Salam alayk
Salam sejahtera semua... apa khabar disana. Buat apa tu? Dah masuk final month dalam 2017. Pejam celik pejam celik todiaaa.
So apa je antara yang telah dicapai dalam tahun ni? Pastinya menarik kan. Takpe...apa saja yang dicapai nak dicapai tak lagi tercapai sematkan dalam hati dan jangan putus asa.
Oh entry kalini nak share perkara yang dapat dilihat pada interview untuk jawatan Ramp agent Aerodarat Services.
Pernah dengar tak tu? Apo tu? Aha... Malaysia Airlines tahu kan? Aero Darat ni kira ada linking lah dengan Malaysia Airlines kita.
Jika dihati ada niat nak kerja dalam bidang penerbangan tapi cam ragu ragu nak apply untuk jadi pramugari pramugara, dan lebih suka kije relax santai tapi tough ye gais... jangan pandang enteng pada ketabahan staff ground bagi setiap airlines.
Anda boleh cuba untuk interview Aerodarat ataupun Airasia punya ( jika ada ).
Interview ini bulan tipikal punya tau so selalunya dinasihatkan anda memakai pakaian sukan. Cam nak join pendidikan jasmani sekolah tu ha. Pakai tu yang selesa lari jangan pulak awak pakai blazer dan kasut kulit. Melepuh kaki kang tengah panas tu berlari.
Dinasihatkan untuk membawa :
1. Sijil SPM ori dan copy
2. Lesen memandu ori dan copy
3. Gambar passport background biru 4keping
4. Resume
5. Sijil tambahan ( bawak jelah tak rugi pun )
6. PEN ( ni wajib ye..... ramai amek mudah tang ni )
Sedikit peringatan.
Mungkin nampak leweh je kan benda nya tapi memang diwaktu interview tu ramai lah manusiawi yang dok pinjam pen la ape la.... kalau lambat isi borang semata nak pinjam pen member tak ke panel akan perati je korang? Pen itu wajib !
Dikala interview ni... anda akan alami beberapa fasa dan stage iaitu :
1. Ujian fizikal ( berlari bergolek berguling semua tu...jangan nangis !!!)
2. Pengesahan dokumen
3. Interview by group
4. UJIAN KESABARAN ( part menunggu tu leh menangis wo )
5. Medical checkup ( hanya bila anda lulus dan dibuat pada hari lain ya...sementara nak tunggu checkup tu anda kene lalui ujian kesabaran semula. Sabar sabar sabar)
Nampak sikit je kan? Boleh makan seharian ye. Awal pagi sampai lewat petang. Anda diminta bawak bersabar banyak banyak dan janganla lambat. Apo ni nak kije tapi culas lak bab timing. No no no.
Kemudian, jangan la berpuak sangat. kat situ nanti confirm ramai sangat manusia lain maka marilah berkenalan dan beramah mesra. Bukan menggatal ye, beramah mesra!
Yelah mana tahu nanti jadi rakan sekerja ye dak.
Umur tu saya tak pasti tapi kalau tak silap 35tahun kebawah. Cuba je nasib. Rezeki tidak pernah salah alamat.
Kerja ramp agent ni bukan semudah yang awak sangka. Yes memang nampak ololo syioknya kije ngan airlines tapi tough. Ditambah time peak season seperti perayaan dan cuti sekolah, boleh rasa nak resign on the spot wo tapi apakan daya kan ke cacing diperut harus dikasi makan. lalala
Sebenarnye saya cuma ada gambar fasa ujian fizikal je selebihnya takda dah. Sebab?
Phone battery died.Ahaha
Kot la next time leh try lagi. And kepada yang tanya dapat ke saya slot tu?
Jeng jeng.
Thanks for reading. Next time saya wat airasia punya lak. Daaaaaa ♥
Mir Mira yang membebel tentang apa saja benda ✌ Sebarang request review/ advertorial boleh pm saya di norhamimahasmiera@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pahlawan islam masa kini
Disclaimer : Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. PEJUANG...

-
PERHATIAN : UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA ...
-
Salam alayk... Haritu interview Aerodarat kan saya share? Haaa now interview Airasia pula... if Airasia masih guna cara sama la kalau tak,...
-
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dapat peluang dan rezeki menulis lagi. Artikel terdahulu tentang kerjaya sebagai seorang ramp agent...
ujian fizikal tu termasuk apa lagi selain berguling bergolek?
ReplyDeletecam aktiviti pjk kat skolah versi extreme.. lari guling golek loMpat.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGaji is..
DeleteBasic rm1500 dan elaun rm700
Tumpang tnye pagi tu dtg trus pkai pakaian sukan ke ? Sbb dia Kan Ade 2 intiview Saturday fizikal pstu office Kan mne satu dia buat dlu yee ?
Delete*satu typo plk
DeleteSelain ujian kecergasan, interview lain pakai baju sukan juga ke?
ReplyDeleteAde ke perempuan keje sbgai ramp agent ni ?
ReplyDeleteramp agent mas gaji berapa ye? ada itview 5hb ni
ReplyDeletebasic rm 1,500 elaun rm 700
DeleteSo gaji total rm 2200 le ? Nie gaji semenanjung dan sabah ke?
Deletekak if ada lesen moto je macam mna?..boleh tak?
ReplyDeleteUtk temuduga hanya bawa pakaian sukan je ke..tak perlu pakaian lain utk interview hr..
ReplyDeletePaling lama tunggu keputusan temuduga berapa lama ya ?
ReplyDeleteDepends dik...yang ni bergantung HR
Delete