Showing posts with label traveloka. Show all posts
Showing posts with label traveloka. Show all posts

Friday, 16 August 2019

Travel sendiri ke nak amek agent eh?

Assalamualaikum.

Sapa suka travel angkat tangan 🙆🙆🙆
Saye suke....dan saya tahu anda suka jugak.
Rasanya kebanyakan kite suka travel walaupun pelbagai reason lah nk travel tu. Ada orang sebab suka foodhunt, ada yang sebab nak aim shopping item tertentu ( biasanya yang ni suka gi Bandung dan Saigon sebab muroh ), ada yang sesaja leisure, ada yang sebab melawat saudara mara or kawan dan pelbagai lagi lah.... Ada yang travel sebab suke suke.





Apa saja reason korang, kalau dah nama travel tu mesti kepala ligat pikir nak nak kalau nak gi ke negara orang yang mana segala benda sungguh asing lah dimata. Kalau takat nak pi travel Penang ke Jb ke toksahbla kalut sangat memikior sampai jem urat saraf. Kalau sesat pon pusing je sure jumpa. Kalau blank sangat rajinkan je mulut tanya orang sekeliling. Bahasa yang sama kan?



Melainkan anda pergi oversea, over the sea or luar negara lah senang cerita. Paling dekat kalau gi Thailand la....kot sesat sana mau terkujat kujat sejenak pastu adrenalin meningkat dan berpeluh sakan sebab panik. Cenggitu efeknye. Sebab disana penggunaan bahasa lain, tulisan pun lain hangpa tonggeng terbalek pun takkan paham punya huruf berbelit Thai. Itu contoh....



Selalu bila saya pergi Korea ( sebab saya ni sakan korea sket, harap maklum ), orang selalu tanya few soalan basic.

"Ada kenal orang sana ke?"
"Tak susah ke sana?"
"Amek guide ehhhh "
"Berapa pakej?"

Haaa pasal guide ngan pakej tu memang jenuh la nak menjawab. Tapi sejujurnya saya selalunya prefer pergi sendiri tanpa guide TETAPI saya tetap beranggapan tak semua tempat pun best sendiri unless kite ni jiwa kental separuh ati nyawa kamikaze huk yahuk yahuk baru la extreme ....



Korea memang saya tak gune guide sebab saya dah pergi few times and boleh la basic berbahasa hangul dan baca tulisan depa plus minat and ada preference sendiri kalau gi tapi saya pernah gak cuti dengan guide di destinasi lain cam Saigon. Haaa yang Saigon ni saya pernah rasa sekali tanpda guide sekali with guide. So boleh la buat bandingan. Pro and kon itu banyak tapi untuk Saigon sejujurnya saya rasa lagi better amek guide. Heheh.



Sebab kalau nak gi sendiri tu cam payah la nak susun itinerary pi redah sungai mekong ke ape ke. Ada certain benda memang lagi osem and baguih kalau ada guide. Plus depa lebih tahu hidden gems ( bodek ah skit suh bawak non-touristy place ) and bab kenen harga pun leh pujuk depa and paling penting bab makan sebab bagi saya Saigon ni jenuh bab makanan. Ada tu ada tapi priceyyyy sebab memang Malaysian akan tuju situ kan.



Untuk sesetengah percutian....saya sendiri prefer guide supaya kita sonang. Ringan kepala dan sediakan wang je. Pastu banyak je travel agency yang Boleh dipilih so tinggal korang buat timbang tara je mana yang helokkkkk ikut preference korang. Contohnya time pergi ke Saigon dua tahun lepas sebab bawak mak abah dan kawan saya Nora juga bawak arwah ma dia. Kami ambil guide nama Soleh ( ke ape tah lebeh kurang lah nama dia ) dan dia amek kami kat airport, bawak ke hotel, bawak ke lubuk telekung dan jubah pastu malam skit kitorg jalan sendiri... yela dok area Benh Tahn gak.

Esoknya Soleh bawak ke sungai mekong and makan kari ikan merah kat sebuah kedai ni ...untuk anta balek airport jugak. Tak lah terlalu fully guide tapi dalam 70% gak dan ianya membantu. Tak hassle lah kan terus ada tempat dituju. Plus, kalau nak gi Mekong tu memang bercinta la kalau self guide. Memang idok la pergi.

saigon

mekong

Soleh yang paling kacak tu ha 😂

s
Our crews in saigon



Saya pernah pergi Saigon sendiri sendiri tapi in smaller group takde makpak time tu. So segala benda depends keadaan.


If pergi tempat macam Aussie ke Korea ke, saya prefer sendirian berhad aje. Antaranya reason yang buat saya suka sendiri je :

1. Masa tak la terikat sangat. Sukati je.

2. Jimat heheh

3. Extra pengalaman sebab struggle

4. Best!!!

5. Kompem leh repeat dengan penuh keyakinan sebab dah belajo.




Tu je. Ahahaha strong tak strong tak reasoning tu?

Pendek kata, tepuk poket tepuk dada tepuk keyakinan dan jalannnnnnn aja.

Thanks sudi baca.


Friday, 30 March 2018

OH MALI MALI TRAVELOKA



“Laksa ikan sekoq”
 “Syurga periuk dan pinggan mangkuk”
“Destinasi romantik”


Wow tagline dialog ini… Di mana ya?


yeke tatau


Dalam setahun kita ada pelbagai tarikh cuti sekolah dan pastinya sebagai ibu bapa khususnya, anak anak akan ajak pergi kesana kemari. Tak lupa juga para student zaman sekarang. Pendek kata zaman sudah berubah. Kemain ye memasing.


Selalunya untuk short trip kadangkala tak perlu lah sampai keluar negara. Negara kita sendiri mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati. Pilih saja nak yang macam mana. Hutan? Air terjun? Theme Park? Perkampungan? Bandar bersejarah? Pulau pulau dan pepantai? Ah sebut saje.


Berbalik kepada tagline dialog diatas tu. Mesti dah boleh agak kan dimana tempatnya? Sudah tentulah Langkawi. Pandai semua. Memang ni destinasi pilihan ramai terutama family. Mak saya sendiri suka sangat lah nak pergi sini. Dan sebagai tempat pilihan ramai untuk bercuti sudah tentu pelbagai pilihan penginapan yang tersedia.


Sebut apa saja niche personal kita, Langkawi pasti boleh memenuhinya. Sebut pasal shopping sakan? Anda boleh pergi ke Idaman Suri untuk membeli belah atau cuci mata tengok pinggan mangkuk terlajak murah. Kat sini, para mak mak kene urut dada banyak kali.

buat buat tak nampak


Kalau niche kita makanan? Kak Yan nasi campur tu sangat fames. Rasa utara punya kepelbagaian lauk. Ada berpuluh pilihan lauk tau. Lepas tu laksa ikan seekor. Dia punya special tu sampai banyak je tempat lain luar Langkawi ada cuba buat ala ala laksa ikan seekor tapi tak boleh lawan kick and ummph original Langkawi. Biasalah mana boleh lawak senior.


Belum lagi sebut pepantai nan indah. Untuk relaks dan berehat, pelbagai lokasi pantai ada tapi paling popular dah tentu Cenang. Sebut Cenang teringat Langkawi dan sebaliknya. Jom tempeh tiket flight dan penginapan untuk explore pulau cantik ini.


Saya tertarik untuk memperkatakan tentang sebuah resort yang boleh tahan gempak disamping harga berpatutan dan yang pasti, harga berpatutan. Bagi pelancong kategori saya ni, pilihan untuk hotel/resort kene la memenuhi kriteria dan bajet di poket. Malibest Resort Langkawi lah jawapannya.


Malibest Resort menawarkan kemudahan percutian optimimum dengan fasiliti yang lengkap dan juga mengutamanakan keselesaan setiap pelanggannya. Lokasi yantg sangat strategic, Malibest juga mempunyai 88 bilik serta 5 top chalets yang semestinya cantik, lengkap dengan segala amenity dan fasiliti dan pastinya dapat memenuhi keselesaan pengunjung. Dengan harga yang tidak melebihi RM200 untuk paling rendah, apa lagi yang kita nak. Nak lebih jimat? Mari saya bisik.


Pssst…. Ada cara tau nak dapat pilihan osem dan promosi. Apa?


TRAVELOKA !!!!!


 Dengan membuat tempahan di Traveloka ( apps atau website ) anda boleh dapat harga promosi tapi rajin rajinlah check tau. Kadangkala jimat sehingga rm40 dan siapa nak bagi? Janji ada usaha. Boleh klik di link ni untuk tinjau tinjau. 
 >>> 
 Holiday at Malibest Resort Langkawi. <<<




Betapa strategic lokasinya kerana ada akses untuk ke Pantai Cenang ( mercu popular Langkawi ). Setiap bilik ada TV beserta siaran Astro ( kot ada yang penat dah beraktiviti dan nak berehat ), penghawa dingin sepenuhnya, tour and recreation desk yang di handle oleh De Baron Holiday, safety box dan sebagainya. Cukup lengkap. Itu belum kepelbagaian jenis bilik lagi. Tugas anda? Pilih saja mana yang berkenan. Terutamanya penggemar pemandangan pantai, Malibest Resort memang jawapan terbaik. Anda boleh ushar di link saya sediakan diatas.











Keistimewaan lokasi Malibest Resort adalah :
>> 0.09 km dari Pantai Cenang
>> 0.53 km dari Rice Garden of Langkawi
>> 0.85 km dari Underwater World Langkawi
>> 2.42 km dari Pantai Tengah

Jommm


Justeru apa tunggu lagi? Jadilah pelancong yang bijak. Tinjau segala peluang dan tawaran yang ada, sememangnya traveloka antara medium terbaik untuk tujuan itu. Selamat bercuti dan semua orang dah boleh packing beg masing masing sekarang. Jangan buang masa! Traveloka kan ada.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...