Thursday, 26 March 2020

Daun ketumbar vs daun sup...apa beza?


Salam alayk...



"Yang, camna nak beza ketumbar dengan daun sup?"





Tudia tudia. Start je perintah kawalan pergerakan ( PKP ) di Malaysia, bermulalah viral para isteri share husband depa blur, confuse, tak reti dan sama erti dengannya bab beli barang dapur. Yelah, PM suruh ketua keluarga aahaja yang keluar dan tidak boleh sewenang wenang keliar tanpa sebab ye. Kita ada misi putuskan rantaian corona virus sebab tu kene dok rumah.

Betapa confusenya para letua keluarga ni sebab yela selama ni mostly kalau keluar pon ada ada wife disisi so depa x chakna sangat bab bab barang dapur ni. Tapi tak dinafikan masih ramai para suami yang expert dan dan perempuan yang tak reti gak. Vice verca.

Tapi tak perlu risau ya...Tesco ada sediakan bantuam reference siap pelbagai bahasa gitu.

Take time, save gamba gamba tesco bagi tu untuk rujukan. Kot tetibe wife cakap nak ayam bahagian chicken bishop nose. Kompem penin kan...ayam ada nose ke?

Haaaa... Sila amati gambar dibawah.





Pantun untuk TESCO Malaysia.


Terima kasih daun keladi,
Dari kami suami isteri
Kot kot kene PKP lagi
Boleh la kami rujuk disini.


Ewah. 

Saturday, 21 March 2020

Frontliner Malaysia Covid 19

Salam...
Sehingga saat saya menulis ni Malaysia dah mencatat kematian sebanyak 8 orang dan masih tak tahu akan bertambah bila dan berapa ramai lagi. Allah.

Jumlah kes infected pun dah capai 1183 orang. Jumlah kes sembuh pula 114 orang. Ni rekod untuk 21 march 2020 tau.

Kita ternanti nanti tahun 2020 dengan pelbagai assumption apa yang millenium tear ni kan offer. Tapi manusia antas diuji dengan penularan wabak Covid-19 yang sangat getir dan pandemik untuk seluruh dunia. Walaupun bermula di China namun eropah punya situasi jauh lebih menakutkan sekarang dengan kes mencanak tanpa henti tanpa kompromi.

Berlumba lumba di carta seolah kutipan olimpik pula. Cukup takut bila jumlah jangkitan mencanak naik dengan terlalu banyak. Ada beberapa hari German, Italy dan US catat 5000++ kes ... Allah. ..

Malaysia tak kurang membimbangkan juga...kita adalah negara kecil justeru jumlah tu sangat scary.


Ayuh lah..dah dah degil kepala batu semua. Perdana menteri dah rayu...stay at home. Duduk rumah. Jangan degil. Jangan ketegaq. Staff hospital tu kalau dapat reht tidur dorang pun nak...so kita yang dapat ni syukurlah.



Frontliners adalah hero yang tidak didendang tapi merekalah yang berdiri dihadapan semua menghadap virus ni. Ada yang telah tumbang dah dijangkiti serta majoriti kepenatan tahap maksima.

Belum kira yang tinggalkan anak, pisah dari keluarga sebab risau virus melekat dibadan. Begitu besar pengorbanan mereka untuk tersayang jadi jangan la kita ni menggelupo balek kampung jalan sana sini peluk semua orang beriadah santai bagai...semua tu boleh tunggu. Lepas dah settle nak buat kenduri 100 malam pun takpe takda sapa marah ok?

Tapi frontliners ni selain dari pasukan kesihatan, jangan lupa juga anggota keselamatan dan media. Polis , pdrm,bomba dan sebagainya jaga keselamatan. Media sentiasa update apa yang patut. Pasukan 'essential' team macam Tnb, syarikat air, airlines , pos dan rider rider makanan masih ada berjasa meneruskan kerja walau seribu satu kerisauan...ye, ada yang juga telah dihangkiti.  Allah.


Mari panjatkan doa...tolak ketepi racial statement dan politik. Kita kene atasi wabak ni sama sama. Takleh satu side je. Kene segala penjuru... Pas ni nak sambung gaduh pon lantak kome.

Saya kongsi gamba dari facebook pelabagi akaun dan kredit sepenuh diatas owner asal...







Terima kasih frontliner. Anda adalah pejuang negara.



Friday, 13 March 2020

Alkisah penangan covid-19

Assalamualaikum.

Hari demi hari, bilangan dan angka infected person bertambah. Begitu juga bilangan yang mati. Allah.

Junlah negara yang mula didatangi wabak ini pun bertambah. Saatu demi satu. Sikit demi sikit. Bercambah bagaikan cendawan selepas hujan. Merisaukan. Mendebarkan.

Harga semakin yahudi.haihh




Kita jadi gundah memikirkan adakan kita sudah pun dijangkiti? Atau kawan dan dan family kita adalah super spreader atau patient zero.

Bermula kes 26...kes 38... Dan masih mencari punca bila tiba tiba kes sporadic pula yang muncul. Menandakan aras aahaya semakin tinggi.




Adik saya salah seorang medical assistant di hospital kerajaan baru baru ni hampirlah meluruhkan jantung sebab katanya dia sedang dikuarantin dan test sebab terdedah dekat sorang patient positif covid19....dalam cctv waktu buat contact tracing tu terpampang muka dia cakap tanpa mask. Saya tahu mak kat kampung lah orang paling risau waktu tu. Alhamdulillah dia dah disahkan bebas cuma kene gak kuarantin.

Itu baru dia. Orang lain? Sorang adik saya di hospital selayang pun kawannya terdedah. Juga berisiko...sorang lagi adik di hospital uia pun sama.

Tudia semua adik dibidang medical ( walau bukan doktor, tapi medical people is love ).

Kita tak tahu apa akan jadi. Sampai bila corona nak ada. Mana pergi antidot? Semua persoalan...dan paling popular ialah : ADAKAH INI SATU BENTUK PROPAGANDA?

Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu. Allah maha mengetahui segala rahsia dan dan isi langit. Sebelum dan selepas. Segala galanya. Allah tahu. Allah tegur kita. Allah izinkan...tetap ada ada hikmahnya.

Jangan terlalu panik. Tapi sentiasalah berhati hati. Hasbunalla wanikmal wakeel. Nikmal maula wanikman naseer.

Sentiasa prepare sanitizer.
Sentiasa pakai mask.
Wuduk.
Jaga jarak.
Tawakkal. Doa.


Fullstop.

Monday, 9 March 2020

Alala kembar ( melons )

Assalamualaikum.



Sekarang ni kalau pergi memana je mata orang sekeliling akan tertancap tengok si melons dua ketoi ni. Pastu depa akan samada senyum, pandang or datang dekat pastu alolo kembar me, pempuan ke....

Sebab melons ni pretty boy sangat gamaknya. Bese lah kalau baby ni yang babygirl orang selalu ingat baby boy. Macam ada rakan ig tu anak baby girl siap pakai pink pon orang ingat boy. Pakai headband pon masih ingat boboy. Apoooo?




Sabo jelah ...tapi ala mak mak bapak bapak sekalian rilek je. Biasalah time baby ni la kan nak enjoy the feeling . Kalau da bebsar kalau yang girl sebok nak jadi pengkid, yang boy sebok nak jadi putewii, ha boleh siap la nak sentil ke libas dengan parang ke. Jangan lawan fitrah Allah. Sepuk kang. 

Tibeh.




Ye saya tau..rambut melons panjang and depa once in a while pakai pink. Ala baby kan. And baju adiah orang...and jap, sejak bila pink ni hanya girl punya mutlak? Pink is new black tauuuuu. Asalkan saya tak pakaiakan depa tudung or sepit bunga. Lol...








Pastu bila tengok depa terkenang kembali time depa dalam perut. 2kantung 1uri. Sepanjang pregnant doctor cakap DCDA,da beranak doctor cakap 'ehh rupanya selama ni MCDA. Lehhhh.




Sesak didalam perut ..acamne la maj anak kembor tiga empat lima. Ui

Monday, 24 February 2020

Covid-19

Salam alayk...

Masuk tahun 2020 ni rasa macam banyak sangat benda berlaku. Tapi tulah bukan kereta boleh terbang lah. Ihiks.

Antara isu yang kritikal bagi saya sekarang adalah Covid-19 a.k.a corona virus. Virus yang menular di awal tahun start dari Wuhan, China.


Entahlah... Saya tak berani komen banyak sangat tapi seperti yang ditulis di kebanyakan tempat, virus ini menular dengan sangat dasyat. Dan virus ni sama bahaya bahkan mungkin lebih lagi dari SARS, MERS dan wabak sebelum ni. 

Allah....

Dunia dipenghujung zaman. 

Disebabkan virus ni jugak, ekonomi sejagat agak terganggu. Airlines business drop, saham turun naik dan banyak sumber yang terkena tempias. 

Semoga kita semua dilindungi. Amin ya rabb.


Saturday, 1 February 2020

Give back to society

Salam.


GIVE BACK TO SOCIETY.

Acamne nak cakap in bahasa melayu eh kasi sedap sket... Err pulangkan semula kepada rakyat? Tudia bunyi macam wakil rakyat oi.

Tapi lately ada beberapa komen di post berkaitan ramp agent airasia ada sebut tentang perlu bayar RM500 untuk uniform bila interview.

Saya cuba dapatkan jawapan dari manager dan beliau tegaskan tiada sebarang advance fee. Justeru sesiapa yang ada diminta bawak sejumlah wang, beh clarify dan emel saya?, Kot saya boleh tanyakan.

Saya tidak lagi bekerja disana maka mungkin juga saya tak tahu prosedur baru or perubahan ke ape ke... Saya cuma berharap kita dapat maklumat yang betul.

Kalian?




Friday, 3 January 2020

Tahun 2020

Assalamualaikum semua.

Dah masuk tahun 2020 kita. Musim lawak masuk tandas ewah ewah or masuk almari eceh eceh pun dah berlalu ye dak? Tapi saya perasan yang kalini lebih banyak lawak kereta terbang. Amboi dia beshe dia.  😆


Di tahun baru yang permai ni....apa azam baru anda semua!? Apa target anda semua?
Rasanya standard azam is kuruskan badan. Kan kan kan kan?hehheh

Beruntunglah kalian yang jenis memang dah kurus susah nak gemok. Serius menjeleskan. Yela, makanan is osem....

So far berat saya dari bersalin til now dah drop tapi da naik sikit jugak. Ahahahhahahahahahhaha. 3kg bertambah uols. Saya nak salahkan air manis manis tak? Hehheh. Menyusukan twins mencabar. Depa kuat susu...sayang la kalau tak gunapakai ye dak.


So.... Kalian sekarang berapa berat badan? Sensitip gila soalan nye ponnnn.

Thursday, 12 December 2019

[ EDISI KOREA ] Road to Kampungku

Assalamualaikum...

Tak lama lagi nak masuk 2020 dah...tudia. Kereta terbang takdak lagi tapi kapal terbang murah makin manyak ...low cost dan peluang nak ke Korea bertambah cerah la kekdahnya. Dan seiring itu..... Kaki travel pun bergulung seronok. Walau apapun tujuan kamu bercuti,berjalan dan bertravel sana sini,niatkanlah untuk mempelajari sesuatu dan duga untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan bersyukur.

Biasanya kalah kita travel ni mulalah tekak mencari cari nasi lemak walaupun itu baru hari kedua kita kat negara orang dan kali terakhir makan nasi lemak ialah dalam flight perjalanan nak sampai ke Korea.ahahaha ada tau yang jenis camtu. Jenis tekak susah nak masuk makanan pepelik. Syukurlah sekarang bercambah restoren halal dan salah satunya adalah KAMPUNGKU. Anak Malaysia punya ok!



Lokasi dia cun uiiiitt. Myeondong!!!Tempat bersaka berhantu berulang kali pergi takdak hal. Dekat pulak dengan Daiso 8 tingkat tu...tu lubuk segala hantu. Hahaha.

Bagusnya Kampungku ni lokasi dia dah lah Myeondong,dekat pulak dengan subway station exit 3 dan 4 alahaii...dedekat je ngan hotel pacific tu.

Menu kat situ pulak idoklah semata malaysian food...ada je korean food tapi paling win bagi saya adalah ayam dia....ayam gurin korea uit. Sedap dia level menjilat ibu jari kaki ( over uols ). Memang wallahi sedap. Saya pernah rasa dua jenis. Yang standard dan ayam yangnyeom yang yas pedas tu tak pedas mana pun ...sedap aih.




Dulu selalu sangat terliur tengok ayam gurin dalam kddama sebab cam lazatnyaaa. Haih...akhirnya Allah bagi gak rasa. Walaupun restoren tu bosnya melayu kita kapi tukang masak ayam ni acik korea so memang authentic la rasa tu tayah risau...tak sama dengan ayam ayam gurin kat Malaysia ni.  Oh ya ayam yangnyeom saya takdak gamba sebab kebuluran dan pegang anak ni cabaran sket la nak bergambar bebanyak. Ehehe

Menu faveret saya kalau kat sini opkos ayam yangnyeom tapi husband saya suka nasi goreng black pepper dia...paduuu. Kami tak rasa lagi makanan lain tapi majoriti traveler lain cakap tomyam dia osem. Korang rasa la sendiri.


So kepada owner dan staff Kampungku, thank you sebab bagi kami makan makanan sedap. Dulu pernah skeptikal cam fikir ahhh dah travel sebok cari cakanan malaysia. Daku silap... Sangat silap.Rugi tak try kampungku dari trip tahun lepas... Sumpah sedap.

Pendek kata, KAMPUNGKU KAMPUNGMU JUA 😆



Friday, 6 December 2019

[ EDISI KOREA ] Private transport ke public transport?

Assalamualaikum...

Selalu kalau pergi travel ni kita akan fikir acamne lah transport kat sana. Nak nak negara yang agak asing untuk kita kita macam Korea. 



Kalau korang first time pergi sana, mesti chuak chuak kan memikir takkan nak naik taxi. Uiiii jangan ye jangan. Pengangkutan kat sana tiptop sebab tula rakyat depa tak menggelupor nak beli kereta cam kita...tempat kita takleh tak menggelupor sebab pengangkutan kita sangat so-so...vice versa lah kan. 

Ni kiranya saya kupas mostly about Seoul ye. Kalau anda kesana, berkeluarga dan ada anak kecil dan dan warga emas or pregnant ladies or semua skali tu, saya lebih suggestkan ambil samada bas atay private transport. Sekurangnya yang dari airport ke tempat tinggal sebab time tu beg kompom berkoyan koyan...time pergi dan balik...and selalunya time balik toooodiaaaaa beranak pinak terus beg.

Saya fokuskan pasal transport airport lah ye. Sebaik saja landing lepas kita lalu immigration kastam amek besg dan refresh skit, kita akan cari cara untuk ke Seoul. Sila ingat ye Incheon ni macam Sepang, Seoul macam KL...jauh tu. And bukan kawasan sama... So jarak kalau naik train allstop dalam 40min ...alaala KLIA ke KL lah tu.

Ada pelbagai cara nak ke Seoul.

1. Teksi

Ada dua teksi...yang mahal standard dan mahal giler. Mahal standard ni kira tak lah mahal mana tapi aje name teksi truslah chop mahal.haha.

Mahal standard

Mahal giler



Rate dia? Alamak...maaf tau saya tak pernah naik tapi dulu dengar beratuih gak. Hm.



2. Bas airport limosin

Ni favorite mostly orang kita...even yang bujang yang datang sebab niat nak nyopping. Heheheh. Bas ni rate dia kalau bayar cash jadi 15kwon...kalau Tmoney 13kwon tapi tu rate sekarang...dulu enam taon lepas 10kwon je. Huuu ingat Malaysia je naik naik rega.



Kalau naik bas ni, segala beg besar gedabak, stroller ke kotak ke campak aje dibawah ruang tu..naik atas dok dan seatbelt pastu enjoy the journey ya.



3. Airport railroad

Juga favorite rakyat jelata Malaya termasuk saya. Tapi ada dua tau Arex yang fast train direct ke Seoulstation or allstop train. Kalau yang fast tu dalam 9000won...kalau allstop 4700won camtu kot. Saya cheapskate skit and tak rush sangat so tadek hal lahhh. Janji depa ontime train...timing padu!
..


Kalau korang bawa beg yang maha dasyat tu saya tal suggest tapi kalau bujang tu alaa redah jelah...bila lagi nak rasa. Saya beg besaar ke kecik ke pregnant ke angkot baby ke saya amek allstop train je.



4. Private transport

Ni biasanya yg ade bajet lebih or memang nak keselesaan...ameklah. seleso,dijemput...kadang price lagi ok dari teksi itam mahal giler tu. Tong tonglahh. Ada banyak je orang yang open service cemni. Saya kenal sorang...nak gune service dia sila emel saya ye..

Mr. Kang



Saya sendiri pun kalau ada bajet lebeh nak gak merasa naik naik airport private transfer ...insyaAllah someday.


So kira ni untuk pergi balik airport lah ye. 
Kalau sepanjang trip sana tu saya wat entry lain lah. 

Korang awesome!


Wednesday, 9 October 2019

Aturan Allah

Selalu saya berfikir camne la kalau saya pikih hala tuju ini,belajar course itu, tolak tawaran kerja ini untui amik itu... Mesti perjalanan hidup berubah.

Kan?

Tapi sabar.
Apa saja yang jadi dalam hidup kita kita ni sebab Allah dah letakkan pada tempatnya,takdirkan segalanya....kita hambaNya cuma perlu berdoa, redha dan ttawakkal.

Jangan terlalu persoal kenapa kenapa kenapa... Kalau terlintas , cepatlah istighfar. Allah takkan uji kalau tahu kita tak mampu... Kadangkala kita rasa tak mampu bila dilanda badai ujian tapi cuba tengok,sehingga saat kita terfikir itu pun sebenarnya kita telah pun dan sedang bertahan. Mohon padaNya kekuatan sebab ujian itu tandanya sayang.

Rugilah manusia yang hidupnya dalam istidraj walau dia dapat segala keduniaan tapi tanpa sedar akhirat sedang menjauhinya.

Minta simpang lah....

Moga kita kita semua beroleh rahmat Allah.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...