Friday 13 March 2020

Alkisah penangan covid-19

Assalamualaikum.

Hari demi hari, bilangan dan angka infected person bertambah. Begitu juga bilangan yang mati. Allah.

Junlah negara yang mula didatangi wabak ini pun bertambah. Saatu demi satu. Sikit demi sikit. Bercambah bagaikan cendawan selepas hujan. Merisaukan. Mendebarkan.

Harga semakin yahudi.haihh




Kita jadi gundah memikirkan adakan kita sudah pun dijangkiti? Atau kawan dan dan family kita adalah super spreader atau patient zero.

Bermula kes 26...kes 38... Dan masih mencari punca bila tiba tiba kes sporadic pula yang muncul. Menandakan aras aahaya semakin tinggi.




Adik saya salah seorang medical assistant di hospital kerajaan baru baru ni hampirlah meluruhkan jantung sebab katanya dia sedang dikuarantin dan test sebab terdedah dekat sorang patient positif covid19....dalam cctv waktu buat contact tracing tu terpampang muka dia cakap tanpa mask. Saya tahu mak kat kampung lah orang paling risau waktu tu. Alhamdulillah dia dah disahkan bebas cuma kene gak kuarantin.

Itu baru dia. Orang lain? Sorang adik saya di hospital selayang pun kawannya terdedah. Juga berisiko...sorang lagi adik di hospital uia pun sama.

Tudia semua adik dibidang medical ( walau bukan doktor, tapi medical people is love ).

Kita tak tahu apa akan jadi. Sampai bila corona nak ada. Mana pergi antidot? Semua persoalan...dan paling popular ialah : ADAKAH INI SATU BENTUK PROPAGANDA?

Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu. Allah maha mengetahui segala rahsia dan dan isi langit. Sebelum dan selepas. Segala galanya. Allah tahu. Allah tegur kita. Allah izinkan...tetap ada ada hikmahnya.

Jangan terlalu panik. Tapi sentiasalah berhati hati. Hasbunalla wanikmal wakeel. Nikmal maula wanikman naseer.

Sentiasa prepare sanitizer.
Sentiasa pakai mask.
Wuduk.
Jaga jarak.
Tawakkal. Doa.


Fullstop.

1 comment:

  1. It still feels surreal that this is all happening right now.

    ReplyDelete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...