Wednesday 2 September 2020

Perkara yang perlu disediakan untuk daftar SAFETY AND HEALTH OFFICER

 Salam semua.


Rasanya bidang safety and health ni atau dalam bahasa melayunya pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja macam masih ramai tak aware kecuali yang dah biasa kerja dalam bidang perkilangan, site contruction dan oil and gas khususnya.. Tapi sebenarnya banyak company yang menggunakan khidmat mereka sebab tugasan depa ni nampak je cokia tapi berat lagi besar ya tanggungjawabnya.


Ya, sebab itulah kebanyakan gaji mereka memang tinggi tapi percayalah bidang ni bukan semudah yang disangka. Ada yang ambil sebab dah mati akal tak tahu dah nak proceed apa lepas sambung diploma dan degree sebab masih tak diserap masuk kerja. Komen saya adalah, asalkan ada minat dan ingin mencuba, tiada salahnya.


Apa sahaja pekerjaan, masih lagi kerja. Asalkan dilaksanakan mengikut jalan yang betul dan niatkan kerana Allah. Kita ni nak jaga keselamatan dan kesihatan kawan kawan kita ditempat kerja. Jika berlaku insiden yang tak diingini, fuh perleuh weh! Kerjaya ini memang mencabar dan jika anda terpilih untuk duduk dalam bidang ni, kerjalah sebaiknya. InsyaAllah segalanya akan dimudahkan asalkan kita bekerja atas paksi yang betul.


Bagi yang teringin nak terjun dan cuba cuba bidang ni, terdapat pelbagai steps yang korang perlu ambil tau. Yang saya akan cakap ni safety officer tau yang greenbook tu sebab bidang ni ada pelbagai level. Ada safety site supervisor ( 3S ) dan yellow book officer. Time saya ambil dulu dalam tahun 2013 so sepanjang tu dah pelbagai perubahan berlaku.


Tapi basicnya adalah, kalian perlu lah mengambil dan menghadiri kelas untuk safety officer ni. Boleh rujuk website NIOSH dan godek godek page tu sebab Niosh ni kira macam pusat lah untuk benda camni. 


Yang ni saya ambil dari page kerjaya safety sebagai rujukan anda juga. 

KERJAYA SAFETY PAGE

Dibawah Peraturan 6(1), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan bahawa seseorang yang ingin mendaftar sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan berikut:

  1. Diploma keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan professional atau institusi yang diluluskan oleh Menteri atas syor Ketua Pengarah
  2. Berjaya menamatkan kursus latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan lulus mana-mana peperiksaan bagi kursus iatu atau yang setaraf dengannya, yang diluluskan oleh Menteri atas syor Ketua Pengarah dan mempunyai tiga tahun pengalaman minimum dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  3. Pernah bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekurang-kurangnya bagi tempoh selama sepuluh tahun; atau
  4. Mempunyai kelayakan lain atau telah menerima latihan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri menurut subseksyen 29(4), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994


Oleh itu, setiap Pusat Pengajar SHO yang ada di Malaysia ini perlu mendaftar sebagai Pusat Pengajar Yang Kompeten agar menepati kehendak semasa dan silibus oleh JKKP Malaysia.


Sekali lagi saya tekankan. Minat dan kesungguhan yang akan buat awak survive at the end of the day ( berserta rezeki Allah yang tertulis ). Apa je kita buat kalau sekadar hangat hangat tahi ayam, tak syiok lah kan. Takkan kemana. 


Anda boleh juga tinjau blog ni kalau nak tahu lebih details sebab penulis ni sertakan lengkap selengkapnya segala info dan maklumat yang diperlukan.


MORE INFO TENTANG KERJAYA SAFETY DAN CARANYA. 


Selamat membaca~





1 comment:

  1. Merkur 34c Review – Is This a Scam or Legit? - Deccasino
    Merkur 34C Review – Is This a Scam or Legit? deccasino The Merkur is a great choice for those who like to add the brand new safety razors to their Pros and cons 온카지노 include: Still has the comfortable handle, comfortable and close to full-body 카지노사이트 balance

    ReplyDelete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...