Showing posts with label pilot. Show all posts
Showing posts with label pilot. Show all posts

Sunday, 22 September 2019

Fulltime blogger dan pilot to be

Lately banyak bertanya diri sendiri.

Kau nak apa sebenarnya?
Kau nak jadi apa?
Kau nak kerja makan gaji ke?
Kau nak kerja sendiri ke?
Takkan kau nak dok saja...


Jauh menungnya



Tanya punya tanya....akhirnya saya juga jawab dekat diri sendiri.

Apa Allah bagi, aku terima.
Apa Allah lorongkan, aku redha.
Apa Allah kurnia, aku syukur.
Apa Allah izinkan, itulah yang sebaiknya.

Cita cita?
Masih lagi juruterbang dan penulis itu yang keduanya. Cita cita tu takkan pernah padam walau apa pun...selagi nyawa dikandung badan. Allah ada. Allah dengar. Allah pernah lorongkan dijalan untuk jadi pilot tapi Allah sekat semula cuma semangat tu tetap ada. Ada lah tu yang Allah nak halang dari timpa saya.

With pilot Iqhwan dan Che An


Bersangka baik. Bersangka baik. Bersangka baik.

Justeru sebab tu lah tak boleh givup. Taknak.

Penulisan juga minat saya dan mungkin kelebihan saya bak kata besfren saya si Jojoe....so why not use it. I need to earn money.



Moga Allah permudah. Sedangkan Kapten Karlene ( pilot USA ) tu adalah seorang nenek, juga seorang pilot dan pengajar dan penulis untuk banyak buku....so apa kurangnya saya untuk berjaya macam dia?



Kerana itu juga saya tak pernah jemu sebut diri saya pilot to be, sebab itu adalah doa saya untuk saya.


Ganbatte.

Monday, 21 August 2017

Kerana sebuah cita cita

Cita cita...
Semurni dan sesuci makna disebalik perkataan cita cita. Tanya saja pada anak kecil apa cita cita mereka , pasti pelbagai.
Doktor!
Peguam!
Polis!
Askar!
Cikgu!
Lima tu lah jawapan asasi yang tersemat disanubari adik adik manis tu. Kadangkala bertukar saban tahun tapi masih diantara lima jenis pekerjaan tu. Comel je masing-masing kan.
comel kan baby ni....



Apakah cita cita anda?
Sejauh manakah anda berusaha?

Walau apapun cita cita, berusahalah untuk menggapainya. Samada dapat atau tidak, kita telah berusaha sekurang-kurangnya bukan? Segulung usaha itu juga adalah kejayaan. Selagi mana kita tidak berputus asa, kitalah juara!


Assalamualaikum.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...