PERHATIAN :
UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA CUMA OPEN BAWA RESUME,JALANI FIZIKAL TEST DAN DIPANGGIL UNTUK CHECKUP KALAU BERJAYA. JANGAN MUDAH PERCAYA YA
Assalamualaikum.
Salam Zulkaedah yang permai.
Arini saja nak bercerita tentang kerjaya sebagai ramp agent di Airasia khususnya. lebih glamer dengan gelaran budak bagasi, ha camtula kijenya. Bermain dengan beg.
Dan disebabkan saya adalah perempuan of course lah gambar ramp girl yang banyak dalam simpanan saya.
Ramp girl
Ramp boys
Ramp agent ni sebahagian dari ground operation team. Satu lagi adalah geng guest service yang korang nampak kat kaunter tu kan. Kalau yang tu kerja hadap orang, yang ni kerja hadap bagasi dan cargo.
...
Hakak ramp
Kitorang memang unik dan mudah terhibur
Bos kesayangan π»
Sejujurnya kerjaya ni memang tough dan penat. Yelah panas hujan seb takde salji je kat Malaysia ni. Bila musim peak season punye la overload passenger dengan bagasi memasing so kerja mereka berdouble triple beratnya.
Gambaran sebenar πππ
Tapi still wujud ramp girl. Perkasa tak? Dorang ni bukan masuk kerja untuk benda senang ok. Sama je bergulung angkat bagasi cargo bagai apa semua tu. Driver tractor tengah panas hujan tarik trolley bertan tan. Ramai je sakit pinggang pastu so takde beza mana lah laki dan pempuan.
Ni kenangan time salah sorg kawen.
Baik ramp boys ramp girls...semua unite sebagai satu pasukan. Gituuu πΌ
Posing tak kalah ha.
Time ni je muke senyum. :P
Ok saya akan compile skit pasal kerja camni guna format Q & A.
1. Kerja ramp ni apa sebenarnya?
- Kerjaya ramp ni macam kerja lain juga, cuma kalau doktor dan nurse handle pesakit, pilot handle kapal terbang, cabin crew handle passenger, ramp agent handle beg dan cargo items.
Ramp boys
( Kredit to TL Musa )
2. Kerja dorang selalunya camna?
- Kerja ramp ni slalunya banyak divisyen. Ada bahagian aircraft handling team yang buat kerja masukkan beg dalam cargol hold ( selalu jadi mangsa viral korang tu ..amboi ) dan selalu handle dari kapal terbang masuk sampai dia berlepas balik dalam turn around 25minit. Penat ok.
Satu lagi team baggage handling. Yang ni depa terima beg lepas korang checkin masuk kat tempat begerak tu kan cam sushi tu ha, geng BH ni akan terima and sort out beg tu pastu masuk asing troli untuk geng AH laksanakan next. AH tu aircraft handling lah.
One of team AH
Amek udara sat dalam cargo hold
Pastu ada lagi satu team iaitu Cargo. Haaa depa ni tak main beg beg tu tapi semua cargo items cam ketam la udang la sotong la sayur la barang eletrik la dan sebagainya...dorang kire berbeza skit carakerja, shift pun lain skit tapi yang pasti persamaannya adalah kepenatan maksima. Barang kargo ingat tak berat ka main tan tan tan wehhhh.
Geng cargo
μμκΈ°λ€ ♥
Oh ada gak team lain cam training team, controller team. Controller ni geng yang dok depan Pc handle manpower dan gerak kapal kuar masok...cam orang tengah antara flight operation dept dengan ground ops la. Kerja ni memang fizikal tak penat tapi otak barai. Ahahaha.
Selebihnya? Aih... Yang penting korang tahu basic tu. AH, BH dan Cargo...team lain lain tu kire special team lah.
Geng controller
3. Jadual kerja cemane?
- Haa Ni subjektif. Sepanjang saya kerja dulu pelbagai jadual lah merasa tapi until currently 24 Julai 2018, shift dorang 4 - 4. Maknanya 4 hari off 4 hari kerja tapi pelbagai timing ya nak nak team AH dan BH...bukan seragam. Team cargo je standardize skit 10am-10pm.
Akan tetapi shift ni benda leh rombak... We never know what happen in future orait.
Korang ingat tak berat ka...
Haii
4. Best tak benefit ?
- Best laaaa...apa tak best lak. Ahaha... Bergantung how korang gunapakai kelebihannya lah.
5. Apa beza GTR dan Airasia?
- GTR ni kira anak company airasia la dulu ramp ni fully airasia tapi skang depa diletak bawah anak syarikat atas dasar management tapi jangan risau lah sebab sama je benefit...ada beza oun skit je kot wallahualam. Tu masuk kije dulu baru tahu. Benda yang boleh dipinda ni kite tak berani cakap banyak.
6. Kenapa interview terok sangat?
- Allah.... Memang lah. Nak tengok kekebalan korang even kat tempat kije nanti takde makna la nak korang guling kat dalam airport tu mementang korang berguling kat padang time interview. Sebab kerja ramp ni penat dan sangat mencabar.
7. Takot nak gi selalu tak dapat dipanggil.
- Kita guna konsep ' Kalau dah rezeki tak kemana ' dan juga konsep 'Usaha tangga kejayaan'.
Orait?
Hakak raincoat
Tu antara soalan yang saya rasa selalu berlegar kat kepala memasing. Tapi kalau ada additional soalan silalah emel saya atau drop soklan kat bawah ni. Saya sedia menjawab. Jangan call Ask Airasia lak. Tak layan ye.
Saya bukan lagi staff ramp or Airasia tau, saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu sebab saya dulu pun awal nak minta kerja, dok pinga pinga tatau nak cari info mana. Saya tahu ramai yang nak tau gak kemende la ramp agent ni everytime nampak Airasia iklankan job ni. Rezeki saya disana udah berakhir, rezeki lain pule. Eheheheh...
Hakak tractor
Ramp girl
Comel tak...
Sebenarnya banyak lagi gamba tapi kang jenuh nak mengloading korang gak stress...saya share gegitu jela eh. Banyaknye gamba syok sendiri sebab saya lupa mana dah letak gamba task work kitorang dulu. Maaf..hu hu hu.
Mujur ada Team Leader Musa yang sudi share gamba power power dari ramp boys divisyen. Thank you bos.
Hujan pun redah
Kene senyum ;)
Belt loader
Kekadang kita dihidangkan kisah tak best di media sosial tentang mereka.. haipp takmo la camtu. Kerjaya ni memang sangat mencabar. Berat dan tough. Kadangkala mungkin kualiti kerja tu boleh ditimbal balik tapi boleh je nasihat good good kan. Janganlah jadi bangsa yang suke kecam. Huhu. Emo pulak π°
Kesimpulannya, apa saja kerja buatla bebetul ye. Takyah nak kipas turbo sangat. Apatah lagi tikam belakang orang, tabur pasir dalam periuk nasi orang, membawang level kenduri. Bekerjalah kerana Allah.
Love what you do, insyaAllah you won't feel like you come to work instead come to do things you love and earn money.
Thank you Airasia for the memories.
EDIT : Boleh baca part dua disini untuk Q&A ramp lebih lanjut.
KERJAYA RAMP PART TWO
Ciao♥
Peace π