Saturday 21 March 2020

Frontliner Malaysia Covid 19

Salam...
Sehingga saat saya menulis ni Malaysia dah mencatat kematian sebanyak 8 orang dan masih tak tahu akan bertambah bila dan berapa ramai lagi. Allah.

Jumlah kes infected pun dah capai 1183 orang. Jumlah kes sembuh pula 114 orang. Ni rekod untuk 21 march 2020 tau.

Kita ternanti nanti tahun 2020 dengan pelbagai assumption apa yang millenium tear ni kan offer. Tapi manusia antas diuji dengan penularan wabak Covid-19 yang sangat getir dan pandemik untuk seluruh dunia. Walaupun bermula di China namun eropah punya situasi jauh lebih menakutkan sekarang dengan kes mencanak tanpa henti tanpa kompromi.

Berlumba lumba di carta seolah kutipan olimpik pula. Cukup takut bila jumlah jangkitan mencanak naik dengan terlalu banyak. Ada beberapa hari German, Italy dan US catat 5000++ kes ... Allah. ..

Malaysia tak kurang membimbangkan juga...kita adalah negara kecil justeru jumlah tu sangat scary.


Ayuh lah..dah dah degil kepala batu semua. Perdana menteri dah rayu...stay at home. Duduk rumah. Jangan degil. Jangan ketegaq. Staff hospital tu kalau dapat reht tidur dorang pun nak...so kita yang dapat ni syukurlah.



Frontliners adalah hero yang tidak didendang tapi merekalah yang berdiri dihadapan semua menghadap virus ni. Ada yang telah tumbang dah dijangkiti serta majoriti kepenatan tahap maksima.

Belum kira yang tinggalkan anak, pisah dari keluarga sebab risau virus melekat dibadan. Begitu besar pengorbanan mereka untuk tersayang jadi jangan la kita ni menggelupo balek kampung jalan sana sini peluk semua orang beriadah santai bagai...semua tu boleh tunggu. Lepas dah settle nak buat kenduri 100 malam pun takpe takda sapa marah ok?

Tapi frontliners ni selain dari pasukan kesihatan, jangan lupa juga anggota keselamatan dan media. Polis , pdrm,bomba dan sebagainya jaga keselamatan. Media sentiasa update apa yang patut. Pasukan 'essential' team macam Tnb, syarikat air, airlines , pos dan rider rider makanan masih ada berjasa meneruskan kerja walau seribu satu kerisauan...ye, ada yang juga telah dihangkiti.  Allah.


Mari panjatkan doa...tolak ketepi racial statement dan politik. Kita kene atasi wabak ni sama sama. Takleh satu side je. Kene segala penjuru... Pas ni nak sambung gaduh pon lantak kome.

Saya kongsi gamba dari facebook pelabagi akaun dan kredit sepenuh diatas owner asal...







Terima kasih frontliner. Anda adalah pejuang negara.



1 comment:

  1. For a moment we know how important it is to actually stay at home.

    ReplyDelete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...