Friday 30 March 2018

OH MALI MALI TRAVELOKA



“Laksa ikan sekoq”
 “Syurga periuk dan pinggan mangkuk”
“Destinasi romantik”


Wow tagline dialog ini… Di mana ya?


yeke tatau


Dalam setahun kita ada pelbagai tarikh cuti sekolah dan pastinya sebagai ibu bapa khususnya, anak anak akan ajak pergi kesana kemari. Tak lupa juga para student zaman sekarang. Pendek kata zaman sudah berubah. Kemain ye memasing.


Selalunya untuk short trip kadangkala tak perlu lah sampai keluar negara. Negara kita sendiri mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati. Pilih saja nak yang macam mana. Hutan? Air terjun? Theme Park? Perkampungan? Bandar bersejarah? Pulau pulau dan pepantai? Ah sebut saje.


Berbalik kepada tagline dialog diatas tu. Mesti dah boleh agak kan dimana tempatnya? Sudah tentulah Langkawi. Pandai semua. Memang ni destinasi pilihan ramai terutama family. Mak saya sendiri suka sangat lah nak pergi sini. Dan sebagai tempat pilihan ramai untuk bercuti sudah tentu pelbagai pilihan penginapan yang tersedia.


Sebut apa saja niche personal kita, Langkawi pasti boleh memenuhinya. Sebut pasal shopping sakan? Anda boleh pergi ke Idaman Suri untuk membeli belah atau cuci mata tengok pinggan mangkuk terlajak murah. Kat sini, para mak mak kene urut dada banyak kali.

buat buat tak nampak


Kalau niche kita makanan? Kak Yan nasi campur tu sangat fames. Rasa utara punya kepelbagaian lauk. Ada berpuluh pilihan lauk tau. Lepas tu laksa ikan seekor. Dia punya special tu sampai banyak je tempat lain luar Langkawi ada cuba buat ala ala laksa ikan seekor tapi tak boleh lawan kick and ummph original Langkawi. Biasalah mana boleh lawak senior.


Belum lagi sebut pepantai nan indah. Untuk relaks dan berehat, pelbagai lokasi pantai ada tapi paling popular dah tentu Cenang. Sebut Cenang teringat Langkawi dan sebaliknya. Jom tempeh tiket flight dan penginapan untuk explore pulau cantik ini.


Saya tertarik untuk memperkatakan tentang sebuah resort yang boleh tahan gempak disamping harga berpatutan dan yang pasti, harga berpatutan. Bagi pelancong kategori saya ni, pilihan untuk hotel/resort kene la memenuhi kriteria dan bajet di poket. Malibest Resort Langkawi lah jawapannya.


Malibest Resort menawarkan kemudahan percutian optimimum dengan fasiliti yang lengkap dan juga mengutamanakan keselesaan setiap pelanggannya. Lokasi yantg sangat strategic, Malibest juga mempunyai 88 bilik serta 5 top chalets yang semestinya cantik, lengkap dengan segala amenity dan fasiliti dan pastinya dapat memenuhi keselesaan pengunjung. Dengan harga yang tidak melebihi RM200 untuk paling rendah, apa lagi yang kita nak. Nak lebih jimat? Mari saya bisik.


Pssst…. Ada cara tau nak dapat pilihan osem dan promosi. Apa?


TRAVELOKA !!!!!


 Dengan membuat tempahan di Traveloka ( apps atau website ) anda boleh dapat harga promosi tapi rajin rajinlah check tau. Kadangkala jimat sehingga rm40 dan siapa nak bagi? Janji ada usaha. Boleh klik di link ni untuk tinjau tinjau. 
 >>> 
 Holiday at Malibest Resort Langkawi. <<<




Betapa strategic lokasinya kerana ada akses untuk ke Pantai Cenang ( mercu popular Langkawi ). Setiap bilik ada TV beserta siaran Astro ( kot ada yang penat dah beraktiviti dan nak berehat ), penghawa dingin sepenuhnya, tour and recreation desk yang di handle oleh De Baron Holiday, safety box dan sebagainya. Cukup lengkap. Itu belum kepelbagaian jenis bilik lagi. Tugas anda? Pilih saja mana yang berkenan. Terutamanya penggemar pemandangan pantai, Malibest Resort memang jawapan terbaik. Anda boleh ushar di link saya sediakan diatas.











Keistimewaan lokasi Malibest Resort adalah :
>> 0.09 km dari Pantai Cenang
>> 0.53 km dari Rice Garden of Langkawi
>> 0.85 km dari Underwater World Langkawi
>> 2.42 km dari Pantai Tengah

Jommm


Justeru apa tunggu lagi? Jadilah pelancong yang bijak. Tinjau segala peluang dan tawaran yang ada, sememangnya traveloka antara medium terbaik untuk tujuan itu. Selamat bercuti dan semua orang dah boleh packing beg masing masing sekarang. Jangan buang masa! Traveloka kan ada.

17 comments:

  1. Yes. Tak lama lagi budak-budak cuti sekolah boleh plan siap-siap ;)

    ReplyDelete
  2. Rindu dgn langkawi. Lama dah x gi tau.
    Akan bwk anak2 juga nanti sebab lom abis gi semua tourist spot :-)

    ReplyDelete
  3. Rindu Langkawi. Teringin nak pergi lagi.
    Padahal baru minggu lepas pergi sana..hahaha.

    Tapi kan memang best guna Teaveloka sebab boleh dpt diskaun lebih lagi.

    Pernah guna masa pergi Sabah haritu

    ReplyDelete
  4. ok.. tgh baca dok terperqnjat tgk gambar kat sudut tuh.. ingat juon lah..hahaha.. jgn marah..

    since 2002 ke langkawi till now x jejak lg.
    cukuplah sekali pergi tapi seronok layan snorkeling dgn kawan2..

    ReplyDelete
  5. Rawlins dah start jengok Traveloka untuk rancang famili vacation dah nie. Rancang nak ke Bali kot this year. Hehe

    ReplyDelete
  6. Lama xpi langkawi..rasa ngek plak tak grab tiket murah hri tu ke lkawi..huhu

    ReplyDelete
  7. Betul. Traveloka mmg satu medium yg sangat berguna dlm mencari tempat utk melancong. Harga pon murah. Jom plan bercuti bersama traveloka !

    ReplyDelete
  8. Traveloka ruby belum cuba lg. Sekarang dah banyak apps kan. Dulu hanya agoda dan booking.com je. Sekarang macam-macam. Siapa yang bg harga paling murah dan boleh cancel anytime menjadi tarikan kepada customer apps tu. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Pernah dengar pasal MAli MAli ni..tapi tak pernah cuba lagi. Kalau ada rezeki nanti boleh lah cuba dan gunakan Traveloka

    ReplyDelete
  10. Langkawi!!! Lama tak g sana.. leh la check dlm traveloka fan stay dkt mali mali tu.. klau dpt tepi pantai mmg seronok

    ReplyDelete
  11. Baru balik dari Langkawi. Tapi pergi naik feri je. Pernah guna traveloka ni masa beli tiket ke Perth. Dapat 20% diskaun

    ReplyDelete
  12. Pernah check in kat hotel tu masa di Langkawi. Suka juga sebab affordable dan selesa.

    ReplyDelete
  13. I also use traveloka to book my flight and hotel. The price is cheaper from other online website. Platform is friendly user.

    ReplyDelete
  14. Tak pernah pergi langkawi lagi but husband promised to bring me here later. Ofc kitorg guna traveloka lah kan sebab it's much easier with this!

    ReplyDelete
  15. Alaa nak bercuti tapi tapi tapi poket tak mengizinkan. Boleh pergi cuti balik kampung saja. Walaupun orang kedah .Baru sekali sampai langkawi

    ReplyDelete
  16. Bestnyaa dah lama tak jejak kaki dekat langkawi.kena olan betul2 kalau nak bercuti tempat tinggal pun nak yang selesa kalau tak selesa memang mood kelait

    ReplyDelete
  17. Jom! nak travel and keep going. I m going to check out their facilities and rooms

    ReplyDelete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...