Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, 6 September 2021

[ REVIEW ] 4 movie dari Singapura

 Assalamualaikum semua, 


Apa khabar. Bertemu lagi kita di segmen halo halo takda cara. hahaha..... Jomlah random random nak panggil mood kekdahnya demi sesudu ilmu dan idea. Saya sebenarnya busy kerja dengan ada audit tapi sebab jammed otak so rest la kejap.


So baru baru ni tak berapa baru lah sebabnya bukan semalam pun tapi dalam beberapa bulan kebelakangan ni husband saya tertidak sengaja bukak netflix dan tengok cerita dari Singapura. Movie la... bertajuk THE DIAM DIAM ERA. Mula dia tengok tu saya masih tidurkan anak so bila keluar tu dah jalan 10% la cerita tapi saya join je lah sebab dia cakap menarik. 


Saya tanya la movie kemende ni dia cakap dari negara jiran and movie ni pasal zaman dulu la tahun 80an camtu time dorang baru nak berkembang and how english start jadi bahasa penting sana and bagaimana pula konservatif chinese yang marah dan pertahankan bahasa mandarin. Menarik ok menarik!


THE DIAM DIAM ERA



Rupanya The Diam Diam Era ini movie ketiga dari sambungan LONG LONG TIME AGO yang berkisar tahun 60an time depa baru merdeka dan baru berpisah dari Malaysia. Nice kan??? Memang memula saya pun rasa cam seriouslaaaa laki aku nak tengok cite bosan. Akhirnya saya yang beria melekat cam gam depan tv and ternanti nanti every series of this movie. Best!


The Diam Diam Era ni fokus pasal sibling 4 beradik ni. Yang kakak sulung, kakak kedua, kakak ketiga dan adik bongsu. Sesudah mak mereka meninggal dunia la kiranya which is dah lama la and ada dalam long long time ago punya kisah.  Best sebab tunjuk keakraban kasih sayang sesama sibling disamping selit gak bab politik depa and how depa nak evolve apa semua. Camna Singapura banyak rumah bertingkat and bahasa inggeris semakin kukuh bertapak, ekonomi berkembang...semua diceritakan. Ada gak selit pasal isu real sebab cerita ni background dia bukan rekaan cuma mungkin kisah ahli keluarga ni rekaan ...tapi penceritaan sekeliling betul tau. Pasal kebakaran besar Singapura, banji besar , kes air antara negara kita dan depa. 


Kakngah, kaklong, adik dan kaklang..


Selain sibling berempat tu ada gak tunjuk pasal saudara mara mereka... yang THE DIAM DIAM ERA 2 pulak pasal parti politik and camna pakcik depa yang chuek chuek mintak penampo lagi menyusahkan tu sebok nak lawan parti PAP ( mmg parti real tapi parti chuek chuek tu tahyul la kot )....memang selamba ok sembang tembak kerajaan punya polisi la ape la..sentuh pasal hak hak bekerja, hak warganegara.


THE DIAM DIAM ERA 2



Tapi husband saya cakap LONG LONG TIME AGO cam lebih best. Sebabnya pasal keluarga mereka yang sangat susah dan hidup dikampung. Time ni watak mak kepada empat berabik di memang dihighlight dan depa pulak masih kecik. Yang bongsu tu sebenarnya ada kembar tapi kembar dijual sebab miskin sangat and ni pun atas manipulasi pakcik chuek chuek mintak penampo tu ...hakuuu laaa memang sakit jiwa tengok perangai pakcik tu dalam keempat movie ni tapi dia memang paling puncaiiii time long long time ago sebab dia sangat kong hajo dengan kakak dia. Sangat ok sangat!


LONG LONG TIME AGO


Citer Long long time ago ni kalo tengok poster mesti kita cam amende cite kampung boy ke apa bosan betoiiii... tapi anda silap! Jalan cerita dia la paling menarik. Susah sungguh hidup dorang dengan kene berniaga kais pagi makan pagi apa semua and dah niaga kene hadap ahlong pulak pastu polis penjaja pulak. Pastu kene hadap perangai pakcik chuek chuek mintak penampo lagi memang annoying la. Dengan skeptikal mindset yang anak lelaki ni precious anak pempuan and sulung ni memang alas kaki. Kene relakan diri dipijak dan ditenyeh. Sad sangat ok!


Ada juga sentuh tentang hati nurani dan kebaikan mengatasi kejahatan bila ahlong yang selalu buli family dorang tu diselamatkan oleh mak si 4 beradik ni so starting situ ahlong tu sangat baik. (Spoiler : Dalam latest diam diam era ahlong tu dah jadi polis special force hokayy..kelas gitew!). Juga pasal ketegangan kaum melayu vs cina vs india... biasalah bila baru merdeka ni.


LONG LONG TIME AGO 2



Dalam Long Long Time Ago ni highlight pasal lepas banjir besar, kerajaan berhasrat nak upgrade all out singapore so dorang beli tanah tanah dan hasil tanaman orang kampung. Bagi duit dan penempatan rumah di flat dan apartment teratur di bandar. Mula mula semua cam ralat tapi sebab jumlah depa nak bagi bukan sikit. Cam biasa pakcik chuek chuek mintak penampo ni la terpaling sakit hati. Punya la mak 4 beradik ni usahakan ladang babi dan tanaman sebab pakcik tu hina dan jijik nak buat kerja kampung tapi bila orang govt datang nak nilai harta and tanah semua and bagi price sangat tinggi semata asbab ladang dan tanaman, terus pakcik tu claim kene bahagi sama adil. Unta mung!


Sedihnyaaaa lahai sebab time tu gak mak tu dah sakit kanser...and time semua penilaian harta dan duit dah dibuat dan nak pindah dah ke flat bandar, mak tu dah meninggal. So empat beradik tu la pindah umah sana with pakcik dan jiran kampung. Dalam movie ni ada gak tunjuk kisah cina kahwin india and how huru hara bila perbezaan budaya terjadi. Tapi sempoi sebab comel je akhirnya kahwin gak...tu adik bongsu kepada mak siberadik ni dan pakcik chuek chuek minta penampo.


Pening kan? hahahaha so sila tengok sendiri baru paham. Tapi saya sarankan tengok dari LONG LONG TIME AGO pastu LONG LONG TIME AGO 2 pastu THE DIAM DIAM ERA dan THE DIAM DIA ERA 2.


Yang Long long time ago takde dalam netflix so kami tengok kat youtube. Yang diam diam era ada so sila tengok wahai kawan kawan sekalian.


1 MALAYSIA!!!  eh tiber.

Thursday, 22 October 2020

[ MOVIE ] 93 days

 Assalamualaikum semua. 


Apa khabar kalian disana. Gitewww~ Dah lama tak bersiaran kan kita. So sekarang dah masuk Oktober dan makin menghampiri Disember. Bermaksud tak lama lagi nak dekat tahun 2021 dah. Sejujurnya tahun 2020 yang kita dok canang canang dan gembar gemburkan mengkala kecik dulu, sememangnya tahun yang banyak cerita dan kejutan.

Tapi antara major cerita yang serasa saya akan diingati sampai bila bila ialah alkisah corona virus a.k.a covid-19. Betapa virus yang tak ternampak dek mata, tak terjangkau dek akal ni mampu melumpuhkan ekonomi, menjadikan manusia hidup dalam kerisauan dan berbagai lagi. Besar sungguh ciptaan Allah yang takkan kita jangkau dengan akal pemikiran manusia biasa.


Mengkala pandemik ni saya nak review sikit movie best yang saya tengok secara tak sengaja awal pandemik aritu dengan husband. Konon saja ambil mood pandemik. Nak tengok contagion tapi takde lak dalam netflix husband. So ada 93days okay laaa~






Kisah ini berkenaan virus wabak ebola yang banyak menyerang negara afrika. Betapa scarynya virus ni kalau tersebar, memang susah nak survive dan apa yang mereka perlu usaha lakukan ialah elakkan virus tu dari merebak. Bermula seorang diplomat yang kurang sihat dan dimasukkan kehospital, diplomat tu dah ada tanda tanda ebola tapi dia in denial. Maka mereka paksa untuk tahan juga dan buat ujian sehingga la ebola dia makin teruk dan dia meninggal disitu juga. Hospital mula dalam bahaya sebab nak elakkan virus terkeluar dari hospital. Mulalah buat pengasingan dan prosedur tertentu... akhirnya beberapa staff terjangkit. Sedih sangat tau macam mana mereka ketakutan dan cuba survive lawan. Betaa sakitnya bila virus tu aktif dalam badan. Ada yang tewas, ada yang menang. Dalam masa 93 hari, mereka berjaya kekang dan matikan virus dari merebak!


Semua dengan kerjasama semua pihak... elakkan selfish. Gitew~







Cerita ni bagi saya sangat best walau pelakon bukan muka muka yang kita kenal dan familiar... penceritaan dalam ni buat saya relate dengan usaha Tan Sri DG hisham, betapa bila kita berjaya kekang dengan cara isolasi dan kluster, kita akan berjaya kekang keseluruhan... kita boleh menang! 


Saturday, 14 September 2019

REVIEW MOVIE : The Secret Scripture

Salam alayk.

So baru ni saja melepak depan tv dengan sikembar pastu terbukak channel Foxlife kat 711 astro tu ha... Tertancaplah mata ini dekat tajuk movie yang depa tayang.

THE SECRET SCRIPTURE.



Huihhhh skali imbas kalau mata dok pandang tv mesti cam helehhhh mesti jiwe jiwe boring sebab memang perjalanan citer ni lek lek je. Tapi tah nape mata saya pandang gak and slowly enjoy la menonton sambil kepit sikembar kiri dan kanan peha. Kus semangat.

Ok sebelum saya bebel lanjut..meh tengok trailer dia.



Haa amacam?

Cam beshe je kan... Bagi korang yang suka movie yang jenis mellow and romantik tapi tak modern, suka la kot hat ni. Best ok.

Sinopsis dia lebih kurang cemni.

Doktor psikiatri muda datang kat sebuah pusat ni buat kaji selidik sorang pesakit yang namanya Rose. Sebab orang dok kata dia gila la pastu bunuh anak la. Dia Dia slow slow blajaq pasal Rose melalui kamus yang Rose conteng dari zaman muda ala ala diari so dia macambuat puzzle plus storytelling la. Makin lama makin exciting la...so doktor ni dapat tau pasal Micheal iaitu husband si Rose...dan semakin dia absorb dalam story tragis ni, dia mula rasa Rose cakap benar. Rose tak gila tapi depa yang aniaya dia yang buat dia gila. Yela renjat letrik, tipu kata baby rose mati sebab rose hentak dengan batu padahal depa curik pastu paling takleh blah bunuh Micheal so Rose cam dungu dok tunggu Micheal ari ari kat spital mental tu....and bila dia ckp dia da kawen,takda sapa percaya...even dia peknen orang kata tu anak paderi.

Kau kejam manusia kau kejammmm.



Sedih ok sedihh..
Saya menangis bergelen gelen ayaq mata tak tipu punya. Makin nak abis makin menderu airmata bila dapat tau rupanya Micheal mati sebab tu tak datang spital. Yang si rose dok mimpi je manjang suami dia datang...waktu kene renjat pun sedih.  Menggeletar si Rose.

Mule mule start nak sedih ...tahan tahan



Melampau sangat mereka semua. Mana la tak gila si Rose...pastu sedih sebab sampai tua ganyut la orang kata dia gila.

Rasanya saya suka connection between watak Micheal ngan Rose...leh rasa cinta depa so saya jadi sedih bila satu demi satu kena cabaran. Walau dorang miskin tapi dorang bahagia...

Ayat terakhir Micheal sebelum kene tembak is...pesan kat Rose gitau dia sayang Rose and selalu ingat kat Rose....which opkos pesanan tak disampaikan. Mencik.



So endingnya saya pegang sikembar sambil merambu airmata terus teringat kat husband sendiri aduihai tisunya hati kamu wahai mira.

Gua tak tipu gua nangis cam budak kecik hilang bekal bawak gi skolah pastu takut balek umah kene kelepiaq ngan mak sebab tu jenama tupperware harga macam cagar nyawa Hahaha. Tapi nangis ahh sampai seharian kalau teringat je nangis...sebak. pebenda jampi tah.





So korang kalau jenis nak cari cari pasal nangis hati tisu bak tisu low cost mudah koyak, meh la tengok.

K sambung nangis. Sobs


Monday, 7 May 2018

Telemovie 6

Assalamualaikum ♥

Sempena Selasa nak indah ni, saya pun rajinkan diri buat entry.

Last week kan, saya tengok la telemovie tajuk 6. Lakonan Fikry dan Jannanick. Genre telemovie ni seram...

Kisahnya pasal Fikri dan wifenya Janna serta anak mereka bercuti dan menginap disebuah hotel. Yang amehnya hotel tu xda pekerja time malam. Semua staff balek bile malam kecuali sorg jaga tu.

Kejadian aneh mula berlaku bila tiba tiba Fikry patah balek kebilik sebab nak.ambil phone sedangkan Janna dan Danish kene tunggu dikereta. Tetibe dua orang tu muncul depan pintu dan bermulalah episod seram bila dorang tak jumpa jalan keluar dari tingkat enam tu. Lift hilang. Naik tangga masih tingkat enam. Turun pun sama.

Sehinggalah kelibat hantu muncul. Nak taknak Fikry kene survive!



Bagi saya seramnye lahai berkali kali saya tutup mata apa semua. Elemen seram dia memang tiptop. Sound efek kejajung kejajung konon seram tu memang buat jantung luruh.

Pastu depa guna lagu suriram sebagai elemen lagu misteri sebab hantu tu memang suke humming lagu tu. Nak terkincit dibuatnya hadoiiiiii.

 Kirenya  terbaik sangat lakonan Fikry dan Jannanick sebab cam expressi muka dorang takot,marah, emosi dan apa semua tu memang mengundang sangat aihhhhhhhhhhhh.


Antara part paling seram bagi saya time Fikry terperangkap dalam satu bilik pastu hantu suriram tu muncul. HANTU SUNGGUH.... TAKOT AI!!!


Pastu hotel tu pula memang kosong sekosongnya terbaiklah produksi. Bagi saya, kalau movie ni buat untuk pawagam pun best. Seram wo. Kalau tambah drngan sound sistem kat pawagam dengan lampu gelap nye tak ke lagi berkoyan keseraman tu?


Apepun, tahniah kepada semua pelakon dan produksi. Teruskan berkarya ♥

Saturday, 7 April 2018

[ MOVIE ] Peter Rabbit

Salam alayk..

Salam Ahad semua. Ape khabor.
Alhamdulillah empat hari dah berlalu sejak hari jadi saya. Yay makin muka yay makin muda oho oho oyeah.

So memandang bulan besday, alhamdulillah diberi rezeki tengok wayang free oleh MBO dan GSC. Tapi saya baru redeem GSC je, MBO belum lagi uhuhu... takpe belum half way April pun lagi.

Saya dan suami memilih untuk tengok cerita PETER RABBIT.



Saje pilih sebab kawan saya si Micky cakap cite ni best dan menghiburkan. Lagipun untuk redeem tiket free birthday, kene pilih yang ditanda asterisk je. Asterisk tu cenggini ha * ...

So limited lah sikit sebab asterisk takkan diver dekat new movie. Selalunya dekat movie yang dah halfway airing. Pastu pulak kami dah tengok most of asterisk label movie cam kl special force ( nasib ler dapat husband suke fattah amin) pastu husband juga suke badminton so Lee Chongwei pun kitorg tengok dah.

Ape lagi, pilihlah Peter Rabbit sebab santai dan macam comel je kan. Rabbit kot.

Dan...verdict?

BEST GILAAAA... gelak guling golek pun takpa memang syok. Baru saya perasan movie ni rupanya british patut lah prpnosi dia tak macam hollywood sangat.



Best nya comel sangat alahai... citer ni berkisarkan peter yang merupakan arnab kat ladang tu ada tiga adik pempuan dan cousin rabbit yang gemuk. ahhaha comel.

Dia ni nakal suke cilok makanan kat ladang sampai berangin la petani apa semua kan....petani tu pulak baran tak hengat dan pernah tangkap bapak peter pastu buat pai arnab makan omnomnom... memang menambah dendam la kan.

So Peter la pulak suke curi masuk ajak member haiwan jelata untuk cilok makanan ( segala hasil tanaman ). Sampai satu tahap petani tua tu mati sebab sakit jantung...dorang berpesta ria ingatkan takdak dah manusia perosak ( padahal depa perosak )...sehingga cucu petani tua tu warisi rumah tu dan datang sebab nak jual rumah tu. Cucu tu datang dari London.

Ditambah pulak Bea ( watak awek jiran sebelah suke rabbit ) ni cam suke kat mamat tu... konflik dan konflik lah kan.

Haaa tengok sendiri lah. Lawak sangat sebav pArt ayam berkokok mengamuk tu suami saya cam tercekik dek gelak overdose.

Memang kelaka, menghiburkan dan santai.

comel je benjamin telinga lendut dan gemok...


Seronok tengok gelagak binatang ni semua...♥

Alah, silalah tonton untuk hiburan penuh kecomelan. Saya yakin anda akan suke.

kitorang tunggu ni...mai mai



Thank you sebab baca ♥

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...