Thursday 22 October 2020

[ MOVIE ] 93 days

 Assalamualaikum semua. 


Apa khabar kalian disana. Gitewww~ Dah lama tak bersiaran kan kita. So sekarang dah masuk Oktober dan makin menghampiri Disember. Bermaksud tak lama lagi nak dekat tahun 2021 dah. Sejujurnya tahun 2020 yang kita dok canang canang dan gembar gemburkan mengkala kecik dulu, sememangnya tahun yang banyak cerita dan kejutan.

Tapi antara major cerita yang serasa saya akan diingati sampai bila bila ialah alkisah corona virus a.k.a covid-19. Betapa virus yang tak ternampak dek mata, tak terjangkau dek akal ni mampu melumpuhkan ekonomi, menjadikan manusia hidup dalam kerisauan dan berbagai lagi. Besar sungguh ciptaan Allah yang takkan kita jangkau dengan akal pemikiran manusia biasa.


Mengkala pandemik ni saya nak review sikit movie best yang saya tengok secara tak sengaja awal pandemik aritu dengan husband. Konon saja ambil mood pandemik. Nak tengok contagion tapi takde lak dalam netflix husband. So ada 93days okay laaa~






Kisah ini berkenaan virus wabak ebola yang banyak menyerang negara afrika. Betapa scarynya virus ni kalau tersebar, memang susah nak survive dan apa yang mereka perlu usaha lakukan ialah elakkan virus tu dari merebak. Bermula seorang diplomat yang kurang sihat dan dimasukkan kehospital, diplomat tu dah ada tanda tanda ebola tapi dia in denial. Maka mereka paksa untuk tahan juga dan buat ujian sehingga la ebola dia makin teruk dan dia meninggal disitu juga. Hospital mula dalam bahaya sebab nak elakkan virus terkeluar dari hospital. Mulalah buat pengasingan dan prosedur tertentu... akhirnya beberapa staff terjangkit. Sedih sangat tau macam mana mereka ketakutan dan cuba survive lawan. Betaa sakitnya bila virus tu aktif dalam badan. Ada yang tewas, ada yang menang. Dalam masa 93 hari, mereka berjaya kekang dan matikan virus dari merebak!


Semua dengan kerjasama semua pihak... elakkan selfish. Gitew~







Cerita ni bagi saya sangat best walau pelakon bukan muka muka yang kita kenal dan familiar... penceritaan dalam ni buat saya relate dengan usaha Tan Sri DG hisham, betapa bila kita berjaya kekang dengan cara isolasi dan kluster, kita akan berjaya kekang keseluruhan... kita boleh menang! 


No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...