Hai hai hai...selamat kembali ke entri penulisan blog oleh saya. Ini adalah part 2 yang saya buat khas untuk bacaan santai korang. Especially sesiapa yang nak timba ilmu nak pergi Korea atau inspirasi ke apa ke. Saya tahu inspirasi dan mencari semangat tu penting setiap kali nak travel sebab saya sendiri buat camtu.
Sebelum tu, bahagian satu dah ditulis di SINI SINI LAI LAI BACA.BAHAGIAN SATU SINI so ini adalah bahagian kedua proses membebel saya.
Fasten your seatlbelt please ;)
3. Tak habis habis Korea "*tangan didada mata keatas*
Alahai awak awak semua... Manusia ni Allah dah cipta unik dan penuh dengan saraf saraf sel berhubung. Setiap manusia adalah unik dan minat juga mestilah beza. Ni kalau semua suka benda sama tak ke boring dunia yang fana ni?
Korang dah kenapeee....??!!
Saya yakin perasaan suka pada Korea ni Allah yang beri maka saya akan hargai. Tak habis habis Korea? Of course tak kan pernah habis. π
3. Bukan seronok pun baik pergi Jepun *mata terbolah*
Ahaaa.... yang ni saya suka. Sebab saya sendiri suka Jepun jugak. Saya dah berjinak (ewah...) dalam dunia kejepunan baik drama muzik apa semua tu sejak dari dulu. Kire cam umur lepas zaman Backstreetboy dan Nsync saya memang mula tersuka tersyok dekat Jepang ni sampai verangan gak lah nak pakwe Jepun (dulu la dulu... )
Ai macam dengar ada awek pau Malaysia seru seru nama ai...
Tudia Hayami Mokomichi kau hado... ππππ». Ok berbalik kepada soalan diatas. Saya suka juga Jepun cuma dari segi kos, efektif lagi Korea kot sebab Jepun tersangatlah mahal bagi saya kalau bab transport etc. Tapi sebab Korea pun harga barang on the way naik. Adoilah... apa la nasib tourist cam saya. Nak nak saya ni cheapskate skit. *tanpa rasa bersalah ngaku.
Lain negara lain tarikan,lain feel, lain cara. Satu point Korea saya suka adalah dia punya coffee sangat pelbagai. Merata rata ada coffee house or kalau takde, gi kat kedai serbaneka beli yg bottles atau tin. Mantop kan...
Ai beli banyak kopi cenggini bawak balek Msia pastu sayang nak abiskan. Ahahah
Ikut preference kalian lah... bagi saya dua dua saya suka. Cuma point lebih sikit kat Korea. Dun worry yang tu saya bebel lain kali.
4. Makanan halal susah. Kau takkan makan babi kot?
Kus semangat bila dengar soalan ni. Terkuncup terkembang hidung tak mancung pipi tersorong sorong saya ni. Aduilah sayang sayang sekalin, saya pun muslim. Saya sayang agama saya dan saya ada pegangan bab agama. Takkan lah saya meroyan pergi kat ajumma pasar Namdaemun pastu jerit ;
"Ahjumma... kaki oink oink ikat tepi lebih cili satu!!"
"Ahjussi... kepala oink oink panggang madu tiga empat dan lima payung emas bungkus kedap udara saya nak makan sampai lusa satu!"
Kau agak agak lah kan.
Ni hasil bedah siasat kebab ayam Myeondobg harga 5k won. Saje gatai tangan bukak gulungan tu ....
Dekat Korea tu memang makanan halal tak lah semeriah kalau awak pergi di Qatar ke or mana mana tanah arab yang obviously 99.9% halal. Malaysia masih kire 80% la kan ( pepandai wat percentage sendiri.).
Kimbap ni special. Ada kimbap kosong makan ngan sotong pedas hirup sup sedappp. Leh tapau gak.
Tapi kan Allah bagi akal fikiran dan islam itu memudahkan cara yang sebaiknya dipilih. Bukan saya kata memudahkan tu boleh santap yang terang terang halal. Saya taknak ulas isu lanjut pasal ni sebab sensitif. Serah pada pakar dan satu je nak cakap, Fiqh luar negara ada dibukukan. Rajin rajinlah baca ;)
Soal makanan ni memang luas dan kita umat islam kan nak kene jaga halal haram. Jangan ambil mudah ya. No no No.
Makan kebab di Mr.Kebab Itaewon....dap wo dap dap kambing mbek mbek
Kalau rasa payah dan selalunya yang travel dengan family berbilang umur, saya faham sangat keadaan sukar nak cuba penuhi penilaian piawaian mereka. Tapi Korea ada Itaewon district. Takyah risau. Situ memang pekan islam. Kedai islam banyak, kebab banyak, kedai Indonesia ada juga. Masjid pun ada. Yang nak mIasak sendiri tu bahan mentah boleh didapati disini. Takyah risau.
Saya pernah bercuti di negara lain seperti Philipines dan China. Percayalah lagi seksa nak makanan halal kat dua negara tu.Korea banyak yang berasaskan vegetarian dan seafood. Streetfood mereka even bukan semua boleh telan tapi banyak yang boleh. Aloh, takat keledek bakar seketul besaq sekali kulit pun kau nak ragu ragu, susah la kan.
Kita ada Ahmad albab...
Korea ada Alchon Albab yang ada 4 level pedas. Menu jimat murah sedap pedas dan ummmphhhh.
Kan saya dah kata... kalau bab makan saya akan ummmmm wow rawrrr ong ong kwekk kwekk a.k.a merapu moyan cam ape je. Putus cinta boleh survive, putus makan camnaaaa π Pastu stress pipi lebih yis. lalala.
5. Bukan depa pandang kau pun yang kau gila depa...
Izinkan hamba tarik nafas lima belas kali dan menyedut kewarasan dengan bantuan oksigen. Kus kus kus...
Ai is kenot lah yu wai wai lah...
Dah sejak bila pulak la kita kene mewajibkan perasaan kita dibalas dengan kadaran yang sama. Kan da guna bahasa tunggang langgang. Hahaha. Dah tu sapa pulak cakap dorang wajib nak pandang kita balik apa semua bagai.
Hey kat Korea ramai je orang suka tengok kita. Saya ada dua kawan yang bila travel Korea dengan mereka, Ya Allah dia punya kene serbu dek makcik pakcik Korea cam nak buat menantu. Saya ada kawan nama Ayu. Cantik hitam manis lawa kurus. Masa kami di Namdaemun , ada lah ahjumma siap nak kenen ayu ngan anak laki dia. Siap tarik tangan anak laki dia time tu dah tersipu dua dua. Saya ada gambar ketika ni tapi maaf tak dapat share sebab faktor tertentu.
Sorang lagi Piqa... hoilahhhh siap memanjang dapat benda free. Ahjumma siap nak peluk2 bagai punya berkenan. Terpampang sinar loving tu tau. Ada ajumma jual ttuigim yang muka ganas tak senyum pun boleh senyum ke Piqa. Fuhhhh penangan.
Ye saya mention yang tua je kan. Yang muda kadang jenis wat tak reti dan adanje yang pandang tapi takut nak dekat. Yelah, dorang cukup risau if kita cakap English. Ahjumma ahjussi dorang jenis tak kisah. Lantak la kita cakap jowo dia cakap korea. Asal ada body language.
Piqa : Kabare
Ahjumma : Ne jaljinae
Piqa : wes mangan
Ahjumma : Aniya jigeum babba..
Ha lebih kurang ah.
Best tak?
Okay part 3 akan menyusul next time....wait ya ~
Thank you sudi baca. wasaalam.
Macam best je korea ni. Rasa nak lawat pula satu hari nanti
ReplyDeleteBest awak...best sangat. Fall in♥ tau
DeleteDaebak!!
ReplyDeleteannyeonghaseyo haha.
makanan korea adalah favoritku, sampe banyak belajar juga tentang bahasa hangul nya.
Kann... Best sangat makanan korea.
DeleteAnnyeonghaseyo chinguya.
sha kalau diberi peluang ke korea 10 kali pun sha nak hahahaha abaikan je siapa yg ckp bukan bukan tu dorang jeles ekeke
ReplyDeleteTau xpe sha...ramai sgt mulut cabul nih...
Deletesemua makanan korea buat neeza tempting, kalau dapat melancong memang melancong untuk makan hahahaha
ReplyDeleteItu juga kepentingan saya bila g sana.. makan makan makan.kopi kopi.. hehehr.. tp org skeliling dok ckp kpop je.. makanan lg best dari Kpop haha
DeleteKamsahamnida. Hehe.i pon rindu korea. Best kan.
ReplyDeleteEhehehe... Best sangat korea.
Deletei pun ada plan nak pergi Korean tahun depan..hehe bagus info sis
ReplyDeletethank u stopping by ;)
DeleteKorea juga destinasi pilihan saya selepas jepun hehee. dua dua dalam wishlist hehe
ReplyDeletepergi la awakk
DeleteKorea memang selalu jadi pilihan Iday sebab Iday suka drama korea. nak pergi tempat2 yang ada dalam drama. hehe
ReplyDeletekan...dalam drama tu semua tempat lawa
Deleteuntungla dah sampai korea...hihi kita ni bila lah nak sampai sana
ReplyDeleteinsyaAllah awak someday
DeleteJepun dah pergi, skang cam nak pergi ke Korea pulak. Okey, dah boleh masukkan dalam bucket list
ReplyDeleteehehehe nanti update lah...lelaki selalunya suka jepun
DeleteKorea salah satu tempat nak pegi juga, insyaALLAH manatahu satu hari nanti ada rezeki kan hehee
ReplyDeleteyanmie
www.yanmieonline.com
Thank you singgah...
DeleteInsyaAllah someday awak akan dapat gi Korea
Bilalah ada rezeki nak ke korea ni ☺
ReplyDeletesomeday awak someday...insyaAllah
DeleteNice sharing. Thanks!
ReplyDeletethanks for dropping by awak ;)
DeleteUwah uwah. Dah singgah hoho
ReplyDeletethank u singgah π
DeleteKalau awak korea, kita tetap dengan jepun... lebih-lebih lagi bila hantar pakcik sedara belajar dekat sana lebih kurang 25 tahun dahulu T-T
ReplyDeleteomg awam...jepun pun best saya suka..cuma Jiea da lekat ke korea skit maybe sbb food and cofffee
Deletemeteor garden.. kemana pelakon ni pergi ya?
ReplyDelete