Wednesday 17 August 2022

[ REVIEW KDRAMA ] Age Of Youth / Hello My Twenties

 Salam semua.


Ha kembali kita ke segmen review apa harini 😂. Since sejak dok rumah ni terlebih masa untuk menulis walau busy tapi yes saya kene paksa cari masa untuk menulis gak. I must! So yes terjadilah harini punya review. 


Age Of Youth atau tajuk lainnya Hello Twenties. Sokmo nengok cite ni punya pister lalu lalang kat netflix apa semua tu tapi saya tak pernah laaa terfikir nak nengok. Sebab poster cliche je. Wohh tak baik kan judging!.


Age of youth 2

Age of youth 




Best ok cite ni....sangat lah real life. Age of youth ni ada dua season sebabtu ada dua poster. Yang bezanya untuk first tu ada watak Kang Yina tapi second punya is Kang Yina dah pindah keluar sebab dapat kerja jauh and diganti Eun tinggi lampai. 

Citer ni kisah sekumpulan gegadis dok serumah.. mostly dorang student pelbagai jurusan. Song jiwon, Ye eun, Jin myung, Eunjae dan Yina yang diganti Eun. Semua mereka ada back story memasing.

Cerita ni memang sampai je kat hati sebab if kita ni pernah belajor duk umah sewa with kawan pastinya kita dapat relate. Sorang camni sorang camtu sorang lagi camni. 



Ni semua yang season 1... Yang tinggi lawo tu lah Yina.



Yang first ni bagi saya lebih lucu sebab Eunjae budak baru masuk U so culture shock. Yina lak tak minat belajo and sara diri as sugarbaby, Jinmyung jenis terlalu gigih cari duit sebab kemiskinan, jiwon jenis gila masuk air. Pelbagai ragam laaa. 







Yang no 2 ni pun tak kurang hebatnya kelakar cuma number 1 lagi lawak maybe sebab Yina tu gila jugak kot. Hehehe... Yang season kedua ni sedikit slack ialah watak eunjae bertukar orang. Pelakon asal takleh join drama ni sobs sobs...muka and acting dia da sebati sangat dengan innocent eunjae ...yang second ni cam lebih kepada mengada. Sorry Jiwoo (nama pelakon ni ) fans. 


Pendek kata, try la tengok if korang perlukan hiburan ringan. Jalan cerita dia sangat light tapi padat dengan pengajaran dan tema persahabatan. 

Ingat.... Hidup tak selalunya cerah. Tapi hidup juga perlu diteruskan. Agitew. 


Thursday 11 August 2022

Dasawarsa

Kadang kan kita selalu je dengar frasa ayat 'dulikkan kata orang'. Tapi percaya tak benda yang simple camtu susah nak buat. Yes kita cuba tak peduli tapi terkadang hati tu peduli juga. Endingnya kita sakit hati dan sedih.

Sebab tu lah Allah suruh kita hambaNya ni hanya bergantung harap pada yang Esa. Bila kita berharap dekat manusia,  percaya manusia, mula lah.  Percaya pada Allah, you won't regret.

Manusia selalu kecewakan kita. Kalau kecewanya kita asbab manusia, bangkitlah cepat kerana Allah. 

Lidah tu setajam pisau. Tak baik panggil orang babi babi. Kadang yang dia anggap betul lah tu, andaian tu silap. Kan jatuh fitnah tu. 

Kisah apa orang zaman sekarang. Ye dak 

Monday 8 August 2022

Nonton wayang 2022

 Salam semua haluuu.


Baru baru ni kami pergi tengok wayang di Alamanda la citernya. Saja dah lama sangat tak tengok wayang rasanya last is Ejen Ali dulu. Kalau zaman bujang toksah shembang lah memang senantiasa berwayang wayangan. Selalunya tengok sorang.


Ye saya sememangnya loner. 


Kitorang tengok Minion sebab my husband ni pencinta kartun macam Minion , Larva, Spongebob etc. Saya layankan jelah sebab baby Hana dah setahun lebih.. try tengok Hana ni caner. So far ok je...siap excited. Tapi lelama menjelang hujung tu dia bosan sikit. Uwais Uzair pulak seram seram takut je nak masuk memula tu sebab gelap. Uzair siap brake mengejut. Nasib takda video.

Oh ya kitorang tengok kat Alamanda je. Rm42 sobs... Mahai. Takpelah demi sebuah pengalaman dan time well spent. Alamanda ni bapak segala sunyi ye sekarang. Huh. Port food court lama dah takdek. Kami takde la pusing seluruhnya sebab maleh. Memang target wayang. Yang pasti next time kene datang sebab saya nak twins main taman blippi kat luar tu. Nice betoi nampak. Yelah da ada anak ni dok la survey taman percuma sebab kami dok flat marhaen je. Hehe 


Jap sy beleh gallery ada gambo tak leh share .






Ada gamba luar wayang je kat tempat mainan ni. Huhu... Gambar lain tadek. Struggle nak snap.


Korang dah tengok ke Minion?





Sunday 7 August 2022

[REVIEW KDRAMA ] Becoming Witch

 Salam semua.


Lately banyak betul ye kdrama letop letop kat Malaysia. Antaranya ialah Becoming Witch. Ye ni antara tang underrated tak banyak orang sebut sebut pun. 





Citer ni pasal sahabat yang terpisah and jumpa balik after so many years dan banyak berubah. Semua orang bawa kisah memasing. Pressure perkahwinan lah, kematian suami lah, suami curang lah. Citer ni memang tema friendship. 

Masih tak habis lagi pun..sebab setiap minggu satu episod je. Hahaa. Bercinta nak tunggu abis. Saya sendiri baru sampai episod 4. Kat Netflix ada so jangan risau ye. Since masih tak habis maka tak banyak boleh ulas cuma nak cakap saya big fan betul dekat Lee Yuri ni...lawaaaa weh. 

Tuesday 2 August 2022

CU di IOI City Mall

Salam semua.


Since harini husband offday so saya pulak kerinduan korea dan bagi saya kan, kat ioi city mall dia ada satu bau yang sangat iras dengan bau streetfood and market kat sana. Level P2 yang kalau korang naik escalator ke lift ke area situ, tembus jumpa Lotus mart. Ha situlah.


Pastu saja la bawak anak main Molly Fantasy..tu je mampu milik. Husband pulak lepas gian main Initial D. Twins pulak main ape tah nama tapi yang ala ala hoki ais ke apa tah. Ha tu lah. 😂

 



Comel je lahai... Saya masih amatur video video ni so raw abisla. Asalkan buat kenangan. Hehehe... Afterward kitorang pergi lepak CU. 


Allahu rinduuuuu..bertemankan air pancut kat The Symphony tu, saya beli la aiskrim dan jellyball coffee depa. Hm...rinduuu again. 


What a view  . Besar jugak CU ni



Hamba Allah ni kalau posing haruslah Top.( Ye dia suka Top bigbang tu ha )


Best gak....tapi dah beli baru nampak ada Tteokbokki rupanya yihhhh rugi...tapi sy pun da kenyang makan nasi so takpelah. Next time insyaAllah. Should be saya up lagi banyak gambar tapi manaaa tah gamba tu. Malas nak tangguh up gambar nanti terus kelaut mood. 



Apepun, time well spend. Thank you Allah.









Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...