Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, 17 November 2021

[ Pregnancy Journey ] Thalassemia lah pulak

Assalamualaikum,


Bila kita pregnant ni kan, jarang la nak smooth maka sapa sapa yang diberikan rezeki smooth pregnancy tu anda kene banyakkan bersyukur tau. Selalunya akan ada challenge. Yelah, Allah nak bagi pahala berganda kan. Besar nilai dan hikmah sepanjang kita mengandung ni. Doa seorang ibu mengandung, seri seorang ibu mengandung dan kalo dari segi keduniaan pulak benefit seorang ibu mengandung.






Bagi journey saya pula, untuk second pregancy ni saya takde GDM alhamdulillah tapi Allah uji pulak dengan thallasemia. Memula suspect anemia tapi memanjang makin drop HB nyer start pregnant dulu 12.4 tiber makin laju turun sampai 10.0 walau kandungan baru setengah jalan. Dangerous ye. Maka ujian thallasemia dibuat. Hmmm. Memang sah saya pembawa thallasemia rupanya. Mujur husband bukan penghidap sakit ni. Moga yang baik baik saja untuk Hana my little babygirl.




Kalau makpak dedua pembawa maka anak berkemungkinan kena dan akan hidup dengan tranfusi darah berkala.... mintak simpang ya Allah. Sebab tu gais, sila check thallasemia memasing sebelum kawen tau. Bukan takat HIV je tapi yang ni pon risau akan menganiaya bakal anak. Sakit tauu. 




Sejujurnya anemia saya memang low so saya prasan sepanjang pregnant Hana ni saya mudah betol letih lesu ngantuk nguap cam badak air dah woi. Cam memang la kita paham yang pregnant ni tiring tapi ni cam extreme nawwww tiring nya. So betui la... something wrong somewhere. First pregnant dulu tak la camni sangat. GDM jela and HB drop pon sebab twins kan tapi tak sehavoc pregnancy kalini. 

Allah uji. Allah beri sedikit cabaran. Down gak tapi hikmahnya tak kena GDM so no need BSP. Lega mak enon. Sebab skang saya adalah ibu bekerjaya. Dulu zaman jadi surirumah pun rasa BSP tu sangat la meruntun semangat. hehe





Maka para ibu sekalian, kalau anda megandung, jangan pandang remeh tau pemeriksaan doktor. Memang leceh tapi ia untuk simanja jugak. Demi keselamatan kita jugak tau. Semoga kita semua dilindungi Allah.


Amin yarabb.




Saturday, 28 April 2018

Allah maha melihat

Assalamualaikum♥

Pernah kan rasa bila buat sesuatu bukan orang tahu, bukan orang nampak. Bukan orang tahu. Janji kat depan mata manusia kelihatan okay sahaja.



Bila orang lain buat benda salah, kita tak join. Konon kita tak buat padahal belakang penglihatan semua, kita buat juga malah lebih lagi.

Kita punya level extreme tu sembunyi kejahatan, perbuatan zina mata, maksiat hati dan jahat akhlak tu memang tiptop sampai orang tak boleh kesan.

Lupa barangkali, Allah yang bantu tutup aib tu. Tapi kita rasa kuat je....sebab untung badan aib tersimpan.

Malu?
Alah.... dengan Allah pun tak malu apatah lagi dengan makhluk lain. Kan?

Lupa.
Kita lupa barangkali Allah takkan tinggalkan walau sebutir zarah perbuatan kita walau baik walau buruk. Akan dihitung akan dikumpul.

Mulalah rezeki sempit. Ohh....bila susah, salahlan sekeliling.
Mulalah amarah mengisi hati. Ohhh... salahkan insan sekeliling tanpa kira hati mereka. Yang betulkita, yang salahmereka.
Mulalah hati buta dan semakin seronok buat benda tu. Ohhh...dah orang offer, kita tengok je.


Kasihan.
Kasihan hati yang dah layu. Iman yang Mula rapuh. Amal yang kian menipis. Rahmat Allah? semakin menjauh. Manakan tidak, seronok buat dosa.

Kita sering dengar perkataan fasik. Munafik. Bila bicara pasal agama, naaaaaahhhh padu bak peluru komunis. Tapi kufur hati tu, Allah je tahu.

Roh diri semakin tenat.Setenat dunia yang semakin tua.

Allah bayar cash...
Dunia dan akhirat.
Terkene didunia pun sakit azabnya.Apatah lagi bila dihitung  di alam sana.

Tapi kita masih lalai.
Sentiasa rasa tiada sesiapa tahu.
Walhal,

Takkan ada satu perkara terlepas dari Allah.
Allah maha tahu.

Takutlah !!!!

Dunia sudah tenat

Assalamualaikum ♥

Saya terpanggil untuk menulis tentang dunia sekarang. Wanita dan perempuan khususnya.

Allah dah letak martabat perempuan tertinggi dan sangat tinggi tapi kenapa lah kita tidak menghargainya.

Upload gambar kemain rancak.
Sampai terlupa mata ajnabi tu bahaya. Sangat bahaya. Terlampau bahaya.



Antara contohnya itulah gambar yang dikongsi. Tak takut kah?

Sebagai gadis gadis yang gambarnya sengaja dikongsi dalam ni, kalau awak baca komen tu semua awak akan ketakutan
 Sungguh!  Betapa geli setiap bait kata kata dari lelaki.

Jagalah auratmu... nak upload boleh tapi jagan keterlaluan. Ada adab untuk bergambar. Dunia dah tenat. Pemikiran lelaki ramai yang dah tenat..Pemikiran wanita juga tenat.

Bagaimana kita nak jadi khalifah dekat bumi Allah. Tanda kiamat dah tersergam dan terbukti satu persatu. Baca lah quran, tengok sendiri.


Saya berharap Allah buka pintu hati pemilik akaun ig, tmblr, twitter, telegram, bigo yang gemar benda lucah ni. Berhentilah. Saya yakin jantina lelaki yang buat akaun ni semua.

Allah bayar cash. Harini awak buat, esok lusa anak isteri saudara mara.sendiri jadi mangsa. Nak nyesal?


Bawak bertaubat.

Hari menghampiri kiamat.

Saturday, 14 April 2018

Isteri juga punya ibu bapa

Salam alayk..

Saya tertariklah melihat posting ini. Saya lihat kadangkala bila pasangan berkahwin, sang suami menghalang isteri berkasih sayang dengan keluarganya..

Apa ni?

Mana keadilan? Mana isihati? Sedang kamu sebelum berkahwin telah memohon keizinan dan restu untuk dapatkan anak dara mereka kan???

Dah berkahwin? Apa pula nak kene putuskan ikatan mereka?

Tolonglah bertoleransi tolonglah mohon sangat sangat.

Saya kongsi coretan Encik Firdaus Syakirin dari facebook kerana pesanan nasihatnya dari kacamata suami untuk suami yang lain sangatlah menyentuh hati.


******


Ketaatan kpd suami atau berbakti kpd ibubapa...

Sebagai suami, kita nak isteri taat kita, itu juga seperti yg telah ditetapkan dlm agama...maka tidak slh utk kita menyuruh isteri taat kpd kita...

Tapi, bila dtg situasi dimana isteri berbelah bagi samada ibubapa atau suami, maka kita fikirlah baik2... Jgn diberi isteri pilihan, jgn diberi isteri kata dua...

"Pilih saya atau Ibu bapa awk..."

Kadg2 ibubapa isteri sakit dan menyuruhnya balik utk menziarahi mereka...Kadg2 ibubapa isteri perlukan duit dan meminta bantuan anaknya iaitu isteri kita...

Maka disini gunanya budi bicara kita sebagai suami...sejauh mana kefahaman kita ttg apa yg diajarkan dlm agama kita...ada suami yg melarang isteri balik ke kampung utk menjaga ibubapanya yg sakit...ada suami yg melarang isteri memberikan duit pd ibubapanya...dan ada suami yg mengugut isteri, jika dia buat atau truskan, maka jatuh talak...

Mudah kita men"talak"kan isteri tanpa mengetahui dan memahami isi hatinya...dia sgt2 berbelah bagi...disini suaminya, disana ibubapanya...

Usah menggunakan agama utk menundukkan isteri...jika baik kefahaman agama kita, maka kita akan berlapang dada utk isteri berbakti pd ibubapanya...percayalah, isteri akan bertambah hormat dan taat pada kita sekiranya kita memuliakan org tuanya dan melayani mereka sama seperti org tua kita...

Susah isteri nak mentaati suami yg menyuruh dia utk mengabaikan ibubapanya....dia lagi sanggup diceraikan sekiranya dia dihalang utk berbakti kpd ibubapanya...maka, jadilah kita seorang suami yg faham agama, bertolak ansur akan hal dunia dan bertegas akan hal akhirat...Insyaallah isteri akan taat pd kita...


Kredit penuh untuk Firdaus syakirin.

Friday, 13 April 2018

Oh isteri

Salam alayk...
Salam Jumaat.

Saya ingin berkongsi tentang pembacaan saya di facebook dan telah dikongsi di page karangkraf artikel.

Saya kira mana mana wanita yang telah berkahwin tentunya berharap kebahagiaan menghiasi hidup kan?

Namun siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah. Saya kongsi ya tentang tanggungjawab dan panduan yang perlu isteri hadam ( termasuklah saya sendiri )



***********


I had a santai talk with an ustaz yang merupakan seorang perunding dan kaunselor rumahtangga Jabatan Agama Islam (in fact he is actually my brother, need to clarify, nanti ada orang bersangka buruk dan menganggap aku ada masalah rumah tangga ).  Sekiranya anda diuji dengan suami yang curang di luar sana, apa yang anda perlu lakukan adalah:

1. Penuhi dan sempurnakan semua tanggungjawab anda sebagai isteri.
Wanita zaman sekarang lebih suka buat kerja orang lain berbanding kerja dia. Isteri tidak perlu siasat dan ambil tahu ke mana suami pergi, apa yang suami buat, siapa kawan suami dan semua perbuatan suami di luar pagar rumah adalah bukan bidang kuasa isteri.

Apa bidang kuasa isteri? Melayan suami dengan sempurna, menjaga makan minum suami, bercakap dengan penuh lemah lembut, menyenangkan hati suami dan berhias untuk suami. Ini semua tugas isteri. Tapi kita terbalik. Suami keluar sibuk call tanya pergi mana. Tanya dengan siapa.Tengah buat apa. Itu kerja suami. Bukan kerja kita.

Bila suami balik, isteri tak mandi lagi. Muka kusam takde bedak atau lipstik. Dapur tak berasap bertabur pulak plastik maggi. Cakap dengan suami suara asyik nak tinggi. Berhenti seketika, renungkan kembali, apakah kita sudah sebenarnya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri?

2. Jangan tegur, nasihat, bertanya apa-apa tentang kegiatan suami di luar rumah sekiranya perkara itu boleh membawa kepada pergaduhan.
Kebanyakan punca penceraian adalah apabila isteri sengaja membakar nafsu amarah suami. Bukan kuasa isteri untuk soal siasat suami. Isteri tidak boleh menyoal suami seperti dia menyoal anaknya.

Jika suami itu tidak kisah isterinya bertanya, go ahead, tanyalah. Tapi, jika soalan isteri itu boleh menyebabkan suami marah, diamkan sahaja. Menjaga hubungan suami isteri itu lebih utama.
Weh, apa kejam sangat nih? Tak...Sabar dulu.

3. Tutup rapat-rapat aib suami. Itu adalah jihad seorang isteri.
Anda tahu suami ada kaki maksiat. Anda tahu suami anda buruk di luar sana. Tutup aibnya rapat-rapat. Diamkan sahaja. Jangan ceritakan pada ibu anda, ibunya, jiran, atau sesiapa sahaja melainkan untuk dapatkan khidmat nasihat (luruskan niat sebelum mula bercerita tentang aibnya).

4. Yakin bahawa jodoh pertemuan, perpisahan, kebahagiaan dan penderitaan adalah hak Allah.
Kita berusaha keras menghalang hubungan suami dan betina (gituuu) lain itu, tapi adakah kita yakin Allah tidak menakdirkan jodoh mereka berdua?

Kita ingin suami kita kekal milik kita seorang sahaja, apa kita yakin confirm kita akan bahagia? Bukankah kuasa Allah untuk beri bahagia atau derita pada sesiapa sahaja yang dia mahu? Dan Dia beri bahagia tu dalam pelbagai keadaan dan rupa bentuk yang dia mahu.

Oh, kalau begitu, kita isteri ni kena redha ajelah suami buat hal di luar sana? Tak payah buat apa2 lah? Abis meleleh ajelah liur nengok suami berkepit dengan betina lain di luar sana? Jawapannya tidak. Kita kena usaha.

Caranya;
1. Sempurnakan semua tanggungjawab isteri.
2. Taati suami.
3. Tutup aib suami.
4. Elakkan sebarang pergaduhan suami isteri.
5. Berserah pada Allah.

Allah yang pegang hati suami. Allah boleh palingkan hati dia kepada betina (if u want to call her that way) atau perempuan itu sekelip mata. Allah juga boleh palingkan hati dia kepada kita semula pun sekelip mata juga. Jangan buat kerja suami. Jangan buat kerja Allah. Buat kerja kita.

So, sia-sialah kalau kita ni layan suami sempurna tapi suami masih ada perempuan lain di luar sana?

Terpulang, kalau niat kita buat baik kepada suami untuk suami, sia-sialah.Tapi kalau kita jalankan kewajipan kita itu kerana Allah, sudah tentu tidak sia-sia. Besar nilainya di sisi Allah.

Jadi, kalau dia buat maksiat, kita biar ajelah? Kalau dia mati masuk neraka macam mana? Kita kan nak masuk syurga sama-sama.

Jika dia boleh ditegur dan teguran itu tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga, tegurlah. Jika dia akan marah, tak perlu tegur. Kerana bukan tanggungjawab isteri menegur dosa suami (Allah tak tanya isteri di atas dosa suami). Tapi tanggungjawab isteri menjaga hati suami.

Masuk syurga atau tidak, itu urusan Allah. Jika Allah nak dia masuk syurga bersama kita ( moga-moga kita masuk syurga), Allah akan beri dia hidayah. Jika tidak, terpulanglah kepada Allah. Dunia ini sementara. Perasaan kita juga sementara.

Tiada siapa yang akan berduka di syurga. Kalau ditakdirkan dia tidak masuk syurga (nauzubillah), kita takkan bersedih kerana tiada ahli syurga yang akan bersedih di akhirat sana (moga-moga kita tergolong dalam ahli syurga). Yang perlu kita sedihkan jika kita sendiri pun tak layak masuk syurga.

Abis, seronoklah suami tu?

Siapa kata? Sehebat-hebat soal siasat kita, hebat lagi soal siasat Allah. Ha, menjawablah kau. Isteri boleh masuk syurga tanpa suami. Suami? Sendiri mau ingat la.

‪#‎indahnyaislam‬. Dia pelihara wanita daripada berduka lara, menangis air mata darah, serang menyerang, meroyan separa gila. Selagi kita faham agama, yakin dengan Allah, kita takkan berduka dan gundah gulana.

Sumber Facebook Izyan Izdihar Shaarani


***************




Allahu....

Kerdilnya kita sebagai manusia. Kerdil dan kecil. Hina dan dina. Tapi Allah tak pernah tak sayang. 
Mari kita semua letakkan kasih sayang Allah melebihi segalanya. 


Thank u baca♥

Sunday, 8 April 2018

Janji Allah terhadap manusia berkenaan rezeki

Rezeki.

Konteks rezeki ni luas bukan hanya harta benda duit wang ringgit kaching kaching tapi juga kesihatan yang baik, hati yang tenang,.urusan yang dipermudahkan, dada yang lapang dan segala perkara kebaikan lain yang hanya datang dengan izinNya.


Hatta segala deria kita juga satu nikmat rezeki. Mata untuk melihat, mulut untuk berbicara, lidah untuk merasa dan telinga untuk mendengar.

Allahu...betapa banyak.nikmat yang Allah beri namun kita ni hamba yang alpa selalu leka dan jarang ucapkan syukur.

Haa siapa yang baca sampai takat ni meh sama sama ucap alhamdulillah syukir ya allah atas nikmat mu dan ampunkan dosa kami yang Allah kerana kami hamba yang penuh dengan kelemahan.

Rezeki ni sesuatu yang semakin diberi semakin kita dapat.
Contohnya...semakin kuat kita mendoakan kesejahteraan orang lain, semakin hebat malaikat mendoakan kita dari langit.

Semakin banyak sen kita sedekah atas niat kerana Allah, semakin banyak ringgit yang Allah salurkan secara tak sangka atau tak sedar.

Semakin kita bersyukur, semakin kita dapat lagi dan lagi dan lagi.

Bukankah janji Allah, dengan bersyukur, kita akan senantiasa dilimpahkan rezeki.

Maka kawan kawan... marilah bersyukur!
Rezeki Allah itu wajar disyukuri. Jauhi kufur nikmat.


Thank u sebab baca♥

Monday, 11 December 2017

Perkara dalam interview Airasia GTR ( Ramp agent )

Salam alayk...

Haritu interview Aerodarat kan saya share? Haaa now interview Airasia pula... if Airasia masih guna cara sama la kalau tak, maafkan saya ya. Sekadar berkongsi pengalaman.

Sebelum ni saya dah share pasal Aerodarat. Leh klik SINI SINI SINI

Seperti juga ADS, Airasia ( kini GTR ) juga cambiasa lah interview mencabar mental fizikal. Flow tak jauh beza tau dengan ADS cuma nya after fizikal tu beza skit je... simplify and habis lebih cepat. Kalau ADS amek masa seharian., hat ni dalam setengah hari je. Different company different style right?



Lompat bintang sampai semput nyawa... tapi mereka cool.



Flow interview seperti biasa....

1. Ujian fizikal ( merangkumi larian, gulingan, golekan, angkat berat, jerit dan sebagainya )

2. Jawab soalah berkenaan agihan cargo ( perah otak ye )

3. Personal interview one to one ( ni depend sapa yang interview korang. Nasib ler. Ada yang kene bersilat okay... ahhaa )

4. Document check ( Check segala dokumen peribadi awak seperti spm, lesen apa semua tu )

5. UJIAN KESABARAN. ( Sama je cam kompeni lain... tang ni ramai failed. )

Settle. Simple giler kan?
Simple lah sebab 1 sampai 3 punya step tu dibuat sekali harung je takdenye sampai senja nan biru.


Hat ni angkat air sebelah tangan kau rasa senang ? Ace try...


Kegigihan menjawab soalan pasal cargo weight.



Bertafakur adik ni sejenak bila brother tu cakap gune sebelah tangan ye...


No komen.... ngeri tak? ahahahhaa . Dun worry abang ni baik giler.



Tu lalulintas kat belakang bukan ditolongnya sesiapa yang mintak... opkos lah dik, ni kan prosedur.



Tudia tegak berdiri gagah berlari



Dah tegak, meniarap lak,,... panas wehh



Saya menyarankan anda semua silalah punctual....datanglah lebih awal. Check bebetul lokasi lokasi yang dibuat untuk interview tu ramai yangs angkut sebab salah tempat lah ape lah. Kadang kala alasan tak diterima. Maaf... nak kerja kan kene la semangat skit.

Lepas tu silalah bawa sebatang or dua batang or sekotak pen dan sedekah la kat member yang tak bawak pen tu. Ne tau pembuka rezeki untuk kerja. Serius ramai sangat yang tak bawak pen la ape lah so camne nyer nak jawab soalan cargo weight. Adoi. Pen adalah kewajipan anda untuk dibawa kemana mana saja... pen lebih penting dari rokok ( eh?)

Suka saya ingatkan tentang ujian kesabaran... tempoh ni kadangkala memang akan seperti takda harapan je dapat sebab krik krik je. Pernah ada yang dipanggil dalam tiga bulan selepas interview. Ramai yang patah hati wo...

Tapi kene ingat juga untuk intake staff baru, banyak sangat procedure kene dibuat. Bukan lah boleh semberono apa semua kan. Sabar je... if sepanjang ujian kesabaran tu kalian dapat kerja lain, pergi jelah. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran tau.

Bukan apa, rezeki Allah kita tatau kan?


Penat memang penat... tengok cik kak ni ~

orang kuat~



Okay sebelum protest kenapa susah la apelah.... suka saya ingatkan yang kerja sebagai ramp agent ni bukan kerja dok opis bukak pc main fb jual product ye, beli product, on lazada shopping spree... ^_^
Kerja ni menuntut semangat yang jitu padu handle beg berat apa semua. Tekanan kiri kana depan belakang.

Bukan senang!

Bukan mudah!

Tapi kerja itu satu perjuangan dan bekerjalah kerana Allah. Dapat pahala ^^

Bila time peak hours tu boleh pengsan merembes airmata sambil peluh memercik ke seluruh pelusuk area. Siyes tough! Tapi menarik juga.... saya bersyukur pernah merasa zaman rembesan airmata dan airpeluh tu. Satu pengalaman. Thank you semua ( tetibe...)

So dengar dengar akan ada interview ramp agent tak lama lagi.... boleh lah cuba., Doa banyak banyak tau. Apa saja ujian didunia ni, hadapilah dengan tawakkal ( eh lagi tetibe... haha )


Sekian terima kasih kerana sudi baca.

All the best interviewers! candidates!


PERHATIAN :
INTERVIEW INI TAKKAN MEMINTA SEBARANG BAYARAN SEPERTI RM500 DAN SEBAGAINYA. PIHAK MANAGEMENT DAH MENGESAHKAN



Monday, 9 October 2017

Jentikkan Allah

salam alayk

Sebenarnya ni dah kire nak tido dah. Tapi sempat ye sempat ye. 😂



Saje nak berbicara sikit soal takdir, ketentuan. Mesti setiap kita ada target, gol atau harapan yang dicapai. Tapi tak semua akan tergapai dek tangan kita. Apa kalian rasa lepas tu?

Give up kan? biasanya tu benda pertama yang akan setiap manusia lalui. Cuma bezanya ada yang akan terus terbuai dengan perasaan putus asa, ada yang akan bangkit dan atasi.

Iblis memang dah berjanji akam sesatkan umat manusia sehingga kiamat maka diberi kita rasa yang tak enak tu.

Give up.
Persoal takdir Allah.
Tidak yakin dengan Allah.

Fuh bertepuk sakan la iblis tengok manusia kalah dengan perasaan sendiri. Cuba bayangkan sahabat nabi,hatta nabi di zaman kebangkitan mereka. Betapa setiap sirah dan kisah yang kita baca menggambarkan seksanya mereka untuk bertabah demi Allah. Demi islam, demi syuga.

Beza pula kita. Baru hilang kerja rasa dunia berakhir. Baru hilang pasangan rasa tak diri tak guna. Eh cam terbalik lak....takpelah sama je. Baru luka cedera sikit dah mengeluh panjang.

Kawan,
kita baru kene jentik sikit je.
Sebab Allah sayang.

Maka bersyukurlah kerana Allah sayang.

Sunday, 17 September 2017

Kenapa kita perlu travel?

Assalamualaikum ;)

Kenapa ya kita perlu travel?
Sekiranya korang kaki travel, mungkin boleh tanya diri sendiri dan tinggalkan jawapan anda dikomen sebab saya nak tengok gak jawapan dan reason orang lain. Yelah lain orang lain pendapat lain pemikiran.

Sekiranya korang tak suka travel...mesti kekadang terbit pertanyaan tu dalam jiawa untuk ditanya dekat kaki travel yang lain. Haaa tanya la saya tanya la sayaa. 😂😂😂
Lagipun saya yakin mostly orang suka travel.

Travel ni pun banyak jenis banyak kategori.  Travel backpackers, travel Honeymoon, travel bercuti tanpa kira bajet dan sebagainya... terpulang anda!

Model saya ajila dengan kesengalannya
di Sydney Opera House.

Ada yang suka roadtrip, ada yang suka travel by public transport, ada yang join program cam exchange bagai tu saya lupa pulak nama benda tu. Ada yang suka dalam Malaysia, ada yang suka luar negara... ada yang suka Indonesia dan asia ....ada yang suka europe dan ada yang kaki Korea macam saya 🙋🙋🙋...

Tak kisahlah apa saja alasan atau jawapan yang ada dalam diri awak secara semulajadi, sekiranya awak suka mengembara, pergilah!

Qatar nan indah


nora and the geng


Dengan mengembara, travel, jalan jalan, dolan dolan atau apa sahaja yang disebut dan digunapakai, pengembaraan ini pasti membuahkan hasil.

Bila mana awak langkah keluar dari Malaysia atau negeri atau orang puteh sebut 'stepping out of comfort zone', korang dah buka diri untuk satu perjalanan menimba pengalaman. Sedikit atau sebanyak atau sebesar zarah sekalipun, pengalaman itu sesuatu yang yidak dapat dijual beli. Cuba bagitau shopping malls mana yang jual pengalaman kembara Surabaya ( contoh ye )...takde kan?

Kalau ada terdetik nak travel, pergi je. Jauh perjalanan luas pandangan awak...sebab pemandangan yang awak dapat diluar tu tersangatlah luas. Alam ciptaan Allah.

gambar google pun lawo


Saya ambil pengalaman yang diceritakan dua sahabat saya, Farah dan Sa'a tentang journey mereka di Sri Lanka. Allahu, sangat membuka mata. Nanti saya akan backlink blog Sa'a untuk korang baca sendiri pengalaman menakjubkan mereka. Dia masih setup setup lagi page dia. Yang saya teruja is mereka berjalan sana time hari raya. Sri Lanka sangat membuka mata dan hati saya tergerak untuk pergi kesana satu hari nanti. Menarik sangat tau penceritaan mereka.

Begitu juga kawan saya yang lain iaitu Nora and the geng dimana mereka pergi ke Jogjakarta....Fuh fuh setiap kali dengar journey mereka saya rasa kagum dan terkesima. Menarik sangat!

Saya masih belum berkesempatan nak jejak Sri Lanka dan Indonesia. InsyaAllah satu hari nanti.

Korang?



Boleh juga baca artikel entry ni :
Perkara yang korang akan rasa dan dapat bila travel ke Korea

Saturday, 16 September 2017

SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat Hari Malaysia.



Alhamdulillah. Tanggal 16hb September 2017 kita masih diberikan rezeki untuk menyambut hari Malaysia.

Selamat hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia. Salam perpaduan untuk seluruh bangsa Malaysia.

Ya... bangsa Malaysia!
Ketepikan ideologi perbezaan kaum melayu , cina dan India kerana kita semua hakiktnya duduk dibawah satu bumbung dan telah bersama sejak kemerdekaan.

Kita semua yang telah membina negara ini. Nenek moyang kita yang membangunkan Malaysia sehingga menjadi sebegini. Justeru kenapa perlu bezakan bangsa. Ya, secara halusnya kita masih berbeza bangsa namun sematkan didada bahawa seluruh rakyat Malaysia juga adalah satu bangsa, satu negara.

Semoga keamanaan dan kesejahteraan sentiasa berpihak kepada kita.

Saya sayang Malaysia.

Friday, 15 September 2017

Cara nak kurangkan marah

Assalamualaikum...

Apa khabar hari ni?
Sentiasa senyum atau ada perkara yang mendatangkan amarah.?
Standard lah....kita manusia. Manusia dan sifat sabar selalu tidak gerak seiring. Sabar itu senang diungkap dibibir tapi nak dilazimi dan dibuat memang sukar. Nak nak kalau terjadi sesuatu yang menaikkan kemarahan.

Begitu juga lah saya yang diakui ni baran nya... Kekadang bila tengah marah mana fikir pun pape. Akal jadi pendek, perasaan jadi merapu.

Tapi sejak saya duduk di Doha...saya ada terbaca artikel tentang luasa istighfar. Istighfar bermaksud permohonan kepada Allah untuk dosa dosa kita.

Kawan kawan sekalian....
Apa saya yang jadi dekat kita, kene berbalik pada diri sendiri. Boleh jadi itu adalah jentikkan kasih sayang dari Allah.  Saya ada cuba tips yang dibuat. Simple sangat.

Caranya....setiap kali rasa emosi tergnggu, terus istighfar 100x tanpa henti. Kira guna ruas jari pun boleh. Teruskan istighfar dan awak akan rasa betapa amarah tu insyaAllah hilang atas kuasa dan izinNya.

Saya cuba beberapa kali dan setiap percubaan itu berjaya. Malahan kadangkala saya rasa malu dengan diri sendiri atas baran dan emosi. Kenapa perlu terbawa sangat perasaan sedangkan kita sendiri juga pendosa.

Tak rugi untuk istighgar seban istighfar ini dapat menghapuskan dosa, meluaskan rezeki ....merendahkan hati. Allahuakbar.

Beristighfarlah selalu. Bukan semata mata nak hilangkan marah tau.



Wallahualam.

Friday, 18 August 2017

REDHA DAN SYUKURLAH

Redha dan syukur.

Dua perkataan ni seringkali kita lihat dalam konteks kehidupan kita, Dengan adanya sifat redha terhadap segala sesuatu yang berlaku sama ada baik atau buruk maka sifat bersyukur akan menyusul kemudian. Wah... kedengaran seperti mudah bukan, hanya yang ditimpa keadaan sedemikian yang memahami betapa sukarnya untuk menanam rasa redha seterusnya syukur.

Allahu, bukan mudah untuk masuk syurga. Namun setiap titik usaha kearah sana pastinya menghasilkan pahala yang berlipat kali ganda. Wahai umat islam, marilah bersama berjalan menuju ke syurga.

Contoh paling mudah, sekiranya dompet anda dicuri ataupun tercicir dan didalamnya tedapat sejumlah wang, bagaimana anda mengaplikasikan konteks redha dan syukur? Disinilah kita teruji. Saya kongsi pengalaman saya yang berlaku beberapa tahun dulu. Saya baru bekerja disebuah syarikat dan mendapat imbuhan akhir tahun maka saya tberniat mengeluarkan sejumlah wang untuk beli buku ( ya saya sedang mempersiapkan diri untuk peperiksaan kadet juruterbang ) dan selebihnya berniat untuk beri kepada keluarga. Malangnya ketika saya ke tandas, saya telah tertinggal dompet itu dan kurang lima minit saya menyedari kecuaian saya, dompet tersebut telah hilang. Bayangkan, betapa susahnya saya bekerja sebagai tukang angkat beg di syarikat penerbangan itu sehingga sakit sakit badan, hasil imbuhan hilang begitu saja. Sukar untuk saya terima namun sahabat baik saya berulang kali ingatkan untuk redha dan cepat-cepat uruskan urusan "blocking" segala kad bank yang ada.
Menambah sakit hati saya adalah bila pegawai bank memberitahu kad saya telah pun ditelan kerana pencuri berkenaan telah berusaha mengeluarkan lagi wang didalamnya ( padahal dalam tu dah takde lansung pape duit ). Jika anda berada ditempat saya, apa yang anda rasa? Sudah tentu maki hamun pembuka kata. Allahu!

Ambil masa yang lama untuk saya redha yang duit tersebut bukan rezeki saya namun setelah saya berjaya redha, sungguh! hati begitu tenang. Dan atas izin Allah saya dikurniakan rezeki lain. Dan saya bersyukur.

Itulah titik sedar saya betapa besarnya perkataan redha dan syukur dan betapa ia berkait dengan keimanan daam diri yang ada dalam diri seorang muslim.

Ditimpa musibah? Redha... betapa Allah mengurniakan pahala didalamnya. Syukur!

Dibuang kerja? Redha... mungkin Allah sedang membuka pintu rezeki yang lebih baik. Syukur!

Kehilangan barang? Redha... Allah akan gantikan dengan barang lain. Syukur!

Kehilangan insan tersayang? Redha... Allah mengajar kita bahawa setiap hamba akan kembali kepadanya. Syukur!

Banyak lagi contoh yang boleh diberi. bersabarlah. Tabahlah!


REDHA DAN SYUKURLAH.

Thursday, 13 July 2017

Nak kurus

Nak kurus.

Simple two word tapinda ulangsebut sejak belas tahun lalu....masih x kurus lagi kekdahnya. ahahahahahahhahahaha.

Okay chill la weh pempuan mana tak obses dengan kurus. Kemon la termakan lebih sikit sepinggan penuh nasi berulam lauk dihias ayam masak pedas ditaburi sambal belacan lak weii sapa nahan sape nahan... so makan tanpa rasa bersalah.

10 minit kemudian.... ADEGAN TARIK RAMBUT BERLAKU.

Mula la rasa nyesal rase tampar diri sendiri nak guling nak lari satu daerah tanpa henti konon nak bakar kalori bakar lemak turunkan lemak defisit bagai pufff pufff itu sekadar ayat manis.

Ingat kasanova je pandai bg ayat manis? eheheheh.

Bersyukur lah awak andainya awak ada body kurus tak risau even makan lima tempayan nasi arab.

Akan tetapi saya yang masih lg dalam misi nak kurus ( konon ) ni rasa nak restart dgn benda baru.

First thing first. Positive and love your process.

Berapa ramai yang sayang diri sendiri? saya tau saya ada personal issue pasal tu. Sedih kan.

Sapa nak sayang kita kalau bukan diri kita sendiri? Allah bagi badan tu satu amanah. Mari kita mulakan dengan sayang diri sendiri. Pasni start lah telan sayur minom air lima tangki Jogging satu daerah berbasikal sehingga Thailand ke apa ke buat aje.

Be happy.

Be contented.

Sayang diri sendiri.

Semua result ada titik permulaan.


-asmiera-

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...