Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Sunday, 27 May 2018

Yummylicious choc chip cookies in da house

Salam Ramadhan semua.


Siapa je tak suka cookies Famous Amos kan kan? Kalau saya la, yang hitam legam tu la ultimate faveret saya. Cuma tulah, harga dia hu hu... Tapi sekali sekala apa salahmya ye dak.

Pastu pulak biskut ni ngunyah time kije boleh, tengok tv boleh, drive boleh, bebila pun boleh. Sedap tahap ketagih..
Adeeeii jejeh airliur.

Sementara Ramadhan ni saya nak berbicara, membebel, mempromote dan mengetengahkan saty produk choccolate chips cookies made by kawan saya Prof Zila.
Dia punya sedap tu leh menangis lah. .

Ketelitian pembuatan biskut ni memang tiptop sebab saya kenal tukang masaknye tu. Jenis cerewet tak hengat dan tak berkire badam lah ape lah. Chocolate dia pun yang lazat punye.

Don't worry banyak kaedah cuba jaya dia buat untuk hasilkan crunchyness dan lemak berkrim sedap punya R&D cookies sehingga dia confident dengan hasil.
Saya dah cuba dan saya sendiri menjejeh airliur time menukis ni. Hoii puasa 💪

Jom layan gambar dulu.










Menggiurkan sangat kan. Size nya dah la gemok debab so memang puas hati.
Saya jamin, anda akan puas hati.

Paling syok kalau belum sampai raye dah abis. Ahaha.


RM25/ 50 pcs

RM25/ 50pcs

RM25/ 50pcs


Delivery area Nilai, Sepang, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong dan USJ

Tuesday, 8 May 2018

Burger Nasi Lemak Mcd

Assalamualaikum ♥

Sekarang ni zaman pepelik segala benda tak masuk akal kadang on je... tapi kadangkala kepelikan tu best.

Antara benda rare yang kire mencipta hype baru baru ni of course lah burger nasi lemak Mcd. Dengan tagline dia 'sapeje tak suke nasi lemak'..lol.ok tu tagline versi bahasa saya.



Burger ni kire fenomena ya g Mcdonald Malaysia put all effort untuk hype sampai baju tshirt staff pun gambo nasi lemak daun pisang bungkus.

Dan alhamdulillah Allah beri saya rezeki untuk cuba melalui orang lain. Yelah... buat masa ni  situasi duit buat saya kene pilih nak makan nasi lemak singhit acik berkire bawah rumah ke nasi lemak burger rm16.90 gulp....


Ok pendekkan cerita.
Punyelaaaaa excited pegang kotak burger tu sampai ai lupa nak snap gamba so semua gamba dalam blogpost ni adalah ihsan google ya.




Verdict saya?
Rasanya memang sebijik nasi lemak. Strangely. Susunan pulak dalam burger tu ada timun , ayamberempah fillet,telur goreng dan sambal. Sambal tu tak pedas pun manis skit tapi nice lah sedap. 


Fillet ayam tu je potong sikit. Saya ingatkan rasa cam spicy chicken punya ayam tapi cam lainnye. Rasa berempah sesangat dan entahlah. Sedap memang sedap tapi halfway tu rasa terberenti cam lambatnye hang nak abes cik burger oi. 


Cepat muak la tapi anehnya sebab muak walau sedap, sedap walau muak. Kire tagline tak?



Tapi benda ni, kire ikot tekak dan selera memasing tau. Ada ramai je member saya suke dan jatuh cinta katanya dengan burger ni. Eheee.

So anda semua dah rasa?

Tuesday, 20 March 2018

RESEPI MEE GORENG MAMAK SIMPLE

Salam alayk



Bahan :

Sepaket mee kuning
5 sudu blend cili kering
3 ulas bawang putih tumbuk
3 ulas bawang merah blend
Kicap manis
Sos tiram
Isi ayam
Tauhu
Sayur ( ikut suka )
Telur sebijik atau dua. Ikut suka
Sos cili
Sos tomato


Cara :

Panaskan cili blend dengan bawang putih dan merah

Masukkan ayam dan kacau sehingga masak skit

Tuang sos tiram , sos cili, sos tomato, kicap

Sayur dan mi masukkan serentak

Garam gula sedikit ikut sesuai

Dan last sekali telur.. kacau sebati hingga masak..

Thursday, 15 March 2018

Seminggu di Korea ( Trip ketujuh )

Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat laling laling sekalian. Pekabo. Buat apa tu.

Seminggu yang lepas saya baru je pulang dari Korea. Sepanjang 7 hari kat sana ada dua hari terawal yang sejuk tahap tembus tulang sebab angin walhal suhu -1 je.

Yelah time last year winter January suhu sampai belas negatif tapi angin kurang so boleh tahan lagi cuma cambese, kulit mengering dan gatal gatal.



Kecewa sikit sebab harapkan salji tapi paham lah kan kos tak banyak so tak bawak diri ke Yongpyong.Banyak yang skip gak sebab trip ni leisure leisure lepas rindu.

Kos saya secara kasar kat sana untuk makan, transport, shopping adalah dalam Rm1500 untuk 2 orang... tolak hostel dan flight lah tau. Kalau sum hostel dalam Rn2300 camtu lah.. dua orang tuuuuu ~~~

tmoney omey omey

streetfood heaven ( ni credit to chaa )

essaited

vr experience di KTO 

guard ceremony Doksugung



Pendek kata untuk saya dah beberapa kali gi sana, saya cukup happy dapat jejakkan kaki. Boleh nampak yang banyak barang naik harga, train, bus dan tiket nami island da naik ...and Nami Island bakal naik lagi tau.

Tiada lagi 8000krw...sekarang 10000krw..
Next few month dah confirm naik sampai 13000krw.

Takmo ler gi sana..bosan 😂

Alahhh jalan around Seoul pun besttt dah. Banyak aktiviti leh dibuat. 




Haritu tak berkesempatan dan beroleh rezeki untuk cuba aktiviti Dosirak cafe lunchbox kat Tongin Market. Kami pergi rupanya cuti aritu cam whuttt lah.

set penuh asam pedas korea dan ikan gorebg tepung...sedap tahap arwah.

ni udang tenpura ehsan chaa

Asam pedas Koreaaa a.k.a kalchi jorim

oyster pancake ni ehsan gambo Nurul dan Azri


Cambese bila gi Korea... makan makan makan yang best. Tapi saya tahu mostly kaum pempuan suke shopping skincare, mekap dan barangan girlish. Ahahhaa.

Saya cambiasa laaa... makanannnnnnn.
Rasanya kene wat entry khas pasal kalchi jorim korea lah... tapi kene tunggu boleh bukak laptop.

So ni je entry for now...see u next entri dan terima kasih sudi baca. ♥

Wednesday, 13 September 2017

[ REVIEW MAKANAN ] Samyang double nuclear

Assalamualaikum everyone..

Semalam saya lepak lepak dengan few of kawan kawan kpop. lol.... kat Da-Men yang best tu. Oklah nak dijadikan cite kitorang makan samyang ramen nuclear as lunch.
Yang double tu weh.

Ni wei... pedas tapi best. Berapi usus kau.


Sumpah....pedas. Hahaha
Saya ni lidah biawak jenis tahan gila pedas pun agak tebal bibir sejenak lepas makan tapi pedas yang boleh makan la... bagi saya la. Korang kalau yang normal samyang pedas pun dah gelupur lantai better takyah eh. Jangan cakap Mira tak warning. Lempang kang.

Saya makan ngan Kimmy dan Fisya....and of course Kimmy lek giler makan. Fisya paling surrender. Bersulamkan roti kau hado. 😂😂😂💥

Secara kebetulan je pertemuan sebab nak pass barang kan. Thank you Fisya sebab belanje. Murah rezeki awak....and awak paling comel berpeluh menjerit melolong kepedasan hahahahaha... saya pun edas gak tapi control macho la kan. 😂

Saja makan makan cabar deria pedas. Satu nak cakap...memang pedas sepedasnya dan nikmat senikmatnya tapi kan ciput seciputnya...woi jangan la kedek sangat bagi sikit giler. Sedih tau cacing dalam perut tak cukup makan.

Habis.... sambung gelupur 💥💥💥


Kimmy yang bunga tu...pisya yang peace tu... ai yang paling cun kat situ. Ehem. 💥


Ps : For now ada promo di news.e convenience store. Saya beli situ je...Rm6.90. Grab lahhh.. makan lah... Kasi tanjat cacing dalam perut. ehehe. Sedap siyes cakap. 

Korang dah try kaaaaaa????? 
Apa citaaa??????

Alkisah pasar malam

Assalamualaikum....

Korang kan kalau gi pasar malam koraNg suka beli apa? Mesti ada list dalam kepala kan.

Ayam gunting.
Apam balik.
Nasi kerabu.
Nasi ayam.
Soya panas.
Tau fu fah.
Takoyaki.
Murtabak.

Adoi... Banyak lagi meraban list dalam kepala kan. Begitu jugak lah saya. kalau saya bila gi pasar malam saya suke bebenor tau makan ayam gunting. Yang pemes tu ayam gunting Uncle Bob tapi kalau pasar malam Nilai cempaka hari jumaat tu saya suka gila ayam gunting acik sebelah uncle bob. hahahaha.

Lupa nak amek gamba tapi takpa saya amek nanti saya wat lagi post 2.0 punya versi lak. Dap wohhh ayam tu. Juicy, manis, sedappppp.

Selain ayam gunting saya akan pastikan diri ini beli air greentea Ongky. Ahahaha sebab murah Rm 3.50 kalau gelas besar kau hado. Dah la sedap.

Pastu oh ya telinga keling ( kuih peneram eh nama dia ). Spuluh bijik rm1.00 so saya bese beli 50 biji because I iz tamak halobak.

Pastu if terkaya or terbanyak skit rezeki saya akan mule melalut beli air lagi lah...mihun sup lah... Takoyaki lah...buah buahan lah. ah semua..

Nak nak kalau tengah lapo.
So korang jangan lapo sangat kalau gi pasar malam kang seme mak nenek nak dibelinya. Kus semangat. ...

Oh pasar malam ku...

Sunday, 10 September 2017

Alkisah banana uyu a.k.a susu pisang korea

Assalamualaikum semua 💗


Hari ni saya ingin berceloteh tentang susu pisang yang famous yakmat di seantero dunia ( especially kaki korea or kaki travel or kaki suka makanan lah ). Banana uyu nama diberi atau banana milk atau susu pisang ahhh . Satu je nak habaq mai.

SEDAP !
GILER !

Okay kira dua perkataan la pulak. Yes korang yessss....sedap sangat. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan merasa susu pisang ni nyum sangat.

Yang dalam gambo ni susu melon... so melon uyu lah nama dia.. tapi tula da jadi cam maggi lak. Banana uyu gak kebanyakan orang panggil even perisa lain. Sebijik kes maggi la ni. Maggi cintan, maggi sedap...padahal maggi is maggi, cintan is cinta. Eh merapu lak sawwry.


Ha da baca kan merapu sinun... tapi yes dalam gambo tu susu perisa melon. Pada saya tak jauh mana ah rasanya ngan banana uyu. Jap kasi saya godek gambo banana uyu. *shuuuungggg*

HAAAA YANG TU SUSU PISANG... BANANA UYU!! 


haaaa yang ni... adoi lah



Sesungguhnya sedap.
Camne eh nak describe.... dia macam ni la. Susu. If korang semua penggemar susu maka memang sedaplah benda ni. Serius cakap ah. Tapi kalau korang alergik susu or takleh blah, mungkin akan timbul masalah sikit bila minum. Percayalah cakap saya, kenyang wo sebotol ni. Siyes cakap. So antara tips jimat is beli susu banana ni dan makanlah roti skit ke biskut skit ke korang nescaya akan sendawa tahap mega. Unless korang jenis takde nasi pengsan koma. Ahaha.. alaaa da alang2 travel negara orang trylah.

Atau kalau ada kengkawan yang beli, rasa la setitik dua. Ni antara simbolik sesiapa yang melawat Korea tau. Mostly traveller, tourist , backpacker, pelawat dan segala pelancong suka amik gamba banana uyu ni. Simbolik kan. 

So leh bayang lah nape saya banyak gamba banana uyu. Ni baru post skit je. Ahahaha... kang penuh sepenuhnya lak banan uyu korang jeluih nak nengok.

Yang mana tak de rezeki lagi ( but insyaAllah someday pasti korang dapat pergi punye ), anda boleh dapatkan dikedai kedai Malaysia. Tudia cam iklan mende je. Korang boleh dapatkan di beberapa kedai. Yang saya tahu antaranya di Damansara tu area Solaris tu kan. Korean town gak kan...usually memana korean town akan ada kedai runcit korea. 

GRAB AHHHH!

Cuma harga dia tu.... senyum dan istighfar lah ye. Bese ah benda import. 
Tapi saya dengar aritu ada pengusaha lokal buat banana uyu Malaysia. Saya akan cuba dapatkan info and kalau pengusaha tu terbaca, meh la emel saya. Anytime boleh review kan. Support lokal product katanya kan :D


Next time saya akan celoteh lagi tips cari banan uyu murah ke ape ke....

Jumpa lagi. 

Assalamualaikum~👄


Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...