire mahal la gak kalau jenis rajin gi kat tempat tourist. Ape kata korang pergi beli dekat area cam Edae ke hongdae ke sebab tu kawan universiti walaupun tourist spot. Kurang sikit mahal. Tapi kalau korang gi Myeondong memang cekik leher ah. Saya rekemen korang gi Edae, Hongdae, Namdaemun ...tapi untuk muslim bukan seme boleh makan ye. Nantikan entry bab makanan di Korea soon.

gyeranbbang...beli kat edae


5. Elakkan time tertentu untuk naik public transport. Alaaa cam kita la time balek kije gi kije korang akan rasa menjadi sardin. Tapi pengalaman sweet pe so takdak masalah.


Nengok muka excited depa 💥


6. Korea bukanlah sekadar Kpop... ni pandangan skeptikal yang sangatlah sedih bila kita dengar. Sila pergi kesana dan hayati sendiri negara mereka. Dekat sana bukan Kpop ke kdrama ke apa ke semata mata. Hidup bukanlah nak hiburan je. Seronok tau tengok gelagat ajumma ( mokcik ) dan ajussi ( pokcik ) sana... dorang kalau lumba naik tangga dengan kita un kita akan kalah (ye saya la tu selalu kalah..cis ). Punyelah energetic. Lepas tu sana dorang jenis tak kisah kerja even sebagai promoter korang boleh tengok bersungguh la melaung sampai sengau sengau suara. Yang baik dijadikan tauladan kan. Saya suka ke sana sebab suka environment sana. Even reason first saya dulu adalah kpop tapi jejak je sana terus switch. Saya suka negara tu ... kalau la kaya, bejujup datang setiap bulan. Ahaha.

edae view...


7. Plastik surgeri. Yang ni memang ye... kadang tengah jenjalan nampak manusia berbungkus ala mumia tapi tang muka la...rupanya baru lepas operate muka. Tudiaaaa... ai dulu pas operate tonsil cam tunggu masa nak mati je punya sakit punya lemah. Dasyat depa punya 'Beauty is Pain'.

My travelmate...Nora , Amad and Blur


8. Islam sedang berkembang... kalau awak follow page KMF ( Korean Muslim Federation) akan terlihatlah bagaiman islam ada anjakan paradigma. Saya ada rakan Korea dan dia mengaku orang sana mana ada agama. Depa cuma excited join religious festive je cam christmas. Kalau depa dok Malaysia agaknya Aidifitri pun dorang sakan. Dan masjid kt Itaewon pun ramai je korean suka visit. Moga Allah beri hidayah. Amin.


9.  Malaysia tidak begitu dikenali... Ye ni betul. Sepanjang jalan sana orang dok tanya dari Indonesia ke Philipines ke. Uish... saya tatau la pulak muka ada iras Marian Rivera. Hm... paling sadis ada korean tanya saya dari India ke. Huwaaaaaaa... macam Kajol la pulak 😂😂😂😂💁🍃 ...stress. Tapi rasanya lately Malaysia da makin up tapi...berat ati nak tulis sini.. pasal isu duit lah. Masuk berita sana uols. Kaya eh beli berlian guna duit simpanan. Uhuhu.


10. Malaysian ramai yang melancong... yes yes memana je ramai Malaysian lalu lalang...ada yang ramah ada yang sombong. Kalau travel and terjumpa rakan senegara tu tak yah la kerek sangat. Kita masih berdarah malaysia kan.

Model saya Prof Zila sentiasa excited. 💁

Gyeranbbang ni kalau kat myeondong mahal...rasa cam bahulu teloq


Tu je antara yang nak cite...kene stop sebab panjang gila dah ni. Nanti saya sambung lagi eh. Pape nak tanya, silakan komen. Nak suruh saya guide trip, sila komen juga. Serius talk 😘😉


Thank you sebab luang masa untuk baca ;)
Assalamualaikum.



Boleh juga baca bacaan berkaitan dibawah. Klik saja link ;)  👇👇👇

Kenapa kita perlu travel?

Kenapa Korea destinasi pilihan ? pt 1

37 comments:

  1. Replies
    1. Ehh... Taklah awak 😂😂😂 cumaa da pergi sana beberapa kali. Sesaje kongsi pengalaman.

      Delete
  2. Assalam Mira, i setuju dengan all your points. best jalan2 di korea... nak gi lagi T_T huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruzz... Waalaikumsalam.. omg Ruzz I missed u so much ahhhhhh...
      Kan kan korea best. Mari berdoa dan berusaha agar dpt gi lagi. Saya x kije AA dah

      Delete
    2. miss u too~ awak kije mane skarang?

      Delete
  3. Saya tak kije awak....sedang mencari kije 😢😢😢 xde kosong ke pape kat mmu. Eheheh

    ReplyDelete
  4. bestnya! stokin tu comel hehe harap harap one day dapat ke korea. aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin awak...insyaAllah. Saya nantikan entry korea hehehe

      Delete
  5. Bagus info ini dan membantu untuk prang travel tapi selalu blog tulis travel gambar kena banyak dan besar baru tarik minat nak baca hehehehe sorry terkomen lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... Terima kasih diatas cadangan dan advise. Saya akan guna dan improve kan. Thank youuuu

      Delete
  6. best kan pergi korea.. aira pergi haritu tak sampai pulak edae. boleh baca kisah aira kat sini : https://eyranasrin.blogspot.my/p/sitemap_14.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahh yeke aira... Salam perkenalan. siyes best korea.. saya nak folo and baca blog awak

      Delete
  7. Bestnya...korea masih dlm wishlist SA...ntah bila nk pi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soon amanda soon...letak dalam mindset je and work for it

      Delete
  8. Boleh dijadikan info untuk trip akan dtg. Bercadang juga nak ke Korean. Belum merasa pegi tmpt sejuk. Suka tgk gmbr3 pemandangan cantik kt negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Bella... Thank you for commenting. Semoga satu hari nanti awak berjaya gi sana...saya nantikan entry bella

      Delete
  9. bestnya korea, masa saya pergi dulu masih kecil, nak pergi lagi masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai miaa...thank u for reading and commenting. Awak gi sana time umur berapa? best kan..nanti ada rejeki pergi lah lg. Cuma duit skang da jatuh so sedeh sket

      Delete
  10. Bestnyaa. Mesti sedap makanan" kat sana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap awak....tapi ikot tekak la..tp kan yang street food mmg sedap gilerr. Nangis. XD

      Thanks for reading

      Delete
  11. wahhh,rasanya macam nak menetap terus kesana.. hiksss

    ReplyDelete
  12. WOWWWW! NICE SHARING! KITA YANG TAK PERNAH SAMPAI TAK TAHU NAK CAKAP MACAMANA. MEMANG KENA JALAN BANYAK, MESTI PENATKAN,HUWARRRRRRRR....TAPI KALAU DAH SAMPAI NEGARA ORANG, WHY NOT EXPLORE SAMPAI PUASKAN..HIHIHIHIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana ...kalaunkita jenis save langkah and malas jalan, kat sana sure rajin sbb interesting. Setiap district lain tau. myeondong lain, edae lain, dongdaemun lain. Lain maksud saya building, feel, gokongan orang dan harga barangan...even jarak sebelah stesen je..

      Moga someday awak dpt gi. Heeee..thanks for reading

      Delete
  13. Dah beberapa kali nak ke Korea, asik tak kesampaian je. sekarang nie, just tgu anak besar sikit baru leh nk melancong jejauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah bro framestone...
      Someday pasti akan kesampaian. Percayalah.... tp tula if anak besar sikit akan lagi best dan mudah skit lagipun syok kalau gi tamab tema kat sini. Thank u sudi baca dan komen

      Delete
  14. ramai dah yang pegi korea ni..nampak gayanya memang menjadi tempat pelancongan feveret utk rakyat malaysia ni kan? tgk gambar pon dah best, apetah lagi kalau pegi sana..fuhhhhh.. heaven kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan awak...alhamdulillah dah few times gi korea tapi masih tak puas. ahhaha.
      Tapi rasanya tahun ni cam dah mula nampak ramai yang menghala ke negara Jepun pula.

      Thanks for reading ♥

      Delete
  15. kak nowa nak ke Korea bika musim sakura saja. lain2 x mau.. nak tgk sakura yg diidamkan kalau dapat ditanam depan rumah.. wish come true.. i hope. hehehdhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa...kalau sakura best bila gi dekat Jepun. Bagi saya lah kak... saya pernah pergi ke dua dua tempat ni. Tapi kalau Korea dekat Jinhae tu cantik sesangat. .InsyaAllah someday akan jd kenyataan punye.

      Thanks for reading kak ♥

      Delete
  16. Mampu baca pengalamam orang travel jer. Nak pergi tak mampu poket lagi. Tapi stokin tu cute lah ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute sangat awak... ni baru satu jenis. Kalau awak gi kat kedai dia lagi berguling nak beli semua. Saya aritu nak tampar muke sendiri sebab dah mula ada tanda2 nak borong sekoyan tak sedar diri duit sikit. hahahahahahah.. thank u baca...nanti saya akan post lg entry korea and related. Bolehlah baca.

      Delete
  17. suka all the white snow in korea !
    rindunya!
    nak balik lagi la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...same with me ms.wendy...
      White snow selalu the best view

      Delete
  18. Hehehe kalau ke Korea memang banyak kita akan compare dengan negara kita. Lebih selamat, lebih bersih, udara segar, orangnya cantik, semua benda kiut, cuaca sejuk nyaman. Hahaha. Ahh rindunya nak travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ruby.... Sebab culture sana menarik hati jiwa raga so jadi bias terlebih sikit 😂😂😂😂😂😂
      Rindu nak travel gakk

      Delete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...