Showing posts with label tips sihat. Show all posts
Showing posts with label tips sihat. Show all posts

Friday, 13 March 2020

Alkisah penangan covid-19

Assalamualaikum.

Hari demi hari, bilangan dan angka infected person bertambah. Begitu juga bilangan yang mati. Allah.

Junlah negara yang mula didatangi wabak ini pun bertambah. Saatu demi satu. Sikit demi sikit. Bercambah bagaikan cendawan selepas hujan. Merisaukan. Mendebarkan.

Harga semakin yahudi.haihh




Kita jadi gundah memikirkan adakan kita sudah pun dijangkiti? Atau kawan dan dan family kita adalah super spreader atau patient zero.

Bermula kes 26...kes 38... Dan masih mencari punca bila tiba tiba kes sporadic pula yang muncul. Menandakan aras aahaya semakin tinggi.




Adik saya salah seorang medical assistant di hospital kerajaan baru baru ni hampirlah meluruhkan jantung sebab katanya dia sedang dikuarantin dan test sebab terdedah dekat sorang patient positif covid19....dalam cctv waktu buat contact tracing tu terpampang muka dia cakap tanpa mask. Saya tahu mak kat kampung lah orang paling risau waktu tu. Alhamdulillah dia dah disahkan bebas cuma kene gak kuarantin.

Itu baru dia. Orang lain? Sorang adik saya di hospital selayang pun kawannya terdedah. Juga berisiko...sorang lagi adik di hospital uia pun sama.

Tudia semua adik dibidang medical ( walau bukan doktor, tapi medical people is love ).

Kita tak tahu apa akan jadi. Sampai bila corona nak ada. Mana pergi antidot? Semua persoalan...dan paling popular ialah : ADAKAH INI SATU BENTUK PROPAGANDA?

Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu. Allah maha mengetahui segala rahsia dan dan isi langit. Sebelum dan selepas. Segala galanya. Allah tahu. Allah tegur kita. Allah izinkan...tetap ada ada hikmahnya.

Jangan terlalu panik. Tapi sentiasalah berhati hati. Hasbunalla wanikmal wakeel. Nikmal maula wanikman naseer.

Sentiasa prepare sanitizer.
Sentiasa pakai mask.
Wuduk.
Jaga jarak.
Tawakkal. Doa.


Fullstop.

Sunday, 21 January 2018

Cabaran squat

Hey hey..

Memandangkan kene pupuk semngat untuk bersenam didalam diri ini maka saya berhasrat untuk mencabar diri untuk squat...

So.... harini bermula first day. Kita tengok tara mana larat. Ahahahaha.

Weh kene la cabar diri sendiri. Lagipun banyak kelebihan squat ni tau. Adik saya yang belajar dalam fisio cakap bagus untuk perempuan mengandung sebab sangat membantu bersalin nanti.

Aipp lom lagi... cuma persediaan. Plus dia membakar lemak lemak gemalai kan.

So gais... ayuh!


Thursday, 21 September 2017

Gula itu....

Assalamualaikum

Selamat bercuti. Hari jumaat yang permai nan indah ni korang cuti ya.... saya hari hari cuti lagilah best. *lempang*
Taklahh... maksud saya, sebab sibongsu lilmons saya gembira dari semalam sebab takyah pergi sekolah harini makanya saya tumpang sekaki.

Pagi ni saya jadi chef untuk keluarga. Masak spagetti carbona cheese menggunakan angel hair punya versi mi spagetti. Hm, terfikir sejenak,tebal bebenor rambut angel hair. Camne nak shampoo? lol...kategori spagetti , angel hair ni palig halus mulus and sedap ah.

Oh gambar takde... sebab masuk perut bertalu talu. Maaf. Saya kalau terlebih amek gambar dan pegang phone depan abah, boleh jadi tetibe kene tunjal kepala dalam pinggan. Ai is takut

Oish....melalut. Saya nak bebel pasal gula sebenarnya. Nak tanya, berapa anggaran  gula korang makan setiap hari? Gula ni dalam banyak benda ada...paling obvious gula putih gula tebu...pastu yang tersembunyi dalam air coke korang tu, kopi oldtown saya tu ( demmm saya nak denial gak ), pastu kat kek lah pastri lah kicap lah sos lah. Gula ada dimana mana...
Dan gula sangatlah tak bagus untuk dimakan terlebih lebih tapi susah nak elak kan....sebab gula itu manis dan semua suka benda manis.

Dulu saya gila gak makan benda manis tapi sejak ada kesedaran nak kurus skit ( masalahnya tak kurus lansung lagi pun ), saya mula perlahan lahan kurangkan gula.

Dulu protest giler kalau mak letak beberapa sudu kecil je gula dalam teh o....tapi sekarang kite sendiri letak lagi sikit dari mak. Hahaha.

Memula susah, tapi now dah jadi okay and takleh blah dengan kemanisan ultra ( ai da cukup manis...lalala ), saya da mula banyak consume air kosong, teh hijau tanpa gula dan kekadang susu... ye susu proses ada gula tapi saya suka susu lalala.

Kek pun da mule jarang.
Air gas kan kalau saya gian sangat saya telan la zero coke and tau dah tak elok gak tapi da nama gian. Kang jadi hulk hogan korang yang takot.

Seperti yang sering dilaung geng geng #medtweetmy division dietietik dan nutritionist especially Dr. Jazlina ...

Kurangkan gula dalam minuman
Lebihkan manis dalam senyuman

Ewah ;) 


Tapi gula (sweet) cenggini boleh lagi..
tak bahaya untuk kesihatan πŸ˜‚


Susah kan nak mulakan habit sihat?
Tapi untuk kelansungan hidup yang lebih mampan ( ni cikgu bm pasti suka baca ), kita seharusnya ubah. Tak perlu la angkat golek tayar apa semua bagai...cukup dengan sekat gula dalam diri awak. First step itu sudah cukup bagus.

Saya kongsi entri ni sebab saya nak nasihat diri sendiri gak...sila tunjal kepala saya kalau saya dilihat telan separuh paket gula tebu dimana mana. Ok deal?


Hansol suka bila korang setuju..
Dia pun sejenis gula so korang better 
suka dia ja. lalala

Friday, 8 September 2017

Kelebihan Minum Air Masak

Kelebihan Minum Air Masak & Waktu Terbaik Untuk Minum

Kali ni nak mengupas khasiat air masak. Jika waktu panas yang terik dan diberi pilihan antara ais kosong dan air masak, mana yang jadi pilihan anda? Nyamannya minuman berais kan?Minuman berais memang sedap diminum tapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan. Tapi ramai je orang minum. Biasalah, yang terlarang itu godaan.

75% badan kita terdiri daripada air. Dalam melakukan aktiviti harian sama ada bekerja atau duduk rehat saja, badan kita akan kehilangan air. Paling banyak daripada sistem perkumuhan. Bayangkan kalau kita lepak kat rumah dalam aircond asyik nak kencing walaupun kita kurang minum air. Walaupun tidak melakukan aktiviti lasak, kita memang digalaklan minum air yang banyak..

πŸ‘ Kuruskan badan

Air masak tidak mempunyai kalori tapi mampu membuatkan rasa kenyang. Jadi jika anda sedang berdiet memang sesuai banyakkan minum air masak, terutama diantara waktu makan berat. Air masak juga sangat berguna untuk menyah toksin dalam badan, jadi lemak-lemak degil turut dibuang dari badan kita.
Tambahan pula proses metabolisme memerlukan air, jadi kalau kurang air kurang berkesan la proses itu.

πŸ‘ Meningkatkan kesuburan

Mesti ramai yang tak tahu kan?Air menjadi asas pembentukan hormon kesuburan lelaki dan wanita. Iaitu hormon testosteron dan estrogen.

πŸ‘Melancarkan sistem pencernaan

Makin banyak air yang diminum, najis pon akan menjadi lebih lembut kerana semasa proses pembentukan najis, badan akan menyerap air. Jika air dalam badan sudah mencukupi, maka lebih banyak air dibuang bersama najis.

πŸ‘ Melambatkan proses pertumbuhan sel yang menyebabkan kanser

Air masak bukan sahaja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

πŸ‘ Kecantikan

Air yang mencukupi menjadikan kulit lebih anjal dan lembap. Kalau tak cukup air, kulit akan jadi kering dan berkedut. Kan tak cantik tu?
Disebabkan kebolehan menyingkirkan toksin, jadi toksin pengakibat jerawat akan berkurang. Kesannya muka pun bebas jerawat.

πŸ‘ Mencegah sakit jantung & Strok

Air masak ni juga diyakini dapat mencegah penyakit jantung dan strok. Tapi kalau orang yang sudah ada sakit jantung mungkin perlu kurangkan air kalau tak jadi paru-paru berair pula

Namun ada waktu tertentu yang memberi kesan tertentu apabila kita minum air. Iaitu :

1. Minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR- untuk mengaktifkan organ dalaman.

2. Minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN – membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang kepada makanan.

3. Minum segelas air masak SEBELUM MANDI – untuk pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

4. Minum segelas air masak SEBELUM TIDUR – untuk mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.


Credits to : @infokesihatan

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...