Friday 14 July 2017

Tealive vs Chatime

Ahaha..

Sape sini kaki chatime angkat kaki angkat tangabln gelek ibu jari cepat cepat cepat!!

Rindu tak Chatime? mende sama je padahal Tealive tapi tula untuk manusia spesis saya yang jenih susah nak terima perubahan ( x bagus ok perangai ni 💁 ) opkos memula cam rebel abes lah nape Tealive nape nape. Padahal time opening muka ni gak beratur beli 1 percuma 1 kau hado. 😌😌😌

Tang beratur tu masih memandang listing menu dengan penuh prejudice. Serupa je padahal sebab memang kompeni sama kan cuma versi upgraded la. Cam susun atur perabot umah la kekdahnya. Masih rumah sama cuma aturan beza.ye dak?

Yang syoknya depa kasi kita sambung ja guna kad chatime tu utk jenih yg suka reload reload bagai tu kalau tak tarik tudung la saya sebab banyak lagi duit dalam tu. Rm12.
Ahahahahaa banyak la tu wei sapa nak kasik.

Setelah puas meng'judging' saya beli la sparkling passion fruit ni. Todiaaa terangkat nerve system ( gitchew 😌) .. One of my fave la sebenarnye air ni...rasa gas gas lembut bayu menghempas pantai. Cuma manis leting so leh je request kurang gula ya. Senyum takpa manis minuman toksah manis sangat.

So korang camne? Suka flavour ape? Selain sparkling QQ saya juga suka Strawberry pudding au lit, Redbean pearl milk tea dan Vanilla milk tea with grass jelly.

Dap oh.



-asmiera-

Thursday 13 July 2017

Udang goreng telur

Dap tak dap tak nengok gambar?

Saya sejujurnya tak suka udang kalau makan buekk buekk persis pregnant anak ketujuh lagaknya. Tapi ni kisah benar. Tapi saya kebetulan g Tesco and nampak udang clearance and elok gi setelah dibelek.

Tergerak pula nak beli maka saya beli dan yeyeyeh saje masak and niat kasi jela sesapa. Sebab selalu kawan yang bagi random food ke kita.

Resipi udang ni is.

Udang ( dalam spiring penuh )
Kunyit serbuk ( 1 sudu penuh )
Garam ( secukup rasa )
Telur ( sebijik ok dah )
Bawang besar ( sbijik )
Bawang putih ( dua ulas )
Cili api / cili besar ( ikot suka )

Gaul garam kunyit udang tu pastu goreng je. Agak masak tu campak bawang dan garlic tu pastu cili.. masak lg skit dan last telur. kucar sampai keras skit angkat siap!!

Masak bendalah ni memang memerlukan awak beria menggoncang x benti sbb nak buat quick kan.

Selamat mencuba.


-asmiera-

Nak kurus

Nak kurus.

Simple two word tapinda ulangsebut sejak belas tahun lalu....masih x kurus lagi kekdahnya. ahahahahahahhahahaha.

Okay chill la weh pempuan mana tak obses dengan kurus. Kemon la termakan lebih sikit sepinggan penuh nasi berulam lauk dihias ayam masak pedas ditaburi sambal belacan lak weii sapa nahan sape nahan... so makan tanpa rasa bersalah.

10 minit kemudian.... ADEGAN TARIK RAMBUT BERLAKU.

Mula la rasa nyesal rase tampar diri sendiri nak guling nak lari satu daerah tanpa henti konon nak bakar kalori bakar lemak turunkan lemak defisit bagai pufff pufff itu sekadar ayat manis.

Ingat kasanova je pandai bg ayat manis? eheheheh.

Bersyukur lah awak andainya awak ada body kurus tak risau even makan lima tempayan nasi arab.

Akan tetapi saya yang masih lg dalam misi nak kurus ( konon ) ni rasa nak restart dgn benda baru.

First thing first. Positive and love your process.

Berapa ramai yang sayang diri sendiri? saya tau saya ada personal issue pasal tu. Sedih kan.

Sapa nak sayang kita kalau bukan diri kita sendiri? Allah bagi badan tu satu amanah. Mari kita mulakan dengan sayang diri sendiri. Pasni start lah telan sayur minom air lima tangki Jogging satu daerah berbasikal sehingga Thailand ke apa ke buat aje.

Be happy.

Be contented.

Sayang diri sendiri.

Semua result ada titik permulaan.


-asmiera-

Sosej Rahmat

Alkisah sosej tapi serious saya masih menge'search' mana ntah gamba packaging sosej Rahmat saya beli.
( Masalah diatasi dengan pinjam pakcik google )

Rahmat oh Rahmat...
Nape sedap sangat frankfurter awok...

Rasa cam smokey smokey gitu ha. Sedap tak terperi. Banyak jenama sosej kat pasaran tapi usually saya suka Rahmat. First choice.

Since saya orang Kuantan kije Sepang dok Nilai ( gitewwwwww ) saya erasa sosej tu bila balik Kontan je.

Potong lak ala ala sotong cimb ( memang panggil camtu ) makanya saya digoreng kasi garing tidak rentung tp garing jangan rentung and ikot suka hang la prefer cemana gaya.

One word.

Sedap!

Okay bos pengilang Rahmat ni Boleh la sponsor saya lima taun punya bekalan saya promote ni.

😉😉😉😉

-asmiera-

Ragam anak kecil

Ragam anak kecil memang pelbagai kan?
Saya ni tatau lah jenis ke naturally ke ape ke mmg takleh nak kata suka budak sangat ( dan juga kucing...miawww) . Mungkinkah naluri penyayang kurang?

Akan tetapi selalu kerja yang ala ala kaitan budak kecik. Abes spm taska, pas stpm guru sandaran skolah rendah ....ni sebelum kawen ni tutoring pulak.  Fuh?

Tatau lah if da kawen da ada anak sendiri cemana gaya kan. Mohon sangatlah semenggah tu lebih sikit. Doa doakan ye kalian.




Kalian cemane? 😚😚

Tuesday 11 July 2017

Noobis koobis

Assalamualaikum semua~


Fuh kiri fuh kanan. First time ni weh.
So please lah expect cacat cela bagai apa semua. I was just trying to revive my blogging skill.
Dulu zaman LJ kan now kita formalkan skit lah.
Konon... hahah 💃💃

Salam perkenalan ya.


Nampak tak sangat acah acah gitu gambarnya. Doha sesungguhnya ada view secantik ini people. I mean it.


Maka saya sudahi dengan salam alayk sekali lagi~ 👶

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...