Thursday 7 December 2023

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. 





PEJUANG PEJUANG ISLAM DI P A L E S T I N E


KEMASKINI

SEBAB RAMAI KELIRU BERAPA BANYAK UNIT PASUKAN PEJUANG PALESTIN DAAA. KITA BAGI INFO SIKIT SIAPA MEREKA NI

PROFIL PASUKAN PEJUANG PALESTIN

1) BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM

- Mereka ini merupakan Sayap Ketenteraan di bawah Parti Hamas(Kalau tak faham bayangkan PKR atau UMNO atau PAS ada tentera sendiri. Ha begitulah)

Mereka mempunyai jumlah anggota terbesar di dalam seluruh formasi Pasukan Pejuang Palestin iaitu sekitar 35,000-40,000 orang

Mereka juga mempunyai unit yang lengkap antaranya Pasukan Khas(Komando), Pasukan Pertahanan Udara, Pasukan Pertahanan Siber, Pasukan Infantri, Tentera Payung Terjun dan Pasukan Perisikan

Mereka kini dipimpin oleh Mohammed Al Deif dan dibantu oleh Marwan Issa selaku Timbalan.

Abu Ubaida selaku Jurucakap Briged

Dia ditubuhkan pada 1984 sebelum penubuhan Parti Hamas lagi. Nama lama ialah Al Mujahidin Al Falistin sebelum ditukar kepada Briged Izzuddin Al Qassam pada 1991

Nama Briged ini diambil dari Sheikh Izzudin Al Qassam iaitu pendakwah Islam dari Syria yang syahid dalam menentang pencerobohan Tentera British di Jenin, Tebing Barat pada 1935

Mereka aktif di Semenanjung Gaza dan mempertahankan Kem Aqaba Jabr bersama Briged Seraya Al Quds, Jenin, Nablus Tebing Barat dan juga di Selatan Lubnan

Kat bawah ni nanti saya kepilkan Full Thread saya kat Twitter yang saya buat untuk kenal dengan penuh siapa Briged Al Qassam ni.


2) BRIGED SERAYA AL QUDS

Mereka merupakan sayap ketenteraan Kumpulan Jihad Islam dan ditubuhkan pada 1981 di bawah Nama Sword Of Islam. Mereka antara yang kekal berhubung rapat dengan semua Pasukan Pejuang Palestin

Mereka dipimpin oleh Ziyad Al Nakhaleh dan Abu Hamza sebagai Jurucakap

Mereka aktif di Gaza, Jenin, Nablus, Tubas, Ramallah, Baitul Maqdis, Al Khalil , Syria dan Lubnan

Mereka ini ialah unit kedua terbesar dalam Pasukan Pejuang Palestin dengan anggaran 15,000-20,000 orang

Mereka ini adalah unit utama yang mempertahankan Tebing Barat dari serangan IDF selain Pasukan Briged Syahidin Fil Quds dari Parti Fatah

Mereka ini boleh kata duri dalam daging dalam mengganggu penguasaan IDF di Tebing Barat kerana mempunyai rangkaian Perisikan yang ampuh

Mereka pakai Baju Hitam dengan sedikit Stripe Kuning


3) BRIGED SYAHIDIN FIL QUDS

Mereka ini ialah Sayap Ketenteraan Parti Fatah yang ditubuhkan semasa Intifada Pertama(8 Disember 1987 hingga 13 September 1993). Mereka ini meskipun di bawah Fatah tetapi beroperasi bebas tanpa campur tangan Parti Fatah dalam operasi ketenteraannya

Mereka dipimpin oleh Marwan Barghouti dan dibantu Timbalannya iaitu Zakaria Zubeidi

Mereka aktif di sekitar Tebing Barat dan Gaza terutama di Nablus, Balata, Jenin, Tulkarm, Beit Ummar dan bergabung bersama Briged Seraya Al Quds di Tebing Barat

Diorang ni kengkadang pakai Baju Hitam Putih. Kengkadang pakai Baju Hitam Stripe Emas



4) MARKAS ANGKATAN BERSAMA PEJUANG PALESTIN

Mereka ini ialah Bilik Operasi Bersama yang menggabungkan semua Pasukan Pejuang Palestin yang berbeza latar belakang di bawah satu panji

Boleh kata macam Pemerintah Angkatan Tentera Palestin

Bilik ini diketuai oleh Briged Al Qassam dan Briged Seraya Al Quds dan ditubuhkan pada 2006 bagi memudahkan operasi bersama mempertahankan Gaza dan Tebing Barat. Hizbullah dan Kor Pengawal Revolusi Iran ialah penasihat untuk markas ini

Mereka inilah akan mengatur pergerakan semua Pasukan Pejuang Palestin untuk mempertahankan Kawasan kawasan di Gaza dan Tebing Barat selain melancarkan serangan bersama. Mengkoordinasi segala tindakan dan pergerakan Pasukan Pejuang Palestin di seluruh Tebing Barat dan Gaza

Bilik operasi ini mula terkenal selepas Perang Saif Al Quds 2021


5) BRIGED ABU ALI MUSTAFA

Mereka ini merupakan sayap Parti Marxist Popular Front Liberation Of Palestin atau PFLP. Nama asal ialah Kumpulan Helang Merah atau Red Eagles sebelum ditukarkan kepada nama Setiausaha Agung PFLP yang dibunuh IDF

Mereka dipimpin oleh Ahmed Sa'adat dan Abu Jamal sebagai Jurucakap Pasukan

Mereka aktif beroperasi di Bethelem terutama Kem Pelarian Dheisheh dan Al Bireh serta Gaza

Briged ini kerap melakukan penyusupan ke kawasan haram Israel dan melakukan huru hara

Operasi popular pasukan ini ialah Membunuh Menteri Pelancongan Israel, Rehavim Ze'evi pada 17 Oktober 2001 semasa Intifada Kedua

Mereka pakai baju Merah Putih



6) BRIGED OMAR AL QASIM

Merupakan sayap ketenteraan Parti Marxist Democratic Front Liberation of Palestine. Dia dikenali sebelum ini sebagai Briged Penentang Kebangsaan pada 2000. Ditubuhkan semasa Intifada Kedua

Mereka dipimpin oleh Ayman Al Bahdari dan Timbalannya Raed Nazzal. Abu Khaled ialah Jurucakapnya

Mereka aktif di Gaza dan Tebing Barat

Baju Merah Putih



7) BRIGED MUJAHIDIN

Mereka merupakan Sayap Ketenteraan Pergerakan Mujahidin di Palestin. Mereka sangat berahsia mengenai pergerakan dengan tidak banyak diketahui. Tetapi mereka dianggarkan mempunyai 10,000 Tentera

Mereka dipimpin oleh Dr As'ad Abu Shari'a selaku Setiausaha Agung Pergerakan Mujahidin dan jugak dibantu Jurucakap Abu Bilal

Mereka aktif di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dan kerap melakukan Operasi Risikan Balas ke atas IDF

Anggotanya pernah berjaya memasuki IDF dan membantu memberikan bantuan senjata IDF kepada Pasukan Pejuang Palestin yang lain.




8) UNIT RUSUHAN MALAM


Mereka ini terdiri daripada pemuda pemuda Palestin yang bertindak sendiri menentang IDF. Mereka biasanya menggunakan Molotov Koktel dan bahan letupan buatan sendiri

Mereka ditubuhkan sekitar 2018 dan membantu mengelirukan Iron Dome semasa Perang Saif Al Quds 2021

Mereka juga terlibat mempertahankan Beita pada Perang Saif Al Quds 2021 dan aktif di Nablus, Ramallah, Tebing Barat dan kadangkala di Gaza



9) KUMPULAN SARANG SINGA(LIONS DEN)

Mereka ini merupakan kumpulan termuda dalam Pasukan Pejuang Palestin. Ditubuhkan pada lewat 2022 terdiri daripada mana mana rakyat Palestin yang mahu mengangkat senjata di bawah satu panji tetapi tidak menyertai anggota Pasukan Pejuang Palestin yang lain

Mereka dipimpin oleh Abdelrahman Soboh

Mereka aktif di Bandar Lama Nablus, Kejiranan Al Yasmina dan Kem Pelarian Balata

Mereka kerap mengganggu operasi penguatkuasaan Tentera dan Polis Israel di Tebing Barat menyebabkan ramai anggota mereka diletakkan dalam senarai paling dikehendaki IDF (Wanted List)



10) BRIGED AL AYYASH

Diambil sempena nama Jurutera Hamas, Yahya Ayyash. Tidak banyak yang diketahui mengenai mereka. Mereka aktif di Jenin, Tebing Barat dan melancarkan operasi mengganggu sebarang tangkapan yang dijalankan IDF


Mereka ini di bawah Sayap Parti PFLP-CG Palestin atau serpihan dari Parti PFLP dan ditubuhkan pada 1969

Mereka terlibat dalam Perang Saudara Syria bersama pihak Tentera Bashar Al Assad menentang ISIS dan Free Syrian Army dan bergaul rapat dengan Hizbullah

Mereka kini bergabung dengan Briged Seraya Al Quds untuk mempertahankan Gaza dan Tebing Barat



12) BRIGED NASSER SALAH AD DIN

SALAH SATU PASUKAN DALAM PASUKAN PEJUANG PALESTIN

Ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Jamal Abu Samhadana sebagai respon untuk menghadapi Intifada Kedua(28 September 2000-8 Februari 2005). Briged ini antara Briged yang mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan Hizbullah

Mereka aktif di Semenanjung Gaza tetapi turut mempunyai pasukan di Tebing Barat

Merekalah yang terlibat dalam penculikan popular anggota Tentera Israel, Gilad Shalit yang membawa kepada pertukaran tawanan antara Gilad seorang dengan pembebasan 1000 tawanan Palestin

Baju diorang Hitam Putih



Semoga Allah memberi kemenangan kepada pasukan pejuang islam.

Thursday 5 October 2023

Mahu pergi Korea?

 Salam semua..


Ha sebelum pape meh saya tepek dulu gambo tujuan post ini dibuat.





Now Korea dah masuk fasa Autumn in my heart setelah berlalunya Summer Scent yang panas berderung tu. Tak lama lagi Winter Sonata gais.


So sesiapa yang nak gi Korea tapi cuak cuak ubi sebab takut gugup gusar dan sebagainya, boleh amek pakej ni. All included ye brother sister. Siap dapat extra itu ini. Apa lagi siska mahu dong 😌😌😌😌😌


Boleh refer gambar itu saudara saudari... Boleh leave comment juga if nak tanya. Cepat cepat ya nanti melepas. 


Monday 11 September 2023

Roti pisang oldtown & Hellokitty penkek

 Gituh tajuk omputeh. So apa khabar semua? Assalamualaikum.


Dulu, time bujang saya suka pergi Oldtown dan one of menu yang saya sangat sangat suka ialah roti ni. Serious tak ingat nama dia apa tapi dia cam roti telur, dikapit pisang lenyek manis pastu atas tu letak aiskrim vanila dan coklat syrup. Apa eh nama dia?


Persoalan saya sini ialah, camna nak buat roti camni ya? Takpe tang aiskrim tu saya taknak. Nak roti tu je dengan pisang tu sekali. Sebab seriously sedap ye. Dan memang takde dah pun menu ni kat oldtown. Dulu adik bongsu saya si hazira tu pun suka gila roti ni. huwaaaaaaaaaaaaaaaa


Ada sesapa tahu ke? marilah pm saya or leave comment. Nak sangatttt



Sedap tak tipu !!! Yes Oldtown ialah kopitiam fav saya sehinggalah kontroversi tu dan slowly Oldtown closed down. Tinggal sikit je lagi cawangan tapi memang takdek la roti pisang ni huwaaaaaaaaaa. Nak nak.




Hellokitty Cafe kat Hongdae. Itu pun antara yang jadi kenangan jelah sebab cafe ni dah takde so mustahil nak makan penkek ni dah. Huwahhh.... why semua benda sedap takde. Cumanya tape la kan waffle boleh dapat lagi banyak cafe buat tapi roti pisang Oldtown tu lagi lah rare.

Betul lah tu, tak semua benda yang syiok tu kekal.

Tuesday 29 August 2023

Salam August dan pergilah interview direct airline je

Assalamulaikum,

Kemain bersalam salam. Nampak sangat lama bebetul tak update. Camne la nak konsisten istiqamah ni. Oh ya disini sementara ada yang baca tu, sesiapa yang nak kerja di airport sebagai ramp agent, saya mohon terus datang je kat open interview kalau awak nampak memana iklan tu. Sebab mereka biasanya direct intake je tak gunakan mana mana third party. Saya tengok je yang jenis third party ni kemain mintak duit pulak dari jobseeker. Korang nak cari duit kenapa perlu bagi duit? Please jangan mudah terpedaya ye. Saya tahu mesti geng mintak duit ni akan amuk tapi please la camna saya nak biarkan orang termakan. Tak semua orang ada pendahuluan RM500 dan RM600 lah. Could be itu duit terakhir dorang saving sebelum nak dapat kerja. Keras ye bajet kalau kerja kat airport dari segi transport, makan dan juga miscellenous lain macam airport pass semua tu. Benda boleh claim tapi bukan jenis on the spot masuk.





Kene rajin ushar sana sini iklan kerja. Saya mungkin terlewat nak post pape iklan sebab tu kadang saya tak letak dalam blog ni. Dimana nak tengok? ha tu kene usaha juga. Kalau ada karnival kerjaya ke boleh join tau. Pergi je selalunya airlines akan bukak booth. Nowadays kita makin banyak option airlines maknanya pekerjaan makin banyak insyaAllah.


Dulu ada Airasia dan Malaysia airlines je. Now ada banyak ye macam Batik Air , MyAirline dan upcoming nanti ada SKS Airways. Alhamdulillah untuk perkembangan positif.


So jobseeker semua, jangan milih sangat tapi jangan benarkan diri kene tipu. Go for itm doa bebanyak.

Friday 28 July 2023

Salam Julai

 Salam...

Lama benor tak menulis. Kirenya selalu je otak ni banyak idea nak tulis itu ini tapi tangan tak gerak. Bak kata orang, mind and eyes not on the same task. heheheheheh~

Apa korang semua buat lately? Next week masuk August dan bahang PRN diseluruh negara dah terasa walau yang bertanding bukan semua negeri terlibat pun. Biasalaaaa, kalau da nama kempen pilihanraya haruslah belaka excited ye dak. Adakah saya ngundi? tak.... sebab Pahang takde pun dalam PRN kalini khenn.

Sesi random kita kalini adalah....aiskrim Mcdonald. Aritu balik dari site kat Nilai, actually bukan balik tapi escape jap site sebab aircond kereta ni kiok sangat kang kene salai dalam kete kurus pulak. So lari jap turun Bandar Baru Nilai and pergi Mcd. Duit tak berapa ada jadi redeem je point daam Mcd apps. Free gais free. Bila lagi kan...alang kepalang difasa kemiskinan ni. Ditambah Mcdonald cawangan Putra Nilai DT tu sangat helpful dan friendly. Saya ingatkan kene beratur kat kiosk tu gak rupanya tidak. Adik tu ajar sebijik sebijik. Allahu terharu. Padahal ramai giler customer lain time tu. Thank you dik. For your kindness , akak bagi good feedback! Okay kalian yang ada apps mcd boleh check dan redeem. Lepastu, luangkan masa isi feedback. 





End up kan, saya terlambat gak masuk meeting. Kene roasted and steamed lah ye dengan client side. Sedih la gak. Lepas makan eskem, saya gi masjid Nilai, solat jap. Rupanya lepas bagi salam, da kene panggil return site dan masuk meeting. Gelabah la hoiiii. Pecut camna pun takde la dezup sampai walau dekat sebab kita ni bukan The Flash. Redha jla walau saya sebenarnya dah congok depan security dari jam 9 pagi. Inilah cabaran kehidupan. Apa lah sangat dibanding dengan dugaan Nabi Muhammad S.A.W kita.



So based on gambar diatas kan, apa random breakfast korang kadang kadang? Mine is this one. Lopes De Sequiera dan teh tarik. Camna grand la dessert omputeh dan dessert hibrid viral kat luar sana tu, tetap kuih traditional kita paling mega terpaling mega! Fight me.




Tuesday 2 May 2023

Al kisah founder terpaling berjaya??

 Repost sini supaya senang baca balik nanti. Credit to owner.





PENDEDAHAN EX-FOUNDER


Assalamualaikum semua, aku sebagai ex founder nak reveal sikit pengalaman buat bisnes tahun 2016 dahulu.


1. GENG FOUNDER

Atas ajakan rakan , aku sertai komuniti founder berpusat di negeri Vlantan.  Diorang invite sebab diorang kata aku ada rupa dan boleh success. Kalau korang pernah tengok satu video founder2 berkumpul OOTD dalam sebuah rumah , ha geng tu la. Aku pun ada , tapi sebagai picisan je. Sebab aku bukan bangsa K , so taraf aku jatuh gred B atau C je.


2. SUPPLIER

Kilang kosmetik OEM bertaraf GMP ada di Vlantan , Kedah , Selangor , Perak dan Selangor.  Aku dulu guna kilang di Jalan Klang Lama. Femes sebab time tu dia banyak jadi supplier Pomade. Masa aku lawat kilang , banyak spot banyak produk artis dan beberapa jutawan yang aku ingat dia ada kilang sendiri. Rupanya OEM juga. 😅. 


Geng lain ada yang suggest pakai kilang thailand. Jauh lebih murah. Tapi disebabkan aku di Klang Valley , saya ambil disini saja. Lagipun diorang taknak bagi aku deal sendiri dengan kilang. Kena melalui diorang. Mungkin sebab aku bukan bangsa K. Produk Thailand juga dikenali Timbang Kilo , seperti gambar. Tak tau macam mana diseludup masuk tapi packaging kena buat sendiri.


3. PERBINCANGAN

Masa discuss dengan kilang , aku buat keputusan nak buat Krim Muka. Kilang listkan nak bau macam mana , bentuk macam mana . Ketika tu takda packaging. Buat diluar dan hantar ke kilang. MOQ minimum 500pcs. Satu jatuh kos RM 10.80. Aku boleh jual retail dalam RM30. Kilang tu sendiri akan uruskan dapat NOT KKM.  Kalau buat di kilang thailand , kos modal quote dalam RM 3.40 (seplastik) tapi urusan KKM aku kena uruskan sendiri. Kalau korang ingat ada founder yang produk dia kantoi ada merkuri , haa dia pakai kilang Thailand la tu.


4. MODAL.

Kos produk awal dalam 15k. Kos marketing spend minimum dalam 30k termasuk sewa kereta , rumah dan fb/ig ads. Waktu tu tiktok orang tak pakai sangat dalam bisnes. So aku buat loan 40k dan tambah sikit duit simpanan dalam 10k.


5. DATABASE

Waktu tu Geng Founder ada share database agen yang bernaung bawah mereka. Tapi kena bayar sikit. Tak ingat berapa tapi dalam 5k jugak. Jadi jangan terkejut kalau korang jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat invitation jual produk B pulak. Cuma stokis ni satu je mindset dia , produk baru , jadi yang terawal  jual cepat2. Lepas tu cari produk lain.


6. MARKETING

Ada beberapa founder yang memang ada kereta super mewah akan bantu bagi kereta kat kami untuk marketing. Pilih je nak kereta apa.  NAMA AKAN DITUKAR SEMENTARA KEPADA NAMA KAMI. TERMASUK INTERCHANGE NUMBER PLAT DAN SPRAY WARNA BARU. Dan ada agreement. Biasanya tempoh sewaan dalam 3 bulan ke setahun. Takda bayaran dikenakan. Cuma mereka nak percent daripada jumlah keuntungan untuk sepanjang tempoh 'sewaan' tu . Bagi owner yang success, dia akan beli terus kereta tu sebab taknak dicop scammer bila tiba-tiba naik myvi 3rd gen dengan masalah oil filternya. Malu wey.

.Bagi yang melingkup awal , kereta mewah tu akan dipulang balik.


Selain kereta , Founder juga ada buat sewaan rumah mewah untuk tujuan marketing sahaja. Biasanya kami ambik beribu gambar dalam beberapa hari dan dengan baju yang berbeza . Tapi gambar tu akan dipost di media sosial sikit2 setiap hari. Oleh sebab lokasinya jauh di Vlantan , aku sewa 3 hari je.


6. JUALAN.

Aku berjaya jual 6000 pcs dalam masa seminggu je. Tapi semua aku jual dengan agen. Agen yang biasa buat fake review dan marketing.  Keuntungan aku dapat dalam RM 12 setiap satu. So untung kasar dalam RM 90,000. Untung bersih dalam RM 40,000. Kalau aku pakai kilang Thailand, untung bersih aku akan jadi dalam 100k -200k. Sebab tu geng yang buat di kilang Thailand , mudah nak jadi jutawan dengan 2-3 cycle je.


7. END OF STORY 

Oleh sebab aku start dengan beberapa penipuan , maka rasa bersalah dan aku tak sanggup teruskan. Dan aku pun stop. Ramai agen bising barang tak dapat dijual sebab aku tak aktif dalam IG dan dah stop upload gambar .


Ni antara penipuan aku buat  yang juga diajar oleh Geng Founder :


1. Acah-acah ada kereta mewah. Penipuan dapat disorok sebab kereta tukar nama kepada nama aku dan nombor plat pun tukar.


2. Overclaim. Buat review palsu bersama agen dan founder lain  Kami bertukar-tukar review je. Tapi banyak penipuan review agen yang buat dan share sesama diorang. Waktu tu aku ada dalam 40-50 orang agen satu Malaysia.


3. Acah-Acah ada rumah mewah. Padahal semua fake. Aku ambik beratus gambar dan upload ke IG sikit-sikit atas nasihat founder lain. Aku stop upload sebab setiap kali upload memang rasa bersalah teramat. 


4. Yang ni aku tak buat. Tapi kesalahan aku adalah diamkan sahaja benda ni. Banyak produk Timbang Kilo dipasaran lulus KKM. Sebab apa yang dihantar untuk test lain. Tapi apa yang dijual lain. Harap KKM boleh perbanyakkan operasi. Ni antara skandal penipuan terbesar oleh Geng Founder ni


*Ada banyak lagi .


Bila mula dengan penipuan , kita akan tutup penipuan dengan penipuan juga.


Akhirnya , untung aku tu aku bagi sama rata dengan semua agen dan bayar full settlement loan.  Sebab aku tak rasa keberkatan pun bila belanja duit tu. 


Founder yang korang tgk kt ig/tiktok tu memang legit , tapi setelah berbisnes 1-3 cycles. Sebab lepas berjaya , dia akan beli rumah dan kereta mewah. Cuma , kejayaan mereka bermula dengan penipuan. Ada juga founder yang lepas sukses first cycle , stop buat dan gunakan untuk bukak restoren , kedai elektronik dan lain-lain.


SEKADAR PEDOMAN UNTUK SEMUA.


Sekian .


Credit to the original owner.

Friday 17 February 2023

Korea pasca pandemik

 MAHAL

Tersangat mahal. 


Assalamualaikum semua. 

Ye semua. Kita faham lah seluruh dunia alami economy healing dan recovery serta inflasi. Sebagai avid pelancong Korea yang cheapskate , saya sangat mengakuinya. Terlalu mahal ya sekarang. Mahal tak boleh dibawak bincang punya mahal. Hampir semua naik hampir separuh harga dari harga asal. Makanya saya sebagai cheapskate traveler harus rasa terkesan.




Kalau dulu bilamana ada orang tanya camna gi Korea, saya suka jawab ok je Korea ni affordable country sebab tu saya suka pergi berulang sebab sentiasa ada cara nak cheapskate kan travelling tu....tapi sekarang tidak lagi ya kawan kawan. Saya sendiri pun terduduk bak kata Dr Say. 


Saya pergi baru ni bersama anak anak dan suami. Memang suami pun cakap wow sangat price hike. Marilah seka airmata bersama sama. 

Saya bagi contoh sikit lah.

Anyone yang suka pergi Myeondong akan suka beli Kebab Ahmed. Sorry saya takda gambar Ahmed dan kebabnya. Hahaha tapi korang imagine jelah kan. Dulu pre pademik tahun 2019 harga nya adalah.

Ayam -  5000won
Kambing - 7000won

Tapi sekarang ni harga dia boleh seka airmata dan hingus sekali.

Ayam - 10000won 
Kambing - 12000won

Saya sedehhhhhh.




Saya bagi contoh lagi harga lain....alaaa another moment tak sempat ambil gambar. Maaflah gais dulu sewaktu saya bujang doploh patjam takde hal snap gambar now dah ada besfren kecik tiga ketul ni keterbatasan is real. 

Saya ambil contoh kalchi jorim ( asam pedas)

( Pre pandemik )
Kalchi jorim - 8000won
Grilled mackarel - 7000won

( Pasca pandemik )
Kalchi jorim - 12000won
Grilled mackarel - 10000won


Gais ... Walau nampak macam naik dua tiga ringgi tapi percayalah ianya akan mengganggu gugat belanjawan kalian..beruntunglah traveler yang bukan level cheapskate and tak tergolong fasa tak berduit macam saya 🥲. Seronok ya kalau dapat berbelanja tanpa risau. Sobs. 

Takpelah rezeki semua orang tak sama dan dapat jejak kesana juga satu rezeki. 

For now ni jelah dulu saya tulis...nanti saya tulis lagi sebab banyaknya nak kongsi wehhhhh. 

Selamat maju jaya semua. 




Thursday 2 February 2023

2023

 Assalamualaikum dan salam tahun baru. 


Pejam celik dah 2023 dah rasa macam baru je masuk 2022. Uish...tapi tak jugak lah kot sebab tahun 2022 saya masih bekerja. 


Nak dijadikan cerita saya dok la tangguh tangguh nulis blog ni. Memula saya bagi salam tu masih December 2022....and now da Februari 2023. Tah pape perangaiku. Gais, jangan amalkan sangat bertangguh tangguh ni ya. 


So setelah sebulan berlalu saya tengok kat instagram ramai buat January dump korang masing masing. How was it? If you ask me, January saya biasa biasa jela. Hana ada appointment doktor nak cek perkembangan dan tracr if ada pape yang menimbulkan keraguan. Alhamdulillah so far okay saja....Hana ni saya tengok perkembangan dia lebih sikit dari abang mungkin faktor dia ada sibling lagi tua and dua pempuan kut. Kan orang cakap perempuan ni matang cepat haaaa gitu. 


Makanya entry ni ringkas aje...kita sembang lagi next time. Esok nak bertolak ke Perak nih adik kesayangan nak kawen...heee. moga Allah permudahkan. 




Tuesday 8 November 2022

[ EDISI KEMBAR ] Pisah tempat tidur

 Salam semua 


Harini saya nak sembang tentang perpisahan pertama anak anak twins dengan ummi dia. Iaitu pisah tempat tidur. Yelah nanti da besar pisah tempat tinggal ( kot dia masuk asrama ) and sambung belajar dan kerja dan...sobs sobs kahwin. Allah....belum pape ummi dah sedih. 


Ummi kitorang tak rilek


Memandangkan saya seorang surirumah clingy dengan anak sejak dari mereka lahir sehinggalah capai level toddler. Mereka pun susu badan sepenuhnya. Waktu dorang umur setahun setengah tepat tepat saya dapat rezeki kerja kebetulan waktu tu pandemik dan husband pun diberi unpaid leave paksaan. What to do kan. 

Saya tanpa fikir panjang terus accept kerja tu dan start immediately. Anak anak hantar dekat babysitter jiran blok belakang je. Allahu bermulalah drama clingy ummi yang ralat nak pisah anak. Empat bulan lepas bekerja saya tiba tiba mengandung. Haaa sudah. Bermulalah journey susukan badan tapi mengandung. Memandang dorang ni kembar halahhh cabaran dia kus semangat ye. 


Sehinggalah pregnancy saya mencapai bukan ketujuh saya dah mula risau caner ni. Anak masih taknak pisah susu dan nanti baby keluar camne nak tidur kalau semua hangguk atas katil queen. Takde ruang. We need to pisah katil pisah susu. Period!




Kebetulan babysitter depa offer depa tidur umah untuk train pisah susu dan ready kot tibeh ummi bersalin kang kelam kelibut tak biasa. Berat sangat hati but we have to do. Ibarat depa dok asrama sementara waktu. Hantar seminggu sekali je balik rumah time weekend. So ummi boleh rest lebih sikit. Memang sungguh ye kandungan masuk minggu ke 38 saya dah start rasa sakit bersalin. Haa tudiaaaaa.

Time tu ahad maka kembar ada je dengab saya siap tidur sesama. Jam 2 pagi start sakit giler berkadaran. Pagi tu hantar dorang kat wan dan pecut gi hospital. Hari yang sama beranak ye tengahari tu. 

Makanya dari seminggu sekali balik, sekali tu dorang dok sana dua minggu berturut. Sebab ummi baru sangat bersalin dan dorang ni suka lompat kat ummi. Naya wehh...gipun nak berulang gi klinik cek kuning baby sebab pkp maka budak takleh gi klinik. Harommm. 


Ni gambo dorang visit faridah sepupu depa kat spital tapi depa lak acah patient. 


Saya ingat lagi ada la hari ketujuh kot turun nak masuk kereta nampak kelibat rambut anak kembar terus menjejeh airmata rindu nangis sedih Allahu bila terkenang pun rasa sedih sangat. Maafkan ummi.

Sejak tu, secara halusnya taksedar dorang dah putus susu. Sepanjang pregnant tu memang susu dah takde sangat dah tapi ngempeng kan. Kami slowly ajar pisah tidur kat bilik sendiri. Memula setiap malam nangis nak ummi. Dahaga la nak air la. Bawak la botol air dalam bilik. 

Ada few times melahu lahu nak ummi so kami pasang aircond tutup pintu..sabor jela. Ummi abi tido kipas depa tido aircond. Hahaha. Ambil masa juga sebenarnya. Ada banyak malam dorang terjaga nangis. Husband or saya akan teman depa tido pastu lari dari bilik tu hahahh.  







Sehinggalah dorang tak jaga dah ...dan tidur sampai pagi. Dan tahu dah bila suruh masuk bilik berangkat la berdua masuk bilik. Alaaa comel. 


Syukur Allah mudahkan. Tanpa Allah bantu, tak jadi gak. Allah izinkan. 


Now misi next is potty training dan belajar bercakap. Halahhhh...budak kuat cakap bahasa alien dan pakai pampers ni. Nantid a succeed saya share lagi. Doakan twins.






.


Sunday 30 October 2022

Pengalaman travel waktu mengandung di Korea

 Salam.


Dulu waktu Uwais dan Uzair kecil, umur 6 ke 7 bulan kot, saya tak ingat lah. Mereka start buat passport. Sebab kami nak pergi ke Korea bawak mereka. First time ni experience bawak twins. Dulu pergi time bujang, lepastu pergi lepas kawen (honeymoon) and lepastu pula pergi time mengandung 6 bulan. 


Konon pergi time pregnant sebab nak rasa camna layanan dorang dekat pregnant mom. Fuh lain maciammmm.. rasa macam princess jugak. Pantang ada kerusi kosong ke apa ke, terus terus disuruh duduk. Paksa pun ya. Kadang kala jadi segan serba salah la kita sebab atuk nenek dah bongkok terketor ketor badan pun bangun suruh mommy to be duduk. Huuu malu. 


Tapi dalam pada rasa malu, saya rasa kagum. Suami pun rasa kagum sangat dengan etika dorang terhadap ibu mengandung, ibu bapa dukung anak kecil dan semestinya warga tua. Memang special treatment. RSedih sikit bila di negara sendiri alahai koc perempuan kat ktm pun memanjang kene hijack dek lelaki. Ok back to kisah korea.



Waktu pergi ni pulak transisi musim. Sejuk dia nyaman...ala ala aircond natural. Suhu pun around 19 degree camtu. 

Saya sebenarnya tengah godek mana tah gamba lagi. Cam tak banyak sangat lak. Time ni pergi kejap je 5h4m. Usually saya pergi 6hari 5malam paling kurang. 7hari 6 malam tu biasa....paling lama 8hari 7 malam. Hihi. 


Waktu tu juga saya pergi dengan husband atas tiket (ececeh ) babymoon. Sebab unplanned and duit sikit sangat. Rasanya kurang lebih rm500 je kot belanja lepas tolak hostel dan flight tiket. Okay lah kan? Itupun sebab kami sempat pergi tengok badminton korean open semifinal. First time lah depan mata tengok perlawanan dan husband tu kipas susah mati badminton, dia punya starstruck tu fuh tak boleh bawak bincang. Tiket masa tu KRW15000 untuk seat normal dan KRW30000 seat abnormal a k a seat terbaik and dekat dengan court. Memang harus kami cheapskate sikit amek hat murah. Sayangnya tak bawak bendera Malaysia tapi yelah benda unplanned. 

Pengalaman berjalan sana time mengandung ni beza betul start dari airport Malaysia sampai sana. Kat Malaysia takde sepcialty sangat rasa tapi kat sana tengok perut je terus rasa layanan priority. 

Tulah lain tempat lain cara kan. ...













Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...