Monday 6 September 2021

[ REVIEW ] 4 movie dari Singapura

 Assalamualaikum semua, 


Apa khabar. Bertemu lagi kita di segmen halo halo takda cara. hahaha..... Jomlah random random nak panggil mood kekdahnya demi sesudu ilmu dan idea. Saya sebenarnya busy kerja dengan ada audit tapi sebab jammed otak so rest la kejap.


So baru baru ni tak berapa baru lah sebabnya bukan semalam pun tapi dalam beberapa bulan kebelakangan ni husband saya tertidak sengaja bukak netflix dan tengok cerita dari Singapura. Movie la... bertajuk THE DIAM DIAM ERA. Mula dia tengok tu saya masih tidurkan anak so bila keluar tu dah jalan 10% la cerita tapi saya join je lah sebab dia cakap menarik. 


Saya tanya la movie kemende ni dia cakap dari negara jiran and movie ni pasal zaman dulu la tahun 80an camtu time dorang baru nak berkembang and how english start jadi bahasa penting sana and bagaimana pula konservatif chinese yang marah dan pertahankan bahasa mandarin. Menarik ok menarik!


THE DIAM DIAM ERA



Rupanya The Diam Diam Era ini movie ketiga dari sambungan LONG LONG TIME AGO yang berkisar tahun 60an time depa baru merdeka dan baru berpisah dari Malaysia. Nice kan??? Memang memula saya pun rasa cam seriouslaaaa laki aku nak tengok cite bosan. Akhirnya saya yang beria melekat cam gam depan tv and ternanti nanti every series of this movie. Best!


The Diam Diam Era ni fokus pasal sibling 4 beradik ni. Yang kakak sulung, kakak kedua, kakak ketiga dan adik bongsu. Sesudah mak mereka meninggal dunia la kiranya which is dah lama la and ada dalam long long time ago punya kisah.  Best sebab tunjuk keakraban kasih sayang sesama sibling disamping selit gak bab politik depa and how depa nak evolve apa semua. Camna Singapura banyak rumah bertingkat and bahasa inggeris semakin kukuh bertapak, ekonomi berkembang...semua diceritakan. Ada gak selit pasal isu real sebab cerita ni background dia bukan rekaan cuma mungkin kisah ahli keluarga ni rekaan ...tapi penceritaan sekeliling betul tau. Pasal kebakaran besar Singapura, banji besar , kes air antara negara kita dan depa. 


Kakngah, kaklong, adik dan kaklang..


Selain sibling berempat tu ada gak tunjuk pasal saudara mara mereka... yang THE DIAM DIAM ERA 2 pulak pasal parti politik and camna pakcik depa yang chuek chuek mintak penampo lagi menyusahkan tu sebok nak lawan parti PAP ( mmg parti real tapi parti chuek chuek tu tahyul la kot )....memang selamba ok sembang tembak kerajaan punya polisi la ape la..sentuh pasal hak hak bekerja, hak warganegara.


THE DIAM DIAM ERA 2



Tapi husband saya cakap LONG LONG TIME AGO cam lebih best. Sebabnya pasal keluarga mereka yang sangat susah dan hidup dikampung. Time ni watak mak kepada empat berabik di memang dihighlight dan depa pulak masih kecik. Yang bongsu tu sebenarnya ada kembar tapi kembar dijual sebab miskin sangat and ni pun atas manipulasi pakcik chuek chuek mintak penampo tu ...hakuuu laaa memang sakit jiwa tengok perangai pakcik tu dalam keempat movie ni tapi dia memang paling puncaiiii time long long time ago sebab dia sangat kong hajo dengan kakak dia. Sangat ok sangat!


LONG LONG TIME AGO


Citer Long long time ago ni kalo tengok poster mesti kita cam amende cite kampung boy ke apa bosan betoiiii... tapi anda silap! Jalan cerita dia la paling menarik. Susah sungguh hidup dorang dengan kene berniaga kais pagi makan pagi apa semua and dah niaga kene hadap ahlong pulak pastu polis penjaja pulak. Pastu kene hadap perangai pakcik chuek chuek mintak penampo lagi memang annoying la. Dengan skeptikal mindset yang anak lelaki ni precious anak pempuan and sulung ni memang alas kaki. Kene relakan diri dipijak dan ditenyeh. Sad sangat ok!


Ada juga sentuh tentang hati nurani dan kebaikan mengatasi kejahatan bila ahlong yang selalu buli family dorang tu diselamatkan oleh mak si 4 beradik ni so starting situ ahlong tu sangat baik. (Spoiler : Dalam latest diam diam era ahlong tu dah jadi polis special force hokayy..kelas gitew!). Juga pasal ketegangan kaum melayu vs cina vs india... biasalah bila baru merdeka ni.


LONG LONG TIME AGO 2



Dalam Long Long Time Ago ni highlight pasal lepas banjir besar, kerajaan berhasrat nak upgrade all out singapore so dorang beli tanah tanah dan hasil tanaman orang kampung. Bagi duit dan penempatan rumah di flat dan apartment teratur di bandar. Mula mula semua cam ralat tapi sebab jumlah depa nak bagi bukan sikit. Cam biasa pakcik chuek chuek mintak penampo ni la terpaling sakit hati. Punya la mak 4 beradik ni usahakan ladang babi dan tanaman sebab pakcik tu hina dan jijik nak buat kerja kampung tapi bila orang govt datang nak nilai harta and tanah semua and bagi price sangat tinggi semata asbab ladang dan tanaman, terus pakcik tu claim kene bahagi sama adil. Unta mung!


Sedihnyaaaa lahai sebab time tu gak mak tu dah sakit kanser...and time semua penilaian harta dan duit dah dibuat dan nak pindah dah ke flat bandar, mak tu dah meninggal. So empat beradik tu la pindah umah sana with pakcik dan jiran kampung. Dalam movie ni ada gak tunjuk kisah cina kahwin india and how huru hara bila perbezaan budaya terjadi. Tapi sempoi sebab comel je akhirnya kahwin gak...tu adik bongsu kepada mak siberadik ni dan pakcik chuek chuek minta penampo.


Pening kan? hahahaha so sila tengok sendiri baru paham. Tapi saya sarankan tengok dari LONG LONG TIME AGO pastu LONG LONG TIME AGO 2 pastu THE DIAM DIAM ERA dan THE DIAM DIA ERA 2.


Yang Long long time ago takde dalam netflix so kami tengok kat youtube. Yang diam diam era ada so sila tengok wahai kawan kawan sekalian.


1 MALAYSIA!!!  eh tiber.

No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...