Friday, 19 February 2021

[ REVIEW KDRAMA ] ZOMBIE DETECTIVE

 Assalamulalaikum 2021.


Saya ni kalo da nama review kadang tu da ala ala giving spoiler teruih. Eheheh..  saya kan cemni. Sorry la kalau kalian ada yang jenis pantamg mak nenek spoiler spoiler ni. 


Okay. Time dok lepak dengan husband aritu saja godek saya terpandang citer ni. Teringat citer ni ada gak yang cakap best tapi underrated sebab orang layan Uncanny Counter so tenggelam la zombie detective. Rugi laaaaa...sapa yang suka genre suspense dan kelakar, bagus tengok ni. Sebab memang kelakar dan intense gak kadang. ..




Poster dia tu cam ghostbuster dah kan? Tapi worries mot cite ni reringan and fun to watch dikala mengisi masa lapang. Lepastu pelakon dia bukan calang calang gak. Si Choi Jinhyuk tu. Sapa kaki kdrama tau la sapa mamat ni yang kononnya dulu Nazim Othman pernah disamakan dengan beliau. Heheh.. Jinhyuk ni hero drama Rugal gak tau.









Sapa yang pernah tengok movie Warm Bodies korang pasti boleh relate. Sebab permulaan citer ni si zombie ni asyik bebel and cakap ngan diri sendiri je. Bermonolog and pastinya kelakar.. dia sendiri tak tahu camna dia jadi zombie dan dia berusaha nak bunuh diri pun tak berjaya...maka dia decide nak hadap jela idup sebagai zombie tapi sebab jadi zombie ni slow benor pergerakan, dia prektis setahun la atas treadmill supaya boleh bergerak laju macam manusia dan boleh pegang chopstick apa semua tu. Sebabnya dia nak cari identiti asal dia maka dia harus masuk ke dunia manusia. Takkan nak dok hutan je forever.


Nak dijadikan cerita, sebab dia ni no-identity so satu hari ditakdirkan dia ternampak seseorang dibunuh dihutan. Seorang detektif. Sebelum detektif tu mati dia sempat intai dekat konon nk makan tapi sampai sudah tak sampai hati nak makan manusia. Detektif tu bagi kunci ofis dan sejak dari itulah dia hidup dengan identiti detektif yang bernama Kim Moo Young.  Okla kan sebab dia tatau sapa nama sebenar dia.


Dipendekkan cerita dia ditakdirkan bertemu seorang journalist yang asyik busy body sebok nak siasat itu ini dan akhirnya depa bekerjasama selesaikan kes yang upahnya berjuta won. Yela, zombie tu takda duit dan nak duit untuk survive dan journalist tu pun miskin kene cari duit bayar hutang. Sejak dari tu sampai sudah depa jadi co-worker. Journalist tu kerja dengan zombie tu.. memula dia tatau tu zombie lelama dia dapat tau and memang kelakar sangat la. Pempuan tu pon over kemaen. 






Sejujurnya cerita ni best... Bagi saya siapa yang suka hiburan ringan boleh lah tengok. Takkan nyesal punyaa. Boleh cek kat youtube klip and trailer tau.


Selamat menononton.

Thursday, 22 October 2020

[ MOVIE ] 93 days

 Assalamualaikum semua. 


Apa khabar kalian disana. Gitewww~ Dah lama tak bersiaran kan kita. So sekarang dah masuk Oktober dan makin menghampiri Disember. Bermaksud tak lama lagi nak dekat tahun 2021 dah. Sejujurnya tahun 2020 yang kita dok canang canang dan gembar gemburkan mengkala kecik dulu, sememangnya tahun yang banyak cerita dan kejutan.

Tapi antara major cerita yang serasa saya akan diingati sampai bila bila ialah alkisah corona virus a.k.a covid-19. Betapa virus yang tak ternampak dek mata, tak terjangkau dek akal ni mampu melumpuhkan ekonomi, menjadikan manusia hidup dalam kerisauan dan berbagai lagi. Besar sungguh ciptaan Allah yang takkan kita jangkau dengan akal pemikiran manusia biasa.


Mengkala pandemik ni saya nak review sikit movie best yang saya tengok secara tak sengaja awal pandemik aritu dengan husband. Konon saja ambil mood pandemik. Nak tengok contagion tapi takde lak dalam netflix husband. So ada 93days okay laaa~






Kisah ini berkenaan virus wabak ebola yang banyak menyerang negara afrika. Betapa scarynya virus ni kalau tersebar, memang susah nak survive dan apa yang mereka perlu usaha lakukan ialah elakkan virus tu dari merebak. Bermula seorang diplomat yang kurang sihat dan dimasukkan kehospital, diplomat tu dah ada tanda tanda ebola tapi dia in denial. Maka mereka paksa untuk tahan juga dan buat ujian sehingga la ebola dia makin teruk dan dia meninggal disitu juga. Hospital mula dalam bahaya sebab nak elakkan virus terkeluar dari hospital. Mulalah buat pengasingan dan prosedur tertentu... akhirnya beberapa staff terjangkit. Sedih sangat tau macam mana mereka ketakutan dan cuba survive lawan. Betaa sakitnya bila virus tu aktif dalam badan. Ada yang tewas, ada yang menang. Dalam masa 93 hari, mereka berjaya kekang dan matikan virus dari merebak!


Semua dengan kerjasama semua pihak... elakkan selfish. Gitew~







Cerita ni bagi saya sangat best walau pelakon bukan muka muka yang kita kenal dan familiar... penceritaan dalam ni buat saya relate dengan usaha Tan Sri DG hisham, betapa bila kita berjaya kekang dengan cara isolasi dan kluster, kita akan berjaya kekang keseluruhan... kita boleh menang! 


Wednesday, 2 September 2020

Perkara yang perlu disediakan untuk daftar SAFETY AND HEALTH OFFICER

 Salam semua.


Rasanya bidang safety and health ni atau dalam bahasa melayunya pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja macam masih ramai tak aware kecuali yang dah biasa kerja dalam bidang perkilangan, site contruction dan oil and gas khususnya.. Tapi sebenarnya banyak company yang menggunakan khidmat mereka sebab tugasan depa ni nampak je cokia tapi berat lagi besar ya tanggungjawabnya.


Ya, sebab itulah kebanyakan gaji mereka memang tinggi tapi percayalah bidang ni bukan semudah yang disangka. Ada yang ambil sebab dah mati akal tak tahu dah nak proceed apa lepas sambung diploma dan degree sebab masih tak diserap masuk kerja. Komen saya adalah, asalkan ada minat dan ingin mencuba, tiada salahnya.


Apa sahaja pekerjaan, masih lagi kerja. Asalkan dilaksanakan mengikut jalan yang betul dan niatkan kerana Allah. Kita ni nak jaga keselamatan dan kesihatan kawan kawan kita ditempat kerja. Jika berlaku insiden yang tak diingini, fuh perleuh weh! Kerjaya ini memang mencabar dan jika anda terpilih untuk duduk dalam bidang ni, kerjalah sebaiknya. InsyaAllah segalanya akan dimudahkan asalkan kita bekerja atas paksi yang betul.


Bagi yang teringin nak terjun dan cuba cuba bidang ni, terdapat pelbagai steps yang korang perlu ambil tau. Yang saya akan cakap ni safety officer tau yang greenbook tu sebab bidang ni ada pelbagai level. Ada safety site supervisor ( 3S ) dan yellow book officer. Time saya ambil dulu dalam tahun 2013 so sepanjang tu dah pelbagai perubahan berlaku.


Tapi basicnya adalah, kalian perlu lah mengambil dan menghadiri kelas untuk safety officer ni. Boleh rujuk website NIOSH dan godek godek page tu sebab Niosh ni kira macam pusat lah untuk benda camni. 


Yang ni saya ambil dari page kerjaya safety sebagai rujukan anda juga. 

KERJAYA SAFETY PAGE

Dibawah Peraturan 6(1), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan bahawa seseorang yang ingin mendaftar sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan berikut:

  1. Diploma keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan professional atau institusi yang diluluskan oleh Menteri atas syor Ketua Pengarah
  2. Berjaya menamatkan kursus latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan lulus mana-mana peperiksaan bagi kursus iatu atau yang setaraf dengannya, yang diluluskan oleh Menteri atas syor Ketua Pengarah dan mempunyai tiga tahun pengalaman minimum dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  3. Pernah bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekurang-kurangnya bagi tempoh selama sepuluh tahun; atau
  4. Mempunyai kelayakan lain atau telah menerima latihan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri menurut subseksyen 29(4), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994


Oleh itu, setiap Pusat Pengajar SHO yang ada di Malaysia ini perlu mendaftar sebagai Pusat Pengajar Yang Kompeten agar menepati kehendak semasa dan silibus oleh JKKP Malaysia.


Sekali lagi saya tekankan. Minat dan kesungguhan yang akan buat awak survive at the end of the day ( berserta rezeki Allah yang tertulis ). Apa je kita buat kalau sekadar hangat hangat tahi ayam, tak syiok lah kan. Takkan kemana. 


Anda boleh juga tinjau blog ni kalau nak tahu lebih details sebab penulis ni sertakan lengkap selengkapnya segala info dan maklumat yang diperlukan.


MORE INFO TENTANG KERJAYA SAFETY DAN CARANYA. 


Selamat membaca~





Wednesday, 5 August 2020

Susah nak satisfy semua orang

Hati manusia itu sesuatu yang unik. 
Isi hati manusia itu lebih lebihlah unik dan magik.

Kita takkan tahu isi hati manusia sebab ia tersembunyi diruang paling dalam. Walau macam mana terzahirnya diluaran, Takkan tercermin secara dalaman. Begitu juga sebaliknya. 
Pernah tak korang rasa. Kita dah buat terbaik, dah layan baik baik, ikhlas...wallahi ikhlas. Tapi ending nya orang tetap benci kita. Tetap  tak suka kita, dan paling haru bila orang lansung tak layan kita dan fitnah pula serta mengajak orang lain benci kita sekali.

Manusia ni...tak semudah tu nak baca. Buat camna pun akan ada point yang dia tak suka. Kalau takda point, cari point. Tak jumpa juga, cipta point tu. Asalkan hati dia lega. Asalkan hajat dia tercapai.

Allah....

Lindungilah semua hambaMU dari semua fitnah manusia.


Berbalik kepada fitrah. Hanya ALLAH je tempat kita berpaut. Maka, kembalilah pada Allah. Itulah yang sebaik baiknya.

Sunday, 26 July 2020

Crunch cookies sedap nyeeee

Salam alayk.

Sekarang gitau saya sapa je  tak suka biskut rangup ala ala chipsmore. Dia kalao ada taste of homemade dia lebih padu lah banding chipsmore.





Untung orang kuantan ni ye banyak betul produk yang dijual pelbagai seller. Antara yang menarik perhatian saya ni ha. Crunch cookies by meyrawr.

Datang dalam jenis packaging. Pilih aje.


RM10 / 30 pieces+-
RM15 / 55 pieces +-


COD area Kuantan tau.
Nak tanya lebih lanjut boleh tanya sipenjual yang manis ni.

WHATSAPP LINK TO BUY
🍪 RM15 / 55 pieces +-
Cookie RM15 / 55 pieces +-

Friday, 24 July 2020

Syukur

Salam alayk.


Selalu kita terbaca kan orang kaitkan solat dhuha dengan rezeki melimpah. Ada saya terbaca sebab dia solat dhuha 12 rakaat setiap hari, Allah mudahkan lorongkan segala rezeki dia dan keluarkan dia dari kesempitan walau terkena kesan Covid-19 ni.

Rata rata kita tahu betapa covid ni sangat lah membantukan ekonomi serata dunia dan sektor pekerjaan banyak dah buat lay-off hatta syarikat gergasi macam Airasia pon sama.

Tapi suka saya nak ingatkan rakan taulan kita, apa saja jadi kita serah dekat Allah. Kita niatkan solat Dhuha untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah atas setiap satu benda Allah bagi. Yang nyata, yang tak nampak...semua semua lah.

Allah sangat baik terhadap hambanya. Allah bagi kita macam macam hatta keupaayaan untuk berjalan dan menggerakkan anggota badan tapi kita terlupa untuk syukur. Cuba banyang kalau kita bangun tidur hanya mampu gerakkan mata tapi tak mampu gerakkan anggota badan. Kan susah tu.



Secara logiknya, sebanyak mana kita bersyukur, sebanyak malah lebih lagi lah Allah akan bagi kurniaan dan nikmat. Sebab itulah dhuha tu kita jadikan rutin untuk syukur. Allah maha besar.


Regards,
Hamba Allah.

NASI DAGANG NASI KERABU SEDAK SEDAK PADU

Salam alayk,

Ni especially untuk rakyat jelata KL dan selangor yang berdekatan lah.

Malaysia kaya dengan pelbagai makanan.... kalau saya antara peberet saya adalah nasi kerabu lahh.
Nasi kerabu ni banyak je orang jual tapi ni meh saya nak hebah hebah yang sedak do'oh ni... maksud nya sedap gilers la. hehehehe.


Meh jamu mata dulu.







Sedap tak Terliur tak? hehehhee... kalau anda penggemar nasi dage nasi kabu memang anda terliur lah. Hehehehe... Meh saya kongsi pula info penjualnya. Boleh ushar di IG dan kontek number tertera okeh.






Haaa..... sapa dok coverage area dekat boleh la ring ring wasap helo helo dekat owner and seller tu. Pas da try meh leave komen sedak ko dok.  Gitew~



Selamat maju jaya peniaga kecil. InsyaAllah moga maju jaya. Berniaga dengan ikhlas dan saling bantu membantu. KITA JAGA KITA!




Thursday, 25 June 2020

Ibu bekerjaya?

Salam alayk,

Hai semua apo kabo? Saya alhamdulillah sihat dan syukur dapat kesempatan tulis menulis lagi dalam blog sepi nan sendu ni. Maaflah, ada je kekangan sana sini dan alasan tercipta. hehe~

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Terpukul tau dengan kata kata tu.






Okaylah. Twins saya dah berumur setahun setengah dan rezeki Allah, saya dapat tawaran kerja atas izinNya dalam bidang yang saya belajar. Saya terima dan bermulalah hidup sebagai ibu bekerjaya gitewww. 

Cabaran?

Mestilah awak!!!! Nangis lah awal tu rindu anak sebab melekat tak hengat dari dorang lahir sampai dah boleh berlari berkedudup. Lepas tu bengkak susu sikit sebab saya takde pam dan situasi tmpat kerja macam susah nak pam. Ini bukan alasan, ini betul betul. Adalah mustahil untuk saya curi masa berkali kali untuk pam dan juga disini saya dikelilingi rakan sekerja lelaki makanya ianya menjadi semakin sukar. See alasan bertabur tabur...tapi memang benar awak. InsyaAllah saya cari jalan lagi hmmmmm.

For now itulah update saya. Since da rasa hidup bekerja, benarlah ibu kerja kerja ni walau penat tapi ada me time sikit tapi hilang baby-bonding time. sobs~~~~

Next time rasa nak ulas lanjut lah pasal ni. So, for now see ya... saya menulis ni time rehat opis nih.


Bubye~~ Assalamualaikum.

Sunday, 21 June 2020

Du'a untuk anak ( english )

Duas to make for your Children this Ramadan <3

In the name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful.
All praises are for Allah ﷻ , the most Compassionate, the most Forgiving.

Salutations and blessings be upon our Prophet Muhammad SAW, his family and companions.

Oh Allah, I submit myself to you.

I realise that parenting a child is a very difficult task and I turn to You in humility for Your help.

I implore you for Your wisdom and guidance.

Oh Allah, I know that our children are an amanaat from You, to care for and raise.

Help me do that in the best way.

Teach me how to love in a way that You would have me love.

Help me where I need to be healed, improved, nurtured and made whole.

Help me walk in righteousness, and integrity, so that you may always be pleased with me.

Allow me to be a God fearing role model with all the communication, teaching and nurturing skills that I may need.

Oh Allah, you know what our children need. Help and guide us in praying for our children.

Oh Allah, put a hedge of safety around our children. Protect their bodies, minds and emotions from any kind of evil and harm.

Oh Allah, I pray that You protect them from accidents, diseases, injuries and any other physical, mental or emotional afflictions and abuse.

Oh Allah, I pray that you keep our children free from any addictions and vices.

Draw them close to You for protection from every ill and evil influence of our society, whether it’s apparent to us or not.

Oh Allah, grant our children hidayaah and a heart that loves to obey You.

Shine Your light on any secret or unseen rebellion in their hearts and destroy it before it takes root.

Oh Allah, guide them away from any pride, selfishness, jealousy, hypocrisy, malice and greed and make them uncomfortable with sins.
 🥰🥰
Penetrate their hearts with Your love today and always ...

Oh Allah make apparent to them the truth in any situation and let them not be misled by falsehood.

Oh Allah, grant our children the ability to make clear decisions and let them always be attracted to good things that are pure, noble, true and just.

Oh Allah, guide them in making choices that please You.

Oh Allah, help them to taste the sweetness of walking with a humble spirit in obedience and submission to You.
🥰
Oh Allah grant them the wisdom to choose their words carefully and bless them with a generous and caring spirit.

Oh Allah, I pray that they never stray from the path of deen and that You give them a future filled with Your best promises.

Oh Allah, always keep our children cleansed and pure from evil and shaytaan.

Oh Allah, keep them steadfast in establishing Salaah and help them revere the Glorious Quran as Your Word and Law

and to read it with understanding daily. Let it be their source of light and guidance.

Oh Allah, let our daughters love wearing hijab and our sons the dress of a humble Muslim.
🥰
Let their dress be a representation of their Imaan and of their love and respect for Your commands.

Lead them to a position where they rely truly on Your power alone and fear You in the open and in secret.

Oh Allah, make them so strong in their deen that they never encounter doubt.

Oh Allah, do not allow any negative attitudes in the place of our children’s lives.

Oh Allah, guide our children in honouring and obeying You, Your Rasool صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ and us as parents.

Make them the coolness of our eyes.
🥰
Oh Allah, fill our children with compassion and caring that will overflow to each member of our family.

Oh Allah, grant them piety. Help them love, value and appreciate and respect one another with good communication between them always.

Oh Allah, drive out any division between our children and bring them healing.

I pray there be no strain, breach, misunderstanding, arguing, fighting or severing of ties..

Oh Allah, I pray for a close, loving, happy and fulfilling relationship with them for all the days of our lives.. 💖💞💖

Ameen!

Saturday, 13 June 2020

Coretan untuk suami isteri

Salam.

Saya dapat ni dari whatsapp. Share balek sini sebagai renungan. Tak sure dari mana asalnya empunya penulis. Tuan Amir Danau.


**************

KITA LEKA JIMAK, ISTERI LAYAN CORNETO BARU

Buat sahabat-sahabat yang masih keluar berjimak dengan perempuan lain sebagai hobi especially yang dah kahwin. Ni sajalah aku nak tulis sikit. Bukan nak belagak baik ke apa tau, saja nak kongsi memandangkan umur kita ni geraknya laju. Anak-anak pula makin membesar dengan sihat dan bakal mulakan hidup bekerjaya mereka sendiri. Lagi pulak bila tulis macam ni, biasanya ujian kena batang hidung lagi tinggi.

Takpalah, saja nak tulis jugak.

Aku membesar dengan nakal. Merasa membesar di tepi jalan, bergaul dengan segala macam jenis manusia. Dari orang yang alim sampai ke pembunuh, ke pesalah yang bakal kena hukum gantung dan lain-lainlah. Perangai aku ni satu je, bila duduk dengan kumpulan-kumpulan ni, aku tak suka cerita aku ni siapa, buat apa dan apa-apa lah. Aku suka tanya soalan dan dengar pengalaman sorang-sorang ni. Lepas tu, itulah yang aku akan jadikan point-point untuk menulis. Bukan tuju pada dia, tapi gunakan point tu untuk aku pecahkan ke point-point lebih umum untuk semua orang.

Banyak cerita yang diorang kongsikan. Ada yang bangga, ada yang rasa tu hero, ada yang rasa dia paling hebat. Semua ni aku layankan bersahaja.

Cuma bila masuk part berjimak dengan perempuan lain je aku rasa aku suka nak kupas sikit. Lagi-lagi yang dah berkahwin.

Lepas aku kahwin, apa aku buat berniaga ke apa ke semuanya memang bini aku follow aku. Kiranya hidup aku ni sejak kahwin, 24jam dengan bini aku lah. Masa bini aku beranak, demam, sakit, anak membesar. Semuanya aku ada dekat sebelah bini aku. Selalu aku termenung pandang bini aku ni. Kadang-kadang rasa geram, kadang-kadang rasa marah, kadang-kadang rasa kesian, kadang-kadang rasa rindu. Macam-macam rasa.

Situ banyak aku belajar tentang hati. Teringat mak aku besarkan aku. Bila aku tengok bini aku macam struggle urus anak, urus rumah, uruskan makan minum aku dekat dapur. Hati jadi sayu.

Terbayang orang lain yang isteri dia excited masakkan dia, jaga anak dia, siap-siap tunggu suami balik. Tapi korang tengah sedap melanyak betina lain. Macam-macam aksi korang bedal, lepas klimaks, menyesal. Ni skrip biasalah kan.

Entah, bab melanyak betina lain ni tak semestinya lelaki tu jenis nakal. Ikut pengalaman aku, banyak je yang sembang kitab, yang muka skema, lemah lembut bagai ni yang terjebak benda alah ni. Segala skill depa praktikkan tanpa rasa bersalah langsung. Yang acah-acah Ustaz pun jangan cakaplah. Konon nasihat dan bagi motivasi dekat isteri orang tentang sabar dan tips rumahtangga, ending dia, dia motivasikan isteri orang tu pakai senjata dalam seluar. Dia gunakan chance tu sehabis mungkin, segala skill dia keluarkan. Worm, sixty nine, helicopter. Segalanya lah.

Apa yang aku sembangkan ni bukan tak banyak jadi. Banyak, sumpah banyak. Percaya tak percaya je.

Last sekali aku nampak, kita suami-suami orang ni. Sebelum fikir sedap, tak salah termenung dulu letak diri kita dekat tempat isteri. Try cebokkan berak anak dulu, try duduk seharian dekat rumah uruskan anak macam isteri uruskan. Masa tu mungkin akan rasa berdosa sikit bila kau nak pergi pilih perempuan lain untuk muntahkan aiskrim dalam seluar kau. Sebab kau tau, isteri punya letih nak uruskan segalanya untuk kita tu bukan senang.

Masa berganti masa. Sampai satu tahap, kudrat kau dah tak begitu kuat. Isteri tetap setia melayani kau. Jaga kau. Masa tu setakat menyesal je pun tak guna. Baru nak rasa bersyukur padahal kalau isteri tau segala perbuatan tu waktu tu, boleh jadi hancur luluh hati si isteri. Hah, masa tu rasa dunia tu gelap sekejap.

Anak-anak akan membesar. Dan waktu tu, kau cuma tinggal bersama isteri.

Takda dah Maria. Takda dah Rosalinda. Takda dah Betty.

Kalau hati isteri hancur je mungkin kau rasa okey. Dapat pulak isteri kau pun nak jujur dekat kau, yang dia sebenarnya dah tau kau buat benda tak senonoh tu dulu dan itu punca dia pilih untuk berjimak juga dengan orang lain? Lagi nayaa. Yang kerjakan isteri kau tu pulak, orang yang lagi hebat dan hensem daripada kau.

Jangan main-main bab ni.

Kalau baca kisah-kisah lama, bukan takda kisah macam mana Kifarah tu sampai. Aku percaya, antara punca isteri kantoi berjimak dengan lelaki lain, melayan terjahan keras dari lelaki lain sampai bunting, kantoi berskandal lelaki lain kadang tu  semua mungkin kesan daripada kita yang mungkin sebelum ni pernah buat perkara yang sama. Bezanya kita tak bercinta je dengan perempuan yang kita kerjakan tu.

Kepala kau akan jadi gila, bila kau terbayangkan segala skill yang pernah kau buat dekat perempuan lain tu rupanya lelaki lain dah buat skill sama dekat isteri kau. Gila, kucing dapat ikan bergolek depan mata. Nak biar je ke? Mesti nikmati cukup-cukup. Apa boleh dia capai, dia capai. Genggam cukup-cukup, bagi merah merata tempat. Daripada belakang, dia tusuk. Siap tarik rambut. Bentuk U badan bini kau masa tu. Gila dia tak gunakan masa tu sebaik mungkin. Peluang bukan datang selalu. Hah, mulut pun dia bagi.

Masa tu macam mana kau tengah sedap dengan budak ofis, kau lupa bini kau, macam tu juga bini kau lupakan kau. Sedap layan senak. Skill-skill yang dia tak pernah dapat pun dari kau, si Jantan hensem ni dah buat. Dah macam filem Hollywood.

Seram tak? Debor tak? Kalau debor, jangan buat! Selalu fikir panjang.

Apapun, mudah-mudahan Allah jentik hati kita untuk terus hargai isteri-isteri yang Setia. Yang serah segalanya untuk kebahagiaan rumahtangga. Apa sangat sedap yang sekejap berbanding kesannya nanti pada rumahtangga kita kelak.

Allah Maha Adil. Esok Dia swingkan hati isteri kita, masa tu baru ada akal. Baru nak pura-pura lepak mesjid cari ketenangan.

Ni bukan cerita seks. Aku cerita lebih detail supaya kita nampak jelas sikit dan berdebor jantung tu nak buat benda yang sedap sekejap.

Sekarang kau dah seram ke belum kot sepanjang kau buat benda alah bukan-bukan ni sebenarnya bini kau pun dah pernah sedap sebelum ni masa kau takda rumah? Masa dia keluar kerja?

Termenung panjang, muhasabah diri.

Terima kasih buat isteri tersayang kita. Untuk semua struggle dan kesetiaan diorang bersama kita membina rumahtangga yang penuh ujian ini. Lupakan budak kolej, lupakan bini-bini member kita. Lupakan office mate perempuan yang seksi siap pakej perfume wangi semerbak. Bila di offer, tu bukan rezeki.

Itu BALA.

Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Selalu doa minta hati kita dipesongkan dari segala benda ke arah berzina dengan perempuan lain. Memang bukan senang, atleast usaha. Ujian ni jadi lagi besar, bila dalam akaun kau ada banyak duit. Lantik je isteri kau jadi P.A. Kuranglah sikit risiko tu. Setakat tetek melentik-lentik ni, tutup mata je lah. Tak kemana. Sembang fisabilillah, dengan tetek pun kalah. Baik tidur je.

#copypaste

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...