Wednesday 17 November 2021

[ Pregnancy Journey ] Thalassemia lah pulak

Assalamualaikum,


Bila kita pregnant ni kan, jarang la nak smooth maka sapa sapa yang diberikan rezeki smooth pregnancy tu anda kene banyakkan bersyukur tau. Selalunya akan ada challenge. Yelah, Allah nak bagi pahala berganda kan. Besar nilai dan hikmah sepanjang kita mengandung ni. Doa seorang ibu mengandung, seri seorang ibu mengandung dan kalo dari segi keduniaan pulak benefit seorang ibu mengandung.






Bagi journey saya pula, untuk second pregancy ni saya takde GDM alhamdulillah tapi Allah uji pulak dengan thallasemia. Memula suspect anemia tapi memanjang makin drop HB nyer start pregnant dulu 12.4 tiber makin laju turun sampai 10.0 walau kandungan baru setengah jalan. Dangerous ye. Maka ujian thallasemia dibuat. Hmmm. Memang sah saya pembawa thallasemia rupanya. Mujur husband bukan penghidap sakit ni. Moga yang baik baik saja untuk Hana my little babygirl.




Kalau makpak dedua pembawa maka anak berkemungkinan kena dan akan hidup dengan tranfusi darah berkala.... mintak simpang ya Allah. Sebab tu gais, sila check thallasemia memasing sebelum kawen tau. Bukan takat HIV je tapi yang ni pon risau akan menganiaya bakal anak. Sakit tauu. 




Sejujurnya anemia saya memang low so saya prasan sepanjang pregnant Hana ni saya mudah betol letih lesu ngantuk nguap cam badak air dah woi. Cam memang la kita paham yang pregnant ni tiring tapi ni cam extreme nawwww tiring nya. So betui la... something wrong somewhere. First pregnant dulu tak la camni sangat. GDM jela and HB drop pon sebab twins kan tapi tak sehavoc pregnancy kalini. 

Allah uji. Allah beri sedikit cabaran. Down gak tapi hikmahnya tak kena GDM so no need BSP. Lega mak enon. Sebab skang saya adalah ibu bekerjaya. Dulu zaman jadi surirumah pun rasa BSP tu sangat la meruntun semangat. hehe





Maka para ibu sekalian, kalau anda megandung, jangan pandang remeh tau pemeriksaan doktor. Memang leceh tapi ia untuk simanja jugak. Demi keselamatan kita jugak tau. Semoga kita semua dilindungi Allah.


Amin yarabb.




[ JDRAMA ] From Today, It's my turn ( Kyo Kara Ore Wa )

 Assalamualaikum,


Baru ni saja skrol skrol netflix tibehhh kuar jdrama punya highlighted series lah antaranya From Today Its My Turn. Saya cam wow ada vibe vibe Gokusen sebab pasal bad boy bad girl student highschool life agitew. Memang fav theme saya dari zaman suka sangat tengok jdrama. 





Citer ni berkisar pasal dua student yang pindah di satu skolah ni tapi dua dua nak jadikan diri bad boy sebab dekat previous school dorang ni "tipikal beshe beshe" je. So beria la gedik pergi saloon nak ubah imej. Cameo dari ikon Crows Zero ( Genji ). Memang lawak laaa. Nama dua ketoi budak bertuah ni Ito dan Mitsuhashi. Bermula depa jadi brand new version of themselves, bermacam macam cabaran muncul.




Cerita ni sumpah lawak! Ito ni jenis cool skit dan Mitsuhashi ni memang masuk air keluar asap betoi perangai tak semenggah nak mampos. Lawak betol laaaa karenah. 



Bini Ikuta Toma tu... dan lakinya si Eikura Nana kalau korang jdrama fans korang kenai la nama nama yang saya sebut ni. Lejengggg tu.




Citer ni memang terapkan elemen friendship yang kuat dan mampan. Dan juga jatidiri dan maruah gak serta perangai tak semenggah orang yang acah kuat acah strong asal boleh. Gelagat cikgu cikgu depa pon cam barai gak gelak nengok. Korang yang nak light light gelak cam sakai meh la tengok citer ni. Santai!!! Movie dia saya tak tengok lagi sebab takdak lagi kat netflix. Tapi drama ni ada dah... meh la nengok!



Sunday 3 October 2021

Lepak di dataran Nilai

 Assalamualaikum,


Dah masuk Oktober dan setiap kali masuk Oktober mulalah nak nyanyi lagu Tragedi oktober acah acah suara sedap. Choi....


Negeri Sembilan sekarang dah masuk fasa keempat PKP so kiranya dah makin loose. Kes harian pun dah down bawah 200 kadangkala bawah 100. Nice kan? Alhamdulillah semoga seluruh Malaysia terus menerus turun. Penat dah wehhhh hidup dalam pandemik ni. Tapi pandemik ni jugalah ruang yang Allah bagi untuk sesetengah orang ( cam saye letew ) untuk merasa sekali skala work from home. Huu jeles tau kengkawan yang full work from home. sobs.


Baru ni kak ipar, my biras dan anak anak buah datang melawat dan ajak lepaking di dataran Todiaa....sejujurnya saya ni bab piknik ke lepak kat dataran ke saya memang kurang suka maybe sebab saya jenis homie homie punya orang tapi saya tau anak anak pasti suka so pergi jela....and saya juga baru balek kije so letih skit lah. Alasan harus padu. hahahaha .


Seronot la tengok keadaan ramai yang lepak tapi SOP kene jaga ye kengkawan kang tak masal kene saman kene kompoun. Nangis bucu katil kamu. Tapi disebabkan ramai betul ummat ketika tu memang sedikit mencabar la nak jaga SOP.


Sadly kamera fon saya ni cokia maka gambar malam tak la level iklan Oppo dan Vivo yang selalu bertebaran kat TV sebelum berita tv3 start tu. hahaha.


sobs RM20 untuk 30minit. Huuu

Dayini , Julia dan mummy kemaen

Dayini on point sentiasa.



Betul lah....family time ni sangat penting. Sepenat mana pun kita, kene la ada masak sikit untuk cipta memori. Masa takleh dibeli! Kalau ikut saya ni memang lepak umah tido dediam itu la terpaling best.


Hey kamu semua camna? 



Monday 6 September 2021

[ REVIEW ] 4 movie dari Singapura

 Assalamualaikum semua, 


Apa khabar. Bertemu lagi kita di segmen halo halo takda cara. hahaha..... Jomlah random random nak panggil mood kekdahnya demi sesudu ilmu dan idea. Saya sebenarnya busy kerja dengan ada audit tapi sebab jammed otak so rest la kejap.


So baru baru ni tak berapa baru lah sebabnya bukan semalam pun tapi dalam beberapa bulan kebelakangan ni husband saya tertidak sengaja bukak netflix dan tengok cerita dari Singapura. Movie la... bertajuk THE DIAM DIAM ERA. Mula dia tengok tu saya masih tidurkan anak so bila keluar tu dah jalan 10% la cerita tapi saya join je lah sebab dia cakap menarik. 


Saya tanya la movie kemende ni dia cakap dari negara jiran and movie ni pasal zaman dulu la tahun 80an camtu time dorang baru nak berkembang and how english start jadi bahasa penting sana and bagaimana pula konservatif chinese yang marah dan pertahankan bahasa mandarin. Menarik ok menarik!


THE DIAM DIAM ERA



Rupanya The Diam Diam Era ini movie ketiga dari sambungan LONG LONG TIME AGO yang berkisar tahun 60an time depa baru merdeka dan baru berpisah dari Malaysia. Nice kan??? Memang memula saya pun rasa cam seriouslaaaa laki aku nak tengok cite bosan. Akhirnya saya yang beria melekat cam gam depan tv and ternanti nanti every series of this movie. Best!


The Diam Diam Era ni fokus pasal sibling 4 beradik ni. Yang kakak sulung, kakak kedua, kakak ketiga dan adik bongsu. Sesudah mak mereka meninggal dunia la kiranya which is dah lama la and ada dalam long long time ago punya kisah.  Best sebab tunjuk keakraban kasih sayang sesama sibling disamping selit gak bab politik depa and how depa nak evolve apa semua. Camna Singapura banyak rumah bertingkat and bahasa inggeris semakin kukuh bertapak, ekonomi berkembang...semua diceritakan. Ada gak selit pasal isu real sebab cerita ni background dia bukan rekaan cuma mungkin kisah ahli keluarga ni rekaan ...tapi penceritaan sekeliling betul tau. Pasal kebakaran besar Singapura, banji besar , kes air antara negara kita dan depa. 


Kakngah, kaklong, adik dan kaklang..


Selain sibling berempat tu ada gak tunjuk pasal saudara mara mereka... yang THE DIAM DIAM ERA 2 pulak pasal parti politik and camna pakcik depa yang chuek chuek mintak penampo lagi menyusahkan tu sebok nak lawan parti PAP ( mmg parti real tapi parti chuek chuek tu tahyul la kot )....memang selamba ok sembang tembak kerajaan punya polisi la ape la..sentuh pasal hak hak bekerja, hak warganegara.


THE DIAM DIAM ERA 2



Tapi husband saya cakap LONG LONG TIME AGO cam lebih best. Sebabnya pasal keluarga mereka yang sangat susah dan hidup dikampung. Time ni watak mak kepada empat berabik di memang dihighlight dan depa pulak masih kecik. Yang bongsu tu sebenarnya ada kembar tapi kembar dijual sebab miskin sangat and ni pun atas manipulasi pakcik chuek chuek mintak penampo tu ...hakuuu laaa memang sakit jiwa tengok perangai pakcik tu dalam keempat movie ni tapi dia memang paling puncaiiii time long long time ago sebab dia sangat kong hajo dengan kakak dia. Sangat ok sangat!


LONG LONG TIME AGO


Citer Long long time ago ni kalo tengok poster mesti kita cam amende cite kampung boy ke apa bosan betoiiii... tapi anda silap! Jalan cerita dia la paling menarik. Susah sungguh hidup dorang dengan kene berniaga kais pagi makan pagi apa semua and dah niaga kene hadap ahlong pulak pastu polis penjaja pulak. Pastu kene hadap perangai pakcik chuek chuek mintak penampo lagi memang annoying la. Dengan skeptikal mindset yang anak lelaki ni precious anak pempuan and sulung ni memang alas kaki. Kene relakan diri dipijak dan ditenyeh. Sad sangat ok!


Ada juga sentuh tentang hati nurani dan kebaikan mengatasi kejahatan bila ahlong yang selalu buli family dorang tu diselamatkan oleh mak si 4 beradik ni so starting situ ahlong tu sangat baik. (Spoiler : Dalam latest diam diam era ahlong tu dah jadi polis special force hokayy..kelas gitew!). Juga pasal ketegangan kaum melayu vs cina vs india... biasalah bila baru merdeka ni.


LONG LONG TIME AGO 2



Dalam Long Long Time Ago ni highlight pasal lepas banjir besar, kerajaan berhasrat nak upgrade all out singapore so dorang beli tanah tanah dan hasil tanaman orang kampung. Bagi duit dan penempatan rumah di flat dan apartment teratur di bandar. Mula mula semua cam ralat tapi sebab jumlah depa nak bagi bukan sikit. Cam biasa pakcik chuek chuek mintak penampo ni la terpaling sakit hati. Punya la mak 4 beradik ni usahakan ladang babi dan tanaman sebab pakcik tu hina dan jijik nak buat kerja kampung tapi bila orang govt datang nak nilai harta and tanah semua and bagi price sangat tinggi semata asbab ladang dan tanaman, terus pakcik tu claim kene bahagi sama adil. Unta mung!


Sedihnyaaaa lahai sebab time tu gak mak tu dah sakit kanser...and time semua penilaian harta dan duit dah dibuat dan nak pindah dah ke flat bandar, mak tu dah meninggal. So empat beradik tu la pindah umah sana with pakcik dan jiran kampung. Dalam movie ni ada gak tunjuk kisah cina kahwin india and how huru hara bila perbezaan budaya terjadi. Tapi sempoi sebab comel je akhirnya kahwin gak...tu adik bongsu kepada mak siberadik ni dan pakcik chuek chuek minta penampo.


Pening kan? hahahaha so sila tengok sendiri baru paham. Tapi saya sarankan tengok dari LONG LONG TIME AGO pastu LONG LONG TIME AGO 2 pastu THE DIAM DIAM ERA dan THE DIAM DIA ERA 2.


Yang Long long time ago takde dalam netflix so kami tengok kat youtube. Yang diam diam era ada so sila tengok wahai kawan kawan sekalian.


1 MALAYSIA!!!  eh tiber.

Wednesday 16 June 2021

[ REVIEW KDRAMA ] RACKET BOYS

 Baru ni tertengok iklan kat Netflix pasal satu drama korea bertajuk Racket boys a.k.a Racket Sonyeondan. Macam menarik sebab jarang gak korea ni keluarkan drama berasaskan school and sport. Selalu jepun je suka genre camni. Tengok trailer pon acambest gitu.





Drama ni berkisarkan seorang jurulatih kene bawa dua orang anaknya menetap dikawasan kampung sebab dia kene transfer disekolah sana. Anak sulung dia tu player baseball so protes la budak tu sebab kat kampung takde sukan tu. Sekolah kecil, jumlah student pun sikit sangat. Team badminton sekolah tu cuma tiga orang je dan jurulatih tu kena cari lagi sorang maka dia berjaya buat anak dia jadi bidan terjun untuk join lengkapkan team tu. Rupanya, waktu kecil anak dia tu antara calon jaguh cilik kebangsaan. Ada kisahnya kenapa dia quit badminton dan main baseball je. Cerita ni masih ongoing ya.



Woochan, Dam, Haekang, Insol dan Yoontae


Cerita ni memang banyak bersandar tentang friendship dan hubungan kekeluargaan. Paling menarik dihighlightkan juga hubungan sesama jiran sekampung. Memang best. Saya suka tengok karakter development memasing. Dam dengan sikap abang long sangat sebab skema betul. Woochan sikap abang ngah yang baik. Yoontae adik bongsu yang nakal and selalu la nak main game la ape la pastu cuai bebenor. Haekang lak eksyen tak bertempat tapi dalam hati ada taman. Insol ahli paling baru. Pendiam tapi bijak pandai dan anak orang kaya. Ada dua watak sekolah perempuan yang juga geng depa sebab jurulatih team pempuan ni mak si haekang a.k.a bini si jurulatih. Seyoon dan Hansol. 


Jom layan gambo ihsan dari peminat peminat kdrama ni dari twitter. Thank you guys~









Badminton memang antara sukan top kat sana dan saya sendiri pernah pergi menonton Korean Open tahun 2018 dulu. Memang best!!!! dan saya harap kat Malaysia ni kita akan sentiasa asah bakat dari kecil dan sediakan ruang dan peluang. 




Fave squad

Bbangminton Dam dan selfi berpisah tiada

Time ni depa ponteng latihan pi bandar nak gi theme park pastu duit ilang kene keje..pehtu kene tipu. lol


Insol in frame!!!!



Until now saya baru tengok episod 6. Hadoi nak tunggu dua episod per week memang sampai beranak la jawabnyaaaa.


So korang, asyik tengok cite love love je kan..serious la psiko la.. meh tengok light humor drama camni. Best~


Wednesday 2 June 2021

PKP menjelma lagi

 Salam alayk,


Lepas 1.0 naik 2.0 naik lagi 3.0 pastu 3.1??

Tak kisahlah berapa jumlahnya tapi bagi saya kita ni dah ibarat no choice kene hadap la jugak benda ni. 

Ngeri dan seram tengok kes kes meningkat dan kesian juga tengok geng frontliner kita terciduk kepenatan.

Dalam pada kita komplen itu ini takleh itu ini, kene ingat satu benda, frontliner yang overwork tu mereka

juga punya ahli keluarga, anak kecil, ibu bapa yang tua, suami dan isteri... mereka juga terkesan serba serbi.






Peniaga kecil terjejas pendapatan, beberapa sektor hilang momentum untuk bertahan sehingga terpaksa memberhentikan pekerja. Ya Allah sedih sungguh bila kenangkan sebab ahli keluarga saya juga antara yang terkesan sebab bekerja di bahagian penerbangan ( airlines ). 

Semoga kita semua terus bertahan dan jadikan ini satu tempoh fasa untuk kembali mengharap kepada Allah. Hanya kepada Dia kita berserah. Apa je kuasa yang kita rasa besar, takkan boleh melampaui kekuasaan Allah. Kunfayakun, jadilah ia.

Jangan terlalu risau. Kita cuma harus berwaspada.





Friday 19 February 2021

[ REVIEW KDRAMA ] ZOMBIE DETECTIVE

 Assalamulalaikum 2021.


Saya ni kalo da nama review kadang tu da ala ala giving spoiler teruih. Eheheh..  saya kan cemni. Sorry la kalau kalian ada yang jenis pantamg mak nenek spoiler spoiler ni. 


Okay. Time dok lepak dengan husband aritu saja godek saya terpandang citer ni. Teringat citer ni ada gak yang cakap best tapi underrated sebab orang layan Uncanny Counter so tenggelam la zombie detective. Rugi laaaaa...sapa yang suka genre suspense dan kelakar, bagus tengok ni. Sebab memang kelakar dan intense gak kadang. ..




Poster dia tu cam ghostbuster dah kan? Tapi worries mot cite ni reringan and fun to watch dikala mengisi masa lapang. Lepastu pelakon dia bukan calang calang gak. Si Choi Jinhyuk tu. Sapa kaki kdrama tau la sapa mamat ni yang kononnya dulu Nazim Othman pernah disamakan dengan beliau. Heheh.. Jinhyuk ni hero drama Rugal gak tau.









Sapa yang pernah tengok movie Warm Bodies korang pasti boleh relate. Sebab permulaan citer ni si zombie ni asyik bebel and cakap ngan diri sendiri je. Bermonolog and pastinya kelakar.. dia sendiri tak tahu camna dia jadi zombie dan dia berusaha nak bunuh diri pun tak berjaya...maka dia decide nak hadap jela idup sebagai zombie tapi sebab jadi zombie ni slow benor pergerakan, dia prektis setahun la atas treadmill supaya boleh bergerak laju macam manusia dan boleh pegang chopstick apa semua tu. Sebabnya dia nak cari identiti asal dia maka dia harus masuk ke dunia manusia. Takkan nak dok hutan je forever.


Nak dijadikan cerita, sebab dia ni no-identity so satu hari ditakdirkan dia ternampak seseorang dibunuh dihutan. Seorang detektif. Sebelum detektif tu mati dia sempat intai dekat konon nk makan tapi sampai sudah tak sampai hati nak makan manusia. Detektif tu bagi kunci ofis dan sejak dari itulah dia hidup dengan identiti detektif yang bernama Kim Moo Young.  Okla kan sebab dia tatau sapa nama sebenar dia.


Dipendekkan cerita dia ditakdirkan bertemu seorang journalist yang asyik busy body sebok nak siasat itu ini dan akhirnya depa bekerjasama selesaikan kes yang upahnya berjuta won. Yela, zombie tu takda duit dan nak duit untuk survive dan journalist tu pun miskin kene cari duit bayar hutang. Sejak dari tu sampai sudah depa jadi co-worker. Journalist tu kerja dengan zombie tu.. memula dia tatau tu zombie lelama dia dapat tau and memang kelakar sangat la. Pempuan tu pon over kemaen. 






Sejujurnya cerita ni best... Bagi saya siapa yang suka hiburan ringan boleh lah tengok. Takkan nyesal punyaa. Boleh cek kat youtube klip and trailer tau.


Selamat menononton.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...