Thursday 11 April 2019

Pengalaman bersalin kembar

Assalamualaikum rakyat jelata.

Arini dah masuk 15th feb...dah tengah bulan februari dah. Kemain lah masa berjalan laju cam kene hambat. Alhamdulillah baby kembar melons saya dah masuk 50 days camtu...cucuk sbulan pun dah settle setelah umur 45hari ( terdelay sikit atas banyak faktor takleh elak ).


Say hi to melons ( time ni kat SCN sebab kuning )



Entri kalini saya terpanggil nak saje kongsi kisah bersalin kembar. Lain orang lain pengalaman. Saya sendiri suka baca dan nak tau kisah ibu lain bersalin nak nak kembar.

Jemput minum dulu acik acik sebelum baca.


Czer atau normal?
Normal. Alhamdulillah... Bila sebut kembar je kepala kita mesti automatik fikir czer kan? Sebab memang mostly kembar baby ni akan dilahirkan melalui czer. Saya sendiri pon ingatkan saya kene operate tapi dalam kepala memang dah doa dari awal, papehal nak normal sebab saya duduk rumah flat..kalau baby kembar, jenuh naik turun tangga apa semua. Kuasa Allah...diizinkan saya normal.

cenggini muka bawak perot naik tangga


Saya balik Kuantan sebenarnya awal dua ke tiga minggu dari estimate. Sebenarnya tak sempat nak decide tarikh sebenar pun sebab balek sinun pun terhegeh nak settlekan pertukaran rekod klinik kan. Patotnya Jumaat tu last gi klinik tapi rupanya sehari sebelum dah kene warded.

Camna leh kene warded?
Haa ni la yang memanjangkan entry ni.  Saya cite slow slow ya.



Nak dijadikan cerita saya perasan perut saya macam makin jatuh ke bawah je. Rasa keberatan tu beralih dari bawah dada ke area pusat. Cam nak roboh da. Hahah.

Pastu every morning macam ada sign yang keluar discharge apa semua. Pelik la sebab sepanjang pregnant tak pernah lak kene keputihan tapi now ada lak siap tak berapa nak putih and ada tanda darah skit. Pastu menggelabah sesorang dalam toilet. Tapi tiga ari camtu la wat dono je lagi.  Pastu masuk third day tu, siabgnya merayao ngan adik pi makan donat la cari itu ini lah konon siap wat maternity acah acah shoot kat Pantai Balok.

Malam tu kua keputihan with blood again...tapi pelik la selalu belah pagi ni malam pun lek jer kua. Dah takleh dah ni. Mak pun tegur perut jatuh. Hoho. So cakap ke mak sok nak cek lah kt htaa tapi memang da prepare siap la barangan hospital. Chuak tu Allah je la tahu.

Patut la ada satu malam tu rasa mengejang mengeras perut. Maybe tu kot early contraction ( kot ).

Esoknya pergi la ke spital siap sempat lak singgah pasaraya 24jam Lyc cari milo 3in1. Padahal dua ari sebelum tu berderet kua tak beli pun pape. Hahaha. Saje je ngade kan.

Tolonglaa...wajib sangat ke seluk sakit ni...


So bermulalah cek kat hospital. Opkos benda pertama selukan. Ye people jelata sekalian. SELUK MENYELUK . Akhirnya ku faham apa yang dikecohkan dan selalu disebut sebut seluk oleh geng ibu ibu mengandung dan bersalin. Now da rasa and TRAUMA. hahahahaha....dun worry saya memang mudah trauma dan sememangnya penakut.



Rupanya doktor yang akan cek tu pulak doktor lelaki. Hadoihhhhhh.. first time.. malu gila. Nurse pasang ctg nak tengok contraction dan jantung apa semua tu. Kita dok la tuggu sebab kembar maka kene double timing. Dari 20min kene la darah dua jadi 40min. Bab doktor lelaki tu.... bila da sakit, yang penting semua proses lancar dan settle.

Doktor bidan tu seluk memang dah bukak 2cm. Saya menggelupur and kene tegur la kan. Doktor cakap dah tu camna nak beranak. Ahaa...mana la saya tau. Tu reflek semulajadi la gelabah mak enon kan. Dah la first time. Doktor tak kasi saya balek sebab twins ni highrisk. Kalau mak mak lain dia suruh balek je tapi bila twins ni sekecik isu depa pandang besar. Saya ok je cuma terkilan banyak makanan peberet takdan nak telan. Last telan dofi donat yang pemes kat Kuantan tu .



 Maka saya berkampung lah di hospital HTAA tu... memang saya kalau boleh tak nak balek dah selagi tak bersalin sebab memikir susohnye nak datang balik kot tetibe kan. Spanjang kat sinun bermacam ragam dan orang lah saya kenal. Biasa yang masuk situ sat je dah beranak. Jiran katil bertukar , jiran belakang depan bertukar...katil pun bertukar. Ahaaa proses yang bosan is proses cek jantung baby and cek perut. Mungkin untuk saya sebab sakitnya badan badan ni weh.  Saya kan tak mampu nak baring terlentang. Sakit.

kemon umi yukenduit. 


Nak dijadikan cerita, hari keenam saya di htaa, tengah borak dengan jiran sebelah tetibe vroooooooooooo.... haa cam bunyi motor soundtracknye. ahahahah. Saya rasa sensasi uncontrollable air keluar dari bawah. Tak mampu tahan. Kencing pun tak camni weh. Saya terus tanya orang sebelah , ehh camna eh kalau air ketuban pecah. Dia cakap cam air. Saya tanya lagi cam air terjun ehh... dia gelak je pastu mata dia bulat. Nape kak? saya menggelabah dah. Saya cakap la saya rasa air saya pecah. Berjalan lelaju la g toilet gtau nurse . Terngiang lagu WE ARE THE CHAMPION.

yuols dengar la ummi sembang tu.


Menapak tu rasa lagi air keluar cam kene perah perah. Nurse suruh pakai pad tetebal dan start cucuk antibiotik. Tapi sayangnya depa lupa bagi ubat tahan sakit tu. Menahan laaaa sakitnye.

Sakit hoi




Start pecah ketuban jam 0730am... start sakit terok 0730pm lepas mak balik. Mak siap sempat bawak sambal tempoyak goreng uols tapi dah mula tak berapa selera tapi ratah je sambal tu ahahaha terok perangaiku. Yela taktau pon nak beranak sesangat.

Memang takda tenaga sgt sebab tak lalu nak makan. Kemas tempat katil sesiap and dok baring pastu start dah sakit mencanak canak. Time tu doktor student tengah borak borak dengan saya tapi dorang dah naik pelik tengok saya tak mampu fokus. Pastu start tanya nak panggil nurse doktor bertugas ke. Saya terus suruh dan berlarilah mereka. Takdan dan dah gi cek bukaan kat bilik rawatan, atas katil tu jygak cek pas tutup tirai. Menggelabah memasing.
.
Rupanya depa da call doktor bidan yang seluk saya first time tu. Berlari doktor tu sambil tanya 'hoh nak bersalin sangat ke'... ish .

Dah la tengah sakit.


Saya ditolak kelabour room dan tula saya bebetul baring setelah sekian lama sebab saya kan tak mampu baring properly. Tapi nurse tinggikan sikit katil. Letak ctf kat perut dan satu lagi direct kat kepala baby sebav ada dua jantung doktor takmo keliru. Redha jela. Diseluk pun redha jela. Start depa letak oxytocin tu saya da mula sakit yang takleh bawal bincang. Fuh rasa badan putus dua...rasa nak membuang tapi tak buang .Saya mula muntah muntah sebab perut kosong dan sakit. 4 beg kuning ok. Habis dehidrasi teruk sampai kene drip la ape la. start 0800pm sampai 1230am menanti. Sakit cam nak meletop la rase.

Cek cek akhirnya 9cm. Terus la ready. Time tu orang lain da abes. Depa bagi saya antara yang last senang fokus kot. Ramai laaa manusiawi dalam tu. ahahha glamer uols. ..
.


Tapi sayangnya saya dah sangat weak. Nak tido nak pengsan semua la tapi nurse paksa bertahan. Saya teran menjerit sebab tak reti bagai memang tine tu laa contraction dah takde cam what the heck nyeeeeee lah. Kalau ada contraction kite cam ada suoer power tenaga nak teran .Kalau tak, kita kene gather tenaga sendiri. Bagi first mom selalu kantoi sikit sebab tak reti. Bergelut bagai nak rak tak keluar gakkk walaupun kepala kat bawah dah. Stress betoi.




Akhirnya doktor decide nak forsep. Sebab saya bebetul tak larat. Alhamdulillah doktor tak give up walaupun mengamok kat saya. ahahhaha. Time doktor bebel apa itu forsep, saya tak fokus dah. Angguk je.. dah separa hilang akal kateko. Tengok benda tu pun taknak.Dengarla bunyi plastik depa bukak .  pastu tetau je doktor suruh push kuat and zruppppppp....baby ditarik keluar. Sensasi betoi rasa lega dia tu. Potong tali pusat, baby menangis comel dan bawak cuci sat. Pastu letak baby atas dada, doktor lain suruh try kasi hisap susu. Opkos la saya tak pandai. hahaha tapi mata dok tengok je baby. Alahai anakkk .

Pastu konon nak lega, nurse garang tu tempik again.

"Ibu jangan tido sangat ....ada sorang lagi dalam perut"...

Eh lupe lak.
.
ummi hampir lupe kite. huh



Maka push teran bagai...jerit cam ape je. Eh sebelum tu doktor pecahkan ketuban sebab hat sorang ni helok lg dok dalam ketuban. Yang leaking tu first je. Time dia pecahkan..popppp bunyi sekali semburan dasyat. Beria doktor mengelak hahaha...pastu ada skit kaler kuning so menggelabah la nak kuarkan si cenonet number two.

Alhamdulillah hat ni ok skit la...walau seksa nak teran tapi kua gak akhirnya. Cuma dia tak menangis so doktor cuci pastu depa cakap baby baru nangis. Kire lambat la makanya kene dok NICU la sorang ..sorang lagi SCN.


Selepas proses jahit yang azab sebab bius gas takda stok, jahitan melampau banyak sampai doktor hanpir givup punye stress saya dok angkat punggung. Serius tak sedar sebab automatik la sakit kan. Akhirnya settle tapi darah memang banyak la almost 1 liter abes kua.

Proses jahit tu hazab sangat....saya baru teringat time bersalin tu saya siap poop bagai lagi. Maafkan sayeee doktor dan nurse.

sorry pipol


Saya hampir pitam time baru bangun so doktor suh baring je kat labour room dulu. Tetido sat pas minom air coklat sedap and bukak mata je husband baru sampai.


Haiye...😂



So next entri baru next story ya.


4 comments:

  1. hah tu dia panjang ceritanya tp best baca pengalaman org bersalin ni. nak rasa sendiri tak thu sempat ke idok..hihi.. apa2 pun tahniah dpt twin baby..:)

    ReplyDelete
  2. Fuh! Nak keluarkan sorang anak pon cx rasa Ya Rabbi! Inikan pula si kembar. Sungguh tabik ibu² bersalin anak kembar normal. Cx baca pon rasa Ya Allah! Seriau. Flat lepas teran tu sungguh! Habis tenaga tapi ibu kembar kena dua kali ganda tenaga. Fuh! Tabiklah. Tapi comel je sip lupa yg nombor dua ya? Hihi suka cx baca pengalaman orang bersalin. Macam² pengalaman. Semua tu menjadikan kita seorang ibu yang kuat kan ? Hi baby twins!

    ReplyDelete
  3. mcm melampau plak kan diorg ni saje tak bagi bius masa jahit. agak2 la....

    ReplyDelete
  4. Tahniah awak berjaya melalui saat gentin memang awak kuat sangat pengalaman saya sebagai jururawat tak ramai mengandung kembar besalin secara normal kebanyakan request caeserian mungkin ada sebab tertentu terutama untuk memastikan bayi dilahirkan selamat apapun pilihan terbaik oleh ibu bapa
    Tahniah
    https://trioshophq.com/product-category/pyjamas/?products-per-page=all

    ReplyDelete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...