Thursday, 22 March 2018

Homestay terbaik di Muar

Salam alayk semua...

Salam Rabu :D
Cuti cuti season dah hampir dan saya pasti kalian semua ada plan kesana kemari bersama keluarga/ kawan kan.

Post entri kalini adalah untuk share tentang betapa bestnya homestay Muar yang saya cuba aritu.
Homestay ni terletak tak jauh dari roubabout menghala bandar Muar kirenya dah area situ dah tu. Mula mula macam biasa husband buat random suggestion dan saya juga setuju sebab aritu gi sana dia melepas makan tauhu bakar stesen bas Bentayan tu.

Yela musim tahun baru of course lah risiko untuk peniaga tutup tinggi. Masing masing ada plan sendiri kan. So saya bersetuju untuk gi Muar sekali lagi bulan depannya. Gi Muar dah macam balik kampung sendiri lak lagaknya.

Search search lah hostel/hotel yang murah ( sebab tight budget huhu ) maka terjumpa la pulak satu homestay ni tau. Dia cam guesthouse la cam hotel versi rumah... bilik by bilik dan seriously memula cam risau gak cemana gaya lah tempat ni.

Sebaik saja sampai sana saya terus WOW!

Bathroom luas


ni pandangan depan






Bilik tiptop



Point yang saya boleh tegaskan dan buat saha nak rekemen tempat ni adalah.

1.. Bilik sangat selesa.
2.. Kebersihan bagus
3.. Sangat privasi
4..Owner helpful
5..Lokasi dekat je dengan bandar

Ada sikit downside dia.

1..staff jarang nampak diluar
2..parking tu kadang bertindih tapi takpe owner sangat helpful. Give a call je.

Alaa downside tu sangat lah small matter. Percayalah Muar homestay ni best. Tak beza sangat dari hotel tapi masih very the homie style.

Check it out.



Saya Book melalui Booking.com
Boleh belek sini MUAR HOMESTAY



Wednesday, 21 March 2018

RESEPI MAGGI GORENG SIMPLE

Salam alayk...
Perkongsian resepi kalini adalah.....MAGGI GORENG SIMPLE ♥



Bahan :

*Sepaket mi segera ( saya suka cintan.atau mamee cup untuk kekenyalan )

*Isi ayam atau seafood

*Tauhu dan taugeh

*sos cili sesudu

*sos tiram sesudu

*sos tomato sesudu

*kicap lemak manis

*cili blend ( dalam dua atau tiga sudu )

*2 ulas bawang putih tumbuk halus

*2 ulas bawang merah tumbuk halus

*sayur ( taknak sayur pun takpe.)

*garam dan gula




Cara :

Mula mula panaskan minyak sikit dan goreng bawang putih merah dan cili blend.

Agak pecah minyak, Boleh masuk isi ayam atau seafood.

Kemudian, letak sos cili, tomato, kicap dan sos tiram. Kacau sebati dan terus letak tauhu taugeh dan maggi yang dicelur.

Kacau dan tuang kicap ikut hitam level yang awak suka. Jangan banyak takut sos tiram dah masin.

Garam gula.

Siap ♥


Tuesday, 20 March 2018

Mari pergi Korea bersama saya

Oh Korea

Seronok ke pergi Korea?
Ape je ada kat situ?
Mahal tak?
Best ke?
Makanan halal?
Kpop je suka gi sana...







Hey hey..
Biar saya jawab ye. Seronok la of course. Merasa kepelbagaian musim.

Mahal tu subjektif tapi percayalah saya pernah pergi seminggu untuk belanja. makan dan transport serta mini shoppig boleh la dalam Rm800++.

Best?
Ahaaa sama cam kat atas tu lah... best sangat sebab tu tak jemu. Pergi fulu baru tahu.

Makanan halal itu banyak. Makanan yang boleh dimakan itu banyak .InsyaAllah seafood apa semua tu ada. Mereka bukan makan bercampur sangat. Kalau dah nampak kHinzir bawak la kaki jejauh melangkah.

Kpop?
Hey kpop tu berapa percent je.  Adui... janganla prejudis sangat. Rakyat depa pun bukan semua kpoper. Cam kita la, bukan semua minat dangdut ( eh... )


Siapa siapa nak join trip korea, malas nak amek guide, nak santai je. Meh pm saya.
I can be ur freelance guide. Bukan vvip nye trip ok.

RESEPI MEE GORENG MAMAK SIMPLE

Salam alayk



Bahan :

Sepaket mee kuning
5 sudu blend cili kering
3 ulas bawang putih tumbuk
3 ulas bawang merah blend
Kicap manis
Sos tiram
Isi ayam
Tauhu
Sayur ( ikut suka )
Telur sebijik atau dua. Ikut suka
Sos cili
Sos tomato


Cara :

Panaskan cili blend dengan bawang putih dan merah

Masukkan ayam dan kacau sehingga masak skit

Tuang sos tiram , sos cili, sos tomato, kicap

Sayur dan mi masukkan serentak

Garam gula sedikit ikut sesuai

Dan last sekali telur.. kacau sebati hingga masak..

Thursday, 15 March 2018

Seminggu di Korea ( Trip ketujuh )

Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat laling laling sekalian. Pekabo. Buat apa tu.

Seminggu yang lepas saya baru je pulang dari Korea. Sepanjang 7 hari kat sana ada dua hari terawal yang sejuk tahap tembus tulang sebab angin walhal suhu -1 je.

Yelah time last year winter January suhu sampai belas negatif tapi angin kurang so boleh tahan lagi cuma cambese, kulit mengering dan gatal gatal.



Kecewa sikit sebab harapkan salji tapi paham lah kan kos tak banyak so tak bawak diri ke Yongpyong.Banyak yang skip gak sebab trip ni leisure leisure lepas rindu.

Kos saya secara kasar kat sana untuk makan, transport, shopping adalah dalam Rm1500 untuk 2 orang... tolak hostel dan flight lah tau. Kalau sum hostel dalam Rn2300 camtu lah.. dua orang tuuuuu ~~~

tmoney omey omey

streetfood heaven ( ni credit to chaa )

essaited

vr experience di KTO 

guard ceremony Doksugung



Pendek kata untuk saya dah beberapa kali gi sana, saya cukup happy dapat jejakkan kaki. Boleh nampak yang banyak barang naik harga, train, bus dan tiket nami island da naik ...and Nami Island bakal naik lagi tau.

Tiada lagi 8000krw...sekarang 10000krw..
Next few month dah confirm naik sampai 13000krw.

Takmo ler gi sana..bosan 😂

Alahhh jalan around Seoul pun besttt dah. Banyak aktiviti leh dibuat. 




Haritu tak berkesempatan dan beroleh rezeki untuk cuba aktiviti Dosirak cafe lunchbox kat Tongin Market. Kami pergi rupanya cuti aritu cam whuttt lah.

set penuh asam pedas korea dan ikan gorebg tepung...sedap tahap arwah.

ni udang tenpura ehsan chaa

Asam pedas Koreaaa a.k.a kalchi jorim

oyster pancake ni ehsan gambo Nurul dan Azri


Cambese bila gi Korea... makan makan makan yang best. Tapi saya tahu mostly kaum pempuan suke shopping skincare, mekap dan barangan girlish. Ahahhaa.

Saya cambiasa laaa... makanannnnnnn.
Rasanya kene wat entry khas pasal kalchi jorim korea lah... tapi kene tunggu boleh bukak laptop.

So ni je entry for now...see u next entri dan terima kasih sudi baca. ♥

Tuesday, 13 February 2018

Cinta gadis melayu , jejaka omputeh

Salam alayk..

Cinta itu wujudkah?
Wujudkah cinta untuk kita?

Tapi apa yang pasti cinta itu ada dan pasti dari Allah untuk setiap hambanya.

Saja nak soksek pasal kawan saya si Aten yang bertemu jodoh jejaka German. Comel je kisah cinta mereka tapi saya pendekkan lah... kirenya kenal secara internet tapi bukan tipikal sosial media orait..

Mungkin dah jodoh... mereka disatukan tepat pada hari jadi saya tiga tahub lepas. Sampai bila bila pun saya takkan lupa sebab memori tu indah sangat.

Bestfriend wedding and my birthday as one. Weeehuuu.

Syoknya ialah tengok rombongan dari Munich yang sangat excited dan comel je enjoy adat melayu kita. Siap berarak pegabf Bunga manggar cam gaya perbarisan sekolah dah weh.

comel kan semangat berbaju merah..

Pengapit lelaki dan pengapit perempuan


Merpati dua sejoli ( giteww )


Saya ingat lagi waktu makan beradab mereka teruja makan udang sambal walau pedas dan mostly dorang tak makan pedas tapi apadehal makan je...

Pecah peluh dengan cuaca Kuantan panas berdentim lagi... kesian.

Yang si pengapit tu dia punya peluh dah boleh tadah dah tapi dia buat kerja apit dengan baik malah lebih baik dari pengapit perempuan...saya dan Jojoe bergilir kot jadi pengapit pon takleh wat sehebat jejaka German tu.


awwwwww♥


Kesimpulannya jodoh itu unik kan?
Bagaimana, dimana, siapa...semua tu rahsia Allah.

Saya doakan kita semua beroleh jodoh yang baik, cinta Allah hakiki dan kasih sayang melimpah dalam hati. Amin.

Mir Mira merapu

Salam alayk..

Hey hey heyyyyyy.....
Saya masih lagi tertanya tanya ada slack lagi and kurang kefahaman kah saya tentang penempelan nuffnang di post.

Nak gak earn money nak nak nak 😂

Okay gais... Harini dah selasa kan. Kalau kat Nilai ni kalau Selasa ada pasar malam padu kat Taman Semarak. Kunun nak gi tapi saya ni sejenis manusia tak rajin nak redah jem parking penyeksaan dan sebagainya.

Maka saya lebih suka pasar malam Rabu di Pekan Salak lama dan pasar malam Junaat di perumahan saya sendiri lalalalalala.

Alasan kau Mir Mira oi


Pastu kan saya rasa saya ni suka bebenor pasar malam....ahahhaha cam boleh bebel pasar malam pung pang kung kang tuntang tanpa henti saya juga tidak mengerti.

Kan best kalau setiap kali tawaf pasar malam berat turun 5kg.

Kau berangan la Mir Mira 


Alah ...sekali sekala berangan.


Ok jumpa lagi next entry..Random tahap teruk.

Friday, 9 February 2018

CNY in advance

Salam alayk...

Hai semua apa khabor tu.. kepada yang sedang membaca ni saya ucapkannjutaan thank u.

Yelah, kene lah menghargai kalian yang luangkan masa membaca kemerapuan saye. Eheheh..

Kalini saya nak tulis pasai pa eh?
Apapun pekata kita berstykur dulu, panjatkan kesyukuran atas segala nikmat Allah dekat kita.

Bernafas itu satu nikmat.
Kelipan mata itu satu nikmat.
Jari yang menaip dan mata yang membaca itu juga satu nikmat. Cuma selalunya kita akan sedar betapa bermaknanya ia setelah kehilangan. Gituuu~



Tak lama lagi nak chinese new year so gempak gempita kaler merah dengan aura aura CNY di senatero malaya

Suukaaa...
Benda yang saya suka cam limpahan limau mandarin ( ikut reZeki lah ). Limau mandarin ni dah la lazat tak terperi.

Tapi tahun ni sebijik pun tak rasa lagi ahahaha. So kepada kengkawan cina saya, dan pembaca berbangsa cina... selamat tahun baru in advance okehh.

Setahu saya CNY untuk rakyat korea adalah chuseok.. eheee ( korea sesajaaa )

So gais... berapa banyak limau dah korang makan? Share ah siniii.

Tq sudi baca. ♥

Thursday, 8 February 2018

Bakso power di Nilai


Salam jumaat...

Saja nak menulis tentang bakso. Saya ni penggemar ultimate benda berasaskan sup sebab tu kalau mi kari ke lontong ke saya kureng..

Laksa yang berasas santan juga saya kurang gemar. Kene berasaskan air cam asam laksa biasa, mihun sup apa semua tu ha. Kemain ngada.

Pastu dulu time saya dok kat Qatar sekejap tu kaknisa ada beli bakso beranak. Allahu bakso pun boleh beranak kau...

Bakso beranak ni cam bakso besor dalam tu ada bakso kecik kecik alolo cam mak dan anak kemahen rajin kalian ya buat camtu.

Kadang diberacunkan beranak tu means letak cili cabe pedas meletop nuklear punya level la sekali bersama anak kecil bakso. Ahah..

acenggini la contohnya. Thanks google


Time kaknisa buat tu sekali sup daging versi biasa la sebab indonesian ni sup power dorang ada beza skit cara masaknya..

So baru baru ni setelah berbulan tinggalkan Qatar, saja nak gi batar sewa kat Hong Leong bank cawangan Nilai. 

Tetibe nampak gerai bakso yang seingat saya kawan saya si arieyanti selalu citer dulu. 

Ohoiii bila lagi nak rasa kan? walaupun kenyang tapi mengendeng kat suami nak try...kekunun mulanya kite sorang je order pastu tetibe dia tanya eh abis ke kalau abis cam nak order gak..

haaaa nampak tak penangan kesedapannya. Tengok gambo bawah ni!!!!




Sumpah sedap!
Patut lah si arieyanti ni tak abes dok pomot tempat ni. Ha sesapa nak try tu, kat depan shell station ok setentang CIMB dan Hongleong Nilai bandar Semarak..

Takpe senang je nak nengok sebab bebetoi tepi jalan.
Price bagi saya mahal la skit untuk bakso sebab selalunya lagi chea dari Rm5 kan tapi bila awak rasa nak terbalik biji mata hitam kebelakang tu ditambah kicap abc dan sambal ijo tu maka terus kire no hal lahh..

Berbaloi.

SELAMAT MENCUBA dan thank u baca. Assalamualaikum.

Monday, 5 February 2018

Kiosk MYEG yang best

Salam alayk semua..

Dah masuk dah pun bulan februari.. selalunya kalau musim bulan feb dan jan dan juga march ni memang musim sekalian manusia renee roadtax dan insurance.

Kalau dulu sebelum wujudnya Myeg kiosk ni, punya lah leceh boleh menangis lah nak tunggu turn bayor katpejabat pos or kadang kene rajinkan diri gi bank tempat kita loan ( tak semua bank gak layan ).

Sekarang mudah. Alhamdulillah.
Selain UTC yang sangat memudahkan urusan, kiosk Myeg juga ada merata rata.

Cari je. Cuma bezanya kalau pergi situ kene service charge sikitlah. Biasalah kan...servis charge pulak bergantung la ada murah ada mahal.

Alkisahnya untuk Viva saya last year bayor dekat 700+ kononnya cover full 28000 padahal da lebih 3 tahun. Alhamdulillah tahun ni ikot harga semasa 20000. Turun lah 500+ je


Serious kadang kita tak sedar kot kene kelentong ke ape ke sebab usually tak perasan kan. Kire cam kene tipu gak lak tapi xpelah alhamdulillah da setahun berlaly. Pasni alert.

Kiosk Myeg best sesangat saya pergi adalah di Kota Seriemas Mydin. Kalau nak waze carik je kat situ. Kota Seriemas Mydin. Sure ada.



Dah la servis charge murah...pastu cepat...pastu peramah sesangat staff dia. Puas hati!

Berdekatan tu ada Mydin,kedai mamak dan juga pejabat pos so yang dok area dedekat meh la ke Mydin je kalau nak bayor roadtax orait? eheh..


Jumpe lagi..... ♥

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...