Saturday 30 June 2018

Open house

Assalamualaikum salam sabtu rakan rakan sekalian~

Buat apa tu sabtu nan permai ni?
Ada yang kerja normal hours maka mesti sedang beriadah dan berehat kan kan?
Ada pula yang kerja shift seperti suami saya maka sedang terbongkang kepenatan sebab baru balik kerja malam. Kesian dia.

Apapun kerja anda, semua pun hebat. Ada susah senang dan yang penting demi mencari rezeki kerana Allah.

Oh ya... dah masuk syawal ke-16 kan? Oh no.... sedihnya masih tak berpeluang merasa rumah terbuka sedih sedih saya paling suka open house nak makan sedap huaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ade je kawan yang buat tapi malangnya bukan takat luar daerah malah luar negeri. Nasiblah bukan luar negara.

Rasa tahun ni la raya paling sikit merasa makanan raya wuuuuu. Sedeh~

merenung ajelah



Semoga ada lagi bertemu syawal akan datang dan paling penting puasa... mana tahu tahun depan insyaAllah rezeki baby boleh dapat jemputan open house buahahahaa.... obses makanan cenggini la haaa

Thursday 28 June 2018

[ RESEPI ] Mee hailam simple

Assalamualaikum semua...

Sempena jumaat nan mulia ni saya bercadang untuk kongsi resepi ringkas buat mee hailam.

Banyak cara nak buat mee hailam tapi kalau ikut saya semua asal boleh campak campak godek apa ada dalam dapur. Hehe.




RESEPI MEE HAILAM


Bahan :

Mee kuning sepaket
4 sudu Cili kisar ( nak lebih takpe )
4 ulas Bawang putih ( kisar )
1 biji bawang besar ( kisar )
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Air
Minyak
Bancuhan tepung jagung
Sayur ( boleh letak karot, Bunga kobis dan sawi )
Fishcake fishball
Isi ayam


Cara Cara :

1. Panaskan minyak dalam beberapa sudu daam kuali ( jangan banyak sangat tau ) dan tumis bawang putih besar yang dikisar. Lepas dah naik bau masukkan cili kering dan tumis sampai pecah minyak

2. Masukkan lah isi ayam dan fishcake tu sampai masa skit baru letak air. Dia jadi macam sup tapi jangan lupa anggarkan dengan jumlah mee kuning awak

3. Tuang lah dalam sesudu kicap pekat, beberapa sudu kicapmanis, sos cilidua sudu, sos tomato sesudu dan garam gula perasa sikit. Boleh rasa samada cukup tak ikut lidah masing masing.

4. Dah gelegak masukkan sayur dan mee. Masak seketika baru tuang bancuan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau dan jangan tinggal takot over pekat karang.


5. Dah agak pekat sikit boleh tutup api dan hidang.



Ps : Saya ni bab measurement failed...maafkan saya. Sebab saya jenis agak agak.

Selamat mencuba ♥

Friday 22 June 2018

Kenangan raya anak navy

Salam alayk...

Hai semua... watpe tu. Slama jumaat Amacam raya memasing best tak?
Saya tahun ni raya dalam keadaan rush sebab kejap sangat di Kuantan pastu pecut disegamat pun tak lama sangat kire terus balek Nilai. Di Nilai lepak Kuala Langat lak dok umah kakak ipar sehari.

Serba sehari lah.

Teringat zaman kecik waktu dok kat kuarters tentera laut kat Labuan dulu bestnya golongan cam kami yang tak dapat balek semenanjung nak beraya. Yela kan bukam semua dapat balik every year.

Rutin pepagi time tu adalah beraya di markas kem mawilla dengab panglima dan semua anggota navy yang tak balik raya juga. Best tau...best sangat sangat.

Puas hati lah dapat makan lemang, ketupat, rendang kuah kacang dan ayam merah.. Semua airtangan rewang anggota navy.

Besttttttttt.

Bila da nak balek, beratur la kami budak kecik depan panglima nak amek duit raya. Ahahaha.

Biasanya pas solat raya dalam jam 0830 camtu semua berderak la pergi kem mawilla. Yela Labuan kan subuh awal so solat raya awal. Kadang kami solat raya kat kem je. Sonang.

Pas raya di kem balek taman semula dan beraya umah jiran lak...Satu taman pusing ok. Syok sebab setiap rumah pelbagai juadah bukan sekadar ketupat lemang je.

Ada yang buat nasi tomato... ada nasi ayam... ada wat laksa...ada wat bihun sup. Pendek kata ikut latar belakang memasing lah... pelbagai budaya kenegerian dan variasi juadah. Tu yang syok.

Sebab tu start balik Smeenanjung sebelum abah pencek, rasa ralat bila kat semenanjung mostly memang ketuoat kuah kacang lemang rendang. Eheh. 

Tu untuk warga navy la warga airforce dan army tak sure. Depa wat kat kem depa la kot.


Sapa kat sini pernah jadi anak angkatan tentera dan stay di Sabah sarawak... meh lah share cite korang.


Selamat Hari Raya !!

Raya plus world cup lah pulak. 

Tuesday 19 June 2018

Cerai secara hakam

Salam alayk...

Saya ingin berkongsi hasil tulisan Da'i Wan. Seratus peratus dari beliau saya hanya berkongsi kerana saya fikir, kita kaum wanita khususnya masih ramai kurang arif tentang hak kita.

Walaupun suami punya kuasa veto, kita punya keadilan agama menerusi hakam.

Jangan jadikan anak punca untum stay dalam perkahwinan yang hilang keikhlasan dan seksaan dunia. Awak punya hak untuk bahagia.

Petikannya seperti ini.

Cerai 'Hakam'?

Pernah kalian dengar tentang cerai secara 'Hakam'?

Ini bukan fasakh, bukan taklik, bukan lagi khulu' (Tebus talak). Walaupun semua ini adalah 'Hak' isteri untuk digunakan dalam mahkamah terhadap suami bila nak tuntut cerai. Tetapi cerai secara 'Hakam' nampaknya lebih berkuasa dari kesemua itu.

Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) menjadi pelaksana yang pertama penceraian secara 'Hakam' dari enakmen undang2 keluarga Islam Selangor.

Kerana proses Fasakh, taklik, khulu' sangat memerlukan masa dan prosedur yang lama, dan kes penceraian pula berlaku satu setiap 13 minit dalam Malaysia kini secara puratanya.

Sehingga menjadi lambakan kes penceraian, buat saya risau tentang makna sebenar sebuah 'Perkahwinan' yang beransur pudar hari ini dalam hati yang berpasangan, khususnya pasangan muda yang baru berkahwin. Yang masih muda dengan ujian diawal tahun perkahwinan.

Kaedah 'Hakam' ini, isteri boleh minta cerai melalui kuasa mahkamah bila suami tak nak ceraikannya, suami tak datang mahkamah, tak nak ikut prosedur mahkamah, meskipun suami tiada cacat cela, boleh lengkapkan nafkah zahir juga batin, tetapi jika si isteri tetap tak redha lagi, tak menyukai lagi, dah tawar hati dengan si suami. Antaranya kerana dia telah berpoligami tanpa persetujuan isteri pertama, tiada persefahaman, tiada lagi perhubungan yang baik, tak rasa bahagia lansung, tak rasa kasih sayang lagi dari si suami, tiada lagi komunikasi yang baik, banyak berahsia, dan tidak adil dalam berpoligami. 

Maka dengan alasan semua ini, mahkamah akan benarkan 'Penceraian' diteruskan juga.

Inilah namanya cerai 'Hakam',

Maksu saya sebagai wanita, dia nyatakan pada saya. Ada 2 perkara yang dia risaukan dengan cerai 'Hakam' ini.

1. Sungguh, ia amat membantu sebenarnya untuk selesaikan hubungan rumah tangga yang berantakan. Bantu kurangkan lambakan penceraian yang setiap 13 minit itu.

2. Tetapi sangat bahaya jika wanita salah guna cerai 'Hakam' ini kerana wanita selalu dan terlalu awal bertindak membuta tuli demi 'Emosi'.

Boleh jadi mimpi ngeri buat suami diluar sana, jika isterinya gunakan cerai 'Hakam'.

Walaupun suami ada alasan untuk 'Counter', Jais akan tempatkan pasangan dalam Jawatan kuasa pendamai terlebih dahulu, wakil pula akan dihantar untuk cari jalan penyelesaian, jika masih terus Syiqaq (Perkelahian), mahkamah akan nasihat suami, lafazkan talak 1.

Jika suami tak mahu, maka 'Hakam' yang akan bertindak.

Peringkat 1:

Hakam cuma bagi kata putus tentang keadaan rumah tangga pasangan suami isteri itu

Peringkat 2:

Hakam dilantik mahkamah syariah untuk menceraikan juga dan ia sah disisi undang-undang.

Disini tamatlah 'Kuasa mutlak untuk menceraikan' dari seorang suami akhirnya. Tiada lagi kuasa veto dari seorang suami. Jika suami tidak berlaku adil, tidak tunaikan tanggung jawab, tidak jujur, tidak jaga hubungan.

Si isteri telah berkuasa dengan naungan mahkamah syariah untuk laksanakan yang namanya cerai secara "Hakam".

Simpan nota saya ini. Ia nota pengetahuan yang sangat penting bagi lelaki yang tidak beratkan 'Tanggung jawab' dalam hidupnya. Kepada perempuan, ini pula hak istimewa kamu. Jaga, disimpan dan diguna bila perlu, iaitulah bila hati telah terlalu 'Terluka' sehingga tidak nampak lagi jalan bagaimana nak sembuhkannya.

Yang benar, Da'i Wan.

Wednesday 6 June 2018

Pecutan terakhir Ramadhan

Alhamdulillah pejam Celik kita dah masuk fasa terakhir Ramadhan dan sedihnya lahai.

Cam baru je menjengah bulan mulia dah bulan mulia hampir tinggalkan kita. Banyak suka duka berlaku sepanjang bulan tercinta ni.

Moga Allah berkati kita semua ya sayang sayang sekalian.


Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...