Salam semua.
Lately banyak betul ye kdrama letop letop kat Malaysia. Antaranya ialah Becoming Witch. Ye ni antara tang underrated tak banyak orang sebut sebut pun.
Mir Mira yang membebel tentang apa saja benda ✌ Sebarang request review/ advertorial boleh pm saya di norhamimahasmiera@gmail.com
Salam semua.
Lately banyak betul ye kdrama letop letop kat Malaysia. Antaranya ialah Becoming Witch. Ye ni antara tang underrated tak banyak orang sebut sebut pun.
Assalamualaikum semua,
Apa khabar. Bertemu lagi kita di segmen halo halo takda cara. hahaha..... Jomlah random random nak panggil mood kekdahnya demi sesudu ilmu dan idea. Saya sebenarnya busy kerja dengan ada audit tapi sebab jammed otak so rest la kejap.
So baru baru ni tak berapa baru lah sebabnya bukan semalam pun tapi dalam beberapa bulan kebelakangan ni husband saya tertidak sengaja bukak netflix dan tengok cerita dari Singapura. Movie la... bertajuk THE DIAM DIAM ERA. Mula dia tengok tu saya masih tidurkan anak so bila keluar tu dah jalan 10% la cerita tapi saya join je lah sebab dia cakap menarik.
Saya tanya la movie kemende ni dia cakap dari negara jiran and movie ni pasal zaman dulu la tahun 80an camtu time dorang baru nak berkembang and how english start jadi bahasa penting sana and bagaimana pula konservatif chinese yang marah dan pertahankan bahasa mandarin. Menarik ok menarik!
Rupanya The Diam Diam Era ini movie ketiga dari sambungan LONG LONG TIME AGO yang berkisar tahun 60an time depa baru merdeka dan baru berpisah dari Malaysia. Nice kan??? Memang memula saya pun rasa cam seriouslaaaa laki aku nak tengok cite bosan. Akhirnya saya yang beria melekat cam gam depan tv and ternanti nanti every series of this movie. Best!
The Diam Diam Era ni fokus pasal sibling 4 beradik ni. Yang kakak sulung, kakak kedua, kakak ketiga dan adik bongsu. Sesudah mak mereka meninggal dunia la kiranya which is dah lama la and ada dalam long long time ago punya kisah. Best sebab tunjuk keakraban kasih sayang sesama sibling disamping selit gak bab politik depa and how depa nak evolve apa semua. Camna Singapura banyak rumah bertingkat and bahasa inggeris semakin kukuh bertapak, ekonomi berkembang...semua diceritakan. Ada gak selit pasal isu real sebab cerita ni background dia bukan rekaan cuma mungkin kisah ahli keluarga ni rekaan ...tapi penceritaan sekeliling betul tau. Pasal kebakaran besar Singapura, banji besar , kes air antara negara kita dan depa.
Selain sibling berempat tu ada gak tunjuk pasal saudara mara mereka... yang THE DIAM DIAM ERA 2 pulak pasal parti politik and camna pakcik depa yang chuek chuek mintak penampo lagi menyusahkan tu sebok nak lawan parti PAP ( mmg parti real tapi parti chuek chuek tu tahyul la kot )....memang selamba ok sembang tembak kerajaan punya polisi la ape la..sentuh pasal hak hak bekerja, hak warganegara.
Tapi husband saya cakap LONG LONG TIME AGO cam lebih best. Sebabnya pasal keluarga mereka yang sangat susah dan hidup dikampung. Time ni watak mak kepada empat berabik di memang dihighlight dan depa pulak masih kecik. Yang bongsu tu sebenarnya ada kembar tapi kembar dijual sebab miskin sangat and ni pun atas manipulasi pakcik chuek chuek mintak penampo tu ...hakuuu laaa memang sakit jiwa tengok perangai pakcik tu dalam keempat movie ni tapi dia memang paling puncaiiii time long long time ago sebab dia sangat kong hajo dengan kakak dia. Sangat ok sangat!
Citer Long long time ago ni kalo tengok poster mesti kita cam amende cite kampung boy ke apa bosan betoiiii... tapi anda silap! Jalan cerita dia la paling menarik. Susah sungguh hidup dorang dengan kene berniaga kais pagi makan pagi apa semua and dah niaga kene hadap ahlong pulak pastu polis penjaja pulak. Pastu kene hadap perangai pakcik chuek chuek mintak penampo lagi memang annoying la. Dengan skeptikal mindset yang anak lelaki ni precious anak pempuan and sulung ni memang alas kaki. Kene relakan diri dipijak dan ditenyeh. Sad sangat ok!
Ada juga sentuh tentang hati nurani dan kebaikan mengatasi kejahatan bila ahlong yang selalu buli family dorang tu diselamatkan oleh mak si 4 beradik ni so starting situ ahlong tu sangat baik. (Spoiler : Dalam latest diam diam era ahlong tu dah jadi polis special force hokayy..kelas gitew!). Juga pasal ketegangan kaum melayu vs cina vs india... biasalah bila baru merdeka ni.
Dalam Long Long Time Ago ni highlight pasal lepas banjir besar, kerajaan berhasrat nak upgrade all out singapore so dorang beli tanah tanah dan hasil tanaman orang kampung. Bagi duit dan penempatan rumah di flat dan apartment teratur di bandar. Mula mula semua cam ralat tapi sebab jumlah depa nak bagi bukan sikit. Cam biasa pakcik chuek chuek mintak penampo ni la terpaling sakit hati. Punya la mak 4 beradik ni usahakan ladang babi dan tanaman sebab pakcik tu hina dan jijik nak buat kerja kampung tapi bila orang govt datang nak nilai harta and tanah semua and bagi price sangat tinggi semata asbab ladang dan tanaman, terus pakcik tu claim kene bahagi sama adil. Unta mung!
Sedihnyaaaa lahai sebab time tu gak mak tu dah sakit kanser...and time semua penilaian harta dan duit dah dibuat dan nak pindah dah ke flat bandar, mak tu dah meninggal. So empat beradik tu la pindah umah sana with pakcik dan jiran kampung. Dalam movie ni ada gak tunjuk kisah cina kahwin india and how huru hara bila perbezaan budaya terjadi. Tapi sempoi sebab comel je akhirnya kahwin gak...tu adik bongsu kepada mak siberadik ni dan pakcik chuek chuek minta penampo.
Pening kan? hahahaha so sila tengok sendiri baru paham. Tapi saya sarankan tengok dari LONG LONG TIME AGO pastu LONG LONG TIME AGO 2 pastu THE DIAM DIAM ERA dan THE DIAM DIA ERA 2.
Yang Long long time ago takde dalam netflix so kami tengok kat youtube. Yang diam diam era ada so sila tengok wahai kawan kawan sekalian.
1 MALAYSIA!!! eh tiber.
Baru ni tertengok iklan kat Netflix pasal satu drama korea bertajuk Racket boys a.k.a Racket Sonyeondan. Macam menarik sebab jarang gak korea ni keluarkan drama berasaskan school and sport. Selalu jepun je suka genre camni. Tengok trailer pon acambest gitu.
Drama ni berkisarkan seorang jurulatih kene bawa dua orang anaknya menetap dikawasan kampung sebab dia kene transfer disekolah sana. Anak sulung dia tu player baseball so protes la budak tu sebab kat kampung takde sukan tu. Sekolah kecil, jumlah student pun sikit sangat. Team badminton sekolah tu cuma tiga orang je dan jurulatih tu kena cari lagi sorang maka dia berjaya buat anak dia jadi bidan terjun untuk join lengkapkan team tu. Rupanya, waktu kecil anak dia tu antara calon jaguh cilik kebangsaan. Ada kisahnya kenapa dia quit badminton dan main baseball je. Cerita ni masih ongoing ya.
Badminton memang antara sukan top kat sana dan saya sendiri pernah pergi menonton Korean Open tahun 2018 dulu. Memang best!!!! dan saya harap kat Malaysia ni kita akan sentiasa asah bakat dari kecil dan sediakan ruang dan peluang.
Assalamulalaikum 2021.
Saya ni kalo da nama review kadang tu da ala ala giving spoiler teruih. Eheheh.. saya kan cemni. Sorry la kalau kalian ada yang jenis pantamg mak nenek spoiler spoiler ni.
Okay. Time dok lepak dengan husband aritu saja godek saya terpandang citer ni. Teringat citer ni ada gak yang cakap best tapi underrated sebab orang layan Uncanny Counter so tenggelam la zombie detective. Rugi laaaaa...sapa yang suka genre suspense dan kelakar, bagus tengok ni. Sebab memang kelakar dan intense gak kadang. ..
Poster dia tu cam ghostbuster dah kan? Tapi worries mot cite ni reringan and fun to watch dikala mengisi masa lapang. Lepastu pelakon dia bukan calang calang gak. Si Choi Jinhyuk tu. Sapa kaki kdrama tau la sapa mamat ni yang kononnya dulu Nazim Othman pernah disamakan dengan beliau. Heheh.. Jinhyuk ni hero drama Rugal gak tau.
Sapa yang pernah tengok movie Warm Bodies korang pasti boleh relate. Sebab permulaan citer ni si zombie ni asyik bebel and cakap ngan diri sendiri je. Bermonolog and pastinya kelakar.. dia sendiri tak tahu camna dia jadi zombie dan dia berusaha nak bunuh diri pun tak berjaya...maka dia decide nak hadap jela idup sebagai zombie tapi sebab jadi zombie ni slow benor pergerakan, dia prektis setahun la atas treadmill supaya boleh bergerak laju macam manusia dan boleh pegang chopstick apa semua tu. Sebabnya dia nak cari identiti asal dia maka dia harus masuk ke dunia manusia. Takkan nak dok hutan je forever.
Nak dijadikan cerita, sebab dia ni no-identity so satu hari ditakdirkan dia ternampak seseorang dibunuh dihutan. Seorang detektif. Sebelum detektif tu mati dia sempat intai dekat konon nk makan tapi sampai sudah tak sampai hati nak makan manusia. Detektif tu bagi kunci ofis dan sejak dari itulah dia hidup dengan identiti detektif yang bernama Kim Moo Young. Okla kan sebab dia tatau sapa nama sebenar dia.
Dipendekkan cerita dia ditakdirkan bertemu seorang journalist yang asyik busy body sebok nak siasat itu ini dan akhirnya depa bekerjasama selesaikan kes yang upahnya berjuta won. Yela, zombie tu takda duit dan nak duit untuk survive dan journalist tu pun miskin kene cari duit bayar hutang. Sejak dari tu sampai sudah depa jadi co-worker. Journalist tu kerja dengan zombie tu.. memula dia tatau tu zombie lelama dia dapat tau and memang kelakar sangat la. Pempuan tu pon over kemaen.
Sejujurnya cerita ni best... Bagi saya siapa yang suka hiburan ringan boleh lah tengok. Takkan nyesal punyaa. Boleh cek kat youtube klip and trailer tau.
Selamat menononton.
Assalamualaikum semua.
Apa khabar kalian disana. Gitewww~ Dah lama tak bersiaran kan kita. So sekarang dah masuk Oktober dan makin menghampiri Disember. Bermaksud tak lama lagi nak dekat tahun 2021 dah. Sejujurnya tahun 2020 yang kita dok canang canang dan gembar gemburkan mengkala kecik dulu, sememangnya tahun yang banyak cerita dan kejutan.
Tapi antara major cerita yang serasa saya akan diingati sampai bila bila ialah alkisah corona virus a.k.a covid-19. Betapa virus yang tak ternampak dek mata, tak terjangkau dek akal ni mampu melumpuhkan ekonomi, menjadikan manusia hidup dalam kerisauan dan berbagai lagi. Besar sungguh ciptaan Allah yang takkan kita jangkau dengan akal pemikiran manusia biasa.
Mengkala pandemik ni saya nak review sikit movie best yang saya tengok secara tak sengaja awal pandemik aritu dengan husband. Konon saja ambil mood pandemik. Nak tengok contagion tapi takde lak dalam netflix husband. So ada 93days okay laaa~
Kisah ini berkenaan virus wabak ebola yang banyak menyerang negara afrika. Betapa scarynya virus ni kalau tersebar, memang susah nak survive dan apa yang mereka perlu usaha lakukan ialah elakkan virus tu dari merebak. Bermula seorang diplomat yang kurang sihat dan dimasukkan kehospital, diplomat tu dah ada tanda tanda ebola tapi dia in denial. Maka mereka paksa untuk tahan juga dan buat ujian sehingga la ebola dia makin teruk dan dia meninggal disitu juga. Hospital mula dalam bahaya sebab nak elakkan virus terkeluar dari hospital. Mulalah buat pengasingan dan prosedur tertentu... akhirnya beberapa staff terjangkit. Sedih sangat tau macam mana mereka ketakutan dan cuba survive lawan. Betaa sakitnya bila virus tu aktif dalam badan. Ada yang tewas, ada yang menang. Dalam masa 93 hari, mereka berjaya kekang dan matikan virus dari merebak!
Semua dengan kerjasama semua pihak... elakkan selfish. Gitew~
Cerita ni bagi saya sangat best walau pelakon bukan muka muka yang kita kenal dan familiar... penceritaan dalam ni buat saya relate dengan usaha Tan Sri DG hisham, betapa bila kita berjaya kekang dengan cara isolasi dan kluster, kita akan berjaya kekang keseluruhan... kita boleh menang!
Disclaimer : Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. PEJUANG...