Friday 24 July 2020

Syukur

Salam alayk.


Selalu kita terbaca kan orang kaitkan solat dhuha dengan rezeki melimpah. Ada saya terbaca sebab dia solat dhuha 12 rakaat setiap hari, Allah mudahkan lorongkan segala rezeki dia dan keluarkan dia dari kesempitan walau terkena kesan Covid-19 ni.

Rata rata kita tahu betapa covid ni sangat lah membantukan ekonomi serata dunia dan sektor pekerjaan banyak dah buat lay-off hatta syarikat gergasi macam Airasia pon sama.

Tapi suka saya nak ingatkan rakan taulan kita, apa saja jadi kita serah dekat Allah. Kita niatkan solat Dhuha untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah atas setiap satu benda Allah bagi. Yang nyata, yang tak nampak...semua semua lah.

Allah sangat baik terhadap hambanya. Allah bagi kita macam macam hatta keupaayaan untuk berjalan dan menggerakkan anggota badan tapi kita terlupa untuk syukur. Cuba banyang kalau kita bangun tidur hanya mampu gerakkan mata tapi tak mampu gerakkan anggota badan. Kan susah tu.



Secara logiknya, sebanyak mana kita bersyukur, sebanyak malah lebih lagi lah Allah akan bagi kurniaan dan nikmat. Sebab itulah dhuha tu kita jadikan rutin untuk syukur. Allah maha besar.


Regards,
Hamba Allah.

No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...