Thursday, 8 February 2018

Bakso power di Nilai


Salam jumaat...

Saja nak menulis tentang bakso. Saya ni penggemar ultimate benda berasaskan sup sebab tu kalau mi kari ke lontong ke saya kureng..

Laksa yang berasas santan juga saya kurang gemar. Kene berasaskan air cam asam laksa biasa, mihun sup apa semua tu ha. Kemain ngada.

Pastu dulu time saya dok kat Qatar sekejap tu kaknisa ada beli bakso beranak. Allahu bakso pun boleh beranak kau...

Bakso beranak ni cam bakso besor dalam tu ada bakso kecik kecik alolo cam mak dan anak kemahen rajin kalian ya buat camtu.

Kadang diberacunkan beranak tu means letak cili cabe pedas meletop nuklear punya level la sekali bersama anak kecil bakso. Ahah..

acenggini la contohnya. Thanks google


Time kaknisa buat tu sekali sup daging versi biasa la sebab indonesian ni sup power dorang ada beza skit cara masaknya..

So baru baru ni setelah berbulan tinggalkan Qatar, saja nak gi batar sewa kat Hong Leong bank cawangan Nilai. 

Tetibe nampak gerai bakso yang seingat saya kawan saya si arieyanti selalu citer dulu. 

Ohoiii bila lagi nak rasa kan? walaupun kenyang tapi mengendeng kat suami nak try...kekunun mulanya kite sorang je order pastu tetibe dia tanya eh abis ke kalau abis cam nak order gak..

haaaa nampak tak penangan kesedapannya. Tengok gambo bawah ni!!!!




Sumpah sedap!
Patut lah si arieyanti ni tak abes dok pomot tempat ni. Ha sesapa nak try tu, kat depan shell station ok setentang CIMB dan Hongleong Nilai bandar Semarak..

Takpe senang je nak nengok sebab bebetoi tepi jalan.
Price bagi saya mahal la skit untuk bakso sebab selalunya lagi chea dari Rm5 kan tapi bila awak rasa nak terbalik biji mata hitam kebelakang tu ditambah kicap abc dan sambal ijo tu maka terus kire no hal lahh..

Berbaloi.

SELAMAT MENCUBA dan thank u baca. Assalamualaikum.

Monday, 5 February 2018

Kiosk MYEG yang best

Salam alayk semua..

Dah masuk dah pun bulan februari.. selalunya kalau musim bulan feb dan jan dan juga march ni memang musim sekalian manusia renee roadtax dan insurance.

Kalau dulu sebelum wujudnya Myeg kiosk ni, punya lah leceh boleh menangis lah nak tunggu turn bayor katpejabat pos or kadang kene rajinkan diri gi bank tempat kita loan ( tak semua bank gak layan ).

Sekarang mudah. Alhamdulillah.
Selain UTC yang sangat memudahkan urusan, kiosk Myeg juga ada merata rata.

Cari je. Cuma bezanya kalau pergi situ kene service charge sikitlah. Biasalah kan...servis charge pulak bergantung la ada murah ada mahal.

Alkisahnya untuk Viva saya last year bayor dekat 700+ kononnya cover full 28000 padahal da lebih 3 tahun. Alhamdulillah tahun ni ikot harga semasa 20000. Turun lah 500+ je


Serious kadang kita tak sedar kot kene kelentong ke ape ke sebab usually tak perasan kan. Kire cam kene tipu gak lak tapi xpelah alhamdulillah da setahun berlaly. Pasni alert.

Kiosk Myeg best sesangat saya pergi adalah di Kota Seriemas Mydin. Kalau nak waze carik je kat situ. Kota Seriemas Mydin. Sure ada.



Dah la servis charge murah...pastu cepat...pastu peramah sesangat staff dia. Puas hati!

Berdekatan tu ada Mydin,kedai mamak dan juga pejabat pos so yang dok area dedekat meh la ke Mydin je kalau nak bayor roadtax orait? eheh..


Jumpe lagi..... ♥

Tuesday, 23 January 2018

Roti Canai Tukirin

Salam alayk...

Hai semua apa khabar.... salam menjengah Februari. bahahaha.

Mengkala dok sesaja ni teringat aritu bulan dobelas kot tak berapa ingat la pulak. Tapi teringat roti canai pakcik Tukirin.

Fames di segamat. Area Batu Anam tau bukan bebetoi bandar segamat. Dia dedekat ngan padang tu...belah belakang means awak awak kene ronda sket lepas masuk simpang lepas flyover. Gitchewww.

Padu tak padu roti canai warisan Tukirin ni dia punya kuah meraung sedapp ah ah...
Pastu air dia boleh tahan mempesonakan.

Kira kedai kampung so jangan imagine restorn bersakala ricter bagai ye. Aircond dia is kipas dan bantuan angin semulajadi.

Saya lupa lak nak amek gamba surroundinf tapi xpa nanti next week insyaAllah nak gi lagi sebab husband ada wedding invitation.

Ai cuba ingat untuk snap snap klik zoom bagai ye.




See ya...thanks baca ♥


Sunday, 21 January 2018

Cabaran squat

Hey hey..

Memandangkan kene pupuk semngat untuk bersenam didalam diri ini maka saya berhasrat untuk mencabar diri untuk squat...

So.... harini bermula first day. Kita tengok tara mana larat. Ahahahaha.

Weh kene la cabar diri sendiri. Lagipun banyak kelebihan squat ni tau. Adik saya yang belajar dalam fisio cakap bagus untuk perempuan mengandung sebab sangat membantu bersalin nanti.

Aipp lom lagi... cuma persediaan. Plus dia membakar lemak lemak gemalai kan.

So gais... ayuh!


Kembara

Salam alayk...

Salam ahad..

Salam hari minggu... apa khabar kalian semua? Huhu Buat ape tu? saya sedang mereput dirumah sambil cuba la skit skit excercise ( konon ) dan juga merenung masa depan ( ahahaha ).

Timing terdekat ni je ada few kawan saya akan berlepas ke Jepun dan Korea untuk menikmati salji. Omg seleji wehhh... kejelesan melanda.

Takpe Allah dah kasi saya rasa last year dan Allah akan kasi lagi cuma bukan sekarang. Kene all out strive dan collect duit.




Seronok sangat bercuti ni. Aha saya ada terbaca Kina Omar ada sebut pasal jika ada duit, belilah pengalaman, bukan barangan. Faham tak maksud dia?

Maksudnya... jika ada duit untuk bercuti pergilah. Pergilah mengembara menghayati erti kehidupan,melihat ciptaan Allah dari sudut berbeza, mengkaji perbezaan budaya dan menikmati nikmat yang diberi.

Tidak perlu terlalu beria mahal kos nya sebab kita kan nak kembara kembara gitu. Unless awak berkemampuan dan memang nak tiptop punya jadual perjalanan dan penginapan. Terpulang.

Asalkan awak pergi travel,bercuti dan enjoy masa yang Allah beri. Demi masa, manusia sentiasa dalam kerugian jika gagal nak hargai. Betul tak?

So... korang nak gi travel memana ke masa terdekat?

Saturday, 20 January 2018

Berat badan

Salam alayk...

Hujan sungguh lebat kat luar tu. Alahai.
Nyaman kalau tido ye dak. Tapi serasa bersalah menimpa hati bila nak tido sebab cam tak produktif kang mula membulat.

Perempuan.

Saya yakin kebanyakan perempuan ni dalam jiwa kepala hati baku raga semua dia dok fikir nak kurus....kurus...nak kurus...

Tapi dalam masa sama... suka makan...nak makan... omg makanan sedap...makan ahhh best.  I know I know sebab saya juga sebegitu. Ahahaha.



Kadang kan cam makan dengan penuh rasa bersalah which is tak bagus sebab rezeki itu nikmat pemberian Allah. Adududu.

Pastu mula la dalam hati ni jeles ngan kengkawan yang kurus metaNolisme tiggi makan cam hape pun tak montel malah maintain. Cer kalau kita? montel tidak pula maintain. Permainan ayat disitu hewhew.

Saya ni punya la suka masak and sumbat orang makanan. Saya dulu sebelum berusia 13 body takla sebenban cam sekarang tapi tulah sejak akil baligh saya cam ada saka sumo dalam badan.

Makan lima pinggan pun gembira. Time tu abah punyaaaa la berpesan pesan jangan makan over nanti gemuk susah. Tapi kemon la umur cekedis time tu. Aha...

Nasihat abah ibarat masuk telinga kiri pastu speed up keluar telinga kanan. Time tu tak nampak lagi apa sebenarnya permainan hormon. Dipendekkan citer, makan sebenban lah iols sekarang. Hm.

So adik yang masih diusia awal tu kalau tetibe rasa makanan tu heaven....boleh makan enjoylah makan cuma berpada pada dan bersederhana lah.

Salah ke gemuk?

Tak salah....cuma untuk kesihatan turunkan lah sikit diparas ideal. Dan juga untuk self esteem. Membesar sebagai manusia sebenban ni macam macam pengalaman sadis tau dialami.

Mungkin la bukan semua tapi saya yakin kebanyakkannya seperti saya kan kan kan.


Gemuk is not so awesome bagi pendapat saya. Anxiety, depression....semua tu senang je menghinggap. Kita hidup dimasyarakat yang kejam skit.

Bukan semua mampu menepis dengan sangat positif...camni lah, untuk diri sendiri, untuk kesihatan. Sekurangnya berat ideal ok la kan.

Untuk yang muslomah, bagus sangat bila pakai baju senang lo ggar, tudung tak nampak pendek. Kadang badan sebenban ni macam saya, tudung mudah nampak pendek.

Aurat kan harus dijaga. ♥

Maka.... marilah istiqamah dan cuba jadi the best version of ourselves... saya kene berusaha gigih uhukkkk ( cam da berbelas tahun dok ulang ayat sama ko ghaseeee...)

Badan anugerah Allah.

Wassalam.



Friday, 19 January 2018

Deko rumah kecil?

Salam alayk..

Sabtu sudah kan. Time flies.... dah nak masuk February. Macam baru je pungpang meletop mercun bunga api sambut New Year.

Fuh...

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.


Oh ya saya sekarang cam muhasabah diri memikir camna and kenapa saya tak ada natural talent mengemas dan dekorasi.

Allahu.

Sungguh. Saya sungguh cemburu kawan kawan saya yang jenis naturally sangat neat tidy and mempunyai kemahiran deco tinggi. Even my own sister kot.

Me?

Allahu.... nak sangat kasi rumah secantik ni.




Lawanya ya Allah....ya Allah.
Tak kisah la ni sekadar rumah sewa tapi sungguh cantik. Umah sewa saya flat je tapi saya ada follow akak sorang tu kat IG.

Nama dia Aizah. Rumah dia flat kecil je tapi decorasi dia buat rumah dia nampak cam penthouse seperti yang dia selalu cakap umah dia bergelar penthouse ( eheh comel akak tu tau ).

Kemon... korang camne??




Sunday, 7 January 2018

R & H Maharani Sate Muar

Salam alayk..

Hey hey hey salam Isnin semua.. Jap arini isnin kan? Lupa lak.

Beberapa hari lepas saya berpeluang berjalan jalan di Muar. Satu malam je. Original plan adalah Kopi 434 Muar yang legend tu tapi Allah perancang terbaik.

Lansung tak dapat menjamah rasa kopi tu tapi takpr, sentiasa akan ada next time. Apapun thank you sangat my beloved partner yang handsome ( percubaan bodek 😂 ).

Since tak dapat nak kopi tu dan husband pun tak dapat Mi bandung bus stand Bentayan dengan Tauhu bakar sebab peniaga tu cuti new year. Hmm... again, Allah perancang terbaik.

Agak la kecewa tapi ok je.

Nak mencari Maharani cafe ni pun ya Allah boleh meletop kesabaran. Depa tukar lokasi kan.

No longger depan bus stand Bentayan tapi jauh sikit lah. Tapi dah tertulis ini rezeki kami. Alhamdulillah.

Verdict?

Ok lah...tapi if datang lagi nak cuba banyam tempat lain pula.

Ada few keyword dan point yang saya share :

* Sate tu akan dihantar kat meja berdasarkan standard hidangan bukan berdasarkan apa korang makan so kalau jaga bajet jangan makan KESEMUA batang sate orait. Tapi sate sedap.

* Tauhu lentok tu ala ala tauhu sumbat je. Sedap je.

* roti bakar telur goyang tu awesome.

* Ada mi siput siap goreng Rm1.

* Banyak kuih sampingan lain termasuklah telur pindang pun ada.

* Order makan dan waiter datang meja kira sate dan seluruh food pastu korang gi kaunter bayar orait.



Ok tu je point nye.

Kiranya nak wat camne tastebud manusia lelain. Alhamdulillah rezeki.

sate

tauhu lentok

roti bakar

Friday, 22 December 2017

Penghargaan

"Penghargaan selalunya datang selepas kehilangan"

"You won't know to appreciate until you lose it"

Selalu dengar kan?

Assalamualaikum pembika bicara entri kali ini. Saya terpanggil untuk menulis sesuatu yang disebut atas nama 'penghargaan'.

Selalunya kita culas, leka,lalai dan tidak pandai menghargai sehinggalah kita benar benar kehilangan. Sedih tapi benar. Allahu.

Saya ambil iktibar dari satu cerita.
Tentang seorang anak yang selalu jarang pulang ke kampung kerana dia dah selesa dengan keadaan ibu bapa pasti ada dipintu setiap kali dia pulang ke kampung. Malahan panggilan telefon juga jatang jarang dibuat.

Sehinggalah Allah mengambil semula hakNya iaitu menjemput ibu bapanya ke rahmatullah.

Ketika itu si anak baru terkesima,rasa kehilangan dan selalunya diikuti dengan penyesalan. Sesal dengan diri sendiri kerana tidak pernah menghargai sepanjang ada dan mula tercari bila tiada.

Sedih.

Kisah kedua pula.
Seorang pelajar yang seringkali merungut sebab title sebagai pelajar sangat memenatkan pada hematnya.

Pagi ke kelas...sehingga petang. Malam ulangkaji. Hari minggu berkira kira untuk assignment atau berhura hurey outing. Rungutan demi rungutan dibuat.

Sehinggalah dia selamat graduasi dan mula bekerja. Walaupun gaji besar namun hidup penuh tekanan. Kekangan masa, bayaran hutang, bayaran komitmen. Hm....

Mulalah teringat dulu waktu jadi pelajar selalu merungut itu ini. Sekarang baru nak hargai betapa manisnya jadi pelajar.

See...

Banyak lagi.

Saya paling suka kisah ni.
Seorang suami yang sebelum berkahwin dengan isterinya, dia sangat menghargai setiap detik waktu dan sebagainya. Namun bila telah diijabkabul, sekelip mata semua tu berubah.

Dia mula rasa isterinya membebankan, semakkan pandangan mata, leceh dan bermacam lagi yang tidak kena dimatanya.

Diwaktu ini baru dia lihat betapa cantiknya wanita lain, betapa beruntungnya kalau berkahwin dengan wanita lain.

Allahu... Bermacam lagi yang mencerminkan betapa dia tidak menghargai pemberian Allah iaitu isteri.

Sehinggalah isterinya diambil pergi. Baru terduduk...termenung dan terdiam. Hidup yang dulunya terisi dengan keletah isteri kini hening sunyi. Tanpa bunyi, tanpa suara isteri.

Barulah penghargaan itu datang.

Benarlah...
Kita akan hargai hanya bila kita rasai kehilangan.

Monday, 11 December 2017

Perkara dalam interview Airasia GTR ( Ramp agent )

Salam alayk...

Haritu interview Aerodarat kan saya share? Haaa now interview Airasia pula... if Airasia masih guna cara sama la kalau tak, maafkan saya ya. Sekadar berkongsi pengalaman.

Sebelum ni saya dah share pasal Aerodarat. Leh klik SINI SINI SINI

Seperti juga ADS, Airasia ( kini GTR ) juga cambiasa lah interview mencabar mental fizikal. Flow tak jauh beza tau dengan ADS cuma nya after fizikal tu beza skit je... simplify and habis lebih cepat. Kalau ADS amek masa seharian., hat ni dalam setengah hari je. Different company different style right?



Lompat bintang sampai semput nyawa... tapi mereka cool.



Flow interview seperti biasa....

1. Ujian fizikal ( merangkumi larian, gulingan, golekan, angkat berat, jerit dan sebagainya )

2. Jawab soalah berkenaan agihan cargo ( perah otak ye )

3. Personal interview one to one ( ni depend sapa yang interview korang. Nasib ler. Ada yang kene bersilat okay... ahhaa )

4. Document check ( Check segala dokumen peribadi awak seperti spm, lesen apa semua tu )

5. UJIAN KESABARAN. ( Sama je cam kompeni lain... tang ni ramai failed. )

Settle. Simple giler kan?
Simple lah sebab 1 sampai 3 punya step tu dibuat sekali harung je takdenye sampai senja nan biru.


Hat ni angkat air sebelah tangan kau rasa senang ? Ace try...


Kegigihan menjawab soalan pasal cargo weight.



Bertafakur adik ni sejenak bila brother tu cakap gune sebelah tangan ye...


No komen.... ngeri tak? ahahahhaa . Dun worry abang ni baik giler.



Tu lalulintas kat belakang bukan ditolongnya sesiapa yang mintak... opkos lah dik, ni kan prosedur.



Tudia tegak berdiri gagah berlari



Dah tegak, meniarap lak,,... panas wehh



Saya menyarankan anda semua silalah punctual....datanglah lebih awal. Check bebetul lokasi lokasi yang dibuat untuk interview tu ramai yangs angkut sebab salah tempat lah ape lah. Kadang kala alasan tak diterima. Maaf... nak kerja kan kene la semangat skit.

Lepas tu silalah bawa sebatang or dua batang or sekotak pen dan sedekah la kat member yang tak bawak pen tu. Ne tau pembuka rezeki untuk kerja. Serius ramai sangat yang tak bawak pen la ape lah so camne nyer nak jawab soalan cargo weight. Adoi. Pen adalah kewajipan anda untuk dibawa kemana mana saja... pen lebih penting dari rokok ( eh?)

Suka saya ingatkan tentang ujian kesabaran... tempoh ni kadangkala memang akan seperti takda harapan je dapat sebab krik krik je. Pernah ada yang dipanggil dalam tiga bulan selepas interview. Ramai yang patah hati wo...

Tapi kene ingat juga untuk intake staff baru, banyak sangat procedure kene dibuat. Bukan lah boleh semberono apa semua kan. Sabar je... if sepanjang ujian kesabaran tu kalian dapat kerja lain, pergi jelah. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran tau.

Bukan apa, rezeki Allah kita tatau kan?


Penat memang penat... tengok cik kak ni ~

orang kuat~



Okay sebelum protest kenapa susah la apelah.... suka saya ingatkan yang kerja sebagai ramp agent ni bukan kerja dok opis bukak pc main fb jual product ye, beli product, on lazada shopping spree... ^_^
Kerja ni menuntut semangat yang jitu padu handle beg berat apa semua. Tekanan kiri kana depan belakang.

Bukan senang!

Bukan mudah!

Tapi kerja itu satu perjuangan dan bekerjalah kerana Allah. Dapat pahala ^^

Bila time peak hours tu boleh pengsan merembes airmata sambil peluh memercik ke seluruh pelusuk area. Siyes tough! Tapi menarik juga.... saya bersyukur pernah merasa zaman rembesan airmata dan airpeluh tu. Satu pengalaman. Thank you semua ( tetibe...)

So dengar dengar akan ada interview ramp agent tak lama lagi.... boleh lah cuba., Doa banyak banyak tau. Apa saja ujian didunia ni, hadapilah dengan tawakkal ( eh lagi tetibe... haha )


Sekian terima kasih kerana sudi baca.

All the best interviewers! candidates!


PERHATIAN :
INTERVIEW INI TAKKAN MEMINTA SEBARANG BAYARAN SEPERTI RM500 DAN SEBAGAINYA. PIHAK MANAGEMENT DAH MENGESAHKAN



Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...