Friday, 8 February 2019

[ Parenting journey ] Dilema soother/pacifier

Assalamualaikum ♥

Saya kan dari dulu sokmo dok dengar dengar orang cakap kalau baby pakai puting (soother/pacifier ) , kelak baby akan ada gigi jongang.

Bukan jongang bese bese tapi jongang gusi todiaaaaaa braces pun takleh repair. Pastu mula lah semat dalam hati ' aku nanti kalau anak aku, memang tak la aku nak pakai soother tu'.

huh... cakap pasal iols ke?


Maka, Allah pun uji bila saya dah ada sikembar melons. Betapa dorang ni kalau menyusu sampai tertidor tu kadang leh sampai sejam sebab nak nipple tu dalam mulut. Nak mencapai deep sleep depa tu boleh meningkatkan sleep deprive mak nye. huh.

Now baru faham why namanya soother. And kita sebagai mak mak ni, pepandai lah nak handle. I know lagi bagus kalau dapat elak but me, being a mother of twins and first time mom yang super kelam kabut tahap dewa, I need help. I neeeeeed soother yang boleh khayalkan skit dorang untuk mencapai deep sleep.

Jenama yang memikat..


Lagipun nak sedapkan hati, dr.fatin liyana pun pakai gak pe...anak kami pun lelebih kurang baya. ahahaha nak sedapkan hati punya pasal.

Pokok pangkalnya satu..
Kita sebagai makpak baby tu, kita control. Kalau boleh elak, elakkan. Kalau tak boleh elak, kenalpasti niat nape nak gune soother tu. Penting sangatkah?

And kita sendiri train anak tu, cam gune untuk tidor je pastu cabut bila depa lena... kita yang control penggunaan soother bukan depa yang control kita bila nak je keyau keyau tak ingat dunia. Worait.

Saya terbaca dr.fatin ada cakap, memula kasi baby kenyang yakmat dulu and pas burp bagai, slow slow bagi soother if dorang cam loklak nak tido.. pastu da lena, cabut.

So itu yang cuba saya nak kene buat...kot. Selamat maju jaya to myself.

Pastu nak cari Nuk tak dapat sebab takdak kat farmasi... Allah temukan dengan Pureen je.. murah skit dan ada tulis orthodontik. Saya tawakkal...tapi alamak tak amek gamba lak...sawrryy.


Semoga my melons mencapai deep sleep dan saya makin reduce sleep deprivation. Kus semangat!



Wednesday, 6 February 2019

Donut paling best di donia ~ DOFI DONUT

Assalamualaikum rakyat jelata...

Saya ( acah lidah perancis suke pastri ) ni dari dulu sejenis suka makan benda tepung tepung cam roti pastri kek apa semua.  Teringat lagi zaman kerja dulu everyweek mesti nak beli donut makan makan dan terus makan menambah lemak dibadan.

Kalau nak ngepau orang pon, suka ngepau donut dan coffee...cam ngam soi. Pastu sepanjang mengandung cam ketagihan donut hatta donut bergula semata weh.. aneh kan. Ada satu situasi sampai nangis teringat donut gula yang selalu makan kat pasar pagi kem navy lumut waktu kecik. Dengan lembutnya, gula bersepahnya..oh sedap♥

Pastu sebelum balek Kuantan untuk bersalin, bila scroll facebook je nampak iklan dofi donut. Cam ape kemende la kan..pastu ushar story story adik saya siap ada update dofi donut, posing maut baik punya and siap cakap 'new place to hangout menambah lemak'...I was like woooottttt adakah daku terlepas pape.


Exclusive sangat ni...sesuai nak buat hantaran !!!


Memang syiok la kan.
Pastu balek je Kuantan, memang tu antara wishlist nak buat and ajak adik gi sebelum baby kuar..siap sempat wat photoshoot ringkas amatur level. Ye sungguh memang lawo kedai. Ambien dia memang cantik bukan cokia cokia...so sekadar dating lepak rilek pon dah best sambil pekene donut dan beverage dorang.


Tadaa~ 


 So alang alang da masuk and lepak...saya try la donutnya. Weh sebesar muka ! Besar bebenor pastu fluffy lembut lazat dan harga cuma rm2 .... Its Wow. Lembut sampai tak sedar kunyah je dah habis. Saya takleh proses camne saya boleh terlambat nak rasa kesedapan donut ni. Ke babies dalam perut yang nak? ( Pregnant mommy memang suke gunapakai baby ahaha)



Muka girang

Muka nak lagi


Memula agak skeptikal sebenarnya sebab bagi saya yang donut jenama satu tu je yang sedap...donut jenama lain yang pemes tara mana pon tak sedap mana bagi saya tapi skali ngapp je tudia.. memang bebetoi sedap. Jangan dinilai selagi belum rasa sendiri. Sebab memang sedap!

Question : Kat mana ehhh Dofi ni?

Ni ha kedai dia...jalan nak ke kuantan parade tu.

Ramai beratur...ni kire sikit tau. Selalu lagi meriah

Menu



Ok sesi menjejeh airliur..berpuluh gamba saya snap tapi share satu je ..kang semua jejeh airliur..sedap wei


Bila datang sana, memang tak putus la warga kuantan membeli...selalunya depa beli yang kotak besar. Baru ku tahu warga kuantan suka donut ahahahaha. Rata rata pekerja time rehat, ada yang bawak sekeluarga datang terus. Jujur cakap, rasa overwhelming tengok bisnes camni.

Nampak kelibat mak..
Ni setentang kedai dofi donut.


Kalau sedap, mestilah semua repeat datang ye tak? So masih ragu ragu? Sila drive dan rasa sendiri. Kalau dulu Kuantan specialty untuk sweet tooth lover selalu relate dengan super famous kula cakes mango cheesecake kan, sekarang dah add on lagi satu. Dofi Donut.

Kalau tanya personal fav saya? Hehehe... Saya suka sangat peanut butter dia...dan saya bukan penggemar penaut butter ye ladies and gentleman so boleh imagine jauh mana pergi dia punya kesedapan topping dofi donut.


To instagrammer, leh sama sama join jejehkan airliur dengan ushar page dorang. Sebab ada je aktiviti dan promosi.







Amacam, berjaya tak saya mengenceskan anda? Kamera dan gamba saya memang level amatur sebab phone saya problem, maaf maaf maaf... Tapi percayalah, kalau korang sejenis pencinta donut dan makanan camni, silalah rasa. Support produk kita ♥

Sekarang pun ngences semula ni tapi dok Nilai ni memang tidak lah dapat ....saya harap dorang kembangkan lagi bisnes dan buka cawangan bebanyak.

My camera don't do justice but the guaranteed taste from them is real. Go for it!

Majulah dofi untuk negara !!! …


Friday, 18 January 2019

New year lah sangat ye melons

Assalamualaikum ♥

Tup tup pejam celik mata dah masuk tahun baru dan tahun baru kalini saya bebetul rasa tak berapa tahun baru sangat.

Sebab?

Hospitalized lah of course. Selepas bersalin, lama gak kena tahan dalam wad atas pelbagai alasan dan sebab nanti saya nak buat satu entri emo panjang lah kot cerita apa jadi. Amacam?

Sebut pasal bersalin. Alhamdulillah alhamdulillah syukur ya Allah , my kembar melons selamat dilahirkan. Now da paham dah apa itu sakit bersalin apa semua. Wuuu syurga memang wajar dibawah tapak kaki ibu. Sobs.


Huuu jaundice


Patutnya melons jadi baby 2019 tapi tetibe dorang nak awal pulak. Nak jadi sebaya ngan kembar tembikai Farahanim Razak lah tu. Eloklah melons dan watermelons. Hehhehe. Sepasang lelaki dan sepasang perempuan.

Time mengandung dulu punya la assume dapat sepasang sebab nampak camtu tapi alahai, kita ni manusia mana ada kuasa nak nampak. Allah lebih tahu. Tup tup keluar boboiboy kuasa dua ....tuuudia.

Abes segala pinkish baby item cikna depa sedekah kat kawan uitm dia yang beranak baby girl timing sama. Hahahaha... Kene cover balek beli kaler jejantanz. Adehh. Buat hal ye hero hero ummi.

Apapun, pada hari entri ni ditulis, saya dah masuk 24 hari berpantang. Masih belum fully heal tapi getting better.

Doa doakan ya ♥

Sunday, 16 December 2018

Maruah wanita

Salam ♥

Baru baru ni ada receive komen pedas dan agak me gejutkan di satu post berkenaan kerjaya ....nak report balek saya cam rasa tak best tapi hmmm...saya bagi sinopsis jelah.

Hm...

Katanya pihak admin team ( semua ladies......either single or married ) di satu company ni easily to catch. Pancing itu ini apa semua sure dapat.



Even takde kaitan tapi yelah sesama perempuan kan...


Sebab tulah kita kene berserah kat Allah tapi dalam masa sama jaga diri berdoa dijauhi fitnah manusia. Wanita ni seindah ciptaan, semudah mudahkan jadi fitnah dunia.

Kadang tak buat org kata buat...kalau buat?

Haaa untuk adik adik tiktok, bawak bersabar sket bergelek tu ye. Suke kah kalian kalau orang jadikan lenggok kalian tu bahan? tak kisah lah bahan apa sekalipun. Kesian mak abah korang, pepenat besarkan korang last last cemni je jual lenggok dan badan.


Wallahualam... cam menyimpang dah entry tapi point dia kire sama lah 😅

Sunday, 9 December 2018

[ Pregnancy Journey ] Alahai si kembar ni

Assalamualaikum,

Lama dah tak bersiaran sini kan. Takpelah meh saya bebel lanskit kat blog ni sian bersawang bagai dah adui. Sambil berblog sambil makan cekodok labu nyum♥



Ok...berbalik soal pregnancy journey, pejam celik pejam celik dah masuk third trimester dah. 33minggu dah padahal cam baru sangat je scan and dapat tau pregnant. Masa memang berlalu sangat sangat pantas sekarang.

Melalui fasa satu dan dua pregnancy dengan bermacam ranjau namun saya yakin, setiap ibu ada dugaan mereka.sendiri. Mana ada orang terlalu smooth perjalanan mereka namun Jika ada, tu lah rezeki Allah. Kadang tu termengeluh mengenang sakitnya tapi ada rakan saya pesan, berapa ramai sanggup berhabis demi nak mengandung dan setiap kesakitan yang saya tempuh tu Boleh jadi asbab Allah ampuni dosa. Free je kan? Kene muhasabah diri lebeh.

Baby pun dah mula bergerak yang kita boleh rasa. Memula tu saya ingatkan angin ke ape ke cam srroooor sorrrrroooor je dalam perut. Tu time awal dulu kira kira waktu saya 19 minggu gitu. Lelama baru perasan yang rupanya itu gerakan baby.

Allah.
Allah.
Allah.

Lepas tu macam mula rasa alahaiiii benarlah ada baby comel dalam perot ni.... Saya punya denial ni dasyat betul. Lelama cam bonding tu muncul sendiri dan kita jadi excited bila dia bergerak gerak.

Ciksu depa lak essaited nak sponsor tilam toto apa semua makanya bermacam survey lah dibuat. Saya ni jenis yang asal boleh la.. tak reti memilih bagai. Bawah ni gamba contoh....cambese saya cakap ikotlah nina oi asal selesa. Hahahha.Tak membantu sangat kan? Sebab tu mak tak suke bawak saya teman beli kain ke ape ke...




Memandangkan sekarang fasa 33 minggu ni saya dah mula jadi samgat tak larat, oversize penguin, bila baring cam dugong ...memang haru biru. Kalau dah baring tu ya Allah takotnya nak bangun sebab sakit teramat sangat kadang leh rasa tulang pelvic melonggar. Itu kot dikatakan body changes nak prepare laluan baby. Sakit weiiii.

Saya punya fobia nak baring tu sampai tahap tido duduk je... And tido tido ayam kekadang. At least dari duduk ke bangun tak seperot baring ke duduk. Tatau nak gambarkan camna. Meleleh kot airmata kadang...dan bila dah baring nak kalih kiri ke kanan pon azabedah ya Allah.

Kaki da mula bengkak kembang. Kadang extreme kadang light light so bila jadi camni kene stretch skit cam gamba kat bawah ni ha..ada ibu mengandung lain share. Huhuhu

Hiiyahhh



Kalau gi kedai ke mana ke semua dok pandang risau and tanya tunggu hari ke ape ke...yela leh bayang horrendous kebesaran size perot. Stretchmark kulit pecah meregang pon di level tertinggi.

Takpe ....takpe. Bilamana saya rasa tak tertahan, saya akan ingat pesanan kak nurul, anggap Allah hapuskan dosa bagi setiap kesakitan itu. Saya redha. Huhu.


  • Ni da kire makin dekat da ni so tak hairan la makin dasyat sakitnya... Pasni nak settle final checkup kt kk and bsp sebelum balek kampung dan prepare one last checkup sebelum dapat tarikh serah diri.


Asalkan takyah gi hospital seremban dah. Bukan taknak or tak suka tapi jarak dan duit minyak tol lagi huhuhu.

Doakan saya.. nanti saya update lagi. Heee


Friday, 23 November 2018

Malaysia ku tercinta

salam ♥


Sekarang kan dah masuk bulan sebelas nak ke dua belas dah.. Pejam celik snagat masa berlalu lately. Takut je memikir.

Magical tahun ni adalah kita bertukar government tapi itulah, macam pepelik dan huru hara betul.dengan isu satu persatu dinaikkan.

Saya tak suke ulas politik cuma satu saya nak minta, jalankan tanggungjawab amanah Allah sebaiknya. Please.

Tiada guna bergolok bergadai manifesto dan perjuangan apa semua untuk pegang tapuk pimpinan kalau hasilnya depa menggenggam kuasa, makin pelik isunya.

Mungkin saya yang nilai.dari sudut yang salah maka sila betulkan saya diruangan komen bawah ya. 😉

Semoga Malaysia terus makmur. Amin.

[ Pregnancy Journey ] Cikna dan ciksyud

Salam ♥

Aritu ( tak ingat dah bulan berapa ntah). berpakat la gi Palam junpa cikna melons... time tu kire 5bulan lagi kot pun da se'eh perut ni. Cikna dan kawannya Ciksyud bawaklah saya ke GM Klang...gitew.

Tinjau barang baby la kekdahnya. hahaha walaupun memasing fulus huphuphup. Tak apolah at least depa as student cam lebih kayo dari ai. hahaha.

Pastu hasil tangkapan cikna plus ciksyud depa is cam gambar ni. Comel yakmat wehhh. Alahaiiii tak sabar letew nak jumpa kembar ni. Time ni masih konpiden lagi sepasang tapi kalau skarang dah tatau nak cakap gender apa..lain doktor lain scanner lain pule katanya. Pulak tu ada banyak orang citer dah tak heran dah scan boy kua girl or scan girl boy.

Ummi redha anak anakku. Asalkan korang sihat.

Alololo


Tapi most of the time memang depa dua je jalan ronda pusong satu bangunan. Saya lek lek lepak depan kedai baju budak ni siap menyembang ngan staff tu.

Rupanya dia pon pernah pregnantkan anak kembar and da umo 14 tahun dah...dua dua jadi anak dara dah.

Tu rupanya takdir Allah susun. Pergi sana and diketemukan dengan akak tu so banyak la perbualan kami. Best dengar kisah dia... dia bersalin time 28weeks sebab perut dia dah terlalu padat katanyam Mmeang badan dia sangat kurus kecil orangnya.  Sampai skang nampak cam anak dara lagi. uhukkkk.

muhasabah diri sebab saya ni size triple dia.



Pastu nak dijadikan cerita, punya banyak boraknya tak perasan dok GM je dah 4jam ya ampun....... 

Perempuan kan. 

Masalahnya perempuan perempuan yang ajak saya gi tu gigih sangat pusing last last barang depa sendiri pon banyak kah kah... eiii anak muda. 😂

Apapun, betui gak....pada sesiapa yang peknen tu takde masalah nak prepare barang awal skit....prepare je sikit demi sikit. Ada je taboo melayu cakap tak elok la nanti nasib malang la. adeii.

Kalau semua prepare last minit matilanak. 


cuteeeeeee


So, all da best shopping ! Tapi jangan over. 

Friday, 26 October 2018

Simple itu sodap

Salam ♥

Hai semua apa khabar tu. Salam jumaat yang permai nan indahm Giteww.

Selalu kan kalau lunch time , standard lah Malaysian ni suka makan nasi kandar lah , nasi ayamlah, nasi padang lah... tapi korang suka tak ikan singgang?

Saya?

Sukaaaaa sangat sangat sangat sangat.
Kalau ada singgang kan, takde lauk lain oso takpe. Tapi lagi padu padanan sambal budu atau sambal belacan ala pantai timur gitu. Fuh kecur ayaq lioq.

Alkisahnya sebab malas nak beli ikan tongkol, and sebab singgang ni apa jenis ikan boleh je taram so beli la ikan selayang ni. eh sat saya sebenarnya lupa ni selayang ke apa. Ilmu ikan rendah lagi. hais.


saya sendiri lapo sebab gambo



So... berbekalkan kelamasalan extreme , saya rebus je ikan singgang pastu tetibe terajin sedikit lak so masak la skit pedal goreng kunyit. So bila kuah bergabubg dengan pedal padu kuNyit maka kekuningan lah nasik.

Haaa nampak tak portion acah diet. Berapa kali tambah pastu biarlah Allah je tahu 😂😂😂😂


Perempuan jangan di buat main main bab makan ye. Jangan !

Friday, 19 October 2018

[ Pregnancy Journey ] Carpal Tunnel Syndrome

Salam alayk...

Dah lama pula tak bersiaran disini.... banyak skit perkara yang berlaku lately.
So korang semua apa khabar??

Pregnancy saya dah masuk minggu ke 26 dan sakitnye lahai badan saya.. bangun dari baring itu sungguh menduga... akan tetapi saya masih perlu buat kuih lidah buaya untuk cari skit duit tepi. Ni lah cabaran untuk mencari duit lebih. Saya nak buat all out tapi badan tak berapa kuat.

Ni kalau nak baca tentang Carpal Tunnel Syndrome.

Klik SINI ( CARPAL TUNNEL SYNDROME )

Saya cuba takat mampu. Sakit sangat bila kita mule kene Carpal Tunnel Syndrome. Sakit di pergelangan tangan seolah kesan terpelecok tapi tidak. Pergerakan tangan jadi terbatas sebab sakit cam tulang lari lari tu ha. Allah....ujian sungguh.

Saya cuba buat takat mampu makanya tadaaaa ~~

Allah beri kekuatan. ♥



Kiranya, setiap ujian itu tak sama kan. Awal pregnancy dulu lagi lah....Allah kurangkan mual dan beri sakit badan skit tapi saya mampu buat banyak juga tempahan lidah buaya... Allah uji takat mampu, alhamdulillah.

Nanti next entry saya sambung bebel lagi eh. Tangan saya sakit :'(



Doakan saya.

Sunday, 9 September 2018

[ Pregnancy Journey ] Tough 1st and 2nd trimester

Assalamualaikum semua...

Salam cuti PH arini kepada yang kije normal hours sebab arini 10th Sept 2018 adalah public holiday.

Jalan raya sunyi takda keta dan budak sekolah serta acik juai nasi lemak semua bercuti sekali hmmmmmmm.

Lemau gak tapi kene gigih


Meh la sambung pasal prgnany journey saya. Seelah disahkan kembar maka saya pun macam ibu ibu lain lah mule la bersahabat baik dengan pakcik google dan search itu ini demi kelansungan knowledge pregnancy lah kononnya. Melalui pembacaan saya, kebanyakan twincy mommy alami heavy sickness tapi alhamdulillah saya tak alami semua tu tap8 Allah maha adil. Semua orang tetap dapat bahagiannya.

Saya alami heavy bodyache kadang rasa badan ni menua cepat dari usia. Kadang sampai tahap saya rasa kalo briskwalk lawan Tun M, saya kalah. Dia lagi laju .huh.

Sila dok cemni dan enjoy baca 😂


Meh saya kongsi sket ape sakit sakit yang saya alami selali week by week cam melons dua ketoi ni kasi saya sikit demi sikit idok skaligus takot mommy dia menggelupo serik kot. Still, sakit berperingkat juga sakit ya. Takleh bayang kalau contraction nanti, Allah.

Antara sakitnya :

1. Sakit bawah round ligament perot
-> huiii nangis nak bangun duduk susah kadang nak gerak sandar kat dinding cam orang baru pas bersunat lak rasenye woi. Sakit sungguh cam perut tu roboh je. Nyeri bagai fuh.

2. Sakit di celah peha dan miss v
-> ni azabedah jugak sebab cam sengal nyeri cam bantut perjalanan dan pergerakan seolah saya baru selesai buat marathon 40km disertai extreme yoga stretching. Cenggitu la kot sakitnye.

3. Pening kepala 
-> ni standard la kan sebab dari awal pregnancy aritu rasa cuma dia datang berkala....ada masa bile sakit badan kurang sakit kepala pula menyerang. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?  💆

4. Gusi berdarah
-> Out of nowhere gusi leh  berdarah cam ya Allah can you imagine rasa Mulot seolah ditumbuk oleh samseng dalam KL Gangster sampai meleleh darah. Fuh saba...nak gosok gigi kene selembut sutera bayu nan kalbu. Kemon, hilang gangster saye. 🕵💁

5. Rambut gugur
-> Ini bukanlah kot sama level bodyache tapi ibarat sama la sebab mendatang sakit hati yang amat sangat tengok rambut memanjang gugur.. saya rasa cita cita nak ramBut secantik anzalna luntur sama sekali. Yela dok baca kat pacik google kalau pregnant rambut makin berkilauan ini kulit kepala je makin bersinar apa cita?

6. Sakit rusuk kiri
-> Tatau nak banding hat ni ka hat round ligament pain yang lebih sakit sebab yang ni dia cam sakit cucuk nak letop area rusuk kiri bawah breast tu ya Allah kadang leleh leleh airmata dek menahan...terus takleh wat ape nak baring sakit duduk sakit berdiri sakit sampai peluh denyut. Abes takkan nak terbang?? Sakit tu tak tipu wo....sakit sungguh tapi saya tahu, contraction nanti way way way more painful ...camna nak hadappp 😭😭😭😭

7. Breakout terok kulit
-> Again, kita dijanjikan pregnant akan glowing bak fazura ini tidak, terbalik. Makin naik lak jerawat kecik bintik bintat dan kulit kasar malah terbakar. Punah harapan nak glowing cam Fazura. Huuuuu

8. Muntah dan kurang selera
-> Opkos ni sinonim sangat ngan memana ibu mengandung cuma level saya adalah minor. Bukan medium extreme atau sebagainya cam orang lain which is saya syukur tapi tula bila tak lalu makan berat statik and makin turun skit skit maka kene bebel la ngan doktor. Ibu sekalian, walau losing weight tu best tapi bila pregnant takyah gatal nak losing weight sangat. Kene bebel berjam jam oleh nutritionist kang. Tapi jangan la seminggu naik 5kg. Cari pasai tu. Untuk twins cam saya, patut naik 700gm per week. Kalai singleton mommy patut 500gm. Ni ikot apa pakar tu cakap .

9. Mengada
-> Ini sesuatu yang mendatangkan sakit hati untuk suami so taknak komen lelebih nanti suami baca dia angguk 100 kali setuju. Lalalala.

10. Kerap kencing
-> Saya dapat tahu ada ibu yang kene UTI...kencing kotor. Tu lagi sakit. Allahu....saya alhamdulillah tak kene cuma kerap gak kencing sebab one of melons dok sebelah pundi kencing. Dalam banyak tempat situ peberet dia.

11. HB low
-> Saya memulakan pregnancy journey dengan bacaan hb yang ok la gak 11.3 somehow bulan demi bulan makin drop. Latest 10.4 dan saya telah disekolahkan nurse sebab yela pregnant twins ni kene double. Hb drop kalau single baby pon bahaya apatah lagi kalau double baby. Kene cermaha weii ..nurse suh kunyah ikan bilis depan tv wuuuu 😢

12. Diabetes (GDM)
-> Alkisahnya sangkot weh saya punya bacaan air gula aritu maka bermulalah hidup dengan repeat BSP setiap dua minggu 4x sehari.. kalau la klinik bawah rumah ni je. Stress tau...serius stress. Kesian melons sbb memacam hal la mommy dorang ni.

13. Cirit vs sembelit.
->Ni bebetoi awal awal dulu je kene.. kalo tak cirit, sembelit. Stresss tau. Alhamdulillah skang da ok.

14. Sindrom suke survey barang baby 😅
-> Ni pon leh jadi punca suami sakit kepala dan badan..  hahahaha sorry. Tengok je tak beli. ..


Tu antaranya lah. Saya pun baru masuk 20weeks so ada lagi halfway through. Wallahualam tak tahu apa Allah sedia in future. Moga kuatlah hendaknya.

Ujian mengandung setiap ibu ni lelain...kene tabah dan suami sokonglah isteri. Sakit tau pregnant ni. Ingatkan smooth je cam dalam tv hohoho.

And alhamdulillah juga babies melon saya dah start moving and sedu and soft kicking dalam perot. Happynye !)


Til we meet again. Eceh. 😘

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...