Tuesday, 31 July 2018

Yang disorok boleh juga terkeluar

Salam ♥

Hai semua apa khabar ~~~
Sihat dak? Alhamdulillah kalaunsihat. Kalau tak sihat itu juga alhamdulillah sebab Allah uji sebab Allah sayang ye dak ye dak.

Oh ya...

Ada satu kisah ni si polan A yang mengutuk si polan B dekat sipolan C... Lepas tu sipolan B dapat tau and sedih lah kan.

Sipolan A syak sipolan B dapat tau so dia suruh sipolan C delete semua bukti. Hasilnya?

Si polam B tetap tahu... Kenape?
Sebab Allah takkan sorok semua benda. .

Maybe sebab tu kot ada pepatah kata, lebih baik tidak tahu daripada tahu dan sakit hati. Benarlah tu kata kata begitu.

Sesetengah benda baiklah letgo. Bila dah tau semua benda jadi awkward.

Wednesday, 25 July 2018

Lidah kokedal / Lidah boya

Assalamualaikum... Hello semua♥


Kuih lidah buaya ni memang sedap ngunyah depan TV. Kalau dok ofis pun sedapngunyah kruk krak kuih ni sambil stress stresss hadap pc. Ahahah

Bahan bahannya memang simple. Tepung gandum, marjerin atau butter, garam skit, air skit...pastu uli sampai sebati.  Sediakan juga pes minyak campur tepung jagung untuk calit time nak canai tu. Adun , acuan, potong, canaikan...goreng!

Pas goreng ketepikan kasi sejuk baru siap...tapi lom siap lagi. Kene blend gula pulak nak coating kuih ni.






Sesimple bahannya, tidak setara proses pembuatannya yang renyah. Even starting point nak uli tu Allahu, penat. Longgar sendi lengan weh. .

Proses demi proses sebelum siapnya kejadian sempurna.

Setiap orang lain cara dan rasa lidah kokodelnya. Ada yang jenih nipis kecil, ada yang tebai skit. Begitu juga penggemarnya, ada pelbagai variasi kegemaran. Ada yang suke banyak layer, ada yang suka biasa je.

So kalau teringin nak makan tapi malas bebenor rasa nak try buat ( part goreng tu mencabarrrr sangat ). Meh order ngan saya meh.








Ada bekas besar (RM20)
Ada bekas kecik (RM10) 

Tuesday, 24 July 2018

Hospitality orang jawa

Salam alayk ~

Raya dah lama berlalu tapi mssih takleh move on kuih yang dihidang dirumah mertua kaka kepada suami saya, kakcik.

Wehh ada jeruk bagai dan pelbagai kek...nyummm sangat.

Opkos ada banyak lagi kuih dalam balang tapi saya snap hat dua ni je sebab cam menarik meriah dan membolahkan mata saya. Punya lah besttt.




Husband saya cakap bese dah kakcik ngab family mertua idup diperkampungan jawa so kemeriahan makanan mereka memang tiptop. Kudos tu jawa people. Hospitality terbaik... 

Teringat gak time kawan rapat daya si Fiqa tu kahwin. Tiga ari tiga malam meriah dengan makan serba tak putus dan Fiqa cakap standard dah orang jawa memang jenis sepakat terlebih bab bab majlis kondangan ni. Ahaha sre, saya blaja skit la bahasa depa. 

Saja nak wat post appreciation... Looking forward for more 😘



Monday, 23 July 2018

[ RESIPI ] Telur gulung Korea (gyeranmari)

Hey hey salam alayk....

Arini nak kongsi resepi telur gulung Korea.
Meh kita hayati simple entri ni.


Bahan :

4 biji telur
4 sudu susu cair/low fat
Sedikit garam
Sedikit perasa ( if suka )
Setengah mangkuk kecil tomato cincang, daun bawang dan carrot ( demua dicicnang dadu kecil )
Cheese potong kecik ( kalau suka )
Minyak sikit


Cara :

Pukul telur dengan semua bahan lain tu sehingga sebati tapi takyah sampai beria berbuih ya.

Panaskan pan fry lepas tu tuang minyak sikit.

Masukkan sesenduk dulu, ratakan dan tunggu dia keras sikit.

Perlahan lahan gulung tapi jangan sampai abis. Buat dalam kuali ye.

Tuang lari sambungan dari baki yang belum gulung tu...

Ulang step sampai abes adunan.

Baru gulung perabis.

Dah siap, angkat potong





Ps : Next time bila saya buat one by one step, saya akan wat blog again. Maaf tau ni simple explanation je huhu.


Kerjaya sebagai Ramp Agent ( Airasia )



PERHATIAN : 



UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA CUMA OPEN BAWA RESUME,JALANI FIZIKAL TEST DAN DIPANGGIL UNTUK CHECKUP KALAU BERJAYA. JANGAN MUDAH PERCAYA YA 


Assalamualaikum.

Salam Zulkaedah yang permai.

Arini saja nak bercerita tentang kerjaya sebagai ramp agent di Airasia khususnya. lebih glamer dengan gelaran budak bagasi, ha camtula kijenya. Bermain dengan beg.

Dan disebabkan saya adalah perempuan of course lah gambar ramp girl yang banyak dalam simpanan saya.

Ramp girl

Ramp boys


Ramp agent ni sebahagian dari ground operation team. Satu lagi adalah geng guest service yang korang nampak kat kaunter tu kan. Kalau yang tu kerja hadap orang, yang ni kerja hadap bagasi dan cargo.
...

Hakak ramp


Kitorang memang unik dan mudah terhibur


Bos kesayangan πŸ‘»


Sejujurnya kerjaya ni memang tough dan penat. Yelah panas hujan seb takde salji je kat Malaysia ni. Bila musim peak season punye  la overload passenger dengan bagasi memasing so kerja mereka berdouble triple beratnya.

Gambaran sebenar πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Tapi still wujud ramp girl. Perkasa tak? Dorang ni bukan masuk kerja untuk benda senang ok. Sama je bergulung angkat bagasi cargo bagai apa semua tu. Driver tractor tengah panas hujan tarik trolley bertan tan. Ramai je sakit pinggang pastu so takde beza mana lah laki dan pempuan.

Ni kenangan time salah sorg kawen. 


Baik ramp boys ramp girls...semua unite sebagai satu pasukan. Gituuu πŸ‘Ό

Posing tak kalah ha.


Time ni je muke senyum. :P


Ok saya akan compile skit pasal kerja camni guna format Q & A.

1. Kerja ramp ni apa sebenarnya?
- Kerjaya ramp ni macam kerja lain juga, cuma kalau doktor dan nurse handle pesakit, pilot handle kapal terbang, cabin crew handle passenger, ramp agent handle beg dan cargo items.


Ramp boys
( Kredit to TL Musa )


2. Kerja dorang selalunya camna?
- Kerja ramp ni slalunya banyak divisyen. Ada bahagian aircraft handling team yang buat kerja masukkan beg dalam cargol hold ( selalu jadi mangsa viral korang tu ..amboi ) dan selalu handle dari kapal terbang masuk sampai dia berlepas balik dalam turn around 25minit. Penat ok.

Satu lagi team baggage handling. Yang ni depa terima beg lepas korang checkin masuk kat tempat begerak tu kan cam sushi tu ha, geng BH ni akan terima and sort out beg tu pastu masuk asing troli untuk geng AH laksanakan next. AH tu aircraft handling lah.

One of team AH

Amek udara sat dalam cargo hold


Pastu ada lagi satu team iaitu Cargo. Haaa depa ni tak main beg beg tu tapi semua cargo items cam ketam la udang la sotong la sayur la barang eletrik la dan sebagainya...dorang kire berbeza skit carakerja, shift pun lain skit tapi yang pasti persamaannya adalah kepenatan maksima. Barang kargo ingat tak berat ka main tan tan tan wehhhh.

Geng cargo


μž˜μƒκΈ°λ‹€ ♥


Oh ada gak team lain cam training team, controller team. Controller ni geng yang dok depan Pc handle manpower dan gerak kapal kuar masok...cam orang tengah antara flight operation dept dengan ground ops la. Kerja ni memang fizikal tak penat tapi otak barai. Ahahaha.

Selebihnya? Aih... Yang penting korang tahu basic tu. AH, BH dan Cargo...team lain lain tu kire special team lah.

Geng controller 



3. Jadual kerja cemane?
- Haa Ni subjektif. Sepanjang saya kerja dulu pelbagai jadual lah merasa tapi until currently 24 Julai 2018, shift dorang 4 - 4. Maknanya 4 hari off 4 hari kerja tapi pelbagai timing ya nak nak team AH dan BH...bukan seragam. Team cargo je standardize skit 10am-10pm. 

Akan tetapi shift ni benda leh rombak... We never know what happen in future orait. 


Korang ingat tak berat ka...

Haii



4. Best tak benefit ?
- Best laaaa...apa tak best lak. Ahaha... Bergantung how korang gunapakai kelebihannya lah. 





5. Apa beza GTR dan Airasia?
- GTR ni kira anak company airasia la dulu ramp ni fully airasia tapi skang depa diletak bawah anak syarikat atas dasar management tapi jangan risau lah sebab sama je benefit...ada beza oun skit je kot wallahualam. Tu masuk kije dulu baru tahu. Benda yang boleh dipinda ni kite tak berani cakap banyak. 



6. Kenapa interview terok sangat?
- Allah.... Memang lah. Nak tengok kekebalan korang even kat tempat kije nanti takde makna la nak korang guling kat dalam airport tu mementang korang berguling kat padang time interview. Sebab kerja ramp ni penat dan sangat mencabar. 





7. Takot nak gi selalu tak dapat dipanggil
- Kita guna konsep ' Kalau dah rezeki tak kemana ' dan juga konsep 'Usaha tangga kejayaan'.

Orait? 


Hakak raincoat

Tu antara soalan yang saya rasa selalu berlegar kat kepala memasing. Tapi kalau ada additional soalan silalah emel saya atau drop soklan kat bawah ni. Saya sedia menjawab. Jangan call Ask Airasia lak. Tak layan ye. 


Saya bukan lagi staff ramp or Airasia tau, saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu sebab saya dulu pun awal nak minta kerja, dok pinga pinga tatau nak cari info mana. Saya tahu ramai yang nak tau gak kemende la ramp agent ni everytime nampak Airasia iklankan job ni. Rezeki saya disana udah berakhir, rezeki lain pule. Eheheheh...

Hakak tractor


Ramp girl

Comel tak...



Sebenarnya banyak lagi gamba tapi kang jenuh nak mengloading korang gak stress...saya share gegitu jela eh. Banyaknye gamba syok sendiri sebab saya lupa mana dah letak gamba task work kitorang dulu. Maaf..hu hu hu.

Mujur ada Team Leader Musa yang sudi share gamba power power dari ramp boys divisyen. Thank you bos.

Hujan pun redah


Kene senyum ;)

Belt loader



Kekadang kita dihidangkan kisah tak best di media sosial tentang mereka.. haipp takmo la camtu. Kerjaya ni memang sangat mencabar. Berat dan tough. Kadangkala mungkin kualiti kerja tu boleh ditimbal balik tapi boleh je nasihat good good kan. Janganlah jadi bangsa yang suke kecam. Huhu. Emo pulak 😰


Kesimpulannya, apa saja kerja buatla bebetul ye. Takyah nak kipas turbo sangat. Apatah lagi tikam belakang orang, tabur pasir dalam periuk nasi orang, membawang level kenduri. Bekerjalah kerana Allah.


Love what you do, insyaAllah you won't feel like you come to work instead come to do things you love and earn money.

Thank you Airasia for the memories.

EDIT : Boleh baca part dua disini untuk Q&A ramp lebih lanjut.

KERJAYA RAMP PART TWO

Ciao♥

Peace πŸ™‹



Saturday, 7 July 2018

[ REVIEW ] Nasi Kambing meletop Nilai

Alhamdulillah untuk kesempatan bernafas di pagi Ahad yang permai. Giteww.

Hai semua.

Buat apa tu??

Saje nak review sikit pasal satu tempat makan kat Nilai, Negeri Sembilan. biasa nasi kambing fames.semua orang tau kat Tangkak tu eh yang nama nasi kambing 40 hari??

Haaa kalini saya review yang area Nilai dulu la sebab ni je dekat ngan rumah saya. Beedekatan ngan Mcdonald bansar baru nikai yang kalau awak ikut tol Nilai keluar je leh la nampak.

Bagi saya, jujurnya memang sedap cuma bukan kategori yang saya akan repeat ( sebab saya kaki makanan bersup....sorry ) .

Tapi lokasi dan parking kedai ni padu, senang dan mudah. Keadaan kedai best...
Portion nasi meriahhhh dan kedainya bersih.

Banyak je lagi menu lauk lain tapi sebab kami dua try ni je kan. Skali skala anda anda semua nak try Bolehlah maju kesini.






Verdict : Tak menepati selera sangat dan kebetulan saya banyak dapat tulanv tak berapa isi ( huu takde rezeki )

Tak berani nak bagi rate tapi korang kene try tau. Harga sepinggan Rm15.


Bubyeee~

Saturday, 30 June 2018

Open house

Assalamualaikum salam sabtu rakan rakan sekalian~

Buat apa tu sabtu nan permai ni?
Ada yang kerja normal hours maka mesti sedang beriadah dan berehat kan kan?
Ada pula yang kerja shift seperti suami saya maka sedang terbongkang kepenatan sebab baru balik kerja malam. Kesian dia.

Apapun kerja anda, semua pun hebat. Ada susah senang dan yang penting demi mencari rezeki kerana Allah.

Oh ya... dah masuk syawal ke-16 kan? Oh no.... sedihnya masih tak berpeluang merasa rumah terbuka sedih sedih saya paling suka open house nak makan sedap huaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ade je kawan yang buat tapi malangnya bukan takat luar daerah malah luar negeri. Nasiblah bukan luar negara.

Rasa tahun ni la raya paling sikit merasa makanan raya wuuuuu. Sedeh~

merenung ajelah



Semoga ada lagi bertemu syawal akan datang dan paling penting puasa... mana tahu tahun depan insyaAllah rezeki baby boleh dapat jemputan open house buahahahaa.... obses makanan cenggini la haaa

Thursday, 28 June 2018

[ RESEPI ] Mee hailam simple

Assalamualaikum semua...

Sempena jumaat nan mulia ni saya bercadang untuk kongsi resepi ringkas buat mee hailam.

Banyak cara nak buat mee hailam tapi kalau ikut saya semua asal boleh campak campak godek apa ada dalam dapur. Hehe.




RESEPI MEE HAILAM


Bahan :

Mee kuning sepaket
4 sudu Cili kisar ( nak lebih takpe )
4 ulas Bawang putih ( kisar )
1 biji bawang besar ( kisar )
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Air
Minyak
Bancuhan tepung jagung
Sayur ( boleh letak karot, Bunga kobis dan sawi )
Fishcake fishball
Isi ayam


Cara Cara :

1. Panaskan minyak dalam beberapa sudu daam kuali ( jangan banyak sangat tau ) dan tumis bawang putih besar yang dikisar. Lepas dah naik bau masukkan cili kering dan tumis sampai pecah minyak

2. Masukkan lah isi ayam dan fishcake tu sampai masa skit baru letak air. Dia jadi macam sup tapi jangan lupa anggarkan dengan jumlah mee kuning awak

3. Tuang lah dalam sesudu kicap pekat, beberapa sudu kicapmanis, sos cilidua sudu, sos tomato sesudu dan garam gula perasa sikit. Boleh rasa samada cukup tak ikut lidah masing masing.

4. Dah gelegak masukkan sayur dan mee. Masak seketika baru tuang bancuan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau dan jangan tinggal takot over pekat karang.


5. Dah agak pekat sikit boleh tutup api dan hidang.



Ps : Saya ni bab measurement failed...maafkan saya. Sebab saya jenis agak agak.

Selamat mencuba ♥

Friday, 22 June 2018

Kenangan raya anak navy

Salam alayk...

Hai semua... watpe tu. Slama jumaat Amacam raya memasing best tak?
Saya tahun ni raya dalam keadaan rush sebab kejap sangat di Kuantan pastu pecut disegamat pun tak lama sangat kire terus balek Nilai. Di Nilai lepak Kuala Langat lak dok umah kakak ipar sehari.

Serba sehari lah.

Teringat zaman kecik waktu dok kat kuarters tentera laut kat Labuan dulu bestnya golongan cam kami yang tak dapat balek semenanjung nak beraya. Yela kan bukam semua dapat balik every year.

Rutin pepagi time tu adalah beraya di markas kem mawilla dengab panglima dan semua anggota navy yang tak balik raya juga. Best tau...best sangat sangat.

Puas hati lah dapat makan lemang, ketupat, rendang kuah kacang dan ayam merah.. Semua airtangan rewang anggota navy.

Besttttttttt.

Bila da nak balek, beratur la kami budak kecik depan panglima nak amek duit raya. Ahahaha.

Biasanya pas solat raya dalam jam 0830 camtu semua berderak la pergi kem mawilla. Yela Labuan kan subuh awal so solat raya awal. Kadang kami solat raya kat kem je. Sonang.

Pas raya di kem balek taman semula dan beraya umah jiran lak...Satu taman pusing ok. Syok sebab setiap rumah pelbagai juadah bukan sekadar ketupat lemang je.

Ada yang buat nasi tomato... ada nasi ayam... ada wat laksa...ada wat bihun sup. Pendek kata ikut latar belakang memasing lah... pelbagai budaya kenegerian dan variasi juadah. Tu yang syok.

Sebab tu start balik Smeenanjung sebelum abah pencek, rasa ralat bila kat semenanjung mostly memang ketuoat kuah kacang lemang rendang. Eheh. 

Tu untuk warga navy la warga airforce dan army tak sure. Depa wat kat kem depa la kot.


Sapa kat sini pernah jadi anak angkatan tentera dan stay di Sabah sarawak... meh lah share cite korang.


Selamat Hari Raya !!

Raya plus world cup lah pulak. 

Tuesday, 19 June 2018

Cerai secara hakam

Salam alayk...

Saya ingin berkongsi hasil tulisan Da'i Wan. Seratus peratus dari beliau saya hanya berkongsi kerana saya fikir, kita kaum wanita khususnya masih ramai kurang arif tentang hak kita.

Walaupun suami punya kuasa veto, kita punya keadilan agama menerusi hakam.

Jangan jadikan anak punca untum stay dalam perkahwinan yang hilang keikhlasan dan seksaan dunia. Awak punya hak untuk bahagia.

Petikannya seperti ini.

Cerai 'Hakam'?

Pernah kalian dengar tentang cerai secara 'Hakam'?

Ini bukan fasakh, bukan taklik, bukan lagi khulu' (Tebus talak). Walaupun semua ini adalah 'Hak' isteri untuk digunakan dalam mahkamah terhadap suami bila nak tuntut cerai. Tetapi cerai secara 'Hakam' nampaknya lebih berkuasa dari kesemua itu.

Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) menjadi pelaksana yang pertama penceraian secara 'Hakam' dari enakmen undang2 keluarga Islam Selangor.

Kerana proses Fasakh, taklik, khulu' sangat memerlukan masa dan prosedur yang lama, dan kes penceraian pula berlaku satu setiap 13 minit dalam Malaysia kini secara puratanya.

Sehingga menjadi lambakan kes penceraian, buat saya risau tentang makna sebenar sebuah 'Perkahwinan' yang beransur pudar hari ini dalam hati yang berpasangan, khususnya pasangan muda yang baru berkahwin. Yang masih muda dengan ujian diawal tahun perkahwinan.

Kaedah 'Hakam' ini, isteri boleh minta cerai melalui kuasa mahkamah bila suami tak nak ceraikannya, suami tak datang mahkamah, tak nak ikut prosedur mahkamah, meskipun suami tiada cacat cela, boleh lengkapkan nafkah zahir juga batin, tetapi jika si isteri tetap tak redha lagi, tak menyukai lagi, dah tawar hati dengan si suami. Antaranya kerana dia telah berpoligami tanpa persetujuan isteri pertama, tiada persefahaman, tiada lagi perhubungan yang baik, tak rasa bahagia lansung, tak rasa kasih sayang lagi dari si suami, tiada lagi komunikasi yang baik, banyak berahsia, dan tidak adil dalam berpoligami. 

Maka dengan alasan semua ini, mahkamah akan benarkan 'Penceraian' diteruskan juga.

Inilah namanya cerai 'Hakam',

Maksu saya sebagai wanita, dia nyatakan pada saya. Ada 2 perkara yang dia risaukan dengan cerai 'Hakam' ini.

1. Sungguh, ia amat membantu sebenarnya untuk selesaikan hubungan rumah tangga yang berantakan. Bantu kurangkan lambakan penceraian yang setiap 13 minit itu.

2. Tetapi sangat bahaya jika wanita salah guna cerai 'Hakam' ini kerana wanita selalu dan terlalu awal bertindak membuta tuli demi 'Emosi'.

Boleh jadi mimpi ngeri buat suami diluar sana, jika isterinya gunakan cerai 'Hakam'.

Walaupun suami ada alasan untuk 'Counter', Jais akan tempatkan pasangan dalam Jawatan kuasa pendamai terlebih dahulu, wakil pula akan dihantar untuk cari jalan penyelesaian, jika masih terus Syiqaq (Perkelahian), mahkamah akan nasihat suami, lafazkan talak 1.

Jika suami tak mahu, maka 'Hakam' yang akan bertindak.

Peringkat 1:

Hakam cuma bagi kata putus tentang keadaan rumah tangga pasangan suami isteri itu

Peringkat 2:

Hakam dilantik mahkamah syariah untuk menceraikan juga dan ia sah disisi undang-undang.

Disini tamatlah 'Kuasa mutlak untuk menceraikan' dari seorang suami akhirnya. Tiada lagi kuasa veto dari seorang suami. Jika suami tidak berlaku adil, tidak tunaikan tanggung jawab, tidak jujur, tidak jaga hubungan.

Si isteri telah berkuasa dengan naungan mahkamah syariah untuk laksanakan yang namanya cerai secara "Hakam".

Simpan nota saya ini. Ia nota pengetahuan yang sangat penting bagi lelaki yang tidak beratkan 'Tanggung jawab' dalam hidupnya. Kepada perempuan, ini pula hak istimewa kamu. Jaga, disimpan dan diguna bila perlu, iaitulah bila hati telah terlalu 'Terluka' sehingga tidak nampak lagi jalan bagaimana nak sembuhkannya.

Yang benar, Da'i Wan.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...