Showing posts with label bride to be. Show all posts
Showing posts with label bride to be. Show all posts

Thursday, 5 October 2023

Mahu pergi Korea?

 Salam semua..


Ha sebelum pape meh saya tepek dulu gambo tujuan post ini dibuat.





Now Korea dah masuk fasa Autumn in my heart setelah berlalunya Summer Scent yang panas berderung tu. Tak lama lagi Winter Sonata gais.


So sesiapa yang nak gi Korea tapi cuak cuak ubi sebab takut gugup gusar dan sebagainya, boleh amek pakej ni. All included ye brother sister. Siap dapat extra itu ini. Apa lagi siska mahu dong 😌😌😌😌😌


Boleh refer gambar itu saudara saudari... Boleh leave comment juga if nak tanya. Cepat cepat ya nanti melepas. 


Sunday, 1 April 2018

VEIL BY KARA QAI VENTURES

Salam alayk ♥

Ape benda yang selalunya bakal bakal pengantin perempuan letak antara kewajipan dalam aksesori busana raja sehari? sebagai pelengkap. Kalau takde cam tak pengantin sangat nanti rupa dia. Eheheh.




Jeng Jeng... opkos la veil. Kalau ditanya diri saya ini, berdasarkan pengalaman saya , saya cam tak kisah baju janji veil kene cantik. ehehe.

Ntahlah...sebab zaman skang baju meletop kadang pengapit pun kategori letop gak tapi Bila sebut veil, hanya pengantin je akan pakai. Betul tak? Pastu veil pulak enhance rupa cam princess gitewww.


Dan ada yang jenis suka buat sendiri tapi ada yang suka beli or sewa. Terpulang. Kepada anda yang suka veil dan ingin buat veil ni kenangan , mesti lah nak kene beli kan. Dimana nak beli?

Banyak je option veil seller tapi ada satu seller ni, veil dia memang cantik. Saya guna veil dia untuk akad nikah dan photoshoot lepas sanding tau. Lawa dan detail dia mantop.

KARA QAI VENTURES ♥



Kelebihan Kara Qai ni, anda boleh request custom nak acamne. Labuh ke pendek ke liplap ke terpusing ke, tak kisah. Boleh dirunding.

Lepas tu harga dia memang power.Tak mahal dan mampu milik lah kan untuk design sedetail dan teliti itu.



Cantik tau design Kara Qai ni. Jenama mereka makin berkembang dan pertambahan pelanggan membuktikan yang hasil kerja optimum la kan. Customer kan selalu inginkan yang terbaik.

Tak kisah mana lokasi awak awak semua, Kara Qai Boleh pos orait.




Cantik sangat aishhh...bile ditenung rasa nak kahwin balik pakai veil Kara Qai ni. ish ish ish.

Saya tau, bile nak kahwin ni bajet la selalu jadi isu utama kan? dont worry sepanjang saya follow instagram mereka, Kara Qai selalu sangat buat promosi yang bukan sikit tapi kebabom lah potongan harga. InsyaAllah puas hati. Berbaloi.

Anda boleh follow melalui :

INSTAGRAM

FACEBOOK

Ataupun hubungi mereka di 01111196255

Silalah ke instagram dan facebook mereka untuk melihat lebih banyak pilihan design corak.

To all bride to be,

Jangan khuatir. Settle satu persatu. Biasalah nak kahwin ni urusan cam pecah dunia dibuatnya. Bajet tinggi atau rendah, berjimatlah dan berbelanjalah dengan hemah.


InsyaAllah keredhaan Allah yang kita nak.

Thursday, 19 October 2017

[ Bride to be ] Oh penat

Salam...

Tarikh wedding dah semakin hampir. 9 days tick tock tick tock gitu bunyinya. Kat kepala ni dah macam ladang zombie petik buah je Kecamuk abes.

Cambese bila nak cari tempat merembes airmata dan jujuk jujuk nasihat dan comfort hugs walau secara virtual, saya akan cari Aten dan Jojoe.

Tanpa kata kata manis lemak bak lepat ubi pasar malam ahad Taman Gelora, saya pasti rebah. Eceh..


Aten dan Iwo ( Germany guy)

Aten dan Jojoe, dua dua dah selamat menjadi isteri orang. Jojoe kahwin dulu, beberapa tahun later Aten pulak...pastu next week saya lak.

Jojoe pejam mate 😂


Huk !!!!!

Minggu depan wehh... status akan bertukar. Nebes tak? Sehingga sekarang masih tak berapa nebes pun. Serabut ada. Kepala cam ladang zombie kan.. leh bayang kan zombie walking dead punya aura kusam kelam kelabu... very leweh lah. 😂

Entah lah... benda yang tak patut ada jadi ada dalam kepala memang lah serabut. Sendiri cari serabut. Kesian mak abah dan adik semua serabut sekali..Banyak persiapan saya mereka yang buat.

Ibarat saya lepas tangan....so anak dara sekalian jangan jadi cam saya ye.

Hati ni mula dah bolak balik...kus semangat saiton sedang asyik berzumba menghasut untuk rosakkan majlis, batalkan niat apa semua. Hebat ye hebat.

Pastu banyak lagi dugaan lain wallahi kalau saya senarai rasa nak jelepuk teruih. Dugaan nak mendirikan rumahtangga tu sungguh tak tipu teruk.

Sungguh,
Saya penat.

Tuesday, 12 September 2017

[ BRIDE TO BE ] Dugaan nak kahwin

Assalamualaikum wahai pembaca tercinta.
Yang lawa yang comel yamg cantik yang kacak.

Fuh bodek level gunung kinabalu. Tapi ai ikhlas tau mengucapkan thank you. Kesudian awak semua click dan baca sudah cukup menyejukkan hati yang lara.

I love you all. Thank you.

Oh ya sapa sini yang dah kahwin angkat tangan? Or sedang bertunang angkat tangan? Memang dasyat bebeno eh  dugaan nak kahwin ni. Betui la kata orang orang tua ( orang tua mana satu pun tatau lah ) bahawasanya  level darah manis yang menggelegak panaih ni mmg extreme sket. Kalau dugaan tak datang hala sini...dia datang hala sinun. Tak datang belah atas...dia mai belah bawah. Asal boleh sejuta cabang penjuru dia mai.

Korang apa je cabaran?
meh la share skit kat ruangan komen....Saya suka dengar alkisah alkisah riwayat hidup orang. Saya ada kawan yang kire akrab and antaranya is prof zila. Dia bukan prof sbenar. hahaha takpe nanti sy nak wat entry khusus pasal kak prof kita.

Zila selalu je share alkisah dia zaman tunang dan kawen dulu...and papehal dia orang pertama letak tangan kat bahu dan suruh saya bersabaq and selamba badak sumbu je tempelak saya if saya wat pape salah.  If saya naik hantu, dia jerit Allahuakbar...if saya ego, dia cubit. Ha camtulah.

Katanya memang bertunang ni datang dari beribu cabang. Kejap dari manusia ketiga..kejap keluarga...kejap diri sendiri...kejap pasangan pula...kekadang dari akaun bank yang sedia ada. Pokok pangkalnya memang saiton takkan berdiam diri la bila anak Adam dan umat Muhammad nak kahwin..Depa panaih la wehhhh...

So kita jangan mudah panaih seperti depa..
Prof zila selalu suruh sabar sabar sabar. Katanya kalau tempoh tunang pun hangpa takleh sabaq lagu mana nak kahwin...dah pi dok gua sesorang jd lone ranger. Kawan ngan semut. hahahahaha.

Dia punya pengalaman tunang dulu meruntun juga...itu ini nak kene faiyaaaah nak kene itu ini bagai...kus semangat. Terduduk juga.


Korang cemana??

cecite cecite... 😅😅😅😅

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...