Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Wednesday, 17 November 2021

[ Pregnancy Journey ] Thalassemia lah pulak

Assalamualaikum,


Bila kita pregnant ni kan, jarang la nak smooth maka sapa sapa yang diberikan rezeki smooth pregnancy tu anda kene banyakkan bersyukur tau. Selalunya akan ada challenge. Yelah, Allah nak bagi pahala berganda kan. Besar nilai dan hikmah sepanjang kita mengandung ni. Doa seorang ibu mengandung, seri seorang ibu mengandung dan kalo dari segi keduniaan pulak benefit seorang ibu mengandung.






Bagi journey saya pula, untuk second pregancy ni saya takde GDM alhamdulillah tapi Allah uji pulak dengan thallasemia. Memula suspect anemia tapi memanjang makin drop HB nyer start pregnant dulu 12.4 tiber makin laju turun sampai 10.0 walau kandungan baru setengah jalan. Dangerous ye. Maka ujian thallasemia dibuat. Hmmm. Memang sah saya pembawa thallasemia rupanya. Mujur husband bukan penghidap sakit ni. Moga yang baik baik saja untuk Hana my little babygirl.




Kalau makpak dedua pembawa maka anak berkemungkinan kena dan akan hidup dengan tranfusi darah berkala.... mintak simpang ya Allah. Sebab tu gais, sila check thallasemia memasing sebelum kawen tau. Bukan takat HIV je tapi yang ni pon risau akan menganiaya bakal anak. Sakit tauu. 




Sejujurnya anemia saya memang low so saya prasan sepanjang pregnant Hana ni saya mudah betol letih lesu ngantuk nguap cam badak air dah woi. Cam memang la kita paham yang pregnant ni tiring tapi ni cam extreme nawwww tiring nya. So betui la... something wrong somewhere. First pregnant dulu tak la camni sangat. GDM jela and HB drop pon sebab twins kan tapi tak sehavoc pregnancy kalini. 

Allah uji. Allah beri sedikit cabaran. Down gak tapi hikmahnya tak kena GDM so no need BSP. Lega mak enon. Sebab skang saya adalah ibu bekerjaya. Dulu zaman jadi surirumah pun rasa BSP tu sangat la meruntun semangat. hehe





Maka para ibu sekalian, kalau anda megandung, jangan pandang remeh tau pemeriksaan doktor. Memang leceh tapi ia untuk simanja jugak. Demi keselamatan kita jugak tau. Semoga kita semua dilindungi Allah.


Amin yarabb.




Thursday, 13 June 2019

[ Pasca bersalin ] Rambut guguq. Huk ohlohh

Assalamualaikum ♥

Pasca bersalin tajuk blog kalini. Gitew gune bahasa level tinggi dok pasca pasca bagai. Ahaaa.

Dah almost 4 bulan sejak saya melahirkan sikembar melons so saje nak share ape jadi pe semua padia padia. Sebelum tu diingatkan ya, lain orang laincara. Lain orang lain badan.


Saya selalu tengok kawan kawan ramai pas bersalin kemain lawo. Cam hot momma la gitu pastu sy berlari ke bilik untik cermin diri sendiri. Nasib tak pengsan sebab nampak kembor hantu kaklimah. Ahahahahaha...dah kenapa haku ni jauh dari level hot. Suam pun tidak..suhu bilik pun tidak.

Dan bila diriku tengok cermin..



Hairloss.

Dulu orang selalu cakap kalau pas beranak ni selain kemenggeleberan perut, benda lain yang akan meruntun jiwa adalah keguguran rambut. Bila baca kaum ibu sembang pasal hairloss ni leh rasa diorang punya stress dalam perkongsian tu. Gila ah.
Sehinggalah diri ini merasainya....

wuuuuuu boleh buat cam babak cite antu the ring kalau kutip dalam bilik ayaq. Gila banyak ahhhh... So kepada ibu yang sedang struggle bab rambut, bertabahlah
 Sobsss.



Thursday, 11 April 2019

Pengalaman bersalin kembar

Assalamualaikum rakyat jelata.

Arini dah masuk 15th feb...dah tengah bulan februari dah. Kemain lah masa berjalan laju cam kene hambat. Alhamdulillah baby kembar melons saya dah masuk 50 days camtu...cucuk sbulan pun dah settle setelah umur 45hari ( terdelay sikit atas banyak faktor takleh elak ).


Say hi to melons ( time ni kat SCN sebab kuning )



Entri kalini saya terpanggil nak saje kongsi kisah bersalin kembar. Lain orang lain pengalaman. Saya sendiri suka baca dan nak tau kisah ibu lain bersalin nak nak kembar.

Jemput minum dulu acik acik sebelum baca.


Czer atau normal?
Normal. Alhamdulillah... Bila sebut kembar je kepala kita mesti automatik fikir czer kan? Sebab memang mostly kembar baby ni akan dilahirkan melalui czer. Saya sendiri pon ingatkan saya kene operate tapi dalam kepala memang dah doa dari awal, papehal nak normal sebab saya duduk rumah flat..kalau baby kembar, jenuh naik turun tangga apa semua. Kuasa Allah...diizinkan saya normal.

cenggini muka bawak perot naik tangga


Saya balik Kuantan sebenarnya awal dua ke tiga minggu dari estimate. Sebenarnya tak sempat nak decide tarikh sebenar pun sebab balek sinun pun terhegeh nak settlekan pertukaran rekod klinik kan. Patotnya Jumaat tu last gi klinik tapi rupanya sehari sebelum dah kene warded.

Camna leh kene warded?
Haa ni la yang memanjangkan entry ni.  Saya cite slow slow ya.



Nak dijadikan cerita saya perasan perut saya macam makin jatuh ke bawah je. Rasa keberatan tu beralih dari bawah dada ke area pusat. Cam nak roboh da. Hahah.

Pastu every morning macam ada sign yang keluar discharge apa semua. Pelik la sebab sepanjang pregnant tak pernah lak kene keputihan tapi now ada lak siap tak berapa nak putih and ada tanda darah skit. Pastu menggelabah sesorang dalam toilet. Tapi tiga ari camtu la wat dono je lagi.  Pastu masuk third day tu, siabgnya merayao ngan adik pi makan donat la cari itu ini lah konon siap wat maternity acah acah shoot kat Pantai Balok.

Malam tu kua keputihan with blood again...tapi pelik la selalu belah pagi ni malam pun lek jer kua. Dah takleh dah ni. Mak pun tegur perut jatuh. Hoho. So cakap ke mak sok nak cek lah kt htaa tapi memang da prepare siap la barangan hospital. Chuak tu Allah je la tahu.

Patut la ada satu malam tu rasa mengejang mengeras perut. Maybe tu kot early contraction ( kot ).

Esoknya pergi la ke spital siap sempat lak singgah pasaraya 24jam Lyc cari milo 3in1. Padahal dua ari sebelum tu berderet kua tak beli pun pape. Hahaha. Saje je ngade kan.

Tolonglaa...wajib sangat ke seluk sakit ni...


So bermulalah cek kat hospital. Opkos benda pertama selukan. Ye people jelata sekalian. SELUK MENYELUK . Akhirnya ku faham apa yang dikecohkan dan selalu disebut sebut seluk oleh geng ibu ibu mengandung dan bersalin. Now da rasa and TRAUMA. hahahahaha....dun worry saya memang mudah trauma dan sememangnya penakut.



Rupanya doktor yang akan cek tu pulak doktor lelaki. Hadoihhhhhh.. first time.. malu gila. Nurse pasang ctg nak tengok contraction dan jantung apa semua tu. Kita dok la tuggu sebab kembar maka kene double timing. Dari 20min kene la darah dua jadi 40min. Bab doktor lelaki tu.... bila da sakit, yang penting semua proses lancar dan settle.

Doktor bidan tu seluk memang dah bukak 2cm. Saya menggelupur and kene tegur la kan. Doktor cakap dah tu camna nak beranak. Ahaa...mana la saya tau. Tu reflek semulajadi la gelabah mak enon kan. Dah la first time. Doktor tak kasi saya balek sebab twins ni highrisk. Kalau mak mak lain dia suruh balek je tapi bila twins ni sekecik isu depa pandang besar. Saya ok je cuma terkilan banyak makanan peberet takdan nak telan. Last telan dofi donat yang pemes kat Kuantan tu .



 Maka saya berkampung lah di hospital HTAA tu... memang saya kalau boleh tak nak balek dah selagi tak bersalin sebab memikir susohnye nak datang balik kot tetibe kan. Spanjang kat sinun bermacam ragam dan orang lah saya kenal. Biasa yang masuk situ sat je dah beranak. Jiran katil bertukar , jiran belakang depan bertukar...katil pun bertukar. Ahaaa proses yang bosan is proses cek jantung baby and cek perut. Mungkin untuk saya sebab sakitnya badan badan ni weh.  Saya kan tak mampu nak baring terlentang. Sakit.

kemon umi yukenduit. 


Nak dijadikan cerita, hari keenam saya di htaa, tengah borak dengan jiran sebelah tetibe vroooooooooooo.... haa cam bunyi motor soundtracknye. ahahahah. Saya rasa sensasi uncontrollable air keluar dari bawah. Tak mampu tahan. Kencing pun tak camni weh. Saya terus tanya orang sebelah , ehh camna eh kalau air ketuban pecah. Dia cakap cam air. Saya tanya lagi cam air terjun ehh... dia gelak je pastu mata dia bulat. Nape kak? saya menggelabah dah. Saya cakap la saya rasa air saya pecah. Berjalan lelaju la g toilet gtau nurse . Terngiang lagu WE ARE THE CHAMPION.

yuols dengar la ummi sembang tu.


Menapak tu rasa lagi air keluar cam kene perah perah. Nurse suruh pakai pad tetebal dan start cucuk antibiotik. Tapi sayangnya depa lupa bagi ubat tahan sakit tu. Menahan laaaa sakitnye.

Sakit hoi




Start pecah ketuban jam 0730am... start sakit terok 0730pm lepas mak balik. Mak siap sempat bawak sambal tempoyak goreng uols tapi dah mula tak berapa selera tapi ratah je sambal tu ahahaha terok perangaiku. Yela taktau pon nak beranak sesangat.

Memang takda tenaga sgt sebab tak lalu nak makan. Kemas tempat katil sesiap and dok baring pastu start dah sakit mencanak canak. Time tu doktor student tengah borak borak dengan saya tapi dorang dah naik pelik tengok saya tak mampu fokus. Pastu start tanya nak panggil nurse doktor bertugas ke. Saya terus suruh dan berlarilah mereka. Takdan dan dah gi cek bukaan kat bilik rawatan, atas katil tu jygak cek pas tutup tirai. Menggelabah memasing.
.
Rupanya depa da call doktor bidan yang seluk saya first time tu. Berlari doktor tu sambil tanya 'hoh nak bersalin sangat ke'... ish .

Dah la tengah sakit.


Saya ditolak kelabour room dan tula saya bebetul baring setelah sekian lama sebab saya kan tak mampu baring properly. Tapi nurse tinggikan sikit katil. Letak ctf kat perut dan satu lagi direct kat kepala baby sebav ada dua jantung doktor takmo keliru. Redha jela. Diseluk pun redha jela. Start depa letak oxytocin tu saya da mula sakit yang takleh bawal bincang. Fuh rasa badan putus dua...rasa nak membuang tapi tak buang .Saya mula muntah muntah sebab perut kosong dan sakit. 4 beg kuning ok. Habis dehidrasi teruk sampai kene drip la ape la. start 0800pm sampai 1230am menanti. Sakit cam nak meletop la rase.

Cek cek akhirnya 9cm. Terus la ready. Time tu orang lain da abes. Depa bagi saya antara yang last senang fokus kot. Ramai laaa manusiawi dalam tu. ahahha glamer uols. ..
.


Tapi sayangnya saya dah sangat weak. Nak tido nak pengsan semua la tapi nurse paksa bertahan. Saya teran menjerit sebab tak reti bagai memang tine tu laa contraction dah takde cam what the heck nyeeeeee lah. Kalau ada contraction kite cam ada suoer power tenaga nak teran .Kalau tak, kita kene gather tenaga sendiri. Bagi first mom selalu kantoi sikit sebab tak reti. Bergelut bagai nak rak tak keluar gakkk walaupun kepala kat bawah dah. Stress betoi.




Akhirnya doktor decide nak forsep. Sebab saya bebetul tak larat. Alhamdulillah doktor tak give up walaupun mengamok kat saya. ahahhaha. Time doktor bebel apa itu forsep, saya tak fokus dah. Angguk je.. dah separa hilang akal kateko. Tengok benda tu pun taknak.Dengarla bunyi plastik depa bukak .  pastu tetau je doktor suruh push kuat and zruppppppp....baby ditarik keluar. Sensasi betoi rasa lega dia tu. Potong tali pusat, baby menangis comel dan bawak cuci sat. Pastu letak baby atas dada, doktor lain suruh try kasi hisap susu. Opkos la saya tak pandai. hahaha tapi mata dok tengok je baby. Alahai anakkk .

Pastu konon nak lega, nurse garang tu tempik again.

"Ibu jangan tido sangat ....ada sorang lagi dalam perut"...

Eh lupe lak.
.
ummi hampir lupe kite. huh



Maka push teran bagai...jerit cam ape je. Eh sebelum tu doktor pecahkan ketuban sebab hat sorang ni helok lg dok dalam ketuban. Yang leaking tu first je. Time dia pecahkan..popppp bunyi sekali semburan dasyat. Beria doktor mengelak hahaha...pastu ada skit kaler kuning so menggelabah la nak kuarkan si cenonet number two.

Alhamdulillah hat ni ok skit la...walau seksa nak teran tapi kua gak akhirnya. Cuma dia tak menangis so doktor cuci pastu depa cakap baby baru nangis. Kire lambat la makanya kene dok NICU la sorang ..sorang lagi SCN.


Selepas proses jahit yang azab sebab bius gas takda stok, jahitan melampau banyak sampai doktor hanpir givup punye stress saya dok angkat punggung. Serius tak sedar sebab automatik la sakit kan. Akhirnya settle tapi darah memang banyak la almost 1 liter abes kua.

Proses jahit tu hazab sangat....saya baru teringat time bersalin tu saya siap poop bagai lagi. Maafkan sayeee doktor dan nurse.

sorry pipol


Saya hampir pitam time baru bangun so doktor suh baring je kat labour room dulu. Tetido sat pas minom air coklat sedap and bukak mata je husband baru sampai.


Haiye...😂



So next entri baru next story ya.


Friday, 8 February 2019

Mak mak sangat

Assalamualaikum...

Kemain sekarang niche blog dah terabur abes.. memula dulu fokus Korea Korea dan terus Korea tapi sekarang da ada bau bau makpak sikit. Sebab ada si melons ni ha maka akan ada la entri berkaitan parenting dan pregnancy.



Walaupun dah melalui fasa pregnant namun sebab saya jarang update sangat journey pregnant and sekali sekala nak kenang kembali saat keboyotan makyong, apelah salahnya saya tulis based on experience pengalaman ye dak.

Parenting isu pulak....fuh. baru sebulan lebih la merasa jadi mak mak ni so ilmu memang level fetus lah kecik cotek sangat tipis. Tapi saya akan cuba yang terbaik sharing pengalaman ne tau pembaca sekalian ada tips nak share. Lagilah saya alu alukan. Miawww.

So far???

Fuh semangat yang jitu padu amat diperlukan ya.... Its never been easy but its worth. Kadang rasa breakdown teghok tapi Allah takkan beri kalau Allah tahu kita tak mampu.

Himnaeseyo ( bertabahlah )



To all new parents out there... Himnaeseyo!
To all wonderful experience parent out there... Anda semua awesome!
To all husband and wife yang sedang ttc dan berikhtiar untuk zuriat...insyaAllah pasti sampai rezeki indah tu.Amin ♥

Friday, 18 January 2019

New year lah sangat ye melons

Assalamualaikum ♥

Tup tup pejam celik mata dah masuk tahun baru dan tahun baru kalini saya bebetul rasa tak berapa tahun baru sangat.

Sebab?

Hospitalized lah of course. Selepas bersalin, lama gak kena tahan dalam wad atas pelbagai alasan dan sebab nanti saya nak buat satu entri emo panjang lah kot cerita apa jadi. Amacam?

Sebut pasal bersalin. Alhamdulillah alhamdulillah syukur ya Allah , my kembar melons selamat dilahirkan. Now da paham dah apa itu sakit bersalin apa semua. Wuuu syurga memang wajar dibawah tapak kaki ibu. Sobs.


Huuu jaundice


Patutnya melons jadi baby 2019 tapi tetibe dorang nak awal pulak. Nak jadi sebaya ngan kembar tembikai Farahanim Razak lah tu. Eloklah melons dan watermelons. Hehhehe. Sepasang lelaki dan sepasang perempuan.

Time mengandung dulu punya la assume dapat sepasang sebab nampak camtu tapi alahai, kita ni manusia mana ada kuasa nak nampak. Allah lebih tahu. Tup tup keluar boboiboy kuasa dua ....tuuudia.

Abes segala pinkish baby item cikna depa sedekah kat kawan uitm dia yang beranak baby girl timing sama. Hahahaha... Kene cover balek beli kaler jejantanz. Adehh. Buat hal ye hero hero ummi.

Apapun, pada hari entri ni ditulis, saya dah masuk 24 hari berpantang. Masih belum fully heal tapi getting better.

Doa doakan ya ♥

Sunday, 9 December 2018

[ Pregnancy Journey ] Alahai si kembar ni

Assalamualaikum,

Lama dah tak bersiaran sini kan. Takpelah meh saya bebel lanskit kat blog ni sian bersawang bagai dah adui. Sambil berblog sambil makan cekodok labu nyum♥



Ok...berbalik soal pregnancy journey, pejam celik pejam celik dah masuk third trimester dah. 33minggu dah padahal cam baru sangat je scan and dapat tau pregnant. Masa memang berlalu sangat sangat pantas sekarang.

Melalui fasa satu dan dua pregnancy dengan bermacam ranjau namun saya yakin, setiap ibu ada dugaan mereka.sendiri. Mana ada orang terlalu smooth perjalanan mereka namun Jika ada, tu lah rezeki Allah. Kadang tu termengeluh mengenang sakitnya tapi ada rakan saya pesan, berapa ramai sanggup berhabis demi nak mengandung dan setiap kesakitan yang saya tempuh tu Boleh jadi asbab Allah ampuni dosa. Free je kan? Kene muhasabah diri lebeh.

Baby pun dah mula bergerak yang kita boleh rasa. Memula tu saya ingatkan angin ke ape ke cam srroooor sorrrrroooor je dalam perut. Tu time awal dulu kira kira waktu saya 19 minggu gitu. Lelama baru perasan yang rupanya itu gerakan baby.

Allah.
Allah.
Allah.

Lepas tu macam mula rasa alahaiiii benarlah ada baby comel dalam perot ni.... Saya punya denial ni dasyat betul. Lelama cam bonding tu muncul sendiri dan kita jadi excited bila dia bergerak gerak.

Ciksu depa lak essaited nak sponsor tilam toto apa semua makanya bermacam survey lah dibuat. Saya ni jenis yang asal boleh la.. tak reti memilih bagai. Bawah ni gamba contoh....cambese saya cakap ikotlah nina oi asal selesa. Hahahha.Tak membantu sangat kan? Sebab tu mak tak suke bawak saya teman beli kain ke ape ke...




Memandangkan sekarang fasa 33 minggu ni saya dah mula jadi samgat tak larat, oversize penguin, bila baring cam dugong ...memang haru biru. Kalau dah baring tu ya Allah takotnya nak bangun sebab sakit teramat sangat kadang leh rasa tulang pelvic melonggar. Itu kot dikatakan body changes nak prepare laluan baby. Sakit weiiii.

Saya punya fobia nak baring tu sampai tahap tido duduk je... And tido tido ayam kekadang. At least dari duduk ke bangun tak seperot baring ke duduk. Tatau nak gambarkan camna. Meleleh kot airmata kadang...dan bila dah baring nak kalih kiri ke kanan pon azabedah ya Allah.

Kaki da mula bengkak kembang. Kadang extreme kadang light light so bila jadi camni kene stretch skit cam gamba kat bawah ni ha..ada ibu mengandung lain share. Huhuhu

Hiiyahhh



Kalau gi kedai ke mana ke semua dok pandang risau and tanya tunggu hari ke ape ke...yela leh bayang horrendous kebesaran size perot. Stretchmark kulit pecah meregang pon di level tertinggi.

Takpe ....takpe. Bilamana saya rasa tak tertahan, saya akan ingat pesanan kak nurul, anggap Allah hapuskan dosa bagi setiap kesakitan itu. Saya redha. Huhu.


  • Ni da kire makin dekat da ni so tak hairan la makin dasyat sakitnya... Pasni nak settle final checkup kt kk and bsp sebelum balek kampung dan prepare one last checkup sebelum dapat tarikh serah diri.


Asalkan takyah gi hospital seremban dah. Bukan taknak or tak suka tapi jarak dan duit minyak tol lagi huhuhu.

Doakan saya.. nanti saya update lagi. Heee


Friday, 23 November 2018

[ Pregnancy Journey ] Cikna dan ciksyud

Salam ♥

Aritu ( tak ingat dah bulan berapa ntah). berpakat la gi Palam junpa cikna melons... time tu kire 5bulan lagi kot pun da se'eh perut ni. Cikna dan kawannya Ciksyud bawaklah saya ke GM Klang...gitew.

Tinjau barang baby la kekdahnya. hahaha walaupun memasing fulus huphuphup. Tak apolah at least depa as student cam lebih kayo dari ai. hahaha.

Pastu hasil tangkapan cikna plus ciksyud depa is cam gambar ni. Comel yakmat wehhh. Alahaiiii tak sabar letew nak jumpa kembar ni. Time ni masih konpiden lagi sepasang tapi kalau skarang dah tatau nak cakap gender apa..lain doktor lain scanner lain pule katanya. Pulak tu ada banyak orang citer dah tak heran dah scan boy kua girl or scan girl boy.

Ummi redha anak anakku. Asalkan korang sihat.

Alololo


Tapi most of the time memang depa dua je jalan ronda pusong satu bangunan. Saya lek lek lepak depan kedai baju budak ni siap menyembang ngan staff tu.

Rupanya dia pon pernah pregnantkan anak kembar and da umo 14 tahun dah...dua dua jadi anak dara dah.

Tu rupanya takdir Allah susun. Pergi sana and diketemukan dengan akak tu so banyak la perbualan kami. Best dengar kisah dia... dia bersalin time 28weeks sebab perut dia dah terlalu padat katanyam Mmeang badan dia sangat kurus kecil orangnya.  Sampai skang nampak cam anak dara lagi. uhukkkk.

muhasabah diri sebab saya ni size triple dia.



Pastu nak dijadikan cerita, punya banyak boraknya tak perasan dok GM je dah 4jam ya ampun....... 

Perempuan kan. 

Masalahnya perempuan perempuan yang ajak saya gi tu gigih sangat pusing last last barang depa sendiri pon banyak kah kah... eiii anak muda. 😂

Apapun, betui gak....pada sesiapa yang peknen tu takde masalah nak prepare barang awal skit....prepare je sikit demi sikit. Ada je taboo melayu cakap tak elok la nanti nasib malang la. adeii.

Kalau semua prepare last minit matilanak. 


cuteeeeeee


So, all da best shopping ! Tapi jangan over. 

Friday, 19 October 2018

[ Pregnancy Journey ] Carpal Tunnel Syndrome

Salam alayk...

Dah lama pula tak bersiaran disini.... banyak skit perkara yang berlaku lately.
So korang semua apa khabar??

Pregnancy saya dah masuk minggu ke 26 dan sakitnye lahai badan saya.. bangun dari baring itu sungguh menduga... akan tetapi saya masih perlu buat kuih lidah buaya untuk cari skit duit tepi. Ni lah cabaran untuk mencari duit lebih. Saya nak buat all out tapi badan tak berapa kuat.

Ni kalau nak baca tentang Carpal Tunnel Syndrome.

Klik SINI ( CARPAL TUNNEL SYNDROME )

Saya cuba takat mampu. Sakit sangat bila kita mule kene Carpal Tunnel Syndrome. Sakit di pergelangan tangan seolah kesan terpelecok tapi tidak. Pergerakan tangan jadi terbatas sebab sakit cam tulang lari lari tu ha. Allah....ujian sungguh.

Saya cuba buat takat mampu makanya tadaaaa ~~

Allah beri kekuatan. ♥



Kiranya, setiap ujian itu tak sama kan. Awal pregnancy dulu lagi lah....Allah kurangkan mual dan beri sakit badan skit tapi saya mampu buat banyak juga tempahan lidah buaya... Allah uji takat mampu, alhamdulillah.

Nanti next entry saya sambung bebel lagi eh. Tangan saya sakit :'(



Doakan saya.

Sunday, 9 September 2018

[ Pregnancy Journey ] Tough 1st and 2nd trimester

Assalamualaikum semua...

Salam cuti PH arini kepada yang kije normal hours sebab arini 10th Sept 2018 adalah public holiday.

Jalan raya sunyi takda keta dan budak sekolah serta acik juai nasi lemak semua bercuti sekali hmmmmmmm.

Lemau gak tapi kene gigih


Meh la sambung pasal prgnany journey saya. Seelah disahkan kembar maka saya pun macam ibu ibu lain lah mule la bersahabat baik dengan pakcik google dan search itu ini demi kelansungan knowledge pregnancy lah kononnya. Melalui pembacaan saya, kebanyakan twincy mommy alami heavy sickness tapi alhamdulillah saya tak alami semua tu tap8 Allah maha adil. Semua orang tetap dapat bahagiannya.

Saya alami heavy bodyache kadang rasa badan ni menua cepat dari usia. Kadang sampai tahap saya rasa kalo briskwalk lawan Tun M, saya kalah. Dia lagi laju .huh.

Sila dok cemni dan enjoy baca 😂


Meh saya kongsi sket ape sakit sakit yang saya alami selali week by week cam melons dua ketoi ni kasi saya sikit demi sikit idok skaligus takot mommy dia menggelupo serik kot. Still, sakit berperingkat juga sakit ya. Takleh bayang kalau contraction nanti, Allah.

Antara sakitnya :

1. Sakit bawah round ligament perot
-> huiii nangis nak bangun duduk susah kadang nak gerak sandar kat dinding cam orang baru pas bersunat lak rasenye woi. Sakit sungguh cam perut tu roboh je. Nyeri bagai fuh.

2. Sakit di celah peha dan miss v
-> ni azabedah jugak sebab cam sengal nyeri cam bantut perjalanan dan pergerakan seolah saya baru selesai buat marathon 40km disertai extreme yoga stretching. Cenggitu la kot sakitnye.

3. Pening kepala 
-> ni standard la kan sebab dari awal pregnancy aritu rasa cuma dia datang berkala....ada masa bile sakit badan kurang sakit kepala pula menyerang. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?  💆

4. Gusi berdarah
-> Out of nowhere gusi leh  berdarah cam ya Allah can you imagine rasa Mulot seolah ditumbuk oleh samseng dalam KL Gangster sampai meleleh darah. Fuh saba...nak gosok gigi kene selembut sutera bayu nan kalbu. Kemon, hilang gangster saye. 🕵💁

5. Rambut gugur
-> Ini bukanlah kot sama level bodyache tapi ibarat sama la sebab mendatang sakit hati yang amat sangat tengok rambut memanjang gugur.. saya rasa cita cita nak ramBut secantik anzalna luntur sama sekali. Yela dok baca kat pacik google kalau pregnant rambut makin berkilauan ini kulit kepala je makin bersinar apa cita?

6. Sakit rusuk kiri
-> Tatau nak banding hat ni ka hat round ligament pain yang lebih sakit sebab yang ni dia cam sakit cucuk nak letop area rusuk kiri bawah breast tu ya Allah kadang leleh leleh airmata dek menahan...terus takleh wat ape nak baring sakit duduk sakit berdiri sakit sampai peluh denyut. Abes takkan nak terbang?? Sakit tu tak tipu wo....sakit sungguh tapi saya tahu, contraction nanti way way way more painful ...camna nak hadappp 😭😭😭😭

7. Breakout terok kulit
-> Again, kita dijanjikan pregnant akan glowing bak fazura ini tidak, terbalik. Makin naik lak jerawat kecik bintik bintat dan kulit kasar malah terbakar. Punah harapan nak glowing cam Fazura. Huuuuu

8. Muntah dan kurang selera
-> Opkos ni sinonim sangat ngan memana ibu mengandung cuma level saya adalah minor. Bukan medium extreme atau sebagainya cam orang lain which is saya syukur tapi tula bila tak lalu makan berat statik and makin turun skit skit maka kene bebel la ngan doktor. Ibu sekalian, walau losing weight tu best tapi bila pregnant takyah gatal nak losing weight sangat. Kene bebel berjam jam oleh nutritionist kang. Tapi jangan la seminggu naik 5kg. Cari pasai tu. Untuk twins cam saya, patut naik 700gm per week. Kalai singleton mommy patut 500gm. Ni ikot apa pakar tu cakap .

9. Mengada
-> Ini sesuatu yang mendatangkan sakit hati untuk suami so taknak komen lelebih nanti suami baca dia angguk 100 kali setuju. Lalalala.

10. Kerap kencing
-> Saya dapat tahu ada ibu yang kene UTI...kencing kotor. Tu lagi sakit. Allahu....saya alhamdulillah tak kene cuma kerap gak kencing sebab one of melons dok sebelah pundi kencing. Dalam banyak tempat situ peberet dia.

11. HB low
-> Saya memulakan pregnancy journey dengan bacaan hb yang ok la gak 11.3 somehow bulan demi bulan makin drop. Latest 10.4 dan saya telah disekolahkan nurse sebab yela pregnant twins ni kene double. Hb drop kalau single baby pon bahaya apatah lagi kalau double baby. Kene cermaha weii ..nurse suh kunyah ikan bilis depan tv wuuuu 😢

12. Diabetes (GDM)
-> Alkisahnya sangkot weh saya punya bacaan air gula aritu maka bermulalah hidup dengan repeat BSP setiap dua minggu 4x sehari.. kalau la klinik bawah rumah ni je. Stress tau...serius stress. Kesian melons sbb memacam hal la mommy dorang ni.

13. Cirit vs sembelit.
->Ni bebetoi awal awal dulu je kene.. kalo tak cirit, sembelit. Stresss tau. Alhamdulillah skang da ok.

14. Sindrom suke survey barang baby 😅
-> Ni pon leh jadi punca suami sakit kepala dan badan..  hahahaha sorry. Tengok je tak beli. ..


Tu antaranya lah. Saya pun baru masuk 20weeks so ada lagi halfway through. Wallahualam tak tahu apa Allah sedia in future. Moga kuatlah hendaknya.

Ujian mengandung setiap ibu ni lelain...kene tabah dan suami sokonglah isteri. Sakit tau pregnant ni. Ingatkan smooth je cam dalam tv hohoho.

And alhamdulillah juga babies melon saya dah start moving and sedu and soft kicking dalam perot. Happynye !)


Til we meet again. Eceh. 😘

Sunday, 19 August 2018

[ Pregnancy journey ] Magical first trimester

Assalamualaikum semua..

Meh sambung topik pregancy journey ni and percayalah hingga kini tak caya lagi saya dah menulis camni based on pengalaman sendiri untuk dikongsi.

Saya ni jenis nak terima adjustment life susah. Nak terima hakikat dah kahwin pun take time lama.



Alhamdulillah even berada dalam state of denial tu lama tapi last week saya scan doktor hospital seremban dan dapat dengar degup jantung. Betuilah ada babies dua ketoi dalam badan.

Permulaan pregnancy saya adalah ketika Ramadhan. Waktu tu baru sedae dah sebulan mengandung. Kita nya punya telan zero coke lah ape lah sebab tak tahu kan.

Waktu saya cek tu adalah jam 3pagi san mamai mamai. Cek nampak dua line tapi cam rilek je kejut husband. Dia dua kali ganda mamai hahahahahahhaha.

Anjak ke masa sahur saya ulang semula baru dia surprise dan terkejut...pastu terus ajak gi klinik pagi satgi. Mujur dia tengah offday.

Bermulalah journey menapak dan menunggu di klinik gov. First fasa adalah confirmation pregnancy oleh doktor dibahagian pesakit luar. Dah confirm, dia suruh naik ke unit ibu dan anak pastu appointment dengan nurse bidan. Nurse tulah akan bersama kita sampai bersalin.

Dia bagi appointment lepas raya untuk buka buku pink dan seminggu lepas tu scan doktor klinik.




Fast forward~~


Waktu scan kat doktor lah satu miracle terjadi...Time menunggu, selalu dok sebut baby dalam ni ada dua ni kembar ni..saje je berseloroh dan nyakat nyakat husband,. Sebab memang habit suke tengok kembar.

Waktu scan tu doktor suddenly cakap camni.

Doktor : Eh kembar

Saya : Takkan lah

Doktor : Iye awak...tengok ni ( dia suruh husband tengok skali sambil kire kantung )

Saya : Uish...susahnye nak caya

Doktor : Hmm.. tak caya lak.Jap saya panggil kawan saya. ( Dia panggil next doktor )

Doktor kedua : Oh kembar...harini da dua ibu scan kembar. Tahniah

Saya akhirnya percaya la gak even mash tak caya. Kang kene libas dek doktor gune stetoskop lak. Hahahhaa. Suami cam biasa, blank lagi terok.

Time balik tu, memasing masih terkejut tapi share lah goodnews kat family. Double joy, double fun, double rezeki. Alhamdulillah.

Maka saya pun laluilah first three month dengan pelbagai karenah. Takde alahan terok tapi skali skala muntah la gak, pastu pening memanjang dan ada satu time tu ada sengal skit badan. Ada timing cirit Birit , makan tak lalu. Lapa tapi tak lalu makan. Minum pun rasa nak muntah. Huhuuu.


Tabah jelah..sekurangnya mampu bergerak lagi sebab alahan kurang so boleh la buat kuih untuk juai cari duit tambahan...thank u melons ( panggilan untuk dua baby saye heee ).

Alhamdulillah syukur ya Allah.

Monday, 6 August 2018

[ Pregnancy Journey ] The beginning

Salam alayk~

Saya rasa nak catit skit sebanyak pregnancy journey dalam blog ni. Sebab niat nak kongsi dan juga sebab bila saya dapat tahu saya pregnant benda pertama saya gigih taip di google adalah blog pengalaman ibu mengandung.

Sindrom mak mak sangat kannnnnn.

So dengan adanya blog versi saya kisah saya dan cara saya, ne tau in future orang lain pulak google dan terjumpa dan baca dan excited sesama. Eheheh
Perlu diingatkan saya masih dalam ongoing journey sehingga ke tarikh 6th August 2018 ni dan baru menginjak ke 15 weeks.

Perjalanan masih jauh dan saya tak tahu apa Allah sediakan untuk saya... Semoga baik hendaknya dan semoga dipermudahkan.

Memandang ni first part...so tak start mana lagi lah citenye tau...saja panas enjin dulu. Ehhehehe.


Doakan saya gaisss 🌼


Pelan pelan kayuh
Pelan pelan taip
Pelan pelan baca naa.. 👼



Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...