Friday 28 July 2023

Salam Julai

 Salam...

Lama benor tak menulis. Kirenya selalu je otak ni banyak idea nak tulis itu ini tapi tangan tak gerak. Bak kata orang, mind and eyes not on the same task. heheheheheh~

Apa korang semua buat lately? Next week masuk August dan bahang PRN diseluruh negara dah terasa walau yang bertanding bukan semua negeri terlibat pun. Biasalaaaa, kalau da nama kempen pilihanraya haruslah belaka excited ye dak. Adakah saya ngundi? tak.... sebab Pahang takde pun dalam PRN kalini khenn.

Sesi random kita kalini adalah....aiskrim Mcdonald. Aritu balik dari site kat Nilai, actually bukan balik tapi escape jap site sebab aircond kereta ni kiok sangat kang kene salai dalam kete kurus pulak. So lari jap turun Bandar Baru Nilai and pergi Mcd. Duit tak berapa ada jadi redeem je point daam Mcd apps. Free gais free. Bila lagi kan...alang kepalang difasa kemiskinan ni. Ditambah Mcdonald cawangan Putra Nilai DT tu sangat helpful dan friendly. Saya ingatkan kene beratur kat kiosk tu gak rupanya tidak. Adik tu ajar sebijik sebijik. Allahu terharu. Padahal ramai giler customer lain time tu. Thank you dik. For your kindness , akak bagi good feedback! Okay kalian yang ada apps mcd boleh check dan redeem. Lepastu, luangkan masa isi feedback. 





End up kan, saya terlambat gak masuk meeting. Kene roasted and steamed lah ye dengan client side. Sedih la gak. Lepas makan eskem, saya gi masjid Nilai, solat jap. Rupanya lepas bagi salam, da kene panggil return site dan masuk meeting. Gelabah la hoiiii. Pecut camna pun takde la dezup sampai walau dekat sebab kita ni bukan The Flash. Redha jla walau saya sebenarnya dah congok depan security dari jam 9 pagi. Inilah cabaran kehidupan. Apa lah sangat dibanding dengan dugaan Nabi Muhammad S.A.W kita.



So based on gambar diatas kan, apa random breakfast korang kadang kadang? Mine is this one. Lopes De Sequiera dan teh tarik. Camna grand la dessert omputeh dan dessert hibrid viral kat luar sana tu, tetap kuih traditional kita paling mega terpaling mega! Fight me.




Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...