Friday 22 December 2017

Penghargaan

"Penghargaan selalunya datang selepas kehilangan"

"You won't know to appreciate until you lose it"

Selalu dengar kan?

Assalamualaikum pembika bicara entri kali ini. Saya terpanggil untuk menulis sesuatu yang disebut atas nama 'penghargaan'.

Selalunya kita culas, leka,lalai dan tidak pandai menghargai sehinggalah kita benar benar kehilangan. Sedih tapi benar. Allahu.

Saya ambil iktibar dari satu cerita.
Tentang seorang anak yang selalu jarang pulang ke kampung kerana dia dah selesa dengan keadaan ibu bapa pasti ada dipintu setiap kali dia pulang ke kampung. Malahan panggilan telefon juga jatang jarang dibuat.

Sehinggalah Allah mengambil semula hakNya iaitu menjemput ibu bapanya ke rahmatullah.

Ketika itu si anak baru terkesima,rasa kehilangan dan selalunya diikuti dengan penyesalan. Sesal dengan diri sendiri kerana tidak pernah menghargai sepanjang ada dan mula tercari bila tiada.

Sedih.

Kisah kedua pula.
Seorang pelajar yang seringkali merungut sebab title sebagai pelajar sangat memenatkan pada hematnya.

Pagi ke kelas...sehingga petang. Malam ulangkaji. Hari minggu berkira kira untuk assignment atau berhura hurey outing. Rungutan demi rungutan dibuat.

Sehinggalah dia selamat graduasi dan mula bekerja. Walaupun gaji besar namun hidup penuh tekanan. Kekangan masa, bayaran hutang, bayaran komitmen. Hm....

Mulalah teringat dulu waktu jadi pelajar selalu merungut itu ini. Sekarang baru nak hargai betapa manisnya jadi pelajar.

See...

Banyak lagi.

Saya paling suka kisah ni.
Seorang suami yang sebelum berkahwin dengan isterinya, dia sangat menghargai setiap detik waktu dan sebagainya. Namun bila telah diijabkabul, sekelip mata semua tu berubah.

Dia mula rasa isterinya membebankan, semakkan pandangan mata, leceh dan bermacam lagi yang tidak kena dimatanya.

Diwaktu ini baru dia lihat betapa cantiknya wanita lain, betapa beruntungnya kalau berkahwin dengan wanita lain.

Allahu... Bermacam lagi yang mencerminkan betapa dia tidak menghargai pemberian Allah iaitu isteri.

Sehinggalah isterinya diambil pergi. Baru terduduk...termenung dan terdiam. Hidup yang dulunya terisi dengan keletah isteri kini hening sunyi. Tanpa bunyi, tanpa suara isteri.

Barulah penghargaan itu datang.

Benarlah...
Kita akan hargai hanya bila kita rasai kehilangan.

Monday 11 December 2017

Perkara dalam interview Airasia GTR ( Ramp agent )

Salam alayk...

Haritu interview Aerodarat kan saya share? Haaa now interview Airasia pula... if Airasia masih guna cara sama la kalau tak, maafkan saya ya. Sekadar berkongsi pengalaman.

Sebelum ni saya dah share pasal Aerodarat. Leh klik SINI SINI SINI

Seperti juga ADS, Airasia ( kini GTR ) juga cambiasa lah interview mencabar mental fizikal. Flow tak jauh beza tau dengan ADS cuma nya after fizikal tu beza skit je... simplify and habis lebih cepat. Kalau ADS amek masa seharian., hat ni dalam setengah hari je. Different company different style right?



Lompat bintang sampai semput nyawa... tapi mereka cool.



Flow interview seperti biasa....

1. Ujian fizikal ( merangkumi larian, gulingan, golekan, angkat berat, jerit dan sebagainya )

2. Jawab soalah berkenaan agihan cargo ( perah otak ye )

3. Personal interview one to one ( ni depend sapa yang interview korang. Nasib ler. Ada yang kene bersilat okay... ahhaa )

4. Document check ( Check segala dokumen peribadi awak seperti spm, lesen apa semua tu )

5. UJIAN KESABARAN. ( Sama je cam kompeni lain... tang ni ramai failed. )

Settle. Simple giler kan?
Simple lah sebab 1 sampai 3 punya step tu dibuat sekali harung je takdenye sampai senja nan biru.


Hat ni angkat air sebelah tangan kau rasa senang ? Ace try...


Kegigihan menjawab soalan pasal cargo weight.



Bertafakur adik ni sejenak bila brother tu cakap gune sebelah tangan ye...


No komen.... ngeri tak? ahahahhaa . Dun worry abang ni baik giler.



Tu lalulintas kat belakang bukan ditolongnya sesiapa yang mintak... opkos lah dik, ni kan prosedur.



Tudia tegak berdiri gagah berlari



Dah tegak, meniarap lak,,... panas wehh



Saya menyarankan anda semua silalah punctual....datanglah lebih awal. Check bebetul lokasi lokasi yang dibuat untuk interview tu ramai yangs angkut sebab salah tempat lah ape lah. Kadang kala alasan tak diterima. Maaf... nak kerja kan kene la semangat skit.

Lepas tu silalah bawa sebatang or dua batang or sekotak pen dan sedekah la kat member yang tak bawak pen tu. Ne tau pembuka rezeki untuk kerja. Serius ramai sangat yang tak bawak pen la ape lah so camne nyer nak jawab soalan cargo weight. Adoi. Pen adalah kewajipan anda untuk dibawa kemana mana saja... pen lebih penting dari rokok ( eh?)

Suka saya ingatkan tentang ujian kesabaran... tempoh ni kadangkala memang akan seperti takda harapan je dapat sebab krik krik je. Pernah ada yang dipanggil dalam tiga bulan selepas interview. Ramai yang patah hati wo...

Tapi kene ingat juga untuk intake staff baru, banyak sangat procedure kene dibuat. Bukan lah boleh semberono apa semua kan. Sabar je... if sepanjang ujian kesabaran tu kalian dapat kerja lain, pergi jelah. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran tau.

Bukan apa, rezeki Allah kita tatau kan?


Penat memang penat... tengok cik kak ni ~

orang kuat~



Okay sebelum protest kenapa susah la apelah.... suka saya ingatkan yang kerja sebagai ramp agent ni bukan kerja dok opis bukak pc main fb jual product ye, beli product, on lazada shopping spree... ^_^
Kerja ni menuntut semangat yang jitu padu handle beg berat apa semua. Tekanan kiri kana depan belakang.

Bukan senang!

Bukan mudah!

Tapi kerja itu satu perjuangan dan bekerjalah kerana Allah. Dapat pahala ^^

Bila time peak hours tu boleh pengsan merembes airmata sambil peluh memercik ke seluruh pelusuk area. Siyes tough! Tapi menarik juga.... saya bersyukur pernah merasa zaman rembesan airmata dan airpeluh tu. Satu pengalaman. Thank you semua ( tetibe...)

So dengar dengar akan ada interview ramp agent tak lama lagi.... boleh lah cuba., Doa banyak banyak tau. Apa saja ujian didunia ni, hadapilah dengan tawakkal ( eh lagi tetibe... haha )


Sekian terima kasih kerana sudi baca.

All the best interviewers! candidates!


PERHATIAN :
INTERVIEW INI TAKKAN MEMINTA SEBARANG BAYARAN SEPERTI RM500 DAN SEBAGAINYA. PIHAK MANAGEMENT DAH MENGESAHKAN



Nasi ayam Aida / Maggi cheese

Salam Selasa semua...

Assalamualaikum w.b.t~
Apa khabar kalian semua? Sihat tak ni? Semoga semuanya sihat sejahtera insyaAllah amin.
So lunch time makan ape je? Nasi ayam? ehehe... saje je sebut nasi ayam sebab tadi on call ngan abah pastu dia cakap dia nak makan nasi ayam sedap Aida Corner foodcourt Kuantan.

Oho kalau kat Kuantan kan, Aida foodcourt ni banyak sangat branch tapi branch favourite saya of courselah yang dekat depan Kuantan Parade tu. Branch terawal nya. Pastu kan setiap branch dia punya specialty lelain. Cam branch kat Berjaya Megamall takdak cendol apa semua tu...

Tapi apa saja branch, dorang punya kewajipan adalah nasi ayam Aida... pergh pergh sedap.
Dari zaman skolah lagi memang suke bebenor nasi ayam deme. Bermula harga RM4 10 tahun lalu skang dah jadi RM5.20.

Hmmmmm~


sebenarnya niat nak cari gamba nasi ayam ke cendol aida ke tapi
mana ntah.... hmm menung jelah~



Okay move on from stories nasi ayam~

Oh saya tahu semua suka mi segera kan? At least 95% ( memandai je koi ) akan tergilakan mi segera nak nak nak time zaman sebelum hujung bulan lalala or student lalala or sesaje lalalala.... saya la tu!!!

Dulu selalu tengok orang letak cheese dalam maggi so cam what the.... how is the rasa? Sedap ke sedap ke sedap ke? Cam takleh diterima akal ecehceh~

Pastu satu hari tu beranikan diri ahhhh wat. Siap fefeling guna periuk korea lagi beli kat Daiso sana ( murah je dalam 2000 won kot ). Bila dah wat tu masih ragu ragu lagi cam omaigash tak berjogging ke tandas ke pasni apa semua kejadun melalut tu. Last last saya cuba.

SEDAP!!!!

Serius sedap weh....rasa lemak creamy apa semua tapi kan saya sarankan guna mi segera kari ye. Preferably jenama mamee ( kekenyalan etc etc ) tapi nak guna jenama maggi pun syiok je dah la hijack nama MAGGI CHEESE kan tetibe guna mi segera company lain. Ahaha nangis ceo Maggi.

Resipi simple nye~

Mi segera sebungkus.
Ayam skit ( if nak letak )
Bawang putih, merah dan cili api skit ( tumis )
Limau nipis ( ikut suka nak masam mana jangan masam sgt ye )
Sos cili skit.
Cheese sekeping
Telur sebijik ( ni xmo letak pun takpa )

Pas masak semua last baru letak cheese tau. Tutup api and tutup sat bekas periuk tu kasi cheese melted gitu.

Tu atas tu resipi saya je nak alter ikot kesukaan sendiri takdak hal. So far.... menggiurkan. Ahahaha... selamat mencuba gais.




nyum~~~~~~~~~~

Friday 8 December 2017

Kenduri kahwin

Salam Sabtu semua....

Musim kahwin ye sekarang da masuk cuti sekolah ni. Olololo...
Rasa rindu nak jadi pengantin semula. Dah sebulan saya berkahwin. Rindu perasaan being princess of the day.


Thank you to cik abang tu sudi lalui semua ni dengan saya. Betul ye nasihat yang selalu dibaca. Perkahwinan itu satu tanggungjawab. Perkahwinan itu satu ujian kesabaran


Oppps over.

Japgi saya akan pergi kenduri kawan Micky di Shah Alam. Best sangat....sebab dapat makan kenduri. Last makan lauk kenduri time saya kahwin lah.

And bila kita yang jadi pengantin tidak la nak dapat makan best best kan. Tak berapa nak enjoy bab makan.

Saya harap harini dapat makan daging hitam tu. Ape nama dia eh sebenarnya? Yang bukan gulai tp ala ala rendang kaler hitam.

Kerutup daging?
Daging masak hitam?

Hmm.. apapun sedap.
Kepada semua yang berkahwin dan bakal berkahwin... moga Allah mudahkan.
Yang belum kahwin,moga Allah temukan jodoh. Yang dah kahwin, moga Allah rahmati hidup.
Yang serik untuk kahwin, Allah itu ada.


Love semua♥

Doakan saudara kita di Baitulmaqdis.

Kopi 7eleven Sydney

Salam alayk...

Nak bebel pasal ya kalini. Oklah nak bebel sikit pasal  kopi 1dollar Aud kat sydney.

Eh eh Sydney?

Ye la asyik Korea je kan sekali sekala Sydney la pulak kan. ♥
Sebagai kipas susah mati kopi , bila saya gi Sydney tahun lalu, saya tak la mengharap lelebih. So hari pertama tak singgah lansung pun. Eh ke singgah kat airport. Lupe.

Since hostel kami amek kat Sydney tu nama dia Big Hostel.Tak jauh dari central tu ha. Central station mungkin.

So ada la hari kedua tu kawan ajak singgah 7e tak ingat nape so mata ni tertancap ke mesin air tu. oho self made ye kawan kawan kesayanganku.

Ada dua jenis cup la. Besar skit dan kecik. X silap besar skit tambah 50sen kot. Ish lupaaa..

Cuma point besar disini is...suka sgt kopi ni. bebetul lah blended punya biji kopi lazat tak terperi. Sempat beli tiga empat kali. Terok naw nyumbat kafein kat badan. Hm


Thank you 7e sydney for amazing cheap kopi. Best!



Wednesday 6 December 2017

Cadangan item yang wajib dibawa sebelum ke Korea

Salam alayk...

Hai semua. Selamat hari Khamis. Ahaha... random sangat ucapannya kan. Okay kalini punya entry saya nak kupas antara benda dan item yang saya kire sepatutnya kalian letak dalam list barang yang perlu dibawa sebelum bercuti ke Korea.




Kiranya ni yang saya selalu tidak terlepas bawa. Orang puteh kata 'better be prepared'. Betui la tu kita kene sentiasa bersedia.


1. Ubat ubatan
Aha... ni untuk yang jenis ada lelah asma apa semua lagi la sewajarnya bawak kan. Orang yang kene makan ubat berjadual juga. Selain tu saya sarankan bawa juga lah panadol, Pil selsema Hurix, Ubat sakit tekak macam Fisherman Friends tu, pil chi kit teck aun kot kot cirit... selain tu Eno pun bawa tau kita tatau perut sebu ke ape ke.



Ada kawan saya cakap dia bawa Eno seba b eno membantu proses pembuangan dia. Lalala


2. International adaptor
First trip saya dulu bukan di Korea tapi Phuket dan waktu tu saya sangat takkan lupa acamne gaya saya menggelupur bila kepala charger takleh masuk.

hat camni kat kedai ustaz Rm4 je.


Bunyi cam funny kan tapi weh camne nak hidup kalau awak tak charge kamera, laptop, phone especially. nangis weiii...spoil trip. Maka bawak!!! Memang boleh beli sana tapi kalau nak jimat skit beli ler kat Malaysia pastu bawak byk skit. Kot jumpa tourist yang akan gelupur cam saya dulu.


3. Makanan
Cambese kekadang tu pemakanan ni takleh amek ringan takleh juga diberatkan sangat tapi untuk yang suka sangat was was silalah bawak banyak2 extra food cam maggi,biskut , roti apa semua.


Even korang jenis suka nak explore makanan luar pun, still bawak lah extra food kot la lapa tak tentu time. Disampaing penjimatan. Mahal la kalau makan pagi petang siang malam kat luar untuk complete meal. Baik awak cuba street food skit skit... merasa la gak.

kat sana hat ni la paling sedap ti...

Ada yang saya kenal jenis bawa segala mak nenek beras bawang minyak apa semua tau. Pengsan tengok benda tu semua diangkut. Ye nak jimat tapi tolong lah jangan extreme sangat awak.

Apapun terpulang lah...


4. Duit emergency
Yang ni saya dulu tak pernah la buat pape tak bawak pape sehinggalah dinasihati rakan saya.

pinor tengok duit tu...


Yelah malang itu tidak berbau kita tatau apa akan jadi dan mungkin disaat kita desperado time tu zero cash. Matilanak.
At least kalau ada ringgit leh la golek cari money changer and tuko tuko tuko.


5. ACTIVATE KAD BANK
Tudia kemain capslock. Ni juga langkah berjaga jaga ye. Silalah activate kad awak dengan membuat panggilan dan beri detail travel timing sebab kot la urgent nak extra cash, duit ada je lima juta dalam akaun tapi xleh withdraw. Sapa nak tolong?

pacik.... mu da activate kad bank dok?
nak paw hotteok lima keping ni. Aherher


Bila awak activate at least boleh la cucuk skit duit. Kot ada yang soksek kat whatsapp baru nak order ke ape ke... kata kat depa order airliur dapat airliur. Ee... 😂😂

Order haruslah seiring dengan duit kan.


selpieeeeeee



Oh sebenarnya banyak lagi dan depend pada korang la tapi ni antara basic yang saya akan bawak selain diri ssya sendiri, duit negara yang ingin dituju, pakaian yang ingin dipakai, kamera dan gadget kot nak show off ( ish ish ish ) dan sebagainya.


Thank u for reading and seeeee ya.

Oh Korea ♥

Perkara dalam interview Aerodarat Service ( Ramp agent )

Salam alayk

Salam sejahtera semua... apa khabar disana. Buat apa tu? Dah masuk final month dalam 2017. Pejam celik pejam celik todiaaa.

So apa je antara yang telah dicapai dalam tahun ni? Pastinya menarik kan. Takpe...apa saja yang dicapai nak dicapai tak lagi tercapai sematkan dalam hati dan jangan putus asa.

Oh entry kalini nak share perkara yang dapat dilihat pada interview untuk jawatan Ramp agent Aerodarat Services.

Pernah dengar tak tu? Apo tu? Aha... Malaysia Airlines tahu kan? Aero Darat ni kira ada linking lah dengan Malaysia Airlines kita.

Jika dihati ada niat nak kerja dalam bidang penerbangan tapi cam ragu ragu nak apply untuk jadi pramugari pramugara, dan lebih suka kije relax santai tapi tough ye gais... jangan pandang enteng pada ketabahan staff ground bagi setiap airlines.


Anda boleh cuba untuk interview Aerodarat ataupun Airasia punya ( jika ada ).



Interview ini bulan tipikal punya tau so selalunya dinasihatkan anda memakai pakaian sukan. Cam nak join pendidikan jasmani sekolah tu ha. Pakai tu yang selesa lari jangan pulak awak pakai blazer dan kasut kulit. Melepuh kaki kang tengah panas tu berlari.

Dinasihatkan untuk membawa :

1. Sijil SPM ori dan copy
2. Lesen memandu ori dan copy
3. Gambar passport background biru 4keping
4. Resume
5. Sijil tambahan ( bawak jelah tak rugi pun )
6. PEN ( ni wajib ye..... ramai amek mudah tang ni )


Sedikit peringatan.
Mungkin nampak leweh je kan benda nya tapi memang diwaktu interview tu ramai lah manusiawi yang dok pinjam pen la ape la.... kalau lambat isi borang semata nak pinjam pen member tak ke panel akan perati je korang? Pen itu wajib !




Dikala interview ni... anda akan alami beberapa fasa dan stage iaitu :

1. Ujian fizikal ( berlari bergolek berguling semua tu...jangan nangis !!!)

2. Pengesahan dokumen

3. Interview by group

4. UJIAN KESABARAN ( part menunggu tu leh menangis wo )

5. Medical checkup ( hanya bila anda lulus dan dibuat pada hari lain ya...sementara nak tunggu checkup tu anda kene lalui ujian kesabaran semula. Sabar sabar sabar)



Nampak sikit je kan? Boleh makan seharian ye. Awal pagi sampai lewat petang. Anda diminta bawak bersabar banyak banyak dan janganla lambat. Apo ni nak kije tapi culas lak bab timing. No no no.

Kemudian, jangan la berpuak sangat. kat situ nanti confirm ramai sangat manusia lain maka marilah berkenalan dan beramah mesra. Bukan menggatal ye, beramah mesra!

Yelah mana tahu nanti jadi rakan sekerja ye dak.




Umur tu saya tak pasti tapi kalau tak silap 35tahun kebawah. Cuba je nasib. Rezeki tidak pernah salah alamat.

Kerja ramp agent ni bukan semudah yang awak sangka. Yes memang nampak ololo syioknya kije ngan airlines tapi tough. Ditambah time peak season seperti perayaan dan cuti sekolah, boleh rasa nak resign on the spot wo tapi apakan daya kan ke cacing diperut harus dikasi makan. lalala

Sebenarnye saya cuma ada gambar fasa ujian fizikal je selebihnya takda dah. Sebab?

Phone battery died.Ahaha

Kot la next time leh try lagi. And kepada yang tanya dapat ke saya slot tu?

Jeng jeng.


Thanks for reading. Next time saya wat airasia punya lak. Daaaaaa ♥

Monday 4 December 2017

Sedikit itu banyak

Sedikit itu banyak.

Benar bukan? Sedikit itu lama lama akan jadi banyak. Saya ingin menulis tentang usaha tangga kejayaan.

Usaha.

Usaha itu tidak semestinya dan selalunya berakhir dengan kejayaan pantas. Terkadang kita berusaha sangat lah keras dan terus berjalan menuju ke target destinasi tapi selalunya akan ada saja halangan. Dan selalunya bila terjadi halangan itu kita akan tersungur dan mengeluh.

Keluh.

Mestilah kita akan terpanah dengan kesedihan sebab kita manusia biasa yang punya hati dan perasaan namun dalam masa sama dugaan demi dugaan menimpa. Saya ambil contoh untuk berniaga. Contoh dari sahabat saya yang menjual tepung pelita di sekitar area Puchong.

Pada mulanya berniaga dia hanya buat sekitar 20 bekas kecil sahaja. Seringkali juga customer cancel order, back off buyer dan sebagainya. Maka dia akan bawa kuih jualan yang tidak diambil itu ke tempat kerja dan sedekah pada kawan kawan. Sehingga kami cadangkan dia jual ditempat kerja. Maka dia jual sedikit.

Namun dugaan seterusnya melanda. Beliau punya kuih diambil dan dibeli tapi sentiasa short sebab orang ambil tak bayar. Konsep meniaga situ adalah letak barang dan bekas duit sebab dia sendiri ada kerja lain yang perlu dibereskan. Bayangkan kesedihan hati dia. Saya selalu dengan dia sebut perkataan 'tak apelah', 'sabar jela' namun dalah hati tu saya yakin pasti ada sekelumit rasa terkilan.

Dipendekkan cerita sekarang dah lebih kurang dua ke tiga tahun dia bisnes part time kuih tepung pelita dan sudahkan pun ada pelanggan tetap. Sahabat saya ni dia tak boleh fokus sangat sebab dia ada masalah sakit pinggang dan kerja yang banyak di office serta perlu masuk untuk overtime juga.

Itupun customer dan berbunyi bunyi request chop dan sebagainya. Saya pernah bantu dia siapkan tempahan dalam 200++ bekas. Ya Allah putus nyawa rasa tapi sekelip mata je habis. Kuih dia memang sedap sebab guna bahan berkualiti dan paling penting air daun pandan asli bukan artifical punya ya.

Sehingga kini, secara part time sahaja pun beratus ratus beliau boleh capai dan setiap kali open order memang akan buat tak lebih dari 200++ sebab masalah kesihatan. Cuba bayang kalau dia fokus.

Oh.... cuba bayang kalau dia putus asa?
Dengan 20 bekas kecil yang tidak laku tu kalau dia patah semangat, give up dan fedup? Apa akan jadi?

Sesungguhnya Allah suka hambaNya yang berusaha.

Jika kita sentiasa berusaha untuk sesuatu, jangan mengharapkan hasil yang bedebam bedebum mantop. Kene fikir juga yang Allah maha mengetahui. Dan sedikit kejayaan itu akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar

Sedikit itu banyak... kan?


Sunday 3 December 2017

Kerja gila dikala sejuk beku bersalji

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni berhujung minggu lah semua. Berhuhu dan berhaha juga kita kan?
Okay apa saja aktiviti kalian harini?

Tajuk entri saya pada kalini adalah kerja gila diwaktu musim salji/winter.

Biasalah kadang kadang kita kan suka buang tebiat apa semua tu. Saya sendiri ada beberapa pengalaman dilakukan ketika musim sejuk beku dingin bersalji. Ahaa, memang tak berapa nak semenggah tapi asalkan berpada pada dan sila berjaga untuk sebarang kemungkinan ya. Kang hypothermia sapa nak bertanggungjawab?


Berbaju kurung nipis tanpa long john. Ni antara benda gila yang pernah dibuat.. pelopornya Prof Zila.


Sy main tipu skit la saya tak cabut butang wintercoat cuma glove je..


Haaa ni memang lah buang tebiat terutama sahabat saya sorang ni. Dia punya material kain kurung tu jenis cotton nipis cam baju skolah kita tu tau.. yang silap aribulan nipis giler. Maaf saya tatau nama jenis kain. Ai so gagal as pempuan. Huhuu.

Nak dijadikan lagi punca ialah si Prof Zila ni sebok la unbotton jacket dia supaya senang berposing sakan beria heart heart bagai. Suhu ketika tu memang below 0 degree okay rakyat jelata sekalian.
Nak dijadikan lagi cerita. Prof Zila juga cabut winter glove beliau dan melompat lompat dekat timbunan salji siap merangkak cam hape je.

Serius memang mengundang pandangan aneh dari tourist lain. Yay~~~ Fames la kami kan.
Sehinggalah di train station petangnya tu selepas kami beria selok suke di seantero pelusuk, kami decide pulang ke hostel dalam timing maghrib la. Kat dalam train tu ada la sorang akak bertudung ni dok pandang pandang.

End up dedua turun kat Myeondong. Saya beranikan diri tegur tegur and ayat dia pertama adalah korang memang wanita besi la pakai nipis camni selamba je. Ahahaa jadinya kitorg berborak tanpa peduli orang sekeliling di tengah laluan bawah subway station tu. Rupanya akak tu nak gi makan so dia ajak kami masalahnya kami da terlajak kenyang. Burpp.. rugi kalo tak leh join and borak lebih panjang. Borak ditengah jalan tu pun makan masa lebih setengah jam kau ghase.... pompuan kalo dapat bersoksek mestilah kan. Eheh


Hmmm mana ntah gamba ngan akak tu..


Lepastu fefeeling menggenggam salji.



Ye memang nampak cool tapi awas tau.. silap air bulan tangan still beku. Oh glove saya ni beli kat Daiso je yang RM5 tu so ... ahaha. Tpi ok je bagi saya cuma jangan genggam lelama nanti mencair masuk celahan fabrik tu awak yang terkesima. Lgi best sebenarnye kalau awak pegang dengan tangan sebab  leh rasa kelembutan dan kesucian salji mencurah dari langit eceh.


Berdiri sesuka sesuki demi efek salji turun ( padahal tak nampak sangat pun kelibat seleji )



Ada la kekadang kene hon skit member saya seketul ni yela dok berdiri tengah jalan yang busy di Hongdae tu pasaipa.... pasaipaaa... pasaipaaa!
Waktu tu kalau tak silap saya dalam 21hb January gitu la. Salji turun dengan comelnya.... kekadang lebat kekadang slow kekadang gitu gitu kekadang stop. Tapi di Hongdae ngan Namdaemun antara yang extreme gak la turunnya. Apak syiok!

Oh... yang ni takda gamba la kalau ada napak teruk tak semenggahnya.
NGANGA MULUT TIME SALJI JATUH. lol
Terok wehh kami dua ni wat cenggitu tapi eleh saya yakin ramai je orang buat kan kan kan.
Seb baik tak taruk susu cair, sirap dan buah campur je kang jadi ABC terus. ahahahaha.
Silalah buat, takde nyer mati tercekik sebab salji adalah sangat halus lembut dan nyaman sekali.


Actually banyak je boleh dibuat. Hidup korang, cara korang. Jangan sampai menganggu ketenteraman udah ye... Sapa tak tahan tu bawak la payung tapi alahhhh sekali sekala meh.
Hadap je. 


Oh Korea daku rindu.

Thanks sebab baca entry simple yang sesaje wat and ringkas pendek kan. Til next time.

Tuesday 21 November 2017

Salju di Korea

Assalamualaikum

Tanggal 20hb Nov lepas Korea mula dihujani salji dan kalian pasti tahu betapa saya suka Korea dan betapa saya suka salji so jadilah suka kuasa dua. SUKA GILER.

I mean kemonlah kemonlah sebagai rakyat Malaysia saya yakin lah eamai antara kita yang suke sangat salji. Pengaruh TV mungkin. Ahaha.

Salji nan indah diatas pokok di Nami Island


Salji menempel la camne gaya pun, tetap mengujakan.

Dok tengah skrol timeline kat facebook dan instagram ttibe rakaman demi rakaman tentang jatuhnya salji halus ke bumi Korea. Ohhhhh indah. Tapi tu di Seoul lah. Kalau tak silap saya Busan masih tiada salji dan Jeju telah bersalji lebih awal. 

Cantiknya. Allah Allah Allah.

Pengalaman salji n boleh dikategorikan dua. Pertama salji yang sedia ada dan kedua salji yang jatuh dari langit macam hujan. Snow fall bak kata orang putih. Yang ni sangat mengujakan sebab salji fresh tu kalau landing ditangan awak , boleh nampak tau bentuk flakes tu. 

Haaa cuba tengok betul betul.. tu kire mata kasar lagi tu. Indah kan?



Sesuatu tentang salji ni. Korang meti selalu dengar orang cakap bila nak hujan bau tanah lah bau hujan lah so bila salji ni tataulah hidung over ke ape ke tapi memang terbau je salji tu. Ahaha tu namanya bau bau excited. Lol..

Yang pasti kesejukan tu biat air hidung korang meleleh dan jari frozen macam crabstick kat peti ais Tesco huh.....sejuk yakmat.


Cute sangat


View camni pun membuat saya senyum lebar 


Selalunya, orang Korea sendiri tidak la teruja cam kita malah mereka tak gemor sangat cuaca sejuk. Saya ada sorang rakan Korean girl dia ounya seronok datang Penang time kita musim panas aritu ya ampun....yang kita ni menggelimpas nak pergi negara dia sebab nak fefeeling mulut berasap gitchew.

Apepun, saya memang tak pernah berhenti teruja dengan salji. Tahap jakun teruk pun tak kisah. Tapi....


Seteruk teruk saya teruja, teruja lagi minah ni. Ahahaha Prof Zila 


Kan da kate dia punya excited lain macam.. bhahaha 


Haku dah cakap kannn... Pas kejadian ni dia menggelupur kesejukan tahap ketulang sumsum. Memula je menggelupur excited. Haha



Nak ke Yongpyong Ski Resort ni makan masa tiga jam pergi tiga jam balik so enam jam in total jauh yakmat okay. Tapi trust me...berbaloi. Untuk manusia spesis saya yang suka sangat dok dalam keta dalam bas...opkos la saya suka. Kitorang celik mata seawal jam 4 lebih pagi jam 5 lebih da keluar bilik ...

Menggelupur asap keluar dari mulut sebab awal sangat train pun tak start lagi over gila kau. Pastu sesat lak kat Jamsil dapam keadaan peti ais fridge level punya situasi. Rupanya salah station muahahaha..

Dan rupanya bas ada setiap 20 minit yang ai menggelabah tahap cimpanzi tu kenapa? Cet.

Apapun its a nice journey.


See ya untuk entry lain dan thank you sudi baca ;) 

Tuesday 14 November 2017

Modern Family

Assalamualaikum....

Apa khabar kalian. Dah lama tak berblog kan. Maaf banyak sungguh hal nak kene buat. Almost tiga minggu dah usia perkahwinan saya so cam baru nak setup balik hidup apa semua yada yada.
Suami tu alhamdulillah naik sikit berat dia which is no no kene slow downkan naik badan dia... sian dia. Bertabah lah encik ^^

Oh ya sebelum saya pulang dari Kuantan aritu besfren saya si Aten kan balik dari Munich and stay lama kat Kuantan. Saya singgah jap lah rumah dia mengeteh apa semua and surprise surprise dia kasi saya sedut semua season Modern Family dari pendrive dia omg sungguhla suka hati ni... gelumpang gelamping tau dibuatnya. Season one until ten kau hado 💗😛😛






BESTNYA YA ALLAH CERITA NI!!!! addicted berabis siyes ah.
Kalau kawan kawan lain saya tahu ramai yang addicted dengan citer Bigbang Theory lah, Friends lah and macam macam lagi tapi saya Modern family ni memang siyes leh lekat tak gerak kalah drama korea. Buahaha

How saya tertangkap jiwa raga nak nonton cite ni? All thanks to Aten. Sepanjang trip saya di Munich sana saya telah diperkenalkan dengan Netflix tudia tudia kemain ayat cam berita harian. Hahaha...sebab trip saya kesana adalah trip leisure memang niat tak la explore sangat sebab trip lepas tension kan so Aten kat rumah dia ada Netlfix... maka bernetflix lah saye. Alang kepalang jetlag bagai so ~~~~

Time awal awal tengok tu saya nampak je thumbnail citer ni tapi cam mehhhh tak berminat sungguh posing depa cam tipikal nya. Sitkom bagai kan. Aten pulak suka pasang Bigbang Theory tapi jiwa saya tak lekat sangat kat Bigbang Theory. Ntah camne saya akhirnya tekan je lah Modern Family ni pastu nahhh kau amekkaw memang jatuh cinta on the spot!

BEST GILA !

Gloria : Mommy da kabo citer kite best tapi Mira takmo caya
Manny : Huh !!!



Memang best and sampai sekarang saya masih di musim ketiga sebab saya berada di Munich seminggu je dan mula tengok Modern Family pun empat ari sebelum balik...plus ada hari sy berjalan di kotaraya sana kan memang idok lah ngadap je even hati ni meronta ronta nak tengok next episod. Pastu pulak dalam flight Qatar Airways ada gak cite ni tapi ciput episod and tetibe season 8 tapi sebab minat ai layan jugak I dun care I dun dun care!


Season baru dah ni Gloria ada anak...saya tak tengok lagi sampai sini. 


Ok why saya suka bebenor citer ni? Actually sitkom ni berkisar pasal ragam sebuah family. Jay, Gloria, Manny, Phil, Clair, Cam, Lily, Alex, Haley etc... semua penuh ragam dan perangai masing masing. Kiranya dalam cite ni ada tiga rumah for tiga keluarga tapi mereka selalu berkumpul.
Comel tau gelagat memasing especially si Gloria tu serius comel dan kelakar.

Gloria dengan accent Colombia dia and sikap sangat mementingkan jatidiri darah latin dia... Manny innocent pulak. Jay keras kepala. Mitchell jenis cerewet, Cameron kuat berdrama, Alex kaki buku ulat buku genius takde life, Haley pulak jenis tak bijak tapi suka benor sosial dan bergaul, Luke ni unik and weng sikit... Phil pulak sejenis bapak perangai tak semenggah . Clair pulak jenis sume nak teratur ya ampun!!!
Tapi all in one, semua sangat melengkapi satu sama lain... best ^_^


Komedi ringan je ni tapi good lah kan. Bigbang Theory cam tak kena ngan hati saya ... Friends dulu best la bagi saya. Sitkom US banyak je yang best tapi antara yang paling ngam di hati saya adalah ni dan Two broke girls.






 Korang camne?
Suka tengok sitkom ape?

Monday 6 November 2017

Post pendek

Salam alayk...


Alhamdulillah genap seminggu lebih bergelar isteri. Dan saya juga telahpun kembali ke rumah asal saya. Alhamdulillah juga saya dah mula setup versi 'home-office' saya. Piwitt

Seriously untuk menulis perlukan mood dan bila ada proper place tondo everything...semua akan jadi proper lah. InsyaAllah mood akan datang. Penulisan akan lancar. Papehal, do not give up. Jangan berputus asa.

Mana nya gamba home office tu?
Takde gambar takde gambar!
Hahaha

Malu la tak settle lagi. Saya lak jenis malas yakmat so jadi ke nak kemas umah level anak dara tahap tertinggicam susahnye la nak sampai mood. Aahahaha. Seriously home office tu idaman untuk insan yang ingin bergelar self-employee and freelance writer. Dalam masa sama saya juga masih gigih cari port dan lubang untuk mereleased green book OSH saya. Aduiii!

Pelan pelan kayuh please. Baru nak mulakan idup baru kan. Tempoh berbulan bulan lamanya bercuti dirumah dok saja telahpun berakhir. Now hidup perlukan perjuangan baru. Start enjin vrooom  vroooom.


Sejujurnya.... Penyakit malas itu sangat virus. Sangat menuntut kita untuk membanterasnya ke akar umbi.. Allahu. Moga Allah beri kerajinan kepada kita semua.

Dulu life lain.
Bujang trangtangtang. Anak dara. bekerja dekat kompeni. Makan gaji. Idup cam hape je sebab jenis mmg tak semenggah tak suka shopping baju apa semua. Duit untuk makan makan travel makan makan travel. Pusing pusing roda takat tu jugak.

Sekarang sudah jadi lain. Dah tifak lagi bekerja makan gaji buat masa ni. InsyaAllah nak earn duit guna home job.
Banyak nak buat. Banyak nak jaga. Banyak sangat sangat nak kene improve diri ni.

Bila dah Hilang kerja, banyak masa berfikir kat diri sendiri. Banyak masa untuk muhasabah diri. Alhamdulillah. Kita manusia tak sempurna. Banyak sangat silap nyer.

Sejujurnya saya bersyukur.
Saya wajar bersyukur. Allah masih beri kelapangan. Bantu iti ini secara zahir dan batin.. Sedar atau tidak, Allah mudahkan jalan. lapangkan hati. Bukakkan pintu yang tutup. Banyak yang Allah bantu. Sungguh.

Kalian doakan saya ya.


Tuesday 24 October 2017

Rabu nan permai feat pasar malam Balok

Salam alayk...

Hai semua apa khabor.. Lusa nak kawen dah hahahab. K. .... saspen sebenarnya.  Gila tak saspen...pasni takleh nak jadi dugong sangat..

Ye saye dugong...ngape?


Tapi kan bagus sebab dapat stopkan kepenatan mak abah. Mak abah dah banyak sangat penat dan lesu lelah apa semua nak persiapkan perkahwinan anak dara mereka ni. Yelah, saya pulak yang first... memasing essaited len macam.

Sesungguhnya persiapan wedding itu melemuihkan. Penat apa semua. Kan best kalau semua simplify. huuurr.

Oh...

Maknanya minggu ni saya last kat sini omg...Kuantan..Pasni kene merantau semula. Ya ampun lemaunya saya.  Ininjuga bermakna saya ada harini dan ahad insyaAllah untuk pasar malam. Jumaat kenot sebab nak akad kan malam tu gilo Ko apo pi pasar malam. ahahahaha.

Pasar malam itu satu obsession yang tak
berapa sihat gak tapi apa nak wat kire okay pe saya tak suka gi Butik baju or butik Bonia ke apa ke..ahahaha ahhaa ayat sejukkan hati bakal suami. 💃

Pasar malam rabu ni kat Balok syoknya sebab ada ayam gunting sedap. Rm6.50 and juicy lazat ummpphh ummpphh.. insyaAllah satgi petang kalau saya ingat saya snap gambo booth tu ya...eh Booth ke napa.Gerai? kedai?  lol

Gamba hiasan pun bolehhh

Ya Allah sedapnya..


Selalunya saya cukup suka beli cuma kadang sebab Rm7 kan harga...kadang verangan je. Dulu zaman bekerja Boleh lah... sekarang zaman surviving...uhuhu.

Oh satu lagi situ ada rojak standard Rm2 apaklah sedapnya... murah bukan sebarang murah wo siyes ah.

Best kan makan. Hahahaa.

Pastu ada lagi... Telinga keling a.k.a peneram kecil. Ya Allah sedap sangat weh feveret den. Time dok Nilai pasar malam Jumaat dan Selasa kekadang jual kekadang takda dah la sejibil tu je makcik yg jualnya.
Kalau pasar malam Kuantan ni...yang ahad tu lazat nye lahai.


Ni yang pasar malam Taman Gelora tu


Bukan senang nak buat kuih ni kan....tengok resipi cam simple abes tapi ce buat. Mau keras kejung baling kat dindig leh retak. eceh over.

Oho last but not least.

Keropok lekor sagu!
Jenis wat direct goreng direct selalunya rm1 dpt lima batang kecil. Dap weh.
Keropok lekor cenggini selalu kat area pantai timur senang lah dapat nak nak Kuantan ni sebelah Kemaman Terengganu so pengaruh sana tu banyak masuk sini. Sedap wehh. Kekadang depa wat gumpal and sira dengan sos cicah. uishhhh.

Kopok sagu ...


Sesungguhnya time saya menulis ni perut saya da melampau gendang dongdongceng punya la lapar...

So excuse me nak makan. Heeee... nak kawen takde diet diet. Sejenis pengantin tak sedor diri. Kbai.



Friday 20 October 2017

Kita merancang. Allah juga merancang.

Salam alayk...

Hai semua....salam jumaat untuk semua. Apa khabar kalian harini? Buat apa je? Kerja? Balik kampung? Dok saja?

Hari pagi celik mata je saya dah bersiap sebab mak cakap arini kami makan kat Cheneh pagi. Tudia masuk daerah lain semata nak breakfast kau hado. 😂



Alkisahnya sebab Mamat balik Kuantan so Nina memang ada rumah. Dino jelah yang takde.

Sebabnya Mamat paling suka mi kari tula mak gigih ajak. Nina lak dok batuk kokol tak berenti soa dia follow je. Nak dijadikan cerita....rupanya hari jumaat memang takkan ada mi kari sebab tokey masak laksa lemak Ganu.

Whaaaaat.... 😭

Ok tu emoji khas untuk Mamat sebab dia la kan yang berharap sebab kakak dia ni dok hurhar hurhar menghasut last last mi yang dipuja itu tiada...kesian Mamat. Sorry

Endingnya..

Nina amek Nasi kerabu. Gamba takde.
Mamat amek nasi minyak. Gamba takde.
Lilmon amek Nasi kerabu kosong with chicken. Takde gamba gak.
Abah amek nasi impit kuah kacang. Takde gamba.
Mak amek pulut ikan masih. Ai pun sama.
ohoooo yes.

alhamdulillah rejeki.

So ...

Moral disini adalah apa sahaja kita rancang terkadang bila tidak berlansung mengikut apa dikepala, redha saja. Berserah.
Kita merancang.
Allah merancang.
Allah sebaik perancang.




Thursday 19 October 2017

[ Bride to be ] Oh penat

Salam...

Tarikh wedding dah semakin hampir. 9 days tick tock tick tock gitu bunyinya. Kat kepala ni dah macam ladang zombie petik buah je Kecamuk abes.

Cambese bila nak cari tempat merembes airmata dan jujuk jujuk nasihat dan comfort hugs walau secara virtual, saya akan cari Aten dan Jojoe.

Tanpa kata kata manis lemak bak lepat ubi pasar malam ahad Taman Gelora, saya pasti rebah. Eceh..


Aten dan Iwo ( Germany guy)

Aten dan Jojoe, dua dua dah selamat menjadi isteri orang. Jojoe kahwin dulu, beberapa tahun later Aten pulak...pastu next week saya lak.

Jojoe pejam mate 😂


Huk !!!!!

Minggu depan wehh... status akan bertukar. Nebes tak? Sehingga sekarang masih tak berapa nebes pun. Serabut ada. Kepala cam ladang zombie kan.. leh bayang kan zombie walking dead punya aura kusam kelam kelabu... very leweh lah. 😂

Entah lah... benda yang tak patut ada jadi ada dalam kepala memang lah serabut. Sendiri cari serabut. Kesian mak abah dan adik semua serabut sekali..Banyak persiapan saya mereka yang buat.

Ibarat saya lepas tangan....so anak dara sekalian jangan jadi cam saya ye.

Hati ni mula dah bolak balik...kus semangat saiton sedang asyik berzumba menghasut untuk rosakkan majlis, batalkan niat apa semua. Hebat ye hebat.

Pastu banyak lagi dugaan lain wallahi kalau saya senarai rasa nak jelepuk teruih. Dugaan nak mendirikan rumahtangga tu sungguh tak tipu teruk.

Sungguh,
Saya penat.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...