Saturday 30 March 2019

Kerjaya sebagai ramp agent ( edisi kedua )

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dapat peluang dan rezeki menulis lagi. Artikel terdahulu tentang kerjaya sebagai seorang ramp agent surprisingly lah dapat banyak soalan dan komen tak lupa juga share sebagai ilmu.

KERJAYA SEBAGAI RAMP AGENT ( edisi pertama )


Hai semua




Dan saya lihat banyak soalan soalan kemusykilan kalian kan. So saya decide nak buat edisi kedua tapi lebih kepada menjawab pertanyaan dan tambah apa patut lah.

Gadis gadis ramp


Rata rata adalah soalan berkenaan gaji, elaun dan beberapa perkara tentang proses interview.

Eii... Kan saya dah buat artikel blog. Meh saya share semula.

Perkara dalam interview ramp agent GTR Airasia

Ha... Kan ada tulis situ. Tapi saya oaham, mesti banyak lagi persoalan yang bermain kat benak kepala korang. Meh saya jawab lagi few Q&A berdasarkan soalan korang .


Hai semua...

1. Interview dalam bahasa inggeris kah?
= Tidak... Kalau kalian pergi interviee untuk pramugari pramugara memanglah. Jangan risau. Kot la someday jawatan ni pun perlu intervoee bahasa inggeris, kot la kan...jangan risau lah. Simple simple je. Objektif utama interview ni lebih menjurus kepada ketahanan dan attitude. Takde nye nak berborak in english dengan bagasi dan kargo items 😂


Ujan bilo nak benti nih...


2. Baju kene bawak dua jenis ke?
= Baju dua jenis? Maksud kalian baju sukan dan formal? Ishh tak perlu. Sebab papehal interview fizikal dulu start pepagi buta. Pas da peluh bagai tu takde nye nak salin baju kemeja office attire cemni cemtu kan. Rimas weh.




3. Selalu berapa lama dapat jawapan samada diterima atau tak?
= whoahh soalan Ni sangat subjektif. Bergantung kepada perjalanan proses interview, keperluan staff dan kelancaran step by step proses nak buat tu...perlu diingat ya, bukan simple camtu je. Nak masuk kerja ni memang pelbagai tapisan akan dibuat.

Gadis ramp d9


4. Lesen memang wajib ke?
= Wajiblah wahai rakan sekalian. Kerja dalam tarmac apron tu perlukan korang buat dan belajar pelbagai task. Bukan sekadar beg ye.

Penat buat kerja rest dulu ~


5. Kalau saya rabun warna?
= Hmm...setahu saya rabun takde masalah tapi bergantung kepada medical checkup juga. Keperluan dan level kesihatan mungkin diubah.

6. Kalau jenis rajin bekerja and taram semua ph ot semua, berapa agak agak boleh dapat?
= Saya bukan orang yang sesuai nak jawab sebab tak pasti rate sekarang tapi boleh dapat banyak sikit if banyak public dan ot. Tak berani nak jawab berapa actual amount sebab dulu dan sekarang tapi jangan berharap tau dan kerjalah dengan rajin. Semua nya ikut keperluan tenaga kerja. Berkenaan rate ot apa semua, kene masuk dulu baru tahu. Maaf tau, terbatas juga nak kongsi semua.

7. Kalau cuti perayaan boleh cuti tak?
= Depend tapi selalunya new staff jarang dapat cuti. Hakak dulu tiga tahun beraya di airport. Sobssss 😭😭😭😭

Freee spirit


8. Apa fungsi screener officer cargo?
= Ohh tu bukan ramp. Itu security yang jaga warehouse. Job scope dia saya tak tahu sebab saya dulu ramp je 😅... Maaf

9. Camna nak apply ground traffic controller?
= Allah dik...ni luar pengetahuan hakak dah ni. Boleh tengok website sebab selalu ada iklan situ.

10. Iklan ramp selalunya ada kat mana? Jarang la nampak.
= Selalunya iklan akan lalu di facebook. Selalunya staff sendiri suka open share dan ramai akan reshare semula.

11. Waktu kerja ramp camne ye?
= Tak tentu. Depend pada team yang korang akan dapat. Tapi mostly 12 jam...cuma timing masuk tu pelbagai. Dorang tak fix satu timing for all.

12. Kalau umur saya 40 keatas?
= Oh... Airasia dan GTR sangat strict bab umur. Maaf😔

13. Biasa gaji dapat berapa haribulan?
= 26hb setiap bulan. Yayyy leh belanje kepci

Penampilan harus on point sebelum kerja


14. Kalau saya pernah kerja di airport dan airline lain lain,pass airport camna?
= Oho itu takpe, nanti pihak admin akan assist untuk bantu.

Toleh kiri


15. Ada hostel pekerja ?
= Hostel tiada. Kene usaha cari rumah or bilik sewa. Dun worry kami semua pernah merasa nak nak yang dok jauh tu. Uihh kenangan.




16. Kalau pernah accident dan patah?
= Takpe , nanti akan ada detail medical checkup dan anda akan dinilai fit atau tak untuk job tu.

Ceria♥


17. Kontrak ke ni?
= Kontrak dulu untuk tiga bulan sebelum diserap permanent sebab yela nak tengok boleh ke tak handle kerja ni.

18. Kalau kije ni, boleh tukar department tak?
= Boleh insyaAllah bergantung rezeki dan kekosongan. Paling penting usaha. Jangan usaha mengipas ehhh.

Kenangan uniform lama nih



Hmm... Sebenarnya saya pun dah out of question. Kalau masih lagi nak tanya few question boleh drop soalan bawah ni atau emel je.


Sexy view


Macam saya cakap, kerja walau dimana asalkan ikhlas. Kalau dah berkali kali pergi, tapi gagal jugak. Jangan putus asa. Cuba je... Kalau dah tertulis rezeki tak kemana.


Thank u sudi baca ;)

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...